Monday, October 4, 2010

Kuah Spagetthi mushroom ala Pn Ruby

Entry ni dibuat khas tuk Pn Wan Salmi.dan Pn Anita .(hampa try la no, mana tau laki hampa suka nanti hehehe) Aku suka makan spagetthi...tu sebab kalau ada pot luck ka, jamuan makan kecil-kecilan di rumah ka, aku suka wat spagetthi...sebab dia mudah dan sedap hehehe...

mulanya, hubby munchy penah makan spagetthi yang kakak dia buat, dia kata xsedap pun makan spagetthi tuh...so aku nk buktikan yang spagetthi ni sedap sebenarnya, so aku buat untuk dia makan...memasak ni, kalau kena dengan cara dia, sedap saja hehehe....dan hubby munchy puas hati dengan spagetthi aku masak...tapi dia lebih prefer makan kuah dengan mee maggi tuh, dia xmo guna mee spagetthi tu, apa2 je la abg oi, janji makan bagi gemukss tau hehehe...

ok2, meh aku ajaq cara buat kuah spagetthi ala Pn Ruby hehehe...

Ni adalah bahan-bahannya...simple saja... ada 5 benda basic yang aku guna..
  1. sos cili dan tomato puri mushroom 2 tin (jenama apa pun xpa, janji halal tau, prego yang dalam tin ada logo halal, aku prefer yang tu, sebab kimball punya brand xdak with mushroom)
  2. daging cincang (800 gram, sebab nk buat potluck kan, so guna banyak)
  3. bawang besar 2 biji
  4. tomato kecil satu bekas
  5. sosej mushroom ayamas
ok meh aku closeup sket bahan2 tadi..

tomato kecil yang di potong dadu..kalau nk tomato yang besar pun boleh, tapi susah sikit nk potong dadu, potong je la macam mana pun kan...fungsi tomato ni untuk pekatkan kuah spagetthi ni...

bawang besar- ni aku guna bawang besar merah...selalu orang guna bawang bombay yang warna putih tu, xpa boleh ja guna bawang ni pun.

daging cincang...perlulah di basuh dulu yer kawan2, pastu sejat air dia...

sosej mushroom ayamas yang telah di potong sebegini rupa...xmau guna sosej pun xpa, sebab dah ada daging, tapi besh lagi ada sosej sebab bila makan nanti macam ada banyak lauk dalam kuah spagethi tuh..boleh ja nak tambah fishball ka, apa2 je la...
aku amek sosej mushroom sebab nk gantikan mushroom...guna sosej murah dan banyak ^^

dan last sekali, kena la ada sos tomato puri mushroom..sos cili ni aku guna nk bagi pekatkan kuah dan tambah pedas sket...

ok cara-caranya ialah

1. tumiskan bawang besar dengan minyak...aku guna minyak sunflower, so no kolestrol la yer ^^...tumis sampai naik bau bawang tuh..

2. kemudian masukkan daging...ibarat kita merebus daging la kan...masukkan sedikit air, jika nampak kekurangan air...rebus sampai daging bertukar kaler...kalau kita malas nk kacau, daging ni akan menjadi ketul2, lagi nampak menarik untuk di makan...pastikan rebus lama sket, supaya tidak berbau daging sangat nanti...

satu lagi yer kawan-kawan, air rebusan daging ni, tak payah la di buang, masak jer terus, baru la sedap kan...

3. bila daging dan masak secukupnya, masukkan sos tomato puri dan juga sos cili...

4. masukkan juga tomato yang telah dicincang. kacau hingga sebati..

5. masukkan sosej yang di cincang dan kacau...pada masa ni juga, masukkan gula dan garam secukup rasa..aku suka manis2, so aku tak masukkan garam langsung, sebab aku dah masukkan serbuk lada putih supaya bagi rasa masin2 dan rasa pedas2 sket..

6. kacau sehingga sebati...kalau nampak macam kurang pekat tuh, boleh la tambah sos cili lagi ataupun sos tomato...masak sehingga bebtul2 masak...ada setengah prang buat spagethi, rasa sangat bau daging tu, yang tu boleh menyebabkan orang jadi muak nak makan...cepat jemu...so masak la lama-lama sket...

Finally, dah pun siap di hidangkan..spagetthi tu, sure korang tau kan mcm na nk masak...sonang ja hehehe...boleh ja nk gunakan megi pun...hubby aku, peminat tegar mee maggi, pasni guna mee maggi je la kan hehehe....

Ok selamat mencuba ya !!

1 orang yang tak busy ^^:

anita_hanapiah said...

thank ruby...nmpak sedap ni.harus cuba

Post a Comment

Please give ur comment ^^

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...