Showing posts with label kdrama. Show all posts
Showing posts with label kdrama. Show all posts

Wednesday, July 25, 2012

Love Rain - Kdrama


Baiklah, harini aku rasa ada mood plak nk review drama korea yang baru aku habis tengok....xdak la baru habis, dah habis 3 minggu lepas gak la, baru ada mood nak update sebenarnya hehehehe....

Ok kdrama Love Rain ni, di recommend kan untuk MESTI TENGOK!! hehehe....sebab jalan cerita dia best, walaupun agak balada, tapi romantik uuuuuuuuu hehehe....

Cerita ni mengisahkan tentang kehidupan pada zaman 70an, dan kemudiannya berterusan hingga zaman 2012 ni...yang pada zaman 70an nya hero, masa 2012 dah jadi bapak, anak dia la plak jadi heronya hehehe....yang bestnya, anak dengan bapak, muka sebijik masa bapak dia muda2 hiihihi...sama la heroinnya pun.....

sedihnya cerita ni, sebab percintaan depa terhalang oleh situasi dan keadaan diri masing2, tapi bila jumpa balik masa 2012, masing2 dah ada anak yang seiras sama macam depa muda dulu2....

yang bestnya, anak depa dua ni, bercinta plak hahaha. so mak n bapak depa (yang dulunya hero dan heroin zaman 70 an) tak boleh nak bercinta or kawen, disebabkan anak2 depa....huhuhu sangat syahdu la cita ni, kena tengok tau, mula2 memang boring, lama2 jadi best ^^

Sapa pelakonnya? jom tengok ^^

Jang Geun Suk
Im Yoon Ah

Kim Si Hoo (omaaai dia ni pun pemangkin untuk aku teruskan tengok cita ni, ensemnyaaaaa ^^)



dah sah2 cita ni happy ending ^^

so, sapa2 yang tak tau nk tengok cerita apa, Drama Love Rain ni pun ok di kala keboringan ^^


Saturday, March 24, 2012

CIty Hunter - KDrama

Hoyeeah mari mereview kdrama lagi ^^...kali ni cita City Hunter...ok berterus terang aku katakan, permulaan episod agak tidak faham, tembak2, politik2 bagai, bila hero sudah muncul, iyaaah, lebih mudah di fahami hahahaha

hero iaitu lee min ho, sapa lagi kan hehehe....cita ni berkisarkan tentang seorang pemuda yang di training untuk membalas dendam di atas kematian bapanya sendiri...tapi memang sangat la putar belit hahaha, tapi besh sebab hero ensem ^^

kelainan drama ni, ada luka2, tembak2 yang aku pun agak terasa kesakitannya ibarat cubit paha kanan, paha kiri pun rasa sakit, ha lebih kurang mcm tu la hahahaha

dan drama ni membuatkan kita rasa nak tengok lagi next episod apa akan terjadi hehehe....my hubby pun layan, tapi nk kena cita kt dia, agak malas la kan di situ hahaha....


hero dan heroin dalam cerita ni, pernah bercinta di dunia realitinya, tapi dah clash dah la muahehehe....

sangat sweet kan? hehehe...dia la menjadi penyebab aku tengok cerita ni hanya dalam masa 2 minggu nak habis hehehe...20 episod kot hahaha, xsabaq nak tau kesudahan...mau kalau cita tak besh 20 episod, aku tegk 2-3 bulan gak la baru habis hahahaha...

ok so, untuk cerita City Hunter ni sangat2 la di recommend kan untuk tengok, sangat besh, siap dunload OST dia lagi hahahaha....cita ni kira masih baru lagi la, di tayangkan pertengahan tahun lepas...baru lagi la kan...sekarang ni, tengah main cerita Rooftop Prince lakonan Micky Yoo Chan aaah ^^...baru dua episod airing kt korea, so biar la dulu ek, nk tengok cerita yang dah complete, iaitu Boy Over Flower Ram Nyun Shop lak...

jom tengok sesama ^^
 

Wednesday, December 7, 2011

Miss Ripley - Kdrama

Hi...lama aku menyepi, sorry...macam biasa la yer, busy huhuhu....

ok, ingat lagi tak drama korea yang aku emo2 hari tu? ala baca balik kat cni hehehe...

picture credit to http://www.koreandramaonline.net

so kesudahan cerita ni, memang tak menghampakan...oklah...walaupun ada sedikit kebosanan hehehe....intermission dalam cerita ni bila perempuan yang dulunya GRO (lakonan lee da hae, femes dalam cerita My Girl ^^ )  tu di soal siasat sebab dia palsukan dokumen ijazah dia, curi portfolio orang...last2 kantoi, padan muka dia...tup tup dapat tau, mak kepada CEO Mando Group tu adalah mak kandung dia...mak dia telah abaikan dia 20 tahun yang lepas...sedih gak la, tapi aku tak nagis pun buuuwek hahahaha.....
bawah ni CEO Mando Group tu lakonan Yoo Chun (bekas kumpulan DBSK hukhukhuk sedey (T_T) )
Yoo Chun ^^ ( dia suka sangat buat rambut tempurung, nasib baik still cute hehehe)
picture credit to http://walklikeatortoise.blogspot.com/2011/07/my-current-obsession.html 

kesudahan cerita ni, lelaki jepun yang dok kejar2 Miss Ripley ni pun dah giveup...dia memang tau yang Miss tu xkan nak lagi pada dia....Yoo Chun yang memang dah lama jatuh hati dengan Miss Ripley, tetap memilih perempuan tu gak...dah kalau cinta tu kan, sayang la kan hehehe...
CEO Hotel A tu, dia resign dan bekerja sebagai doktor balik....Mak kandung perempuan tu, dia pi Australia, dengan harapan Lee Da Hea ikut sekali, tapi dia xmo....

ha mcm tu la kesudahannya....sanggup aku tunggu tengok sampai habis, sebab Yoo Chun jaaaa hahahaha ^^

Thursday, November 10, 2011

Marry me Mary - Kdrama

Yeehaaa ^^, lana kembali lagi dengan review korean drama..kali ni drama Marry me Mary atau tajuk lainnya Mary Stayed Out All Night..lana pun tak faham pasaipa la depa ni suka letak banyak tajuk drama ni kan, padahal drama tu satu je, tapi banyak tajuk hehehe....klah, tak yah nak pening2 pikir pasaipa naaaa ^^...

Pelakonnya ialah :

Hero : Jang Geun Suk (lana suka tengok sebab hero dia saja hehehe, dia ni gak berlakon dalam drama U're Beautiful)

Heroin : Moon Geun Young (lana xsuka heroin ni, ntah la, terlalu kebudak-budakkan sangat kot, memang dia comel, tapi ntah, xsuka)


Second hero : Kim Jae Wook (dia berlakon jadi skema, sangat la kaku heh)

Second heroin : Kim Hyo Jin (comel la dia ni ^^)

  Sipnosis

Kalau nk sipnosis yang details, boleh baca kt cni ..  Meh lana ceritakan sket, berkenaan dengan Marry ni, bapak dia ada hutang along, pastu dia la yang menjadi mangsa bapa dia untuk dia kawen dengan anak kawan bapa dia...kawan bapa dia tu baik, nk tolong langsaikan hutang dengan syarat Marry kena kawen dengan anak dia, iaitu second hero tu(boleh rujuk pada senarai pelakon di atas kekeke :P) 

tapi mary takmo kawen lagi, so dia menipu la bapa dia, kata dah kawen dengan hero tu ha...dia terjumpa hero tu pun masa dia terlanggar hero tu...hero ni ada band sendiri dan dia la vokalisnya...serius lagu2 dalam drama ni besh tau...

jadi, apakah kesduahannya bila bapa mary tau yang mary dh kawen? tapi cerita ni, lana bgtau, happy ending la...xdak sedih2 sangat pun..memang xdak air mata lana menitis langsung pun hehehe....

Oklah, terus terang lana bgtau, lana ambil masa agak lama untuk habiskan cerita ni...sebabnya jalan cerita  agak boring...sebab ada part2 yang bisnes2 tu, ee menyampah la sket kan huhuhu..so, untuk drama ni, lana tak recommendkan korang tengok, sebab tak besh...lana tengok gak, sebab hero ensem, itu saja, ^^ hehehe...

 
all pictures credit to google ^^

Monday, October 3, 2011

Lie To Me - Kdrama

Lana kembali lagi!!! dengan review drama korea "Lie to me" ^^ lana rasa kan nk buat satu segmen khas review drama korea ni ha..sebab cita yang xbesh pun lana layan jugak, dah nama hobi kan hahaha....
Drama ni di bintangi oleh heroinnya Yoon Eun Hye.. dia pernah berlakon dalam drama Coffe Prince (drama ni pun lana xabeh tgk lagi huhuhu), Goong, (yang dh abeh, besh!!), Take care of young lady (pun besh), personal taste dengan lee minho (yang ni lana x tgk lagi) dan banyak lagi la dia berlakon...

Heronya plak, Kang Ji Hwan. tak berapa besh sangat hero yang ni..tapi layankan aja, memang watak dia sesuai ja dalam cerita ni......

ok, cerita ni mengisahkan Gong Ah Jung (Eun Hye) seorang kakitangan awam di jabatan pelancongan di korea la kan, xkan malaysia lak hahaha....dia ni umo dalam 30 (kalau tak silap lana la dlm cita ni), tapi belum berkahwin lagi...so bila dia terjumpa dengan roomate dia (di mana roomate dia ni bercinta dengan senior yang dah lama dia minat, sian kan ah jung) dia pun tipu kata dia dh berkahwin...cuma dia xbgtau dgn sapa dia berkahwin...

nak di jadikan cerita, mcm mana ntah (ha ni korang kena tgk sebab lana dah lupa hahaha) dia boleh ter bagitau yang dia kahwin dengan hotel manager (Ji Hwan). so kisah dia semakin complicated bila dia terjumpa dengan bekas tunang hotel manager tu dan juga adik hotel manager tu...

apa yang buat lana tertarik nak tengok cita ni, nk tau kesudahan mcm mana dia dok tipu kawan baik dia..serius kawan baik dia tu annoying gila, geram ja tengok...kawan baik dia tu dulu dah la couple dengan senior yang dia dh lama aim, pastu dok jeles lak dengan Ah jung, sampai jatuh sakit jeleskan Ah Jung huhuhu...hish geram2...

Ah Jung n Ki Joon ^^

Romantic ooowh ^^

so kesudahannya korang kena la tengok sendiri hehehe...memang lana recomended korang tengok cita ni...memang besh ^^...
 
p/s : sekarang lana tengah layan cerita marry me mary....heroin comel, tapi xbesh sgt, nasib baik hero ensem n jambu hahaha...nanti lana review cita tu ek bila dah abeh tengok ^^...



all picture credit to http://www.koreandrama.org

Monday, August 8, 2011

Secret Garden - Kdrama

Salam isnin semua ^^...monday blues kaaa? hehehe...sebenarnya aku dah abeh tgk cita ni 3 minggu lepas...dengan alasan yang sama, biasa la busy kekeke ^^..

Drama korea ni agak boring pada mulanya, tapi besh bila dah sampai part yang lelaki tukar jadi perempuan, perempuan tukar jadi lelaki hahaha...lawak la kan, sebab soul lelaki masuk dalam badan perempuan, so dia boleh lihat apa yang ada pada fizikal perempuan ^^...



ok back to track hehehe ...drama ni mengisahkan Kim Joo Won lakonan Hyun Bin (sumpah kalau orang tanya aku nanti sapa hyun bin ni? sure aku tak ingat pun dia berlakon drama mana haha, sebab aku memang susah sket nak ingat nama orang korea, nama org jepun dan nama orang cina ni hehehe) yang seorang sombong dan seorang ceo di salah shopping kompleks....Gil Ra Im (Ha Ji Won) pulak adalah salah sorang pelakon stuntwoman, seorang yang miskin, humble.. 

Joo Won dan Ra Im terjumpa apabila Joo Won menyalahkan Ra Im mengenai Park Chae Rin...dan bermula la episod gaduh2 dan sebagainya...Joo Won ni tertarik pada Ra Im..sampai ke mana Ra Im pi buat shooting, mesti Joo Won akan ikut...sampai la di suatu tempat yang di namakan Secret Garden, depa dua ni dapat kononnya arak buatan daripada seorang orang tua...bila depa minum arak tu, soul depa akan swapping, Ra Im dalam badan Joo Won, Joo Won dalam badan Ra Im...tapi depa ni akan kembali seperti biasa balik bila hujan turun...

macam2 kisah yang berlaku diantara depa dua ni... dan yang paling tak sangka, rupa2nya Joo Won boleh terpikat denga Ra Im ada sebabnya (last episod baru tau huhuhu)....cita ni happy ending walaupun sakit hati huhuhuhu...mcm2 kot berlaku, ye la korang bayangkan drama ni ada 20 episod...lenguh eden melangut tengok, berbulan2 baru habih hahaha....kang tak tengok, tak tau lak kisahnya kan hehehe...nak buat macam mana, dah hobi kaaan ^^...
amaran, cita ni memang banyak scene kissing hahaha ^^
suggestion aku, tengok la...sebab dia macam kisah kehidupan family, kasih sayang anak dan bapa, cintan cintun tak sangat la...scene yang unik yang part body depa swapping tu la hehehe..ok, sekian saya melaporkan  ^^


Thursday, December 30, 2010

How to subbing drama

Hi all...entry khas buat nama aku lynn.. berikutan daripada entry ini

thanks lynn mai singgah blog akak ni yang x glamer ni miahaha ^^

dan aku rasa ada ramai lagi member2 opis aku yang tak tahu mcm na nk sub drama, xkisah la drama korea ataupun drama jepun kan...so mai aku bagitau ^^...credit to kak seli yang selama ini memberi tunjuk ajar pada i ^^ kamsahamida unni ^^

1. Mula-mula pi pada site ni, haru2sub.
2. klik pada completed project ( untuk cari drama yang dah ada full episod la yer ^^) (click pada gambar untuk paparan yang lebih besaq yer kawan2 ^^)


3. pastu cari la drama yang korang nk subtitle tu kan.....

4. scroll sampai la jumpa mcm skrin kt bawah ni.....korang amek la sub episod berapa yang korang xdak kan...sebagai contoh aku amek episod satu ni..right klik dekat HAN tu...

5. pilih save link as (kalau pakai firefox la kan)

6. pop up window ni akan terpapar..save la nama apa2 pun, dan pastikan pada penghujung nama file tu, korang letak .srt

7. pastikan file notepad tu ada dengan video tu...contoh mcm gambar kt bawah ni....still subtitle tak kuar lagi...awat xkuaq lagi? sebab nama file notepad tu, tak sama dengan nama video tu....

8. untuk samakan nama video dan nama notepad tu, korang kena la renamekan nama file notepad tu..rightclik pada file video tu, pastu copy nama video tu.

9. pi dekat file note pad, renamekan nama notepad tadi dengan pastekan balik nama yang copy daripada video tadi..tapi jangan lupa ek, kt last tu, korang kena tambah .srt . sebab bila letak .srt ni, file tu dia akan jadi la file subtitle ....


ok paham x? senang kata, kita kena samakan nama file movie dengan file subtitle tu, tapi jangan lupa tambahkan .srt pada nama notepad tu ek...


Selamat mencuba ^^

p/s : telah di edit atas nasihat Unni Seli ^^

Monday, December 27, 2010

My Girlfriend is a gumiho

muahaha, pas satu satu aku layan cita drama korea ni..sapa kata aku xlayan cita drama melayu, layan jugak okeyh, cita seribu kali cinta, cita chinta, nur kasih, layan ja semuanya hehehe...cuma aku xberapa suka nk tengok cita yang seram2, hantu2 tu je la, bukan takut, takut asek terbayang ja ahahaha...

ok2, ingt x retu aku dah abeh Drama Dream? pastu kononya aku nk tengok cita Sungkyunkwan Scandal (SKKS) la konon kan, sekali aku bg xternal hdd kt adik aku, aku pun tengok je la cita yang ada kt laptop ni hehehe...

dok tengok kat blog farah, dia tengah layan cita my girlfriend gumiho masa tu, ye la orang jadi surirumah, beshnya...30 nov abeh tgk cita dream, 13 disember abeh tgk cita my girlfriend gumiho...lama tuh, selalunya seminggu dah abeh tengok dah hehe...wes sibuk wes, makcik sibuk dengan keja la kan hehehe....

nak baca pasal drama ni , korang pi terjah blog ni. credit too waiem ^^...

aku nk cita kt cni, genre cita ni mcm hantu komidi la..dia serigala yang jadi manusia, kiranya hantu serigala la kot ahaha..gumiho tu maksudnya ada ekor sembilan...ke apa lagi maksud yang tepat ek? gu tu sembilan, mi ho xsure la, pakar bahasa korea, komen sket ahahaha...

kak seli, akak pun x tengok habis kan? aahaha ceewi2..

pic credit to google...ni adalah heroin dan heronya ^^cutetta

aku susah nk tengok cita korea ni gelak sorang2, tapi cita ni besh la, lawak...cita mcm na gumiho ni nak adaptasikan diri dia dengan kehidupan manusia...umo dia dh 500 tahun, pastu terpaksa panggil pakcik or makcik dan menggunakan bahasa yang sopan pada orang yang lebih tua, sedangkan dia lagi tua hehehe.....

so kalau korang tertiba jumpa dvd cita ni kt kedai ke kan, xtau nk pilih cita apa, aku rekemenkan cita..besh ^^...

kalau tengok drama korea, sure aku akan ada addict sumtin dalam drama korea, dalam drama ni aku addicted nk makan daging wohooo, besh tgk heroin tu asek nk mkn daging ja...dia nmpk iklan pasal daging pun, boleh acah2 nk mcm daging tu, mmg obses dgn daging la...aku lak, dok teringin daging masa raya korban retu, xdapat2 lagi ni, tunggu hubby datang KL nk pi makan beef stick kt ss murni la hakhakhak..^^(ok2 dah melalut hehehe)

kalau drama dream lak, aku addicted nk taebo (senam robik la lebih kurang) mcm son dam bi ahahaha...

kalau dalam cita coffee prince lak, aku addict nk makan mee sos kacang tuh, slurrp sedap2...aaaaaaaa...

see asek addict pasai makan saja ahaha..klah, melalut panjang lak...see ya next entry ^^

p/s : start hari selasa, 21 hb 12, aku curi2 di tgh kesibukan tgk cita Playful Kiss omo omo, cita tu, xleh nk benti tgk...ari ni, 25 hb 12, aku dh tgk secara curi2 dah 3 episod dh hehehehe....aja aja hwaiting!!!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...