Friday, March 12, 2010

Lanabusybee & Tokwan VS BroFramestone & Khaizarien

Hi all ^_^...jom join contest Bro Framestone ni..Saja suka2...


Syarat-syaratnya tengok kt blog bro framestone tu (yg lebih jelas)..
Berikut adalah step by step contest ni ha...

1. Buh gambar anda dengan pasangan anda- Ok done



2. Jadi follower di blog bro & Link kan blog bro dalam blog anda
- dah lama dah jadi follower, link blog pun dah ada, sbb tu leh tau contest ni ^^

3. Nama pasangan : Lanabusybee & Tokwan

4. Detik mula berkenalan : melalui yahoo chat. Time tu masa belajar lagi, sekitar akhir tahun 2006. Kami berkenalan melalui Yahoo Chat, Channel Kedah, Room 3 hehehe...Masa tu hanyalah berkawan saja...Panggilan aku pada pasangan aku ini adalah tokwan, dan dia memanggil aku cucu, di sebabkan dia menipu umornya iaitu 85 tahun ahahaha...setiap hari kami berchatting..tapi xdak pula niat nk tukar no, sebab masing2 dah ada buah hati masing2...dan aku selalu mengutuk tokwan xensem, sbb dia selalu xnak kasi aku tengok gambar dia, tapi dia nk tengok gambar aku..Dan dia selalu mengutuk aku gemuk ahahaha, ampeh punya tokwan ^^...kami xdak pun nk bertukar no telefon, sehingga la satu hari, tokwan ingin menghantar mms kt aku, tapi dia tak reti nk buat mms setting, aku la yang tukang ajar dia, dan dari situ la aku dapat no telefon tokwan ^^..Berikut adalah first gambar yang send kat aku
Macam gemuk je kan tokwan ni?? padahal tak pun ahahaha... Setelah dua bulan kami berkawan sebagai tokwan dan cucu, kami pun berjumpa di terminal shahab perdana, memang tak rancang langsung, tu pun sbb aku dah nk balik ke negeri aku menimba ilmu.. First time jumpa tokwan, face to face, memang aku yang seorang ceria dan periang ni, terus menjadi pemalu dan pendiam ahahahaha.....sebab nya, dlm hati aku, " inilah lelaki idamanku" hihihihi..malu malu :*)

5. Detik dilamar [jadi kekasih or jadi pasangan hidup]
Alamak, tak ingat la..sebab dok kawan2, pastu sampai la ke tahap yang serius..(mcm na dgn kekasih aku dan dia seblm ni? biarlah menjadi rahsia ^^) Tapi detik di lamar menjadi kekasih adalah waktu pagi ketika tgh berchatting (dah berkenalan pun melalui medium tu kan hehehe)..Detik di lamar menjadi pasangan hidup, spontan jer dengan ayat mcm ni ha " nnt b simpan duit sama tau, support abg gak" tu la bunyi2 ayat dia melamar aku hehehe...memang saspen ^^ Dan Insyaallah bulan 6 ni, kami akan di satukan ^^

6. 5 perkara yang pasangan anda ada dan orang lain tiada [pastikan pekara itu yang menyebabkan anda terima si dia]
  1. gaya machonya ^^ rambut dia tu ha, suka sangat style rambut dia ^^
  2. memiliki ciri2 lelaki metroseksual, iaitu penampilan yang bersih..walaupun dia merokok, tapi giginya bersih dan x busuk ^^
  3. suka bermain game macam aku gak..sbb tu leh get along together, ada ja benda pasal game yang kami nk sembangkan :D
  4. mengambil hati dengan buat lawak ahahaha..ada2 ja tau dia nk buat lawak..memang tak pandai pujuk, tapi pandai buat lawak yang membuatkan hati aku terpujuk sendiri ^^
  5. Mempunyai hidung kembang (00) ahaahaha...aku rasa sebab hidung dia kembang la, aku jadi sayang kt dia hehehehe....
7. Lengkapkan slogan berikut . BroFramestone & Khaizarien merupakan pasangan dah lama ber"kawan" dan derang ni berkawan konon2nya mcm dah kawin la tuh, ye la ye la, over tau, (opss jgn terover pk yang bukan2 keyh, maksud disini, Khaizarien selalu masakkan tuk Bro Frames,tu yang Bro leh gemuk ahahahaha) sampai ada orang tertipu dah kawen ahahaha.. Dan Mereka tidak boleh mengalahkan pasangan Lanabusybee & Tokwan ^^


Dengan ini Kami ingin mengistiharkan perang ke atas pasangan BroFramestone & Khaizarien. Undilah kami pada 24-26 March 2010!! yeeeah..




9 orang yang tak busy ^^:

ayie said...

kelako la part yg last tu.
:P

nice story...wahhh bulan 6 ni disatukan? ngeee~

CikYana(",) said...

1 vote 4 u

hehehe

LanaBusyBee said...

ayie : true love story, xdak reka punya ^^...a'a bln 6 ni Insyaallah, jemput yer, kad lum buat lg ahahahaha

cik yana : tq dearie ^^

Matjoe said...

sama cantik sama padan. 1st time tgk gmbr ur tunang.

LanaBusyBee said...

heeee malu la :*) tunang hidung kembang ahahaha

puteri said...

goodluck!

-aTie- said...

good luck ye...sweet ;)

Khaizarien @ atie Blog

Bro Framestone said...

Undi akan bermula tetap pukul 12.01Am 1th April 2010

Apa yang anda perlu pastikan pengundi anda lakukan:-

1. Pilih 5 blogger dari yang tercalon
2. Nyatakan No calon blogger di dalam ruangan komen
3. Anda mesti merupakan blogger
4. Pastikan anda menggunakan email yang sah
5. Pastikan anda menggunakan URL blog anda (satu pengundi boleh gunakan satu blog sahaja, 2-3 blog automatik jd pengundi hantu)

Cara mengomen:-

1- Sweet Couple 01
2- Sweet Couple 02
3- Sweet Couple 03

Contoh je nie…. Undi yang tiada dalam senarai akan di anggap undi rosak

Undi xcukup untuk 5 pasangan pun dianggap undi rosak

Tolong jangan rosakan suasana & kebahagiaan mereka.

Undi akan mula di kira dari 01-04 April 2010

Pastikan undi mereka adalah tulus & bukannya April Fool.

BroFramestone Blog

nadine said...

vote 4 u!
;)

Post a Comment

Please give ur comment ^^

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...