Sunday, March 6, 2011

Maher Zain live in concert part 2

Bermulalah alkisah hari sabtu yang penuh bermakna ^^ ceewah intro tak boleh blah ahahaha...(sorry sebab lama x update, busy dengan kerja, kerja lebih penting dari segalanya ^^)

ok, korang dah bersiap sedia untuk membaca entry lana yang panjang ni? kalau malas, lana x paksa, boleh tekan ja x kt screen window korang yang hujung sekali sebelah kanan hahaha...

Alkisah hari sabtu 26 hb 2 yang bersejarah..korang pun tau kan yang lana nk pi tengok konsert maher zain dengan hubby munchy la kan, sapa lagi..awal2 dah beli tiket online, bersemangat tau hehe...pada 19 hb 2 yang lepas, penganjur dan umumkan untuk redeem tiket yang telah di tempah...silap lana gak la, tak g redeem awal2 huhu..tapi penyelamat yang telah membantu lana meredeemkan tiket lana iaitu kak sha pengantin baru kita ^^ makasih kak sha naaa...and guess what? lana dapat cabutan tiket bertuah, asalnya tiket lana berharga RM53 saja, tapi Alhamdulillah dapat tiket yang bertuah RM103 seat east ^^...lana pun xtau napa leh dapat tiket bertuah tuh huhuhu....dan ada satu lagi tiket free, xdak orang nk pergi, lana kasi pada adik lana, memandangkan dia pun minat maher zain jugak ^^..thanks ya ^^

Tiket bertuah
(dan abeh konsert baru la lana perasan dan terpikir, mayb sebab nama lana ni sama dengan tajuk lagu inteam yang femes, sebab tu dpt tiket lucky ni ^^, thanks mak n abah yang bagi nama lana yang sangat indah ^^)

Pukul 4 petang lana dan hubby kuaq dari rumah untuk mengambil adik yang bekerja di USJ...ye la, nk pi tengok sekali kan..

driver yang pada mulanya tak sakit kepala lagi...tengok pada gambar ni pun tau betapa panasnya hari tu kan 
dan co-pilot yang comel wakaka, bersemangat pakai baju maher zain (masa showcase tahun lepas punya), baju lana tak tau tinggal kt mana, ni hubby punya, dia suh lana pakai sebab kesian tengok lana mcm mereng dah cari baju tak jumpa hahaha...co-pilot yang jadi pilot pastu sebab pilot asal sakit kepala lak huhuhu
Lepas amek adik, kami bergerak ke rumah kakak..sebab nk tinggal barang adik, dia nk pindah rumah lak..sian hang kan adik, sabaq ja la naa huhuhu...

hubby dah start sakit kepala..mayb sebab makan lambat tak pun sebab minyak rambut dia dan hari yang sangat panas..sian..pukul 7.00 ptg kami bertolak dari rumah kakak...benti 7.30 di stesen minyak sebab perut aku ni meragam lak huhu..benti terus smbahyang sekali...pastu kami pun bertolak berpandukan gps daripada garmin asus itu...(sebab lana ni, bab2 jalan kt shah alam failed sket hehehe)

(pemandangan stage daripada tempat duduk lana, ok la kan, nampak jauh la gak, tapi xde la terteleng kepala nk tengok kan hehehe)
sampai di stadium tepat pukul 8.30 malam..kalut jugak la lana rasa, kalut takut konsert dan start huhu...ramai jugak la orang kan...terpisah dengan adik, sebab seat dia di north, kami di east....hubby lak dok bebai sebab dia x boleh nk pakai cl dia, so dia kena pi toilet dulu...masa nk masuk cari seat, lana masuk dulu, hubby g toilet...
lambat gak la konsert start, sebab penonton belum penuh stadium lagi...pembukaan konsert oleh kumpulan in-team...besh gak lagu baru inteam...pastu kawan maher zain daripada canada, iaitu Irfan Makki...lagu Mabrur dia mendapat sorakan yang gemuruh daripada penonton, sebab ada bait-bait lirik bahasa melayu ^^...lepas tu baru la kuaq Maher zain yeehaa, tapi hubby tak mai duduk sebelah lana lagi...dok mana la dia..marahkan lana ke? ish lana dah tak sedap hati dah ni...seat sebelah lana kosong ja huhuhu....

lepas maher zain masuk berehat, Measut Kurtis, kawan maher zain yang start perform, barulah lana g cari hubby yang hilang...rupa-rupanya hubby tengok konsert berdiri dekat pintu nk masuk stadium tu huhuhu...katanya dia sakit kepala, sian sungguh hubby ku sorang ni huhuhu....
keseluruhan konsert maher zain ni , bagi aku yang kali kedua tengok maher zain, aku rasa mcm biasa2 ja, sebabnya vokal maher zain tu, nampak mcm penat ja...besh lagi masa dia buat showcase dulu, mayb maher zain letih kot huhuhu...

apa-apa pun lana enjoy ja ^^..maher zain nyanyi keseluruhan lagu daripada albumnya, kecuali lagu Aweken ja dia tak nyanyi, sebab lagu tu agak fast gak la, kang semput lak maher kan hehehe....

pemandangan lampu telefon yang dinyalakan oleh penonton seiring dengan lagu baru Maher Zain, "Freedom"..memang pemandangan masa tu sangat besh (kalau tengok real lagi, cantik ^^)

Lebih kurang dekat pukul 12 jugak la konsert baru habis..pada mulanya memang kami bercadang nk makan di ss2 murni,lana dok teringin beef steak huhu..sekali hubby sakit kepala tak habis lagi, so kami amek keputusan untuk terus balik antar adik di rumah kakak saja...

tapi kami singgah jugak kt kedai di area rumah kakak sebab tersangat la lapaq huhuhu..tapi malangnya, duit la plak xdak, huhuhu..nk makan western food, kami bertiga pun catukan duit kami ahaha (nk draw duit, atm suma dah tutup huhuhu), last2 ada gak duit untuk kami bertiga makan ahaha (moral of the story, sila draw duit awal2 yer =P)

ni beef steak lana punya...xsedap mcm ss2 murni pun, tapi lapaq punya pasal, habis ahaha....

Buku lirik yang kami dapat sorang satu

kata-kata aluan daripada Maher Zain ^^
Pukul 2.30 pagi barulah kami sampai di desa tasik...sampai memang zzzzzzzzzzzzz kepenatan ^^

1 orang yang tak busy ^^:

-mizz yatie- said...

bestnya....kciannya kat abg pduih smpai skt pala....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...