Bosan dah menulis pasal aku saja kan..ok jom rilekskan minda, baca benda2 yang berfaedah dan boleh sama-sama kita memunasabahkan diri masing-masing kan...
Bagi suami di luar sana tu, ni ha ada tip sket tentang apa yang tidak disukai oleh isteri dari Ustazah Dato' Siti Nor Bahiyah Mahamood.. Aku copy paste balik tips ni dari Majalah Harmoni. Credit to Majalah Harmoni ^^...
1. Isteri tidak suka suaminya bertindak kasar, sama ada melalui perbuatan atau percakapan kerana wanita adalah manusia yang sensitif dan lemah lembut sifatnya. Oleh itu, suami perlu melayaninya dengan lemah lembut, penuh kasih sayang dan berhati-hati supaya tidak melukai perasaanya - a'a betul tu, aku cukup xsuka kalau hubby aku bawak keta, lepas tu dia maki hamun sebab jalan bodoh la, trafic light x betul la...xsuka tau, wlupun bukan dia kata kt aku pun hehehehe...
2. isteri tidak suka suaminya tidak menghargai usaha yang dilakukan oleh isteri, seperti isteri berhias memakai baju baru sedangkan suaminya tidak memberi apa-apa ucapan atau kata-kata yang menunjukkan suami menghargai apa yang dilakukan oleh isteri - emmm memang pun, aku akan rasa down bila niat aku nk diet atau nk g jogging kuruskan badan, hubby aku cuma gelakkan aku..at least bagi la sokongan moral la kan..last2 x buat pun..hargai la, aku buat tu tuk dia gak huahuahua.....
3. Isteri tidak suka suaminya menyebutkan kelemahanya sekalipun dengan niat bergurau, terutama di depan orang lain - emm setakat ni, xde lagi la kan...mayb hubby aku ni jenis yg xsuka nk critakan keburukkan sesiapa....
4.isteri tidak suka suaminya memandang wanita lain di depan isteri walaupun secara tidak sengaja. ini akan melukakan hati dan perasaannya serta menimbulkan rasa cemburu dalam diri isteri.
5. isteri tidak suka apabila suaminya membicarakan atau menyebut poligami walaupun secara bergurau - aku ok ja, sebab aku tau dia sygkan aku..tapi jangan nk mengada2 buat naaaaa...
isteri tidak suka jika suaminya memuji kecantikkan, layanan ataupun pilihan wanita lain - eee please la, kalau suka nk puji org lain, pi la kawen dengan dia, huh, emo!
6.isteri tidak menyukai suaminya kedekut dan bakhil kerana rumah adalah segala-galanya bagi isteri. Oleh itu sebagai suami pastikan keperluan isteri dan anak-anak disediakan secukupnya mengikut kemampuannya.- dah la bakhil, pastu ada hati nk poligami, boleh blah la lelaki mcm ni huhuhuhuhu....
7.isteri tidak menyukai suami yang tidak memberi perhatian yang istimewa kepadanya ketika ia sedang sedih ataupun sedang sakit - ada ka patut buat dek ja bila isteri sakit, kalau dia sakit, isteri buat dek balik, apa dia rasa???
8.isteri tidak suka suami yang tidak mempercayainya dana bersangka buruk ataupun menuduh yang bukan-bukan. Perbuatan ini akan memberi kesan yang berpanjangan serta menyakitkan hati isteri.
9. isteri tidak suka sekiranya suami meningglkannya keseorangan di rumah dalam tempoh yang lama. terutama ketika pasangan belum dikurniakan cahaya mata - emmm yang ni terjadi pada aku, tapi xdak la pula aku xsuka pada hubby ku, nk buat macam mana, masing-masing mencari rezeki. bila berjauhan, dan berjumpa dua minggu sekali, dapat layanan macam pengantin baru ja, tu yang besh hehehehe....
10. isteri tidak senang dengan perangai suami yang tidak mengucapkan selamat tinggal dan bersalaman setiap kali meninggalkan rumah - salam la...kan salam tu boleh menggugurkan dosa-dosa kecil antara suami dan isteri.
11. isteri tidak menyukai suami yang selalu bertengkar dan bergaduh dana mengancamnya dengan penceraian.- tak dak sapa yang suka kan....
12. isteri tidak menyukai apabila suaminya tidak mengingati tarikh-tarikh yang penting seperti tarikh perkahwinan, tarikh ulang tahun kelahiran dan lain-lain lagi - dah test kt hubby, nasib baik lulus hehehehe..
13. isteri tidak menyukai apabila suaminya apabila berjauhan tidak menelefon atau SMS kepadanya. - yang ni selalu sangat aku alami huhuhuhu...so memang isteri xsuka, walaupun dok jauh, rasa macam terabai saja huhuhuhu....
oklah, ni saja yang boleh dikongsikan..."Anda buat, anda dapat"
0 orang yang tak busy ^^:
Post a Comment