Monday, April 6, 2020

6 Hari PKP Fasa kedua

Harini sudah 6 hari berlalu PKP (Perintah Pergerakan Kawalan) Fasa 2 kat malaysia ni.

Sebenaqnya Kak Bee tak sangka pada tahun 2020 kita akan mengalami wabak pandemik yang dasyat ni.
Apakah kesan kepada kita?

Ekonomi, pekerjaan, persekolahan, semua terpaksa di tangguh.
Semua kena #dudukdirumah #stayathome

Sebabnya corona virus 19 ni merebak dengan cepat dengan hanya melalui sentuhan melaui mata, mulut ataupun hidung.

PKP Fasa pertama sudah berlalu.
Macam-macam saranan dan pelbagai usaha daripada pihak kerajaan.
Kak Bee berharap sangat covid19 ni berlalu lah dengan cepat..
Dan Kak Bee rasa macam kita dah tak boleh beraya ;(

Tak palah tak boleh beraya pun, janji cepat-cepatlah virus ni hilang.
Kita hapuskan rantaian virus ni.
Kak Bee nak kehidupan yang macam sebelum ni.

Tapi hikmah di sebalik kejadian ni, semua keluarga bersama.
Yang sibuk sentiasa ada masa dengan anak.
Yang tak pandai masak, dah belajaq pelbagai resepi daripada facebook hehehe.

Nasib baiklah anak-anak kak Bee tak meragam ajak keluar ke apa.
Sebab sebelum ni, kereta kak bee aircond rosak, so depa memang rasa panas kalau naik kereta hahaha.
Tak sempat nak pi baiki, tiba-tiba PKP pulak.Jadinya anak-anak pun dah faham, tak boleh keluar..


Tapi kak bee buat bisnes kak bee (printing label baju dan tudung) macma biasa..Cuma pergerakkan agak terbatas. Poslaju pun kena pos sebelum pukul 3 petang. J&T sampai 4,30 ptg

Semua beroperasi sampai pukul 8 malam sahaja.
Pukul 8 malam dah sunyi sepi kat luar..Semua orang duduk di rumah.


Kerajaan juga bagi pakej ransangan ekonomi pada rakyat. Terima kasih PM!!
Bolehlah berbelanja, cuma susah sikit lah nak keluaq, hanya seorang saja ketua keluarga untuk keluaq beli barang.

Kak bee apa lagi, online shopping lah hahaha...


Kak bee rasa, nanti kak bee akan update resepi yang best2 lagi hehehe..

oklah, catatan di blog ini sebagai kenangan, boleh di baca balik 10 tahun akan datang, tu pun jika umur panjang hehehe...


Oklah, nanti jumpa lagi naa ^^




0 orang yang tak busy ^^:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...