Tuesday, February 15, 2011

Mudah.com.my yang mudah..lana suka !!!

 
Kali ni lana nak kongsikan pulak pasal website Mudah.my yang mudah ni ^^ (lana memang suka share benda yang berinfo ^^)..korang penah guna kemudahan Mudah.my ni? (pada sapa yang tak tau lagi, ni lana nk cita, sapa yang dh tau, pi baca entry lain di blog lana ni hehehe) dia lebih kurang macam ebay la, jual barang, beli barang....tapi mudah ni terdapat di malaysia, kiranya kalau kita duduk kt area Kuala Lumpur, nk beli barang dekat orang yang duduk di kuala lumpur, senang la kan ^^...

dan banyak kali lana berurusan dengan mudah ni..first time masa nk beli device usb modem, masa tu mahal lagi, mau dekat rm200 usb modem, tapi dengan mudah, lana cari barang yang hendak di cari, kawasan penjual yang senang kita nk jumpa, pastu beli dengan harga yang murah..
kadang-kadang barang dekat mudah ni ada saja penjual yang jual barang baru..dan semestinya yang lain second hand kan..

faham lagi x? tak faham lana citakan dengan lebih jelas. contoh di sini korang nk mencari barang second hand, iaitu laptop second hand, harga di sekitar RM1200 jenama toshiba, dan korang berada di area Kuala Lumpur..

So korang hanya perlu menaip toshiba, pilih kategori computer & accessories dan pilih kawasan KL, klik button search...pastu akan keluar la benda yang korang cari...senang saja kan?? kadang-kadang lana boleh mengadap website mudah.my ni seharian dok belek2 barang..dan mudah.my ni gak ada orang iklankan pekerjaan..dan lana penah try apply hehehe...

ada pelbagai jenis kategori. sila lihat gambar di bawah pada ruangan No 2...pada ruangan no 3 adalah pilihan negeri...no 1 adalah untuk keyword barang yang korang nk cari...
 
kali kedua lana guna mudah.com adalah untuk menjual laptop hubby yang baru di beli tak sampai seminggu..ni kes sebab xdak graphic card yang besh, so hubby nk jual..lana la tolong advertised kan notebook tu..tak sampai 3 hari, notebook tu telah di jual dengan harga yang berpatutan..kalau jual kat kedai, walaupun kita pakai baru seminggu, barang tu tetap menjadi second hand, so harga memang akan jatuh mendadak laaa...so di mudah.my ni adalah jalan penyelesaiannya...
Dan kali ketiga lana berurusan dengan mudah.my ni masa nk jual hp lana, samsung wave tuh..tak sampai 4 hari, lana dh jual hp lana tuh..mula-mula ada je orang offer nk beli hp wave tu dengan harga rm1k..tapi lana rasa mcm murahnya plak dia nk beli..lana dah rugi banyak la kan..sekali lana tanya kat kedai hp, depa nak amek hp lana ni rm600 saja huhu..apa lagi, terus lana contact dengan orang yang nk beli wave pada lana tu..jual terus tanpa banyak tanya dah hehehe...so untung di sini kan..dah la mudah.my ni free saja, xyah kena bayar apa2 kos perkhidmatan pun..bagusnya!!
 
so kalau korang nk mengiklankan barang second hand, senang saja, klik pada Insert ad, dan isikan form seperti di bawah..dan ianya tak payah register pun, besh kan?nanti korang akan dapat email confirmation daripada mudah.my. dalam masa 24 jam hari bekerja, iklan korang akan di publishkan...

bila barangan korang telah terjual, jangan lupa untuk mendelete iklan ini supaya tidak terus di tanya oleh orang ^^...
satu pesanan lana, jangan menipu...tak baik menipu dalam berniaga ni, tak kemana, memang kita untung kalau menipu, sekali tiba2 musibah lain yang datang menimpa memerlukan duit yang banyak daripada untung yang kita dapat, ke tak rugi namanya? so beringat-ingatlah kita...

satu lagi, jual beli melalui mudah.my ni, selalunya pembeli akan datang berjumpa penjual untuk melihat terlebih dahulu barangan yang hendak di belinya, so berhati2 jika berjumpa dengan stranger yer...ajaklah teman adik abang yer...jadi apa2 kang susah nanti...

klah...kesimpulannya lana memang suka mudah.my ni ^^

p/s : all pictures credit to mudah.my ^^

4 orang yang tak busy ^^:

nabilah_2908 said...

pernh juga ke sini..tp singgah gitu jer la..yer la tkde tujuan...

tp dr segi penceritaan kt sini..mcm best lak...nk g tgk jp la.. ;)

jom ke APA KATA HATI pulak,
SALAM MAULIDUR RASUL

Emma said...

selalunya Kak-M xdak niat nak beli apa2, tapi dok langut gak mudah.com ni, sangkut gak satu dua. Jadi dok rumah pon buleh sengkek gak...ahahha online shopping.

LanaBusyBee said...

nabilah : hihi sila sila ^^

kak emma : sama la kita kak M oi...kaki shopping, dok umah pun abeh duit hahaha

Anonymous said...

Thanks for sharing...try SuperStore.com.my (Post free ads in Malaysia)

Post a Comment

Please give ur comment ^^

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...