Friday, July 30, 2010

My Makeup Artist

Hi all...how's ur friday? syok la tuh, nk jumpa weekend kan hehehe...ok2, aku janji, ni entry terakhir pasal preparation aku...pastu, terus aku upload gambar2 masa kenduri saja hehehe...

Ni pasai makeup aku lak...aku nk mcm natural tapi cantik...ada dua orang makeup artist aku, sorang berbayar, sorang foc hehehe...

ok, untuk akad nikah aku, akak aku la yang makeup foc tu hehehe...natural saja see, see ^^(klik pada imej tersebut untuk tumbesaran gambar ^^) simple saja, lipstik pun x tebal.

And now present you my makeup masa kenduri sebelah aku....cantik x? cantik x? ahahaha....nampak sangat menyerlah kan, i like ^^...cuma aku kurang berpuas hati kt kening tu saja, jadi lain terus kot muka aku kan huhuhu...dan aku rasa, aku suka kening lebat aku yang asal, xpa la, nanti tumbuh balik kan ^^...

makeup artist aku ni adalah member masa sekolah bahiyah dulu..cik ct fatimah zahra... aku boleh percaya amek dia sebagai juru makeup aku pun sebab, aku tengok dia makeup diri dia sendiri pun cantik, apatah lagi untuk orang kan...dan cik ct ni gak, memang makeup artist pun, berkenan nk amek dia, selepas aku tengok dia makeup member aku Nashroh, cantik okeyh ^^..

Harganya tak la murah, dan tak la mahal..bagi aku kalau dh smpi rm300 tu memang mahal la, so dia kurang dari rm300 la, harga standard...yang beshnya, dia datang rumah, so makeup di rumah saja..masa kenduri aku, dia datang kul 8 pagi,OMG!! aku pun tak mandi lagi ahahaha...tapi makeup dia memang tahan smpi ke petang tau, dan sentiasa cantik ja, xpecah2 or comot2....

Dan ni adalah makeup dari kakak aku la untuk majlis sebelah hubby munchy..tengok kening aku tuh, jadi nipis, menampakkan aku garang lak huhuhu..tapi aku xsuka kaler lipstik yang kakak aku pakaikan, kaler purple, kaler liptick kalau real punya memang la cantik, tapi bila dalam gambar, nampak sangat pucat, huhuhu xsuka la....

Ok sentuh pada tudung yang aku pakai masa ketiga2 majlis, aku pilih bawal exclusive,yang ada batu2 swiss tuh ke swosrizki (xreti nk eja la ahahaha) ntah...napa tak pilih tudung yang ada awning tuh? Hubby munchy aku dah warning awal2 okey..dia xsuka aku pakai tudung awning tuh, dia kata aku tak sesuai pakai tudung tu, nanti pipi macam terkuar2 dari paksi tudung ahahaha..tengok ja la, pic aku masa bertunang pakai tudung awning tuh, dan memang tu kali last aku pakai tuk majlis2 mcm ni, prefer pakai tudung bawal lagi, walaupun susah nk di bentuk, tapi ada caranya ^^...

Nampak x ketembaman pipi di situ? ahahahaha..dan aku mau tegaskan disini (ceewah) masing2 mempunyai citarasa yang berbeza, terpulang la kan ^^...kalau korang pakai, korang tak rasa tembam, ok la, tapi tidak bagi aku hehehehe..

Klah, sekiaan~~~~

Thursday, July 29, 2010

My Bilik Pengantin

Emmmm...Aku harap pengunjung blog aku tak muntah la ek dengan entry aku sepanjang minggu ni, saja nk habiskan cerita pasal hari-hari bahagia ^^ macam malas nk cerita, tapi nak gak cerita hehehe...

Aku sebenarnya nk konsep bilik pengantin yang english style..nk katil warna putih, cadar bunga2 english...tapi rumah aku tak sesuai nk beli katil warna putih, sebab ada anai2, so memang tak besh la kan, lagipun akak aku kata, cepat kotor..

Bilik aku sebenarnya kecik saja..9 kaki x 10 kaki saja...so memang muat2 katil dan perabot solek je la kan...

Untuk bahagian cermin solek, aku g beli saja cermin kt Ikea..Asalnya nampak kt fb dua pupu aku la, ni gambar kt bawah ni...Dia pi kenduri rumah kawan dia, dan aku jatuh hati dengan cermin itu...lalu aku pun membelanjakan sedikit duit untuk membeli cermin itu RM86 huhuhu, tapi aku sukaaaaaaaa
Dan ini adalah cermin di dalam bilik aku ^^ yeehaa..abah aku pasangkan cermin ni, malam sebelum akad nikah, aiayaya, penuh habuk tau, huhuhu ntah berapa kali aku vacum dah huhhu...cermin yang kiri kanan tu pun aku beli dari ikea jugak...

Ok dah abeh bab cermin..mai aku cita bab katil, cadar dan langsir plak. Korang tengok perbezaan gambar kt bawah ni, masa akad nikah dan masa kenduri.
Masa akad nikah
Masa Kenduri - ada frame bunga, dan scallop..(tapi pic ni snap masa hubby munchy aku tgh sibuk nk meyimpan hadiah, ternmpk dia sipi2 hehehe)

dan ni gambar dari My OP. Ok, napa ada perbezaan di dua gambar tu? ahahaha jawapannya ialah, xsempat wakaka....masa akad nikah, kitaorang hias ja mana yang sempat...masa kenduri kawen, malam tu baru la pulun tuk menghias jadi sebegitu rupa...ni suma atas bantuan kezen2 aku, dan akak aku serta adik aku...

1. langsir : mula2, langsir kt kepala katil tuh, biasa saja kan. mak aku la, dia tak bagi potong kain tuh, sayang katanya...malam sebelum kenduri, aku yang potong sendiri, sebab xleh nk hias bila dia straight mcm tu ja kan.

2. frame bunga : yang ni idea dari kezen aku, wanie..dia ni keja sementara di butik pengantin, so dia ada la idea tuk hias bagi cantik pada bahagian tu.

3. scallop : scallop ni pun idea datang masa pagi hari nk akad nikah (aku nikah ptgnya). dua pupu aku dan wanie la yang bertungkus lumus buat scallop pada dinding tuh.

4. katil : ha ni la yang paling tak besh..ramai2 kan duduk atas katil aku tuh...sebab pakat nk buat kerja, lagipun nk tampal2 sticker pada dinding tuh (FYI, sticker tu aku beli kt jalan Tar, 4 keping RM10 ^^) idea asal sticker adalah dari aku sendiri, idea cara untuk menampal adalah dari kakak aku...katil yang ramai2 naik ni, telah patah pada kayu yang menampung tilam, adeeeh la...kena tipu rupanya huhuhu...alternatif lain, kami guna bata-bata la untuk menampung kayu yang patah tuh huhuhu (tapi abah dah tukaq yang baru dah ^^)

5. cadar : cadar aku ni, aku pinjam daripada mak aku...cadar ni kakak aku hadiahkan pada mak aku sempena besday dia..so aku pinjam sat la ek hehehe...napa tak guna cadar yang meriah2, yang berkilat2? serta beropol2? sebab kan aku nk konsep english...lagipun, kalau cadar cantik sangat, nanti tidak menonjolkan pengantin masa nk bergambar, A'm i right? tu just pendapat aku la kan heheh ^^...cadar ni, aku n kakak aku beli kt Lovely Home di Alamanda, made from korea tau hehehe...

emmm itu sajalah yang aku nk kongsi pasal bilik pengantin ni...napa buat sendiri, tak amek pakej saja? abah aku marah woo kalau membazir, ye la, kalau amek pakej bilik pengantin, kang nanti dah bayar, dah abeh majlis, bunga2 tu derang amek balik, langsir2 yang cantik pun derang amek balik, daripada duit habis mcm tu saja, baik buat sendiri, tak yah bukak, so rasa pengantin baru ja bila masuk bilik ni..betul x? :P

Bak kata abah aku, "kalau kita buat cantik, tak ada kudis pun pada orang itu, dan kalau kita buat tak cantik pun, tak ada kudis pun pada kita" betul x? sangat setuju dengan abah...nak cantik2, komplen mcm2, bak mai sini sponser mai ahahahaha.....Membazirkan amalan syaitooon nirojiiimmm.....

ASB Loan 2

Ok, aku nk sambung entry ASB Loan part 2. Part 1 kt cni ek. Rasa macam berkobar2 nk cerita pasal kebaikan melabur ni..Dan AWAS jangan mudah terpedaya dengan ajen yang selalu bgtau pulangan modal dengan hanya melabur RM30 ribu leh dapat ratusan ribu...tak salah untuk mendengar, tapi tolong la kaji selidik okeyh ^^..

So aku nk cerita la lebih detail pasal ASB loan ni...dan nk berkongsi dengan semua.
Mula2 niat aku nk buat ASB loan ni dengan tujuan dividen yang bakal aku dapat nanti, aku nk bayar ptptn..tapi xpa la, nnt leh pikiaq lain hutang tuh..nanti2 la cita bab2 hutang ptptn ni ahahaha (xdak mood nk cita pasal hutang ptptn huhuhu,tapi aku mmg berniat nk bayar bagi habis tau heheh,nanti aku wat entry pasal planning aku nk habiskan byr ptptn lak)

So jom tengok cara2 aku menyimpan di ASB loan...

1. Aku pinjam RM30 000 selama 15 tahun

2. 15 tahun = 180 bulan

3. Aku bayar bulan-bulan RM230

4. so aku bayar RM230 selama 180 = RM41 400

5. Tapi wang yang aku pinjam hanyalah RM30 000

6. So nampak di situ rugi la kan?Rugi sebanyak RM11 400

7. Kalau kita menympan sendiri sebulan RM230, kita  boleh menyimpan RM41 400 la kan? TAPI!! dengan loan ASB, korang jangan lupa, dividen akan di kira di akhir tahunnya..

8. Ok, kita kira dividen rendah je la untuk setahun iaitu 7%

9. Satu tahun, dividen yang dapat dari loan asb RM30k ni, ialah RM2100

10. So, kalau 15 tahun, dividen yang aku bakal dapat ialah RM2100 x 15 tahun = RM31 500!! Ha tengok!! tak ke sama jumlah dividen yang aku dapat dengan jumlah loan yang aku buat.

11. Ada member aku kata, rugi la, kan buat loan kena bayar interest..Setelah di buat kira-kira, korang sendiri boleh tengok sama ada rugi ke tak kan...

12. Kan aku kata tadi, rugi RM11 400 untuk interest loan saja, tapi dengan dividen yang kita dapat, RM31500 - RM11 400 = RM20 100!!...ha rugi ke?

13. So jumlah bersih yang aku dapat ialah RM30k (yang aku pinjam) + RM20100(dividen) = RM50,100..
Korang pun boleh menilai sendiri kan..

14. Lagi banyak tahun yang korang amek, lagi bayak dividen yang korang dapat..and tak yah risau pasal interest sebab interet untuk asb loan, even aku yang keja swasta, baru 4.3% saja...kalau personal loan, rata2 interest utk org swasta ni 8.5%, 12% huhuhu..

Oklah, itu saja aku nk share, semoga berbijak la pilih badan pelaburan ^^

p/s: kalau aku tak usik duit dlm asb setelah 15 tahun yang berjumlah RM50100 (kiraan kasar), dividen setiap tahun yang aku dapat ialah RM3507 setahun...dalam akaun asb dah jadi RM50100 + RM3507 = RM 53607..pastu tak usik lagi duit tu, so dividen yang seterusnya aku akan dpt RM3752.49 dan seterusnya mcm tu la....untung kan ^^

Tuesday, July 27, 2010

Angah pun saaaaayang uyeen jugak ^^

Alkisahnya nk cerita pasal anak sedara aku yang sorang ni, Nurin Qistina a.k. uyeen a.k.a kakak.baru berumur 7 tahun, darjah satu la kiranya...Aku rasa dia rapat dengan aku, sebab aku selalu pi lepak umah kakak aku..Elok sampai ja kt umah akak aku, xsempat2 dia kata " angah boleh tolong kite buat keje sekolah x?" hehehe...

Ok2 berbalik pada cerita yang berada di landasan yang betul ^^...Masa aku nk balik kampung untuk majlis hari-hari bahagia aku, kakak aku, iaitu mama uyeen, suh aku bawak uyeen balik sekali dengan aku.Aku amek cuti seminggu awal masa kenduri hari tu, dan sekolah pun dah start cuti dah.

Masa aku g amek uyeen kt umah dia, dia terpaksa balik tidoq kat umah aku dulu, sebab aku belum kemas-kemas barang lagi. So malam tu, dia pun ikut la aku balik rumah aku. Baru masuk dalam kereta ni, belum bertolak balik umah aku lagi, uyeen tetiba diam..pastu dia ambil bantal, dia pekup muka dia..laaaa nangis ka? ahahaha...

Elok sampai ja kat rumah aku, aku tanya dia " uyeen nangis ke?" dia angguk.."Pasepa" tanya aku lagi.."Kakak rindu kat mama" alahai, macam ni la gaya budak yang tak penah berjauhan dengan mama dia hehehe...pastu, aku col akak aku, bgtau uyeen nangis, akak aku nak cakap dengan dia..siap bgtau " kita rindu kt mama, i love u" wahahaha, tu la, dah jauh2 baru la rasa sayang tu kan...selalu xmo dengar cakap mama dia hehehe...

Masa dalam perjalanan balik kampung, akak aku tak lekang la sms tanya kat mana, biasa la, bawak anak dara dia kan, sapa tak risau..Elok sampai ja di kampung, dah jumpa pakteh dia(sepupu aku, umo 8 thn kot) dah tak sedey2 dah hehehe....
Ni gambar uyeen yang setia nk menolong aku buat kerja...memang tidoq lewat la dia kalau dengan aku ahaha...tak bagus betul la mak sedara ni asuh tidoq lambat2 huhuhu...Masa balik kampung tu, dia tidoq dengan aku saja setiap malam...smpi la hari kenduri aku, dia xleh dah la tidoq dengan aku hehehe...

Uyeen ni kan, dia mempunyai sifat mcm mak dia gak, cepat risau..Bagus la kan kalau ada sifat mcm tu. Kenduri aku hari sabtu, dan kenduri belah hubby munchy pada hari Isnin. So ari ahad malam tu, aku kuaq dengan hubby munchy aku untuk jumpa kawan dia nk bincang pasal majlis esok harinya (baru la nk bincang amek DJ la, persembahan silat la, main gendang la, aaaish, macam2 la hubby munchy sorang ni). Bila aku balik rumah, dalam kul 11 malam, adik aku bgtau, "ni uyeen ni asek suruh telefon hang ja suruh balik, dia risau sebab apa angah tak balik lagi" . adeeeh nurin ni, angah dah kawen la, xpa, xyah risau ^^...

Dan masa kenduri kt rumah hubby munchy aku tuh, dia tanya aku sama ada nk balik rumah ke tak..huhuhu, aku cakap la, aku dah kena tinggal dengan pak ngah(wahah, hubby aku jadi pak ngah ka hehehe)

So hari selasa, akak aku sefamily dah berangkat ke KL. Pagi-pagi rabu, aku pun balik la rumah mak abah aku (almaklum la, rumah mertua denagn rumah sendiri 15 minit saja jauhnya hihihihi).

Bila aku masuk bilik ja, aku dapat note dari uyeen..Dia tulis atas kertas (front page yang tak jadi tuk gusetbook aku).Terharu kot aku dapat note ni...



Meh aku tulis balik kt sini (setelah di betulkan spelling hehehe)
"I miss you!! daripada nureen. Dear angah, kita balik dulu, bye-bye. Nanti kita jumpa di KL. Saya rindu Angah!! i love u!! Kalau ada barang tinggal, tolong simpan tau angah!! I miss you!! " see sweet kan? aku rasa nk nangis ja bila baca note ni, terharu =.=

dan di bawah adalah koleksi gambar aku dengan nureen...
 Ni masa open house di rumah bal, tahun bila ntah, aku pun kelihatan kurus lagi time ni ahahahaha...

 Ni plak masa aku konvo, tahun 2007

 Burger king di Masjid Jamek.. kami asuh nureen supaya menjadi berani untuk tukaq toys yang dia berkenan di kaunter hehehe

 Ni lak masa di McD KL sentral..saja bawak jalan2 ^^

Monday, July 26, 2010

Wedding Guestbook dan doorgift

Aku bersambung lagi tentang persiapan hari-hari bahagia..Kali ni, aku nk cerita pasal Wedding Guestbook dan juga doorgift.

Wedding Guestbook ~~ Perlu ka buat guestbook ni? ni pun terpulang la kan...Aku dapat idea nk buat guestbook ni masa pi kenduri Dayah&Azmi. Tapi guestbook yang dayah buat sendiri tuh, lagi cun dari aku punya ni, sebab guestbook aku ni memang buat last minit saja huhuhu...Xsempat nk print elok2, tulis tangan saja huhuhu...

Ini la rupa guestbook aku hihihi..cute x? Haruslah mengikut tema kan hehehe..Aku hanya menggunakan scratch book, renda(yg kaler biru tuh), riben, dan pembalut (warna putih). Okla kan, daripada xdak hehehe..Dan satu kesilapan aku, aku xdak sudut khas untuk tulis kt buku tuh, at least aku tulis pada satu frame kosong yang berbunyi " Sila coretkan sesuatu untuk pengantin baru ^^" Ha, at least mcm tu la kan...Lagipun, kenduri ni kat kampung, mana la orang kampung nak paham sangat kan hehehe...

Pastu aku guna pakai buku ni untuk di bawa ke kenduri sebelah hubby munchy aku lak kan hehehe, jimat sket, lagipun banyak lagi space yang kosong dalam buku tuh.

Ha tengik pic atas ni,membuktikan yang guestbook ni memang la last minit punya ahahaha...masa akad nikah baru aku suh hubby munchy aku tulis ucapan terima kasih dalam buku tuh ^^

Sunday, July 25, 2010

Thank You Tag

Jom sambung cita pasal hari-hari bahagia lak...so entry kali ni, aku nk cerita mcm mana persiapan sebelum hari-hari bahagia. So sapa yang dah menyampah dah nk baca, boleh la pi baca blog lain hehehe...aku nk kongsi kt hampa kat cni, lebih kurang kononnya mcm bertukar pengalaman la kan hehehehe

Perlu ka Thank You Tag ni? Terpulang la kan..Nak buat ke tak, tu atas kemahuan masing-masing. Bagi aku, aku buat Tag ni nk ucap terima kasih sebab mai kenduri aku ^^..ha lebih kurang mcm tu la, Ikhlas la kan, at least mcm ada usaha untuk ucapkan terima kasih...Disamping tu, boleh la gak, sapa yang nk suh aku design n buat TQ Tag ni, boleh la emailkan aku firbee@gmail.com....Murah saja...nk tau email je la ek ^^...

Ok, untuk Tag aku ni, aku mintak bantuan dari opismate aku iaitu Laily. Laily ni memang tangan seni...Terer melukis dan aku puas hati..Dia gak graphic designer mcm aku gak ^^..Tapi aku ni tak pandai bab2 nk pegang pensil dan melukis ni, takat menggunakan software di komputer reti la hehehe....

Idea ni datang bila aku dok blogwalking pada blog2 bride2be...macam2 idea depa buat Tag..So datang la ilham aku untuk buat mcm di bawah ni..


Ini adalah draft dari Laily..Dia lukis atas kertas..Aku just bagi ja idea kt dia, pandai ja dia generate idea, dan aku sukaa ^^ Thanks laily, nanti akak bagi satu kt awak seperti yang dijanjikan ^^...Lepas laily lukis pada kertas, so aku scan dan jadi la imej macam kt atas tu.


Pastu, aku masukkan imej yang telah di scan ke dalam adobe flash untuk buat illustration..Mesti orang yang terer bab2 ilustrasi ni tanya, pasepa tak guna Ilustrator? ahahah sebab aku kurang mahir menggunakan Illustrator, baik aku guna Adobe Flash ja, sebab nk trace je pun...Dan hasilnya seperti di atas. Aku ubah sikit2 la kan mengikut kesesuaian

Dan mesti la rasa tak besh kalau kosong ja kan..So aku masukkan sedikit corak..Wajib ada email aku okey ^^..dan semestinya tarikh hari -hari bahagia kami ^^

Dan beginilah hasilnya apabila di print..Aku print atas Art Card Paper 120gram..so tak la nipis sangat, dan tak la tebal sangat kan...



Dan inilah hasilnya ^^...Malangnya aku hanya ada gambar ni saja..Yang sebenarnya Tag ni aku lekatkan pada paper beg...Lupa nk snap..Nanti la aku update lain.So pic yang ni pun dapat dr OP aku..Beg non-woven tu adalah spare untuk paper beg yang dah di beli, besa la, takut tak cukup..

So, cute x? hehehe...sekarang ni, aku tengah hendak mencari idea untuk design TQ Tag tuk dua pupu aku iaitu Nurul Iza yang bakal naik pelamin 15hb9 ni, Insyaallah....Tak tau lagi mcm na rupanya, kiranya ni sponser la untuk dia..

update : ni gambar paper beg yang aku kasi pada kawan2 ^^


Saturday, July 24, 2010

Ice Room di Bandar Baru Bangi (BBB)

Latest update 7 hb 11, sila baca entry ni yer kawan2 huhuhu...

Salam n hi all ^^...Klah stop la sat na bercerita pasal Hari-hari bahagia aku tuh...nanti aku sambung lain...(sebenarnya aku dah cemuih (jemu) dah ahahaha)

Ok2, meh aku cita pasal ice room atau dalam bahasa melayunya bilik ais hehehehe..Menatang apa Ice Room ni? Haaaa kalau hampa nk tau, Ice Room ni nama untuk restoren aiskrim la...tapi ada ja dia jual benda2 lain, mcm chicken chop, fries, nugget, crunchy dumpling dan mcm2 lagi la...tapi speciallity Ice Room ni of coz la aiskrem kan...


Ha, tengok saja pada rupa restorennya, pasti menggamit pelanggan hehehehe...



Dan inilah rupa aiskrem itu...dia aiskrim yang di kisar seperti ABC (ais kacang), pastu di letak sos blueberry (sbb aku mintak flavor blueberry ^^) Harganya boleh tahan mahal tapi berbaloi la kot RM7.90, dua orang makan pun boleh....banyak kot kan...


Dan seterusnya mari melayan gambar2 di dalam Ice Room hehehe..Ini Ihsan, hero kak ziera...aaaaaaa geram la budak comel ni, like my nephew ^^


Tengok background tuh, cantik kan ^^..model pun boleh la ahahaha


Landing2 kt As ni...tidoq pun besh bila dh penat hehehe ^^


Nanti aku nk order yang ni lak la hehehe ^^


Yeay, eskrem dah smpi ^^...ouhh tetiba rasa nk makan eskrem lak mlm2 buta ni aaaaish...

eh2, lupa lak nk bgtau lokasi Ice Room ni kat mana...Yang aku pi ni, kt Bandar Baru Bangi, sederet dengan rumah kedai yang baru bukak di situ, dekat jugak dengan PKNS Bandar Baru Bangi. Dia ada lagi cawangan Ice Room ni, kt Nilai, kt Ampang, lagi kt mana ntah, lupa dah hehehe

p/s : dalam tengah mencari parking kt area Ice Room tuh, aku ternampak restoren Tat Nasi Ayam, dengan ayatnya " nasi ayam paling sedap di Alor Star" ya kawan2, Tat Nasi Ayam ni memang sedap di Aloq Staq, tak sangka ada cawangan kt Bangi ni, cayalah ^^

Wednesday, July 14, 2010

Romantic Tag


Romantik tag ni dah lama pn farah suh aku buat...aku baru nk buat, saja tunggu bagi bergelar wifey pada my hubby munchy dulu hihihi.....

ok jom layan lah.....

1. first time jumpa with your hubby, bila and kat mana?
perhentian bas di shahab perdana wakaka

2.love at first sight?
tak kot...ntah la, love tu timbul sendirik ^^

3. who is he when the first time you meet him?
dia kata dia keja kt kola nerang, tu ja, sebagai tukang kebun katanya ahaha

4. how long it takes for him to ask you out of a date?
sebulan pas jumpa di shahab perdana weee~~

5. first place dating?
taman tasik darul aman tuh hehehe

6. how he proposed?
ntah la...xingt dh ahaha...guna ym kot kalau xsilap..hihihi..kami kan couple it hehehe

7. special date with your hubby?
when he come to see me ^^

8. changes that he asked you to do?
suka marah2 tu...tak kisah la marah kt sapa...even aku xmarah kt dia, dia xsuka aku marah kt sesapa...huhuhu

9. what is about him that you love so much?
dia penyabar sangat2..pastu cool lak...aku ni kan pemarah ahahaha...pandai nk buat aku gelak jaaa...layan aku elok2...emmmm sayangnyaaaaaaa

10. what is about him that you wish he would like change?
perangai dia yang suka tangguh2 tu..xkira la tangguh apa2 pun, aku xsuka...dan dia ssh nk buat decision huhuhu

11. you will lose your mine and crack your head when he?
buat bodo je bila aku merajuk, aaaaaaa menyampah kot huhuhu

12. you will smile through your eyes for the whole day when he?
make me laugh la ahahaha...lawan2 main game sapa leh letak nama dlm high score dlm game hihihi...pastu main tickle2, aaauwww..kelemahan dia di pinggang ahahaha

13. complete below sentences 'my love towards my hubby is as big as..'
seinfiniti..tiada ukuran, fullstop ^^

Tuesday, July 6, 2010

Tak Suka la....

Aku tak suka pada orang yang suka buat cerita pasal aku yang tak tahu hujung pangkal...ceeeyh mcm artis lak ahahaha...camon la, tanya aku dulu, jgn dok wat andaian...aku pun kan, suka tanya dulu pada empunya badan kalau nk buat kesimpulan pun kan, hurrmmm....

bila aku tanya mana tau? cakap kata dari blog aku? erk, aku xdak mention pun dalam blog aku nih..ahahaha kan dah kantoi, kantoi dok wat andaian sendiri ahahahha

Sunday, July 4, 2010

Alhamdulillah - 11 Jun 2010 dalam sejarah hidupku

Alhamdulillah....Pada 11 jun 2010, Jumaat bertempat di Masjid Alor Pak Ngah, akhirnya aku bergelar isteri kepada suami ku Mohd Firdaus Ismail...Syukur kepada Allah...

(sorry lambat buat entry ni, minggu depan dh cukup sebulan kami bernikah ahahaha)..Ok, jom la tengok2 gambaq nak? hehehe


This my dua pupu (anak my cousin) nama dia nurul iza...dia adalah orang yang banyak membantu aku seikhlas mungkin, sanggup tidoq lambat sebab menolong keja2 di rumah aku...ekceli rumah kami bersebelah saja, jerit panggil nama pun boleh dengar dari rumah aku hehehe...thanks beb, hang banyak tlg aku...dan umoq kami adalah sama, lahir di bulan mei juga ^^...dan dia juga bakal berkahwin pada 15 hb 9 ini, Insyaallah aku tolong hang balik aaaih ^^...iza gak memerangkap juru pakai tudung kt aku hehehe...sangat kemas..hari nikah, hari kenduri belah perempuan dan lelaki, dia la yg tolong pakaikan tudung dan veil tuk aku....org lain aku xcaya hehehe....
And this my sister, my older sister...beza umoq kami 8 tahun, last kenduri kt umah kami masa kenduri akak aku la, iaitu 9 tahun yang lepas ahahaha...and she also my makeup artist (bidan terjun)...tengok, akak aku kalut makeupkan aku, sampi diri dia sendiri tak sempat nk makeup hehehe....thanks kak, banyak tolong cek ^^

And now, this is my mr somi hehehe...dia suh aku tulis lam hp dia my hubby, agagaga yela2, konon2 romantis la tuh hehehe...tengok, nampak saja dia mcm rilek, tapi sebenarnya, dia minum air pun, pegang botol terketaq2 ahahaha..

hubby ku ini, dua kali akad nikah..sebab tok imam tak dengaq+nerves dia tuh...lagipun menurut hubby, dia kata, dia dh hafal akad nikah yg panjang cthnya mcm ni " aku terima nikahnya rabiatuladawiyah bt harun dengan mas kawen bla bla bla" sekali, tok kadi suh buat yang pendek saja iaitu " aku terima nikahnya bagi diriku seperti yang di sebut" ha! mcm tu ja tau, mau la kawan tak gelabah kan...neway, buat dua kali, lagi jelas kan yunk, lagi bagus, benda ni tak elok buat cincai2 saja kan...b terima yunk seadanya, xkisah la akad nikah 2 kali pun, janji dah berjaya miliki b hihihi(harap2 korang tak muntah wakakaka)


my hubby munchy tgh sign surat"geran" hehehe...dia kata signature dia berubah2, xsama pun, kalau sign pada cheque, memang kena tendang la ahahaha...

and now my turn ^^...hihihi, banyak jugak ooo kena sign, aku pun tersilap, sampi pi sign kt ruangan abah punya hehehehe...

aku suka baju mak sedara aku buat ni walaupun kainnya senteng hehehe....thanks nyang ^^

dan upacara menyarungkan cincin...ada ka hubby munchy aku ni nk pakaikan pada jari telunjuk!! adeeeh laaa....bukan dia buat lawak, tapi dia memang tak tau ahahaha...


cincin yang my hubby munchy pilih sendiri...b suka la yunk ^^


my hubby munchy kata, xleh la nk cium sebab hidung kembang sangat terkena tudung lol ahahahahaha...

"abg tulis ja la ucapan apa2 pun" hihihihi


wit my family...lot of love mmmuah

adikku, yang bakal mengikut jejakku jua...bila? jeng jeng jeng ^^

Alhamdulillah..selesai sudah...

Saturday, July 3, 2010

Uyeen kata mata angah mcm omputeh laaa ^^

Hehehe tu la hakikatnya..Oh ya, untuk pengetahuan korang uyeen ni baru berumur 7 tahun, bila aku tanya mak aku, ada nampak apa2 perubahan pada muka aku tak? mak aku kata biasa ja..tapi bila di tanya pada uyeen, dia jawab, mata angah macam omputeh laaa...hehehe...

Ni la alkisahnya...ni pun sebab hari-hari bahagia la hehehe...Mau tak mcm mata omputih, dah kalau mata palsu kan hehehe....

Kebetulan masa tuh, ada offer contact lens, member aku ana, dia tgh buat offer dalam fb dia masa tu. Korang leh tanya pada Ana Azhana di facebook dia yer, dia dah bukak dh kedai on9 dia tuh hehehe...
Ni la botol contact lens tu...kemain lagi kan pakaging dia...contact lens ni dari korea, korea kalau bab2 marketing n pakaging ni memang A lah hehehe....

Jom tengok sebelum dah selepas pakai contact lens ni...

Aku dengan Ana Azhana yang menjual contact lens itu..Dalam gambar ni, hanya ana je yang pakai contact lens, kaler biru u ^^ cantik kan ^^

And now, ni lak mata aku hihihi...

Ha nampak tak? nampak tak perbezaannya? tuk pengantin yang nk pakai contact lens pada hari-hari bahagia, aku sarankan jangan beli kaler brown keyh, sebab selalunya kaler brown akan meyebabkan red eye di dalam gambar nanti..tapi sekarang camera dah canggih2, dah leh reduce red eyes, cuma takut pada yang tak pakai or terlupa nk setting red eyed reduction pada camera ja hehehe...

Friday, July 2, 2010

Selamat Pengantin Baru Buji dan Adieana (dh sebulan dh)

Entry ni sepatutnya di dahulukan sebelum entry yang dh publish, tapi terlupa lak...ala boleh la kan hehehe...So jom kita layan pic kawan2 aku kawen ni....

Majlis ni pada 29 hb 5 yang lepas.. Pengantin lelaki adalah member kami masa study utem dulu..tahniah buji ^^...mcm biasa la, kalau g kenduri member masa utem, mesti la pergi dengan farah..jumpa ajue di pertghan jalan mrr2 hehehe...jumpa dayah n azmi di sana...


Malamnya pulak kenduri member aku masa prektikel dulu kt aspati, adie..tapi aku kenal gak ana, ye la, dah kawan dgn adie, kawan gak la dengan ana hehehe...mcm biasa, g kenduri dengan bal dan ee lak kali ni hehe...derang ni pun masa aku prektikal dulu, aku yang prektikelnya, tapi depa ni staff ms tu, besh woo prektikel ctu, mcm dah keja, bkn rs mcm student pun hehehe....tapi semuanya dah xkeja lagi di aspati...masing2 haluan masing2 dengan kerjaya yang lebih mencabar, ceeewah....

Tengok la adie tuh, konon2nya elvis la tuh, suma gambar dia pun, muka xde yang bebetul berada pada paksi yang betul, ada je buat memek muka dia tuh hehehe...dan ana sangat cantik okeyh^^...

Bal, adie dan nazim....ha nazim bila lagi nih?

huh ^^

Bal dan ee, suami isteri yang sweet ^^


adie oh adie ^^

suka makep ana, baju ana pun dia buat sendiri(tempah la i mean, dia xsuka sewa2 ni)

Tengok tu muka adie, adeeeh ^^....apa2 pun akhirnya adie dan ana bersatu kan, semoga cepat2 dapat baby yang comel2 yer hikhikhik....








Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...