Friday, February 11, 2011

Apa tu OS android? apa tu OS Bada?

Ecceh sejak dua menjak ni asek update pasal technology ja na...kita kena up2date tau kawan2, baru la tak ketinggalan, kalau tak , penat la engineer2 kita dok cipta mcm2 kan..teknologi ni besh sebab dia memudahkan kita...betoi dak?

So berikutan daripada entry ini dan ini, mai sini lana nk cerita sket bagi faham... 

Dalam entry yang lana link tu, ada ja kan perkataan android...sikit2 android...menatang apa android tuh? ok2, meh cni lana cita slow2 k...

kita semua guna komputer kan? ada yang guna laptop, dan ada yang guna cpu..xkisah la mana-mana pun, yang penting suma yang baca blog ni, dia ada komputer, sebab tu dia boleh baca blog , betoi dak? ahahaha...


ok kat dalam komputer kita ada OS...OS tu adalah operating system yang di install di dalam komputer kita..(eceh mcm lecturer it lak lana ni ahahaha) kan ada OS window 7 la, window vista, Ubuntu la, Macintosh (MAC) la, tapi yang kita familiar windows la kan....semua OS ada lesen yang ori kita kena bayar masa beli sesuatu komputer tu kan? kecuali linux memang open source la...so sama jugaklah dengan android ni...


Android ni lak adalah OS yang di install ke dalam hp, dan hp itu mesti lah hp smartphone...napa smartphone? sebab dia bukan sahaja boleh buat call, mms, sms sahaja, terima email , boleh check email, balas email, layari fb di hp, ada GPS, dan macam2 lagi...mcm lana gila dengan hp lana ni ^^ hehehe

Dan android ni juga OS yang free..kiranya banyak applikasi yang di buat dan free...cakap je nak apa, semua ada...ada jugak yang mencari keuntungan, dia buat aplikasi trial, bila besh kena beli...so di situ dah untung dah, besh kan kalau pandai programming ni, tapi lana x suka ahahaha...

OS Bada lak, OS yang baru lagi...xbanyak hp yang gunakan OS Bada ni..hanya samsung model wave sahaja yang berani tuk menggunakan OS Bada ni...dan aplikasinya sangat la terhad...even nk GPS pun susah, cuma ada Route 66 sahaja, tu pun x user friendly mcm garmin..tapi yang beshnya OS Bada ni, dia laju....


Macam nokia pulak kan, kebanyakkannya guna OS Symbian...korang perasan x? nokia mmg sgt fimiliar dgn symbian...symbian ni ok, cuma dia agak slow la huhuhu...

Macam iphone lak, dia ada OS dia tersendiri, iaitu IOS...agak mahal kalau nk beli applikasi daripada iphone, tapi sekarang kan dah canggih, jailbreakkan saja os itu, so boleh je dunload apa yang korang nak, betoi dak? ipod pun dah murah, kot2 nk buat main game kan ^^...

Lagi OS apa ek? ha OS Windows pun ada tau...yg tu lagi besh, sebab kalau kita install game, ada je crack, so xyah la nk main trial je kan hehehe

emmm klah, harap2 kawan2 lana suma paham la apa itu android..so pas ni, korang dah tau la apa itu android yer ^^ 


p/s : tegur lana ek kalau ada yang lana nterang ni silap hehehe....


p/s/s : korang perasan x, sekarang ni smarphone banyak nama jenama komputer, Garmin Asus la, Acer, Nexus la, HP la..kan kan kan...

4 orang yang tak busy ^^:

me is aku said...

baru tau. mekasih :)

Saliza Shahril said...

kenapa os bb x diterangkan di sini. sy sebagai pengguna blackberry kecik hati haha OS sy x mentioned pon haha saje gedik kan nak tinggal komen gak

LanaBusyBee said...

me | is | aku: sama2 ^^

kak selli : alaaa, sy terlupa lak, miane hehehe...sy xreti nk terangkan OS bb, rasanya sama je la kan? dia ada os dia tersendiri..

ala kak, tinggalkan komen, sy suka gedik akak, kita boleh bergedik2 ahaha

Anonymous said...

1. kalau nak gunakan aplikasi Android/ Bada still kena ada internet kan?

2. OS Bada boleh guna google web, google map, youtube, etc tak?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...