Esok genap seminggu Arwah bapa mertuaku meninggalkan kami di dunia yang penuh dugaan ni.. Marilah kita bersama-sama sedekahkan al -Fatihah untuk beliau....
Imbas kembali kejadian hari khamis minggu lepas...(catatan untuk diriku, boleh tengok balik nanti2 kan, ni kan dah mcm diary harian versi maya lana ^^)
Hari khamis 24 hb 3, malam tu selepas tengok ceria drama korea, lana pun rasa mau tdo...sebelum tu, lana dah call hubby munchy, saja bertanyakan khabar..dok bercerita, kejap nya masa berlalu...hubby kata dia nk pegi umah member dia malam tu..so dalam pukul 10 mcm tu, lana tak tdo lagi, dok main angry bird lak huhuhu...
dalam pukul 12.30 malam, lana dh nk terlelap dah, tiba2, anak sedara lana call bgtau suruh call my hubby, katanya pak mertua lana dah tak sedar diri, dah di bawa ke hospital..terus lana yang mengantuk ni jadi segaq bugar saja...memang tak leh nk tdoq dh pastu...
sat-sat hubby telefon, mintak no telefon kakak iparnya..hubby kena jaga kakaknya yang kurang upaya kt rumah, so memang dia tak tau mcm mana keadaan bapanya lagi...
dalam pukul 3 mcm tu (sempat gak lana terlelap) kakak ipar lana yang ada di sini ajak balik kg naik flight...cari flight air asia la, firefly la, mas lah, suma flight kami cari(dalam internet la yer ^^)..memang ada je flightnya, tapi dalam pukul 7 pagi mcm tu..bayangkan kakak ipar lana ada di bukit beruntung, nak ke lcct, sapa nak hantar dia? husbandnya keja siang harinya..pikir punya pikir, last2 husband kakak ipar bgtau supaya balik naik kereta sahaja iaitu lana, dan 2 orang lagi kakak ipar, so kami bertiga la...
lana kuar dari rumah dalam pukul 4.00 pagi..tu pun Ya Allah, dugaan sungguh..mana dengan hujannya, pastu keta lana kena double parking dengan kereta lain..penatnya nk tolak, memang tak terdaya la ooohhh...lana berjalan ke pondok guard lak mintak tolong depa, Alhamdulillah, selesai satu masalah...
sampai di seri kembangan amek kak kin (kak ipar lana) pastu terus gegas ke bukit beruntung...pukul 5.30 gak la sampai di sana sebab hujan, jalan basah..nasib baik hujan tak lebat sangat...
lana memang mengantuk tahap gaban la, tapi tahankan juga sebab nk temankan kak zeleha (kak ipar lana)..dia yang drive...
Alhamdulillah kami sampai di Kedah dalam pukul 10.30 pagi...memang terus bergegas ke Hospital Sultanah Bahiyah..Pak mertua lana ada dalam unit rawatan jantung..ramai sedara mara dah tunggu di luar bilik, tapi tidak di benarkan masuk lagi sebab bukan waktu melawat...
pukul 12.30 tgh hari barulah kami di benarkan masuk, tu pun dua orang saja sekali masuk...bapak masih lagi tak sedarkan diri...tapi pada pukul 1.15 ptg, masa anak2 lelakinya pakat nk pi sembahyang jumaat, tiba2 keadaan bapak sudah tidak stabil lagi...bapak memang bernafas menggunakan bantuan mesin sahaja...menurut doktor, buah pinggangnya sudah rosak, jantungnya di serang toksin...
pada masa tu barulah kami semua di benarkan masuk sekaligus..masa tu gak dah sangat cemas, masing2 doktor dan nurse berupaya untuk menyelamatkan bapak...
pukul 1.30 ptg, bapak dah kembali ke rahmatullah...sedihnya...sangat terasa ketiadaanya...lana tengok pada bilik rawatan di mana bapak di tempatkan, tertulis di situ jenis penyakit bapak ialah "ACUTE CORONY SYNDROME SECONDARY TO HYPERKALEMIA", dan setelah lana google, baru lana tau jenis penyakitnya, mungkin terlebih potassium, kesan daripada ubat...
Arwah selamat di kebumikan selepas maghrib..Lana memang tak boleh nk kucup arwah, padahal nak sangat tapi lana tak upaya, sebab air mata lana mengalir dengan lajunya....
lana masih teringat2 dan tergiang2, gelak tawa arwah...arwah seorang yang sentiasa nk penuhi apa saja..kalau aku tengah masak tiba2 sos cili dah habis, dia la akan bergegas sepantas tu gak beli sos cili...kalau sabun pinggan habis, la la tu gak dia pi beli huhuhu...
lana jugak yang membawa perubahan dalam rumah tu..arwah suka menahan air daripada tapisan dengan meletakkan botol2 yang kosong..tapi lana bgtau pada arwah yang botol bahaya dan tak elok untuk simpan air...lana belikan 2 biji jug air untuk simpan air..semua botol2 lana buang...pinggan2 plastik pun lana buang, tapi bila lana kuar pi hypermarket, tengok pinggan tu ada balik, arwah yang ambil semula pinggan tu huhuhu...memang lana tak terdaya nk ubah pemikiran dia, mungkin dia ingat membazir buang pinggan tu, tapi sangat bahaya..ye la, pinggan melamin tu kan huhuhu...
dan paling lana ingat masa tengok nona yang ayu raudah baru berkahwin tu..ada entry kt cni.
masih tergiang2 lagi di telinga ni...gelak tawanya..gurau sendanya...
hubby ada cerita pada lana, masa hari khamis dia balik keja, dia ada tengok cerita apa ntah, sekali bapak datang tengok sekali...bapak siap gelak2 suka tengok cerita tu..hubby lana terlelap masa tengok cerita tu..masa maghrib hubby terjaga, dia naik atas rumah..lepas tu dia dengar bunyi tapak kaki bapak naik atas rumah masuk bilik air untuk siap2 ke surau..masa tu, hubby kata, tetiba je dia rasa sayu sangat..tak tau napa dia rasa sayu huhuhu....rupanya malam tu bapak tak sedarkan diri..dan dia pegi selamanya keesokkan harinya huhuhu... ooh teringatnya sama bapak...rindu sangat...rasa bersyukur bapak meninggal pada hari jumaat, hari segala penghulu hari... Semoga arwah bapak tergolong di dalam orang yang beriman...amiiin...
p/s : thanks for reading..lana sedih, apatah lagi hubby lana huhu...lana akan balik kg lagi, mengurangkan kesedihan dan kesunyian hubby...doakan lana selamat smpi dalam perjalanan balik kg yer .....
3 orang yang tak busy ^^:
takziah sis.
muga ruhnya dicucuri rahmat
kak ruby,arwah wa meninggal dgn muka yg sgt brsih...insyaallah mnurut mak lang yah,dia tdk akn dsoal d kubo coz mninggal pd hari jumaat n time solat jumaat...smg arwah dcucuri rahmat...
sedey... tibe2 teringat arwah atok ieka..
semoga ayah mentua kak bee ditempatkan dengan orang2 beriman.. insya allah
Post a Comment