Thursday, July 29, 2010

ASB Loan 2

Ok, aku nk sambung entry ASB Loan part 2. Part 1 kt cni ek. Rasa macam berkobar2 nk cerita pasal kebaikan melabur ni..Dan AWAS jangan mudah terpedaya dengan ajen yang selalu bgtau pulangan modal dengan hanya melabur RM30 ribu leh dapat ratusan ribu...tak salah untuk mendengar, tapi tolong la kaji selidik okeyh ^^..

So aku nk cerita la lebih detail pasal ASB loan ni...dan nk berkongsi dengan semua.
Mula2 niat aku nk buat ASB loan ni dengan tujuan dividen yang bakal aku dapat nanti, aku nk bayar ptptn..tapi xpa la, nnt leh pikiaq lain hutang tuh..nanti2 la cita bab2 hutang ptptn ni ahahaha (xdak mood nk cita pasal hutang ptptn huhuhu,tapi aku mmg berniat nk bayar bagi habis tau heheh,nanti aku wat entry pasal planning aku nk habiskan byr ptptn lak)

So jom tengok cara2 aku menyimpan di ASB loan...

1. Aku pinjam RM30 000 selama 15 tahun

2. 15 tahun = 180 bulan

3. Aku bayar bulan-bulan RM230

4. so aku bayar RM230 selama 180 = RM41 400

5. Tapi wang yang aku pinjam hanyalah RM30 000

6. So nampak di situ rugi la kan?Rugi sebanyak RM11 400

7. Kalau kita menympan sendiri sebulan RM230, kita  boleh menyimpan RM41 400 la kan? TAPI!! dengan loan ASB, korang jangan lupa, dividen akan di kira di akhir tahunnya..

8. Ok, kita kira dividen rendah je la untuk setahun iaitu 7%

9. Satu tahun, dividen yang dapat dari loan asb RM30k ni, ialah RM2100

10. So, kalau 15 tahun, dividen yang aku bakal dapat ialah RM2100 x 15 tahun = RM31 500!! Ha tengok!! tak ke sama jumlah dividen yang aku dapat dengan jumlah loan yang aku buat.

11. Ada member aku kata, rugi la, kan buat loan kena bayar interest..Setelah di buat kira-kira, korang sendiri boleh tengok sama ada rugi ke tak kan...

12. Kan aku kata tadi, rugi RM11 400 untuk interest loan saja, tapi dengan dividen yang kita dapat, RM31500 - RM11 400 = RM20 100!!...ha rugi ke?

13. So jumlah bersih yang aku dapat ialah RM30k (yang aku pinjam) + RM20100(dividen) = RM50,100..
Korang pun boleh menilai sendiri kan..

14. Lagi banyak tahun yang korang amek, lagi bayak dividen yang korang dapat..and tak yah risau pasal interest sebab interet untuk asb loan, even aku yang keja swasta, baru 4.3% saja...kalau personal loan, rata2 interest utk org swasta ni 8.5%, 12% huhuhu..

Oklah, itu saja aku nk share, semoga berbijak la pilih badan pelaburan ^^

p/s: kalau aku tak usik duit dlm asb setelah 15 tahun yang berjumlah RM50100 (kiraan kasar), dividen setiap tahun yang aku dapat ialah RM3507 setahun...dalam akaun asb dah jadi RM50100 + RM3507 = RM 53607..pastu tak usik lagi duit tu, so dividen yang seterusnya aku akan dpt RM3752.49 dan seterusnya mcm tu la....untung kan ^^

6 orang yang tak busy ^^:

Mohd Naim said...

yake?

cuba tengok calculation yang aku buat kat sini :

https://spreadsheets.google.com/ccc?key=0AnR1Z5_7Z3UPdGVZNS1vQkl4WnVfYktJMTJxMGVNMUE&hl=en&authkey=CKKBz-4H

kalau buat loan, jumlah selepas 15 tahun ialah RM13414.85

tapi kalau simpan sendiri RM230 tiap2 bulan dari RM0 sampai 15 tahun (dgn assumtion dividen fixed 7%) jumlah yg kita dapat ialah RM55588.17

Sekarang siapa untung ? kita atau bank ? hehehe!!!

Mohd Naim said...

ooopss..tadi silap tengok (tersila[ copy paste)...

jumlah pulangan selepas 15 tahun simpan sendiri ialah RM 69356.10

*tpi figure nie tak berapa tepat sebab pengiraan dividen tu aku buat secara tahunan, kalau nak lebih tepat, kena buat secara bulanan sebab dividen ASB dikira secara bulanan..

LanaBusyBee said...
This comment has been removed by the author.
LanaBusyBee said...

nampaknya topik ni menarik perhatian en naim ek ^^ hehehe...

uish mana aci kira setahun kita bayar RM2700 di tolak dengan dengan yang kita pinjam sebanyak RM30k..

Kan aku dah kata, bayar rm230 ibarat mcm menyimpan la. lagipun rm30k kan dapat bila dh abeh menyimpan..cuba tengok kiraan aku lak ni
https://spreadsheets.google.com/ccc?key=0AjMnAC2c_cfkdFFqWHJhSEo5Y2g4eTRuSjAySXB1eWc&hl=en&authkey=CN32sZcK

mana boleh tolak RM2700 setiap tahun(bagi aku la, suka ati nk guna pun,tapi rugi la), tu kan hasil titik peluh nk membayar loan tu kan..bukannya aku guna hasil dari dividen tuk byar tahunan..masing2 dengan cara masing2

kalau nk menyimpan sendiri RM230, boleh konsisten ke? aku mengaku yang aku tak boleh hehehehe

Matjoe said...

lana - btul dah tu,loan asb bagus bg yg xnak utilise loan kt pelaburan lain. my advise, guna duit gaji bayar kt bank dan duit dividen asb tu biar beranak balik dalam asb

Mohd Naim said...

i think maybe my previous opinion is wrong...

lepas fikir2 balik..aku rasa buat pinjaman lebih untung...

sama jugak, bulan2 keluar duit 230 sampai 15 tahun, tapi in the end simpan sendiri cuma 69k tapi kalau buat pinjaman dapat 83k..

TAPI dgn syarat, dividen ASB sentiasa besar dari interest pinjama bank tu lah...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...