Thursday, July 29, 2010

My Bilik Pengantin

Emmmm...Aku harap pengunjung blog aku tak muntah la ek dengan entry aku sepanjang minggu ni, saja nk habiskan cerita pasal hari-hari bahagia ^^ macam malas nk cerita, tapi nak gak cerita hehehe...

Aku sebenarnya nk konsep bilik pengantin yang english style..nk katil warna putih, cadar bunga2 english...tapi rumah aku tak sesuai nk beli katil warna putih, sebab ada anai2, so memang tak besh la kan, lagipun akak aku kata, cepat kotor..

Bilik aku sebenarnya kecik saja..9 kaki x 10 kaki saja...so memang muat2 katil dan perabot solek je la kan...

Untuk bahagian cermin solek, aku g beli saja cermin kt Ikea..Asalnya nampak kt fb dua pupu aku la, ni gambar kt bawah ni...Dia pi kenduri rumah kawan dia, dan aku jatuh hati dengan cermin itu...lalu aku pun membelanjakan sedikit duit untuk membeli cermin itu RM86 huhuhu, tapi aku sukaaaaaaaa
Dan ini adalah cermin di dalam bilik aku ^^ yeehaa..abah aku pasangkan cermin ni, malam sebelum akad nikah, aiayaya, penuh habuk tau, huhuhu ntah berapa kali aku vacum dah huhhu...cermin yang kiri kanan tu pun aku beli dari ikea jugak...

Ok dah abeh bab cermin..mai aku cita bab katil, cadar dan langsir plak. Korang tengok perbezaan gambar kt bawah ni, masa akad nikah dan masa kenduri.
Masa akad nikah
Masa Kenduri - ada frame bunga, dan scallop..(tapi pic ni snap masa hubby munchy aku tgh sibuk nk meyimpan hadiah, ternmpk dia sipi2 hehehe)

dan ni gambar dari My OP. Ok, napa ada perbezaan di dua gambar tu? ahahaha jawapannya ialah, xsempat wakaka....masa akad nikah, kitaorang hias ja mana yang sempat...masa kenduri kawen, malam tu baru la pulun tuk menghias jadi sebegitu rupa...ni suma atas bantuan kezen2 aku, dan akak aku serta adik aku...

1. langsir : mula2, langsir kt kepala katil tuh, biasa saja kan. mak aku la, dia tak bagi potong kain tuh, sayang katanya...malam sebelum kenduri, aku yang potong sendiri, sebab xleh nk hias bila dia straight mcm tu ja kan.

2. frame bunga : yang ni idea dari kezen aku, wanie..dia ni keja sementara di butik pengantin, so dia ada la idea tuk hias bagi cantik pada bahagian tu.

3. scallop : scallop ni pun idea datang masa pagi hari nk akad nikah (aku nikah ptgnya). dua pupu aku dan wanie la yang bertungkus lumus buat scallop pada dinding tuh.

4. katil : ha ni la yang paling tak besh..ramai2 kan duduk atas katil aku tuh...sebab pakat nk buat kerja, lagipun nk tampal2 sticker pada dinding tuh (FYI, sticker tu aku beli kt jalan Tar, 4 keping RM10 ^^) idea asal sticker adalah dari aku sendiri, idea cara untuk menampal adalah dari kakak aku...katil yang ramai2 naik ni, telah patah pada kayu yang menampung tilam, adeeeh la...kena tipu rupanya huhuhu...alternatif lain, kami guna bata-bata la untuk menampung kayu yang patah tuh huhuhu (tapi abah dah tukaq yang baru dah ^^)

5. cadar : cadar aku ni, aku pinjam daripada mak aku...cadar ni kakak aku hadiahkan pada mak aku sempena besday dia..so aku pinjam sat la ek hehehe...napa tak guna cadar yang meriah2, yang berkilat2? serta beropol2? sebab kan aku nk konsep english...lagipun, kalau cadar cantik sangat, nanti tidak menonjolkan pengantin masa nk bergambar, A'm i right? tu just pendapat aku la kan heheh ^^...cadar ni, aku n kakak aku beli kt Lovely Home di Alamanda, made from korea tau hehehe...

emmm itu sajalah yang aku nk kongsi pasal bilik pengantin ni...napa buat sendiri, tak amek pakej saja? abah aku marah woo kalau membazir, ye la, kalau amek pakej bilik pengantin, kang nanti dah bayar, dah abeh majlis, bunga2 tu derang amek balik, langsir2 yang cantik pun derang amek balik, daripada duit habis mcm tu saja, baik buat sendiri, tak yah bukak, so rasa pengantin baru ja bila masuk bilik ni..betul x? :P

Bak kata abah aku, "kalau kita buat cantik, tak ada kudis pun pada orang itu, dan kalau kita buat tak cantik pun, tak ada kudis pun pada kita" betul x? sangat setuju dengan abah...nak cantik2, komplen mcm2, bak mai sini sponser mai ahahahaha.....Membazirkan amalan syaitooon nirojiiimmm.....

2 orang yang tak busy ^^:

fuzah said...

hai lana..hihih..bru tbaca blog awak..sy pun igt nak wat english gak.tp dlm bilik ni ada dah la idea nya nak bli bunga kekwa nak campur2 ngn bunga ros skit.maklom la nak bunga segar tp tak mau mahal2..hihi jadi la kan..tp kan lana ada idea tak utk hiasan rumah?nak letak apa ha nak bg english2 tu.ke wat tak heran ja?fokus kat bilik ja?

LanaBusyBee said...

hi fuzah, tq sudi baca blog ni hahaha...

kalau nk bg rumah pun nmpk english style senang ja, beli ja langsir yang bunga2 english style tuh, retu lana ada beli semeter RM4.50 saja, cantik, tapi kedai kt mee ca mee kt aloq staq la hehehe....

kalau xdak bajet or tak sempat, fokus ja pada dalam bilik hehehe

Post a Comment

Please give ur comment ^^

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...