Thursday, April 26, 2012

Kenapa Perempuan Suka Berleter?? (beletiaq org utara kata ^^)

ok, ini dari sudut pandangan akulah yer,napa org perempuan suka berleter


1. Benda yang sama, tapi tak boleh diingati oleh suami, padahal dah berkali-kali bagitau, ini boleh menimbulkan leteran si isteri. CONTOHNYA : isteri dah memberitahu suami, baju yg dh dipakai, letak la dalam raga baju2 busuk, tapi si suami menyepahkan pakaiannya merata-rata...ha kan x ke beletiaq si isteri tu kan..


2. Bila si isteri ajak makan, tapi si suami buat deeek ja..bila buat dek ja, ini boleh menimbulkan rasa geram yang amat, maka leteran pun bermula hahahaha


3. si isteri akan rasa sunyi sepi kalau tak berleter, rasa macam tak lengkap ja hahaha..mayb salah satu faktor gak kn hehehe


4. bila suami cari barang yang dicari tak jumpa..padahal dia yang simpan...haaa ini memang penyebab isteri nk berleter gak ni, sbb si isteri akan turut serta kena cari barang yang tak jumpa tu...sah2 mencari sambil mulut bising hahaha..


5. suami atau isteri yang lupa...suami lupa nk bawak kunci motor,padahal dh nk pi keja sgt2 dah ni...bila lupa, si isteri la kena amekkan..xpasal2 dh kena berleter hahaha...kalau isteri yang lupa,dia akn cari barang tu sambil berleter,padahl diri sendiri yang lupa hahaha


6. barang yang dipesan si isteri kepada suami, tapi suami tak beli, sama ada lupa atau mmg saja xbeli, ni pun satu punca isteri berleter gak ni hahaha


oklah cukuplah kot...betul x kalu korang berleter disebabkan perkara2 tertentu kan? Bukannya mmg suka nk berleter kan hehehe...


Published with Blogger-droid v2.0.4

0 orang yang tak busy ^^:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...