Tuesday, November 30, 2010

Dream - Kdrama


Fuuuh...akhirnya habis gak aku tengok drama korea Dream ni...Drama ni dah lama ditayangkan di korea, tahun 2009 lagi, tapi aku ja baru tengok hehehe...

Sebab apa aku rasa nak tengok drama ni? sebab ada pelakon heroin tu, nama dia Son Dam Bi...Son Dam Bi ni sebenarnya penyanyi dan aku suka dia, mega mijoosooo hehehe...jom tengok klip lagu mijosoo Son Dam Bi ni ^^ (iklan sat )

Amacam? Son Dam Bi ni macam tinggi, kaki dia cantik ^^...tengok dia ja aku rasa membuak2 nak kurus ahahaha..

ok berbalik kepada cerita asal...hero dalam crita ni lak ialah Kim Beom...alaaa yang berlakon gak dalam cita Boys Over Flawors tu (tgk pic kt bawah ni, Kim Beom adalah yang paling kanan sekali ^^) second hero adalah Joo Jin Mo...Aku xsure dia pernah berlakon dalam cita pa, sebab aku ni jenis susah nk cam hehehe....

kalau nk tengok pelakon yang lain, klik link ni, credit to Hancinema ^^...

Son Dam Bi , Jo Jin Mo dan Kim Beom ^^
Uish banyak sungguh melalut..ok2, meh aku cita kat korang drama ni pasal apa...Dia mengisahkan Lee Jang Seok (Kim Beom) yang mempunyai impian untuk mencari ibunya..dia tinggal dengan bapak dia, bapak dia banyak mengajar dia cara2 untuk mencuri, akhirnya Jang Seok di tangkap...tapi dia kuar dari penjara, dia nk jadi baik...sebenarnya dia xjahat pun...
Son Dam Bi , Jo Jin Mo dan Kim Beom ^^

Nam Je Il (Joo Jin Mo) ni plak seorang agen sukan di korea..so kiranya dia la yang menguruskan atlet2 di korea ni...dalam pertengahan cerita, Nam Je Il di pecat sebab dia dituduh memberikan dadah pada atlets, padahal dia di arah oleh bos dia...eee bila teringat bos dia, aku benci gila..memang watak jahat bos dia ni menjadi la...

so krisis bermula apabila Nam Je Il nk bangun semula menjadi agen sukan sendiri...kiranya dia la bos...dia start jumpa dengan Jang Seok di satu club malam di mana Jang Seok telah menumbuk fighter yang dia nk upah...Tumbukan Jang Seok memang padu, sekali tumbuk ja orang boleh jatuh...so daripada situ dan penuh dengan konflik, Nam Je Il berusaha untuk bangun semula...

Macam mana Nam Je Il boleh jumpa dengan Park So-yeon (Son Dam Bi)? depa terjumpa masa So Yeon menjadi leader tuk Taebo..tapi masa tu dok gaduh2..ye la, kononnya tak hormat Nam Je Il la...alamak, mcm na ek aku nk cerita, payah la, sebab banyak gila peristiwa yang berlaku hehehe...

So diringkaskan, Jang Seok menjadi seorang fighter..bakatnya di gilap oleh Nam Je Il dengan bantuan ahli keluarga So Yeon...tapi untuk menjadi fighter yang professional, Jang seok perlu memasuki pertandingan untuk mendapatkan lesen untuk fighter ni...so daripada cni la bekas bos Nam Je Il dan Nam Je Il menjadi persaingan yang hebat...

Memang boleh sakit jantung aku tengok cita ni...penuh dengan aksi dan debaran ahahaha...Bak kata kak Sally, xsampai hati kan nk tengok orang ensem kena pukul hehehe...

Cita ni besh...Aku bagi 4 bintang...so kalau korang boring2, boleh la tengok cita ni ^^...Dapatkan Jang Seok memjumpai ibu kandungnya? tercapaikan impian Nam Je Il untuk melawan exbossnya? Jang Seok menaruh hati pada So Yeon, tapi apakah So Yeon sebegitu? kalau nk tau, korang kena la tengok sendiri drama korea 20 episod ni...cita ni xdak aku nk nangis2 beria sangat (ada gak la bergenang air mata aku saja hehehe), so ok la kalau nk tengok ^^..korang akan jadi tak sabaq nk tau kesudahan ceritanya...

Korang boleh tengok secara streaming kt cni . Credit to my Soju ^^..ok happy watching ek ^^

p/s : sekarang ni aku tengah layan Drama Korea - Sungkyunkwan Scandal..korang boleh tengok online kt cni..Yang ni crita terbaru..belum tayangkan lagi di 8tv...Sebab aku nk tengok cita ni, pelakon ialah Yoo Chan, penyanyi bekas Kumpulan DBSK yang sekarang merupakan penyanyi kumpulan JYJ ^^...jom2 tengok, nanti leh kita sama2 bercerita pasal drama ni hehehe

4 orang yang tak busy ^^:

aan said...

tak tengok lagi citer ni. son dambi tu mmg cntik. hehe.. =)

cikzety said...

sukeeee Kim Bum tuuu !! huhu, love korea drama tooo (:

LanaBusyBee said...

aan : lana pun suka son dombi, comelss ^^

cikzety : me to love u^^ eh love korea drama ^^

jksm said...

nam de pyon!

Post a Comment

Please give ur comment ^^

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...