Tuesday, July 27, 2010

Angah pun saaaaayang uyeen jugak ^^

Alkisahnya nk cerita pasal anak sedara aku yang sorang ni, Nurin Qistina a.k. uyeen a.k.a kakak.baru berumur 7 tahun, darjah satu la kiranya...Aku rasa dia rapat dengan aku, sebab aku selalu pi lepak umah kakak aku..Elok sampai ja kt umah akak aku, xsempat2 dia kata " angah boleh tolong kite buat keje sekolah x?" hehehe...

Ok2 berbalik pada cerita yang berada di landasan yang betul ^^...Masa aku nk balik kampung untuk majlis hari-hari bahagia aku, kakak aku, iaitu mama uyeen, suh aku bawak uyeen balik sekali dengan aku.Aku amek cuti seminggu awal masa kenduri hari tu, dan sekolah pun dah start cuti dah.

Masa aku g amek uyeen kt umah dia, dia terpaksa balik tidoq kat umah aku dulu, sebab aku belum kemas-kemas barang lagi. So malam tu, dia pun ikut la aku balik rumah aku. Baru masuk dalam kereta ni, belum bertolak balik umah aku lagi, uyeen tetiba diam..pastu dia ambil bantal, dia pekup muka dia..laaaa nangis ka? ahahaha...

Elok sampai ja kat rumah aku, aku tanya dia " uyeen nangis ke?" dia angguk.."Pasepa" tanya aku lagi.."Kakak rindu kat mama" alahai, macam ni la gaya budak yang tak penah berjauhan dengan mama dia hehehe...pastu, aku col akak aku, bgtau uyeen nangis, akak aku nak cakap dengan dia..siap bgtau " kita rindu kt mama, i love u" wahahaha, tu la, dah jauh2 baru la rasa sayang tu kan...selalu xmo dengar cakap mama dia hehehe...

Masa dalam perjalanan balik kampung, akak aku tak lekang la sms tanya kat mana, biasa la, bawak anak dara dia kan, sapa tak risau..Elok sampai ja di kampung, dah jumpa pakteh dia(sepupu aku, umo 8 thn kot) dah tak sedey2 dah hehehe....
Ni gambar uyeen yang setia nk menolong aku buat kerja...memang tidoq lewat la dia kalau dengan aku ahaha...tak bagus betul la mak sedara ni asuh tidoq lambat2 huhuhu...Masa balik kampung tu, dia tidoq dengan aku saja setiap malam...smpi la hari kenduri aku, dia xleh dah la tidoq dengan aku hehehe...

Uyeen ni kan, dia mempunyai sifat mcm mak dia gak, cepat risau..Bagus la kan kalau ada sifat mcm tu. Kenduri aku hari sabtu, dan kenduri belah hubby munchy pada hari Isnin. So ari ahad malam tu, aku kuaq dengan hubby munchy aku untuk jumpa kawan dia nk bincang pasal majlis esok harinya (baru la nk bincang amek DJ la, persembahan silat la, main gendang la, aaaish, macam2 la hubby munchy sorang ni). Bila aku balik rumah, dalam kul 11 malam, adik aku bgtau, "ni uyeen ni asek suruh telefon hang ja suruh balik, dia risau sebab apa angah tak balik lagi" . adeeeh nurin ni, angah dah kawen la, xpa, xyah risau ^^...

Dan masa kenduri kt rumah hubby munchy aku tuh, dia tanya aku sama ada nk balik rumah ke tak..huhuhu, aku cakap la, aku dah kena tinggal dengan pak ngah(wahah, hubby aku jadi pak ngah ka hehehe)

So hari selasa, akak aku sefamily dah berangkat ke KL. Pagi-pagi rabu, aku pun balik la rumah mak abah aku (almaklum la, rumah mertua denagn rumah sendiri 15 minit saja jauhnya hihihihi).

Bila aku masuk bilik ja, aku dapat note dari uyeen..Dia tulis atas kertas (front page yang tak jadi tuk gusetbook aku).Terharu kot aku dapat note ni...



Meh aku tulis balik kt sini (setelah di betulkan spelling hehehe)
"I miss you!! daripada nureen. Dear angah, kita balik dulu, bye-bye. Nanti kita jumpa di KL. Saya rindu Angah!! i love u!! Kalau ada barang tinggal, tolong simpan tau angah!! I miss you!! " see sweet kan? aku rasa nk nangis ja bila baca note ni, terharu =.=

dan di bawah adalah koleksi gambar aku dengan nureen...
 Ni masa open house di rumah bal, tahun bila ntah, aku pun kelihatan kurus lagi time ni ahahahaha...

 Ni plak masa aku konvo, tahun 2007

 Burger king di Masjid Jamek.. kami asuh nureen supaya menjadi berani untuk tukaq toys yang dia berkenan di kaunter hehehe

 Ni lak masa di McD KL sentral..saja bawak jalan2 ^^

3 orang yang tak busy ^^:

Bro Framestone said...

kechubbyan terserlah....

LanaBusyBee said...

chubby i ni, chubby comel ^^...hubby munchy tak suka kalau i kurus hekhekhek :P

ieka said...

sekali ieka bergenang air mata daa.. bace uyen punya note... sweet sgt2 ;)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...