Monday, November 15, 2010

Susu Soya Segera brand SUPER = BESH!!

Happy monday all ^^ jangan malas2 ek nk keja arini walaupun hari rabu kita raya haji yeeeay, cuti lagi...ada sesiapa yang buat korban x? lana (eceh nk bahasakan diri dengan nama je la, xmo guna pangganti nama ketiga hehehe, baru rasa sopan gitu hekhekhek ^^) xcukup bajet lak nk buat korban tahun ni, tahun depan Insyaallah..eh eh, cita pasal korban ka pasal susu soya? ke laut dah :P

selalu dengar kt radio, ala iklan yang fara fauzana selalu dok cakap tu, minumlah soy talk sehari 4 kali untuk kesihatan kita..tapi hari-hari nk beli soytalk sebanyak 4 botol x 30 hari, mati gak la ahaha...gaji 4 angka saja, gaji 5 angka baru boleh kot hihihi..

so inisiatif lain, lana beli la soya segera brand super ni...i tell u all, memang besh sangat-sangat..try la kalau x percaya..susu soya ni berbentuk serbuk yer kawan ^^...pakaging dia mcm kt bawah ni..jangan risau yer, soya ni halalan toyiban ^^...

yang beshnya, kalau kita beli satu paket (ada dlm 15 bungkus kalau xsilap lana) dapat sebotol shacker (seperti gambar di bawah)..sepeket harga dalam lebih kurang RM15, ke tak sampai, xpasti lak lana..nanti lana update lain la harga yang sebenarnya keyh...

the shacker ^^

siap ada mark kt shacker ni...so isi air sampai 200 ml saja, pastu masukkan serbuk soya, pastu shack shack shack ^^ minum....ermmmm sedap mcm soya dalam kotak i tell u :P

ada tiga cara untuk kita sediakan dari soya ni
  1. guna air panas - tuang air panas sampai 200ml ke dalam shacker, kemudian, masukkan serbuk soya, pastu kacau dan sedia di hidangkan ^^
  2. guna air sejuk - tambah kira-kira 150ml air sejuk, kacau dan tambah ais..
  3. buat milkshake - tuang susu tepung soya ke dalam botol berisi 200ml air, goncang dan sejukkan di dalam peti sejuk selama 15-20 minit
cara yang di beritahu ni, dia suruh masukkan serbuk dulu, pastu baru letak air kan...lana dah ikut cara tu, tapi nanti serbuk tu jadi berketul2, jadi xbesh...so apa kata ikut cara lana, masukkan air dulu (macam nk buat susu anak lak ahahaha) pastu baru masukkan serbuk soya, pastu goncang...i tell u, dia xberketul2 punya hehehe..try la...

ni lak ingredient yang ada pada serbuk tu...ada kalsium, so boleh menambahkan kalsium pada tulang2 kita (bagi sesiapa yang tak lalu nk minum susu la kan)...

p/s: so apa tunggu lagi, soya kan banyak khasiat, boleh cantikkan kulit,kuatkan tulang dan macam2 lagi..dapatkan di pasaraya yang berdekatan dengan anda ^^

3 orang yang tak busy ^^:

Farah said...

aku br je membodek fuad, mintak dia belikan soya ni.. heheh... setakat tempoh ngandung ni, soya yg sedap yeos je. klu sblm ni, aku suka homesoy... tp skang tekak da ubah rasa... nak try soya ni plak la.

LanaBusyBee said...

homesoy memang besh..soy talk aku xsuka sgt,tokwan suka la..pekat sgt soytalk...try la beb, sedap...

Amru said...

lana, mana nak dapat soya serbuk ni? wife selalu mengidam soya, jenuh dak beli kotak besar RM2.50 tu je. TQ

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...