Showing posts with label info. Show all posts
Showing posts with label info. Show all posts

Wednesday, June 15, 2011

Maksud busy bagi Lanabusybee ^^

Apakah yang menyebabkan lana menjadi busy? ye la, asek selalu busy ja kan, smpi nama blog pun lanabusybee (busy like bee la tuh ^^)

ini ada la sikit penerangan busy yang positif dari konsep lana hahahaha
  1. Busy buat kerja harian di pejabat ^^ - oooh yang tu amal ibadah, busy buat keja, sedar2 dah dapat  gaji bayar hutang hauhauhau...
  2. Busy menonton drama korea ^^ - muahehehe yang ni memang busy pun kekeke, busy la tuh, tgk drama korea, dah memang minat kan...so kena la busy
  3. busy buat cotton flower brooh ^^-  untuk pengetahuan blogger reader sekalian, lana memang suka buat cotton flower brooch ni, boleh dikatakan hobi dah la...so kalau ada orang order, secara x langsung lana jadxi busy buat benda ni nk belek2, memang remeh temeh, tapi lana suka!!! hampa boleh tengok kt cni yer kalau nk cuci2 mata, alang2 cuci mata, cusi purse la sket hehehehe... 
  4. busy melayan suami - omoo, yang ni memang busy kalau lana balik kg saja je la kan...al maklum la, kami kan pjj hukhukhuk...so masa sepenuhnya di tumpukan pada hubby saja, xdak masa sangat nk online2 fb ni ha, nk main game pun jarang...kitaorang lebih masa bersama keluar rumah kawan2, shopping dan sebagainya...ni pun lana update blog masa hubby p keja (ahad kan kedah keja ^^)
  5. busy main game - miahahaha, ni adalah hobi lana masa anak dara lagi, smpi dah mak dara yang lum ada anak ahahaha....ntah la, dh mcm sinonim , main game dan lana, memang tak boleh di pisahkan...sama la hubby pun, kami punyai minat yg sama ^^...pssst: sekarang ni lana tgh gila main pumpkin vs monster via telefon, hanya pengguna hp android ja ada game ni, besh, addicted ^^
  6. busy blogwalking ^^- seriusly, kalau lana dah start blogwalking, nk update blog sendiri pun malas hahaha....
  7. busy layan fb ^^- hahaha yg ni memang dh addicted pun...saja nk tgk kawan2, status derang, ada sekali lana x online fb 5 hari kot, mcm2 ketinggalan berita huhuhu...xsuka mcm tu 
  8. busy layan twitter - ni pun lebih kurang mcm fb la hihiiihi....
  9. busy mengemas dan membasuh - ya ya yang ni memang tak leh lari daripada lumrah seorang perempuan la....memang kena mengemas, kang semak kepala tengok benda2 bersepah baju tak berbasuh huhuhuhu
  10. busy edit gambar ^^- sekarang ni kan, apa2 pun gambar, semua digital, sekali hard disk or xternal hard disk korap, tak ke naya? abeh la gambar kenangan suma2 tu kan, kadang2 burn dalam cd pun, cd xleh di baca, sedeynya, so alternatif lain, cuci la gambar2...simpan buat kenangn tunjuk kt anak cucu nanti ^^...adeh byknya nk kena edit sebelum g hantr print niiih.....

ok, cukup la kot sepuluh benda yang busy bagi lana hahaha....so busy tak lana ni? busy x? hehehehe

pssst : jangan menjadi busybody, orang tak suka, tapi kalau ambil tahu untuk kepetingan diri, tak pa, contohnya, ambil tahu bagaimana untuk mendapat anak dengan cepat wahahahaha, gurau je la hampa ni hehehehe

p/s : kadang2 lana buat2 busy, sebab nk hilangkan rasa sunyi berjauhan dengan hubby hukhukhuk =(

Tuesday, November 16, 2010

Al-Ma'tsurat Sughra - Zikir dan Do'a Rasulullah SAW pagi & petang

Salam all ^^...emmm..korang perasan x? sekarang ni mcm2 tragedi berlaku kan? banjir, gunung berapi, pembunuhan (buang bayi) dan macam2 lagi...agaknya bumi ni dah terlalu tua..dan sakit2....

kita sebagai khalifah di muka bumi ni, haruslah mempunyai kesedaran(xsedaq lagi xtau la nk kata apa huhu)...kadang2 takut juga aku dengan bencana alam ni..jadi marilah kita sama2 berzikir dan berdoa...(yang wajid didahulukan yer ^^) amalkan selalu....basahkan lidah kita dengan zikirullah....

zikir yang aku suka amalkan, al-ma'tsurat sugrha ni..boleh di baca pagi dan petang..baca kedua2 waktu lagu bagus...dulu masa kt matrikulasi arau, rajin la aku dok amalkan..sekarang dh keja ni, napa la malas sangat ek? padahal bukak facebook atau tulis blog, boleh jer jadi rajin, baca ma'tsurat ni xsampi pun setgh jam dah abeh dan, bukan amek masa yang lama sangat pun,tapi malas sgt.....kalau ber fb dan berblog ni, berejam2 pun sanggup..Astagfirullahalazim...ok2, marilah kita mengubah corak kehidupan kita....

senag ja nk dapatkan ma'tsurat ni, kt MPH banyak..baru2 ni aku beli yang saiz kecik, senang nk letak dalam purse, boleh baca bila ada masa senggang...


RM1 je u ^^...walaupun singgit, tapi pahalanya tidak ternilai, Wallahualam.....
anda buat, anda dapat!! ^^

Tuesday, October 26, 2010

Ketahui Perkara yang Isteri Tidak Suka

Bosan dah menulis pasal aku saja kan..ok jom rilekskan minda, baca benda2 yang berfaedah dan boleh sama-sama kita memunasabahkan diri masing-masing kan...

Bagi suami di luar sana tu, ni ha ada tip sket tentang apa yang tidak disukai oleh isteri dari Ustazah Dato' Siti Nor Bahiyah Mahamood.. Aku copy paste balik tips ni dari Majalah Harmoni. Credit to Majalah Harmoni ^^...

1. Isteri tidak suka suaminya bertindak kasar, sama ada melalui perbuatan atau percakapan kerana wanita adalah manusia yang sensitif dan lemah lembut sifatnya. Oleh itu, suami perlu melayaninya dengan lemah lembut, penuh kasih sayang dan berhati-hati supaya tidak melukai perasaanya - a'a betul tu, aku cukup xsuka kalau hubby aku bawak keta, lepas tu dia maki hamun sebab jalan bodoh la, trafic light x betul la...xsuka tau, wlupun bukan dia kata kt aku pun hehehehe...

2. isteri tidak suka suaminya tidak menghargai usaha yang dilakukan oleh isteri, seperti isteri berhias memakai baju baru sedangkan suaminya tidak memberi apa-apa ucapan atau kata-kata yang menunjukkan suami menghargai apa yang dilakukan oleh isteri - emmm memang pun, aku akan rasa down bila niat aku nk diet atau nk g jogging kuruskan badan, hubby aku cuma gelakkan aku..at least bagi la sokongan moral la kan..last2 x buat pun..hargai la, aku buat tu tuk dia gak huahuahua.....

3. Isteri tidak suka suaminya menyebutkan kelemahanya sekalipun dengan niat bergurau, terutama di depan orang lain - emm setakat ni, xde lagi la kan...mayb hubby aku ni jenis yg xsuka nk critakan keburukkan sesiapa....

4.isteri tidak suka suaminya memandang wanita lain di depan isteri walaupun secara tidak sengaja. ini akan melukakan hati dan perasaannya serta menimbulkan rasa cemburu dalam diri isteri.

5. isteri tidak suka apabila suaminya membicarakan atau menyebut poligami walaupun secara bergurau - aku ok ja, sebab aku tau dia sygkan aku..tapi jangan nk mengada2 buat naaaaa...
isteri tidak suka jika suaminya memuji kecantikkan, layanan ataupun pilihan wanita lain - eee please la, kalau suka nk puji org lain, pi la kawen dengan dia, huh, emo!

6.isteri tidak menyukai suaminya kedekut dan bakhil kerana rumah adalah segala-galanya bagi isteri. Oleh itu sebagai suami pastikan keperluan isteri dan anak-anak disediakan secukupnya mengikut kemampuannya.- dah la bakhil, pastu ada hati nk poligami, boleh blah la lelaki mcm ni huhuhuhuhu....

7.isteri tidak menyukai suami yang tidak memberi perhatian yang istimewa kepadanya ketika ia sedang sedih ataupun sedang sakit - ada ka patut buat dek ja bila isteri sakit, kalau dia sakit, isteri buat dek balik, apa dia rasa???

8.isteri tidak suka suami yang tidak mempercayainya dana bersangka buruk ataupun menuduh yang bukan-bukan. Perbuatan ini akan memberi kesan yang berpanjangan serta menyakitkan hati isteri.

9. isteri tidak suka sekiranya suami meningglkannya keseorangan di rumah dalam tempoh yang lama. terutama ketika pasangan belum dikurniakan cahaya mata - emmm yang ni terjadi pada aku, tapi xdak la pula aku xsuka pada hubby ku, nk buat macam mana, masing-masing mencari rezeki. bila berjauhan, dan berjumpa dua minggu sekali, dapat layanan macam pengantin baru ja, tu yang besh hehehehe....

10. isteri tidak senang dengan perangai suami yang tidak mengucapkan selamat tinggal dan bersalaman setiap kali meninggalkan rumah - salam la...kan salam tu boleh menggugurkan dosa-dosa kecil antara suami dan isteri.

11. isteri tidak menyukai suami yang selalu bertengkar dan bergaduh dana mengancamnya dengan penceraian.- tak dak sapa yang suka kan....

12. isteri tidak menyukai apabila suaminya tidak mengingati tarikh-tarikh yang penting seperti tarikh perkahwinan, tarikh ulang tahun kelahiran dan lain-lain lagi - dah test kt hubby, nasib baik lulus hehehehe..

13. isteri tidak menyukai apabila suaminya apabila berjauhan tidak menelefon atau SMS kepadanya. - yang ni selalu sangat aku alami huhuhuhu...so memang isteri xsuka, walaupun dok jauh, rasa macam terabai saja huhuhuhu....

oklah, ni saja yang boleh dikongsikan..."Anda buat, anda dapat"

Friday, October 15, 2010

Cara Bayar Saman Dengan Mudahnya

Marilah membayar saman wahai kawan2 supaya kereta anda tidak di blacklist ketika hendak membuat pembaharuan roadtax ahahaha...mcm kempen dalam iklan lak kan...


sekarang ni dah ada cara mudah bagi yang sibuk bekerja, payah nk pi bayar saman kt balai polis..dengan hanya klik pada myeg, di situ korang boleh membuat penyemakan saman korang...


berikut adalah antaramuka website myeg tu

senang ja nk guna website ni...user friendly...
menurut kakak aku yang keja merenew insuran keta, dia la yang bgtau, mana2 badan yang mempunyai link dengan myeg (seperti logo di atas) haruslah kita membayar saman. contohnya PDRM...kt situ kita boleh semak saman  kita kena berapa...saman JPJ pun boleh kita semak gak...kalau dbkl, aku check dia xsediakan sistem untuk check saman, so, xyah la bayar saman dbkl, sebab dia xkan blacklist nama kita pun...

masalah sekarang ialah saman PDRM ni ha...setakat ni, saman terkumpul oleh aku adalah 19 saman huhuhu...18 saman adalah SAMAN PARKING SAHAJA!!

aku tau, semua saman parking tu aku dapat daripada tempat parking free yang terhad di area opis aku(maksudnya aku parking double la tu, xmasuk dalam kotak)..Harap maklum ye kengkawan...kalau korang nk datang area Bandar Tasik Selatan ni, sila masuk ke dalam parking berbayar yer, pastu kalau double parking, sila la letak Name Card korang, supaya orang yang korang block keta dia, boleh call korang supaya alihkan kreta,tapi risiko kena saman adalah tinggi huhuhu...nk dapat parking cantik dalam kotak dan free?? kena datang awal la..kul 8 pagi pun belum tentu ada parking dalam kotak tau..dah full.ikut nasib je laaa

sebab tu la, aku tulis dalam status fb aku semalam "mendapat parking yang cantik di area opis dan area umah adalah satu nikmat.Alhamdulillah" ahahaha...serius beb, memang lega sangat...

bayangkan setiap kali aku balik kampung, abah aku akan bising dapat surat saman ja...huhuhu

memandangkan bulan depan aku akan merenew insuran dan roadtax, aku tak mau la blacklist kan...tapi dah sah2 blacklist, kena bayar la dulu saman kan...memang bulan ni, aku ikat perbelanjaan aku...so bayar dulu sikit, dapat gaji bulan depan bayar pulak...

kalau dah 19 saman, dah dekat RM700..

 
satu lagi ye kengkawan, bila kita guna perkhidmatan bayar saman kt myeg ni, satu saman, akan di charge RM2 untuk proses pembayaran..ye la, dia pun amek untung gak kan...kalau xmo rugi rm2, pi bayar kt balai polis sana keyh...aku malas, biar je la kan...bayar je online ni ha, senang...
dan apabila saman telah di bayar (aku bayar sikit saja, bulan depan kaw-kaw la bayar huhuhu) korang akan dapat mesej seperti di atas...so saman aku dah berkurang dh ni, tinggal 13 saman je la hakhakhak...bulan depan makan megi je la huhuhu....

p/s : selamat membayar saman yer kawan2 ^^

Saturday, July 3, 2010

Uyeen kata mata angah mcm omputeh laaa ^^

Hehehe tu la hakikatnya..Oh ya, untuk pengetahuan korang uyeen ni baru berumur 7 tahun, bila aku tanya mak aku, ada nampak apa2 perubahan pada muka aku tak? mak aku kata biasa ja..tapi bila di tanya pada uyeen, dia jawab, mata angah macam omputeh laaa...hehehe...

Ni la alkisahnya...ni pun sebab hari-hari bahagia la hehehe...Mau tak mcm mata omputih, dah kalau mata palsu kan hehehe....

Kebetulan masa tuh, ada offer contact lens, member aku ana, dia tgh buat offer dalam fb dia masa tu. Korang leh tanya pada Ana Azhana di facebook dia yer, dia dah bukak dh kedai on9 dia tuh hehehe...
Ni la botol contact lens tu...kemain lagi kan pakaging dia...contact lens ni dari korea, korea kalau bab2 marketing n pakaging ni memang A lah hehehe....

Jom tengok sebelum dah selepas pakai contact lens ni...

Aku dengan Ana Azhana yang menjual contact lens itu..Dalam gambar ni, hanya ana je yang pakai contact lens, kaler biru u ^^ cantik kan ^^

And now, ni lak mata aku hihihi...

Ha nampak tak? nampak tak perbezaannya? tuk pengantin yang nk pakai contact lens pada hari-hari bahagia, aku sarankan jangan beli kaler brown keyh, sebab selalunya kaler brown akan meyebabkan red eye di dalam gambar nanti..tapi sekarang camera dah canggih2, dah leh reduce red eyes, cuma takut pada yang tak pakai or terlupa nk setting red eyed reduction pada camera ja hehehe...

Friday, May 21, 2010

Tips Cara Membunuh Lipas dengan berkesan

Aku geram sangat dengan lipas2 kat umah aku tu...kalau dok diam2 mcm semut tu xpa, aku biaqkan ja, ni sampai abeh beg aku kena gerit(gigit) abeh la...aku xkan dok diam, memang geram sangat, dah la busuk...

Ada sorang opismate aku emailkan macam na nk hapuskan lipas dengan berkesan..So meh la aku kongsikan bersama...artikel tu pun dapat dari blog, tapi aku xpasti dari blog mana...

Jangan membunuh lipas dengan memijak atau memukul lipas tersebut dengan menggunakan kasut atau suratkhabar. Ini kerana lipas betina ada ribuan telur halus dalam perutnya. Telur ini tidak akan pecah kerana sangat kuat. Ia akan bertaburan id merata-rata tempat. Jika dah terbuat macam tu, pastikan tempay yang terpenyek lipas tu di lap dengan sabun dan air..

Cara untuk membunuh lipas secara natural ialah dengan menggunakan sabun....masukkan sabun mandi tu dalam botol spray, bila nampak lipas ja, spray air sabun tu pada lipas...Lipas akan mati cepat sebab lipas tidak akan dapat bernafas, lipas bernafas dari kulit kepala hingga ke kulit badan. Sabun dan air akan menutup lubang nafas lipas2 tu...Tapi awas, agak bahaya jika ada anak kecik..so berjaga2 la yer...

lipas yang aku bunuh dgn menggunakan cara yang tidak neutral, iaitu penggunakan Baygon hehehe

Mengurangkan lipas cari makan dan bertelur
  1. jangan biarkan sampah sarah di dalam rumah, cepat2 la g buang kan
  2. selalu cuci bilik air
  3. pastikan sinki rumah sentiasa bersih
  4. buang baju buruk, surat kabar buruk, kertas-kertas dan kasut buruk..lipas suka makan kertas
  5. 2 atau 3 minggu sekali, bersihkan almari baju.
  6. jangan biarkan pakaian kotor di belakang pintu, atau sangkut di sana sini.Lipas seronok bau peluh ^^
Ok, tu je yang dapat aku kongsikan...semoga dapat dimanfaatkan oleh semua ^^....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...