Tuesday, November 30, 2010

2010 Best Beauty Buys - Makeup Part 1

Weekend baru lepas aku balik umah kakak aku..sebenarnya rindu sangat kt anak2 sedara aku tuh...pastu banyak masa diluangkan dengan layan budak2 kecik comel tuh..Ishak gebu hehehe...

Kakak aku lak jenis seorang yang suka beli magazine, ye la, kang nanti boleh claim kan hehehe...So topik yang menarik aku nk share dengan semua orang ialah review pasal best beauty buy untuk tahun 2010...ada kategori makeup, skin care, bodycare, haircare, dan grooming..Artikel ni aku copy paste daripada Magazine Women's Weekly keluaran september.....Credit to Women's Weekly...kalau korang nk baca sendiri boleh dapatkan di pasaran, tapi xtau la ada ke x lagi....

Moga artikel ni boleh dijadikan guide pada korang kalau nk beli barang-barang kecantikkan harian korang..ada banyak kategori dan jenis, so aku pecahkan ikut part2 tertentu ek....So apa tunggu lagi, jom mulakan sekarang!! ^^ (semua gambar credit to google ^^)

BEST FACE CONCEALER

Bawah RM50 : Rimmel Hide The Blemish COncealer, Rm19.90

Atas RM50 : M.A.C Studio Finish Concealer, Rm70
___________________________________

BEST LIQUID FOUNDATION

Bawah RM100 : Loreal Paris True Match Super Blendable Foundation SPF17/PA ++, RM52.90 (aku pakai foundation ni, and yes memang best ^^)

Atas RM100 : Bobbi Brown Luminous Moisturizing Foundation , RM160 (xmampu eden nk boli yang mahal2 ni huhuhu)
___________________________________

BEST PRESSED POWDER
Bawah RM100 : Revlon ColorStay Pressed Powder with SofFlex Comfort Technology, RM29 (wow murah je kan,nanti boleh try nih ^^)

Atas RM100 : Guerlain Meteorities Voyage Exeptional Pressed Powder, RM497 (omak aaaih, memang brand yang mahal2 ni xberapa nk glamer kan...tapi tu la hakikatnya, sure besh giler ni, tengok pun mcm besh)
___________________________________

BEST LOOSE POWDER

Bawah RM100: Maybeline Clear Smooth Minerals Healthy Natural Powder Foundation, RM49.90

Atas RM100: Laura Mercier Loose Setting Powder, RM159
___________________________________

BEST CREAM BLUSH

Bobbi Brown Pot Blush , RM90
___________________________________

BEST POWDER BLUSH

Bawah RM100: Revlon Color Stay Mineral Blush, RM52


Atas RM100: Elizabeth Arden Color Intrigue Cheek Color, RM115
___________________________________

BEST MAKE-UP BASE

Bawah RM100: Revlon Beyond Natural Smoothing Primer, RM59


Atas RM100: Shue Uemora UV Under Base Mousse , RM108

___________________________________

BEST COMPACT FOUNDATION

Bawah RM100: Cyber Color Snow Compact Foundation SPF26PA++ by SA Sa , RM78.90

Atas RM100: Shiseido Makeup Advanced Hydro-Liquid Compact SPF 15, RM174
___________________________________

BEST EYE CONCEALER

Bawah RM100: SilkyGirl Perfect Cover Concealer RM15.90

Atas RM100:Bobbi Brown Tunted Eye Brightener, RM130

So habis dah review part 1, kiranya ni basic tuk muka dan pipi...nanti part 2 aku sambung barang2 makeup untuk mata dan lip...Semoga artikel ni dapat membantu kalian untuk membeli barang2 kecantikan yang berkualiti dan berbaloi...

Xsemestinya murah tapi xdak kualiti kan ^^


Dream - Kdrama


Fuuuh...akhirnya habis gak aku tengok drama korea Dream ni...Drama ni dah lama ditayangkan di korea, tahun 2009 lagi, tapi aku ja baru tengok hehehe...

Sebab apa aku rasa nak tengok drama ni? sebab ada pelakon heroin tu, nama dia Son Dam Bi...Son Dam Bi ni sebenarnya penyanyi dan aku suka dia, mega mijoosooo hehehe...jom tengok klip lagu mijosoo Son Dam Bi ni ^^ (iklan sat )

Amacam? Son Dam Bi ni macam tinggi, kaki dia cantik ^^...tengok dia ja aku rasa membuak2 nak kurus ahahaha..

ok berbalik kepada cerita asal...hero dalam crita ni lak ialah Kim Beom...alaaa yang berlakon gak dalam cita Boys Over Flawors tu (tgk pic kt bawah ni, Kim Beom adalah yang paling kanan sekali ^^) second hero adalah Joo Jin Mo...Aku xsure dia pernah berlakon dalam cita pa, sebab aku ni jenis susah nk cam hehehe....

kalau nk tengok pelakon yang lain, klik link ni, credit to Hancinema ^^...

Son Dam Bi , Jo Jin Mo dan Kim Beom ^^
Uish banyak sungguh melalut..ok2, meh aku cita kat korang drama ni pasal apa...Dia mengisahkan Lee Jang Seok (Kim Beom) yang mempunyai impian untuk mencari ibunya..dia tinggal dengan bapak dia, bapak dia banyak mengajar dia cara2 untuk mencuri, akhirnya Jang Seok di tangkap...tapi dia kuar dari penjara, dia nk jadi baik...sebenarnya dia xjahat pun...
Son Dam Bi , Jo Jin Mo dan Kim Beom ^^

Nam Je Il (Joo Jin Mo) ni plak seorang agen sukan di korea..so kiranya dia la yang menguruskan atlet2 di korea ni...dalam pertengahan cerita, Nam Je Il di pecat sebab dia dituduh memberikan dadah pada atlets, padahal dia di arah oleh bos dia...eee bila teringat bos dia, aku benci gila..memang watak jahat bos dia ni menjadi la...

so krisis bermula apabila Nam Je Il nk bangun semula menjadi agen sukan sendiri...kiranya dia la bos...dia start jumpa dengan Jang Seok di satu club malam di mana Jang Seok telah menumbuk fighter yang dia nk upah...Tumbukan Jang Seok memang padu, sekali tumbuk ja orang boleh jatuh...so daripada situ dan penuh dengan konflik, Nam Je Il berusaha untuk bangun semula...

Macam mana Nam Je Il boleh jumpa dengan Park So-yeon (Son Dam Bi)? depa terjumpa masa So Yeon menjadi leader tuk Taebo..tapi masa tu dok gaduh2..ye la, kononnya tak hormat Nam Je Il la...alamak, mcm na ek aku nk cerita, payah la, sebab banyak gila peristiwa yang berlaku hehehe...

So diringkaskan, Jang Seok menjadi seorang fighter..bakatnya di gilap oleh Nam Je Il dengan bantuan ahli keluarga So Yeon...tapi untuk menjadi fighter yang professional, Jang seok perlu memasuki pertandingan untuk mendapatkan lesen untuk fighter ni...so daripada cni la bekas bos Nam Je Il dan Nam Je Il menjadi persaingan yang hebat...

Memang boleh sakit jantung aku tengok cita ni...penuh dengan aksi dan debaran ahahaha...Bak kata kak Sally, xsampai hati kan nk tengok orang ensem kena pukul hehehe...

Cita ni besh...Aku bagi 4 bintang...so kalau korang boring2, boleh la tengok cita ni ^^...Dapatkan Jang Seok memjumpai ibu kandungnya? tercapaikan impian Nam Je Il untuk melawan exbossnya? Jang Seok menaruh hati pada So Yeon, tapi apakah So Yeon sebegitu? kalau nk tau, korang kena la tengok sendiri drama korea 20 episod ni...cita ni xdak aku nk nangis2 beria sangat (ada gak la bergenang air mata aku saja hehehe), so ok la kalau nk tengok ^^..korang akan jadi tak sabaq nk tau kesudahan ceritanya...

Korang boleh tengok secara streaming kt cni . Credit to my Soju ^^..ok happy watching ek ^^

p/s : sekarang ni aku tengah layan Drama Korea - Sungkyunkwan Scandal..korang boleh tengok online kt cni..Yang ni crita terbaru..belum tayangkan lagi di 8tv...Sebab aku nk tengok cita ni, pelakon ialah Yoo Chan, penyanyi bekas Kumpulan DBSK yang sekarang merupakan penyanyi kumpulan JYJ ^^...jom2 tengok, nanti leh kita sama2 bercerita pasal drama ni hehehe

Friday, November 26, 2010

Follower

Salam n salam sejahtera blogger (eceh mcm nk bagi ucapan je ahaha)...

Thanks pada blogger yang follow blog lana yang xseberapa ni, InsyaAllah lana akan rajin tuk blog yang berinfo..tapi sorry jika ada tekanan perasaan sket dalam blog ni (biasa la blog perempuan ahaha)...

Pada yang sudi follow blog lana tuh, jangan lupa yer letak link dalam blog korang kt shoutmix, InsyaAllah kalau lana ada masa, lana akan berjalan-jalan makan angin di blog korang lak nanti ^^...

ok yer, thanks again, and happy reading ^^

Thursday, November 25, 2010

Silap tengok jam arghhhhh

Adeeeh la..julingkah mataku ini? sengetkah jam itu? arghhh tensen....

aku dah 2 hari berpuasa ganti..ala orang pempuan kena la puasa ganti kan...so memandangkan hari ni hari Khamis, elok puasa ganti dan puasa sunat sekali, aku dah ready berniat semalam...

sebelum tidoq dah set jam nak bangun kul 5 pagi (oh ya, aku dah tdoq awal sekaran ni, kul 11 malam dah tdoq yeeey ^^)..sekali aku terjaga, aku tengok jam oooh baru kul 5.30 pagi, cepat2 buat air soya dan berbekalkan sebotol air kosong...aku pun minum sambil bukak laptop ni ha....sekali hambek hang!! jam kt laptop dah pukul 6.30 pagi aaaaaaaaaaaaaa apa ni? aku dah minum setengah dah air soya tuh.....


ermmm kesimpulannya xpuasa la aku huhuhuhu..sayangnya sebab hari ni hari Khamis huhuhu....xpa la ruby, minggu depan kan ada lagi kan...awat la mata aku ni susah sangat nk tengok jam analog, kena beli jam digital la, terang lagi nyata huhuhu...


p/s : korang dah ganti puasa ke? elok la ganti puasa di hujung bulan yang sengkek ni, jangan nk tunggu masuk bulan ramadhan tahun depan baru kalut nak ganti..aku suka ganti awal2 disamping boleh menguruskan badan secara sehat, tapi hari ni arghhhhhhhh.........

Wednesday, November 24, 2010

Sabun Susu Beras

Hi girlss...jom kongsi kebaikan sabun susu beras ni...disebabkan muka aku ni penuh dengan bekas jerawat dan liang-liang pori di muka mcm besaq ja, so aku telah menjumpai tips yang best daripada blog Nurul ni ha..thanks nurul, luv u more ^^


Masker tomato + putih telur tu aku belum buat lagi...tapi dulu aku selalu buat masker putih telur saja..nanti aku buat entry pasal ni yer ^^..so sekarang ni aku baru nk try pakai sabun susu beras macam Nurul pakai tuh..kulit nurul halus mulus gebu jer..jeles tengok hehehe...


Sebelum ni aku pakai face facial Tia Amelia, memang berkesan..moisturizer kt muka pakai lotion olay..serius aku xleh pakai cream, sebab muka aku berminyak, so kena pakai moisturizer yang jenis lotion jer...pastu dah abeh pencuci muka Tia Amelia, aku gatai lak pi pakai pencuci muka brand Garnier, konon nk macam muka Lisa Surihani la tuh ahaha...sekali hambek hang, muka naik jerawat lagi banyak dan tingalkan bekas huhuhu...sedih la sedih...muka jadi comot huhuhu....


Tengah aku dok belek2 dalam FB, tetiba terjumpa ada sorang ni jual sabun beras...Seketul 60gram, dengan harga RM8 kot(xsure la) , tapi kalau beli 3 ketul termasuk postage hanya RM26..Sabun tu made in thailand...gambar mcm kt bawah ni (credit to google, cari2 terjumpa ^^)


 Aku nk bagi link FB orang yang jual sabun tu, tapi xleh lak nk connect kt opis ni, almaklum la kena block hehehe...so aku tengah menunggu kedatangan sabun ni sampai kt tangan aku...

Nanti aku dah pakai dalam seminggu, aku bagi reviewnya okeyh ^^...

Kalau ada sapa2 nak share pasal kecantikkan, meh la share, kasi link sekali yer ^^ TQ

Jalan-jalan Melaka Bandaraya Bersejarah

Amaran !! Entry ini sangat panjang..sila sediakan eye's drop supaya mata tidak kering dan sediakan air takut nanti dahaga..kalau malas baca, tekan x terus, xpa lana x marah agagaga =D

Aktiviti berjalan-jalan ini berlaku pada hari Jumaat bersamaan 19 hb 11..bukan apa, letak tarikh senang nanti nk crita kt anak cucu hekhekhek ^^...

Malam sebelumnya, aku dah bertanyakan pada hubby, dia mengeluh sakit pinggang sebab asek mengadap laptop seharian di rumah bermain game FB saja..so aku mengajak hubby untuk keluar berjalan-jalan menghirup udara segar..aku bagi pilihan sama ada nak ke IKEA atau ke melaka..dah tentu dia jawab melaka, sebab dia kata IKEA boring..dasar lelaki memang tak suka window shopping huhuhu...

aktiviti itu aku sangkakan hampir tidak menjadi disebabkan malam sebelumnya aku tdoq pukul 4 pagi gara-gara melayan shah rukh khan di dalam cerita My Name is Khan ahaha...selepas maghrib tu, selepas baca yasin, gara-gara nk tunggu masuk waktu Isyak, aku tertidoq..hubby syok saja dok surf internet tanpa gangguan aku....lama juga aku tdoq, agaknya letih mengemas rumah dan memasak kot huhuhu...

Aku terjaga dah pukul 11 malam..hubby siap buat nescafe sendiri, eh eh punya la xmo ganggu aku tdoq kan, boleh je dia buat sendiri hehehe...so bila aku dah jaga, kami mcm take turn lak, hubby tdoq aku lak berjaga main game FB ahahaha..tu yang boleh tdoq lambat...

Dah sah2 di pagi jumaat bangun lambat huhuhu (apa la budak dua orang ni huhuhu)..so pas buatkan santapan tuk hubby (masa tu dalam kul 11 pagi dah) aku ingatkan xjadi nk g melaka..hubby suh aku cepat2 siap...pastu baru teringat yang hari itu adalah hari jumaat...so dalam pukul 1 aku g hantar hubby g semayang jumaat dulu (ye la, hubby mana tau masjid kt area cni, kena la hantarkan ^^)

Kira-kira dalam pukul 2 petang kami bertolak dari tol sungai besi menuju ke Melaka..yeeha Melaka, here we come!! ^^

Aku bukan apa, xcited sangat nk pi Melaka sebab melaka adalah tempat aku menimba ilmu..aku pun xangka boleh belajar sampai ke melaka...dulu kecik-kecik nak sangat ikut rombongan sekolah ke melaka, tapi abah xbagi, so aku berazam untuk belajaq bersungguh-sungguh, nanti dh keja leh pi mana yang kita suka, itu la yang abah aku bgtau aku dulu..see abah, cek la ni bukan takat belajaq di melaka, tapi keja di KL dah huhuhu..ok2, jangan melalut lagi ya ruby ahahaha...

Sepanjang perjalanan, aku yang drive, hubby kalau dia tak tau jalan, dia memang malas nk drive, aku pun malas nk jadi co pilot dia hehehe...sepanjang perjalanan, lagu Maher Zain mengiringi perjalanan kami..dok la kami bernasyed di dalam baby blue tuh hehehe..

Kami sampai di tol ayer keroh dalam pukul 3 ptg lebih2..sejam ja kan...xdak la aku bawak laju pun, tapi boleh la hehehe...pastu aku bawak hubby ronda2 tempat aku study dulu..rasanya dak xguna lagi kot kt ctu, semua dah guna kampus tetap di Durian Tunggal..terus kami ke Banda Hilir di mana ctu terletaknya bandaraya Melaka..Sampai saja di area kota A Famosa, berdesup aku parking kt ctu...ala yang dekat dengan balai polis melaka tuh...nak pi berjalan tempat2 bersejarah dekat saja...so tempat yang kami singgah dulu adalah di St Paul...
Pemandangan di belakang aku ini adalah St Paul ya (temban kan aku? moral of the story jgn bangun lewat2 sgt, nnt menembamkan pipi hahaha)...aku heran dan  pelik napa hubby mcm xberapa mau amek gambar? dah turun sampai ke bawah, baru hubby bgtau, dia rasa xselesa dok kt st paul tu..patut la cepat ja dia nk turun..aku lak membebel kt dia, kalau setakat nk lalu ja biaq xpayah datang ahahaha..pas pada tu baru aku say sorry kt dia...bukan dia nk bisik bgtau aku..len kali sms yer abg, sms kita sama kita free je pun kan ahahahaha..

pastu kami turun bergambar di kota A Famosa lak....
This pic taken by him...pandai la abg amek angle ni heeee~~~
And this pic taken by me..sorry, pelancong jepun tu kaco la huhuhu...



Old scool x? heehehe

Pastu kami pun berjalan-jalan menuju ke arah muzium samudera...beria-ia ja hubby nk kesana..sekali bila dia ajak aku masuk, aku kata dah masuk la bulan lepas, kalau dia nk masuk aku masuk la...sekali dia pun dh penah masuk ahahaha...so benda yang sama saja dalam tu...kami ambil keputusan tuk bergambar di luar ni saja...


Pastu hubby teringin sangat nak naik menara taming sari, so i'am hehehe...menara tu baru ja lagi buat...masa aku dah abeh belajaq, xsiap lagi baru dalam pembikinan...nk naik menara  tuh cuma bayar RM10 saja..tapi aku rasa kalau kenakan RM5 pun dah berbaloi la huhuhu..



Awal Ashaari?? muahehehehe

Naik menara ni, tinggi 80 meter dari darat..so sapa yang gayat tu xyah la naik yer hehehe...dari atas ni boleh nampak pemandangan bandaraya melaka...kecik je kan melaka ni...nampak laut...laut pun dah kena tambak...no wonder la pada suatu masa dulu melaka menjadi tempat paling strategi untuk perlabuhan kapal-kapal pedagang di sebabkan lautnya yang dalam,ceeewah cita pasal sejarah lak hehehehe....

Him
 
Her

Melaka memang pesat membangun..macam2 bangunan dah ada...latest shopping kompleks ialah Dataran Pahlawan la...tapi sayangnya, shopping kompleks besaq, tempat untuk solat kecik..dah tu susah nk pegi amek air sembahyang..g amek di toilet ja...itu yang aku tak puas hati...better pegi masjid la kalau nk solat, kemudahan lengkap....
Pas dah penat berjalan, hubby lapaq la plak...bukan hubby ja, aku pun hewhewhew...ye la, kt umah makan megi spegethi ja hehehe...hubby kata nk makan ketam goreng lada...ermmm aku terlintas ikan bakar kt Umbai ja..penah pi dulu dengan member-member masa study, tapi xtau lak aku kt area mana..ye la dulu kan follow je, member bawak, follow je ahahaha...

call opismate aku tuk mengesahkan tempat tu di mana...pastu GPS hp hubby lak xmo nk dapat signal...benti dulu di tepi jalan sampai dapat signal GPS...akhirnya, berpandukan GPS Nokia Xpress Music 5880, maka sampai la kami di Perkampungan Ikan Bakar Pernu Umbai...aku tak tau mana satu kedai yang besh...so kami redah je la....nasib baik sedap nyum nyum ^^

antara makanan yang di order adalah ikan bakar,(cili kicap tu memang besh), ketam masak black paper(ketam ni smpi hubby dok teringat2 ^^), sayur kailan masak sos tiram, dan sotong goreng tepung..rupa2nya kena order nasi gak, kami punya la tunggu awat nasi xsampai2 lagi, rupa2nya kena cakap ahahaha...depa ni pun agak2 la kan, xkan nk makan lauk saja, mesti la ada nasi ahahaha.Total dalam RM42...murah ke mahal? ok la kot kan.....
Kami bertolak pulang ke KL dalam pulu 9 malam dan safely arrived pada pukul 10 malam...Alhamdulillah, sepanjang perjalanan xdak apa2 kejadian yang buruk terjadi..Masa balik hubby lak yang drive...dok dalam baby blue tuh dengar lagu Maher Zain lagi, tapi hubby dok translate dalam bahasa melayu lak, ahaha lwak la my sayang ni hehehe....
Klah dah penat aku menaip cerita ni...ha satu lagi, kalau pi Melaka ni, nk parking sila beli kupon yer...tak pun parking kt tempat yang berbayar...aku dah kena saman dari MBMB sebab xdak kupon adeeeh la...ke nk buat dek saja? hehehe...

So sapa yang tak penah sampai ke Melaka, u should try to come and enjoy the city of history...bagi aku, aku suka Melaka ^^ sebab dia havoc tapi x serabut macam di KL hehehe....

Ok, thanks for reading ^^

Tuesday, November 23, 2010

Me + My Pink Stuff

Hi korang...jom pakat2 join contest Mama Gee ni...Aku leh jadi follower dia pun sebab Mama Gee ni pun suka deco2 english style..besh kan kalau ada orang minat yang sama teheee ^^

so baru-baru ni ( agak lama jugak la, aku je yang lmbt kekeke) Mama Gee ada buat contest yang bertajuuuuuk........Me+My PINK Stuff..haiyooo dah telah2 aku nk join ahahaha...pempuan kan, xlari dek sukakan pink hehehe...

so korang yang minat pink tu meh la join jugak, senang je pun ^^

Syarat-syaratnya
  1. WAJIB jadi follower mama ye..- uish dah jadi dah ^^
  2. Buat 1 ENTRY pasal contest ni. Masukkan Badge Contest di atas 2. {kalo takleh save gambar tu..uols print screen dan edit kat paint...hehe kena berusaha sket ya}- ni tengah buat ni agagaga =D
  3. Letak gambar uols dengan APA SHJ brg yang berwarna PINK. Pink sajork, biru, pepel, hitam tak bley ya..hik3...Kereta, kasut, baju, tudung, teddy bear, tong sampah, pensel..apa2 sajelah asalkan barang tu pink...Jgn letak gambar barang je...gambar uols sekali mesti ada..buatlah aksi GEDIK2 sket...hahahaaha...{gambar tu bioo clear ya..yg kabur2 reject}- gambar yang dipertaruhkan ada kt bawah ni ha ^^
  4.  Last sekali tulis kat bawah gambar tu 'I'm a BIG FAN of MamaGee's blog!!" dan LINK kan kat BLOG MAMA {hik2...sapa tak tulis ni..out terus..} - ok sudah ^^
  5. TARIKH TUTUP : 29/11/10 kul 8 PM
I'm a BIG girl eh bukan laaa, I'm a BIG FAN of MamaGee's Blog!!!!

Gambar di atas adalah gambar yang dipertaruhkan..apa yang pinknya?
  1. cadar aku wewiit english style ^^ pink color
  2. langsir yang menghiasi di kepala katil - beli kt nilai langsir tuh pun pink color
  3. sticker wall bunga2 pun pink color..dan wall pun pink color gak..oh pendek kata memang aku minat pink rupanya ahahaha
  4. baju pengantin aku tu bukan aku punya, so xtermasuk dalam my stuff la hehehe
P/s : semua deco sendiri, jimat kos, dan bilik akan sentiasa jadi bilik pengantin walaupun dah 6 bulan berkahwen hihihi...

Ok dah MamaGee, lana dah buat aksi paling gedik dah ni agagaga..malu eh...malu wooo ahahaha...ok harap2 MamaGee accept ek entry lana ni..Tq MamaGee comel ^^

Monday, November 22, 2010

Movie Megamind

ermmm....macam mana la nk meriah hari raya di KL, kalau cuti hanya sehari saja kan huhuhu...cuba tengok kelantan dan kedah, meriah ja dengan korban dan kenduri, sebab cuti 2 hari...aku yang berada di perantauan ni jugak la yang teringin gila nk makan sup daging korban huhuhuhu...

siang hari, aku n hubby g berjalan2 raya di rumah mak sedaranya di kg melayu subang..."jumpa jugak nasik" kata hubby, huhu siaaan dia...pastu g umah sepupu dia, dapat makan lemang...sampai la ke malam, xdak pun daging korban huhu...xpa la...nk buat mcm na kan (rasa mcm nk ajak hubby balik kg ja naik bas huhuhu)

So malam tu, aktiviti kami ialah watching movie yeeehaaa...hubby dari dulu lagi teringin sangat nk tengok movie 3D..dalam fikiran dia, dia dh set nk tengok megamind...aku xcited sgt nk bawak hubby smpi tersasul mastermind ahahahaha...beli tiket on9 saja senang..g tengok kt midvalley, amek midnight....

movie start kul 11.30 malam...lepak2 dulu makan kt mc d, terserempak dengan Reen..reen ko ni kecik sangat la...kurus sungguh, makan banyak sikit na reen hehehe...nanti dah kawen, ko gemuk la mcm aku hihihi....

Masuk dalam hall, hubby xcited ahahaha..yg xbeshnya, dia lupa pakai contact lens, nasib la yang oi hehehe...kiranya ni second time la hubby tgk 3D pas tengok 3D ntah berapa minit masa kt langkawi dulu tuh...

bila nk start ja movie, aku mcm nk hangin jugak la...ada masalah teknikal apa ntah..xstart2 lagi..dok tayang iklan saja berulang kali...tapi aku tengok trailer cita Rapunzel 3D dia lagi mengancam...nmpk ke3D -an nnya itu hehehe..

ok2, jom aku riview cita ni...Megamind ni seorang(seorang ke ek? hentam je la ahahaha) makhluk yang di hantar ke bumi bersama dengan Metro Man..masa tu depa kecik lagi..stil baby...tapi masing2 ada kepandaian masing2...megamind genius, yang metro man lak dia ada kuasa luarbiasa...

Sampai la megamind dah dewasa, dh sedar yang dia xboleh nk jadi baik..so dia sedar yang dia ada bakat untuk jadi penjahat..beria2 dia nk taklut kota metro...banyak aksi2 lawak dalam movie ni..relek dan santai saja...sampai satu hari megamind berjaya bunuh metro man ni, tapi megamind rasa sunyi, sepi tanpa ada orang yang nk lawan dia...ye la, dah hero mati, so sapa lagi nk lawan dia yang jahat kan...

so untuk hilangkan rasa boring hidup bosan, dia cipta hero sendiri untuk melawan dia iaitu Titan..tapi Titan lak nk menjadi seorang penjahat jugak..adeeh laaaa...susah bila benda yang sukar di kawal ni..last2 terpaksa la megamind menjadi seorang yang baik(HERO) untuk menyelamatkan metro city...

Persoalannya di sini, dapatkag megamind melawan hero ciptaannya? tiba2 metro man muncul, bukankah metro man sudah mati? segalanya mungkin terjawab jika korang sendiri yang pegi tengok, x pun tunggu saja tayangan di Box Office di astro ahahaha...

Cita ni besh la...menghiburkan...gelak saja hehehe....

gaya hubby kononnya ala-ala robotic la tuh pki spek tuh hehe 
me yg semakin sehat ahaha..tgh tunggu hubby msk toilet, haiyaaak...

Spegeti Megi Lagiiiii....

Memang tak lengkap kalau tak buat spagethi tiap kali hubby datang KL ni...mula2 memang dia xsuka makan, tapi penangan resipi aku ni , asek request spagethi saja...janji medium dia menggunakan megi, bukan guna vicermill (betoi ka eja mcm ni? ahahaha) 

tak pa la abang oi, janji perut kenyang suka ati yer bertambah sayang pada wifey mu ini yer dak hehehe....nk masak benda lain susah, sebab umah sewa aku ni xdak peti ais...ermmm kena beli sebijik ni ermmm...

Aku rindu sangat2 (T_T)

Sekarang jam menunjukkan pukul 12.30tgh malam.. Ari ni dah masuk Isnin...sepanjang hari aku rasa macam kosong....kosong sangat2....

apa yang aku buat, aku bangun, bukak laptop tengok drama korea...rasa bosan aku tidoq balik..makan pun rasa tak lalu..tapi aku makan jugak nasik bersama telur goreng sambal..lepas tu sambung tgk cita korea, pastu tdoq balik...aku sampai bermimpi balik dengan hubby semalam...dapat makan daging korban...tapi hanyalah mimpi huhuhu

seriusly rasa sangat bosan...bosan dan sunyi...
........................

bayangkan selama 5 hari, aku bangun pagi, terus buatkan nescafe untuk hubby...buatkan sarapan untuknya..kadang2 sarapan orang putih, hanya makan roti dan sup, xpa kan abang??..walaupun beraya di KL, hari2 kami memang bosan, tapi aku tak sunyi...ada saja benda yang kami hendak borak...ada saja benda aku nk kacau hubby...cuma aku diam bila aku tidoq dan tengah pakai mask pada muka huhu...

Semalam hubby balik naik bas, dan selamat smpi di Aloq Staq pagi tadi..masa hantar hubby balik, mmg aku xrela hubby balik..aku berdoa bagi tiket abeh huhu..tapi tak boleh la mcm tu, dia kena kerja esok....aku xboleh tdoq, sebab aku rindu sangat...rindu sangat2 huhuhu (T_T)
(airmata tolong berhenti, aku nk berblog ni (T_T))
sumber gambar dari google

5 hari yang kami lalui, penuh dengan gelak tawa...gurau senda...main game FB bersama2..berebut untuk menggunakan laptop..makan bersama2..aku masak, dia tolong aku basuh pinggan...dia makan saja walaupun xsedap, abeh lak tu, sorry abg huhu...aku rasa bertuahnya menjadi isteri kepada dia...

tapi hari ni, rasa macam janggal...sunyi......sepi.....(T_T)..

aku : emmm esok dah sunyi la...abang xdak kt cni 


hubby : xpa la..esok b boleh rilek, xpayah mask untuk abang...

uwaaaa (T_T)...aku xkisah pun nk masak untuk dia...sebab aku sayang sangat pada dia (T_T)

baru pas call dia...otometik airmata berderai lagi (T_T)...rindunya hanya Allah yang tahu....

Ya Allah murahkan rezeki kami, dekatkanlah hati kami...

end : 12.49am

Saturday, November 20, 2010

Salam Aldiladha

Salam....Salam Aidiladha...alamak, terlambat lak nk buat entry ni, maunya x, asek berebut laptop dengan hubby munchy ahahaha...

Ermmm...raya Aidiladha kali ni kt KL je...planning nk balik aloq staq x menjadi setelah ditolak tmbah, bahagi dan darab, kami berdua laki bini takut makan megi di hujung bulan, maka kami mengambil kata sepakat untuk beraya di KL ahaha...rupa2-nya xbesh ek beraya kt KL ni...susah sungguh nk jumpa orang buat kenduri korban huhuhu...

Adik aku dok sms je bagitau "Aku baru pas makan kenduri korban ni, sup daging gearbox" ces jelez gila...sure dh pening2 daging la tuh huhu...aaaaa xmerasa daging korban lagi ni...ketupat dan rendang dah makan, nasib baik mak sedara hubby ramai kt KL ni ahahaha..

Boring jugak rupanya dok di KL bersama orang tersayang jika tidak berduit ahaha..dok dirumah sambil buat spegathi dan main game Backyard Monster di FB saja hehehe...esok nk buat sotong goreng tepung resepi Pn Anita ^^..harap2 x hujang supaya aku rajin tuk bangun awal pagi beli sotong hehehehe

Gambaq raya? Of coz la xdak hehehe..tapi ada gambaq lain..so tunggu je la...Oklah..mau sambung main game n wat finance planning dengan hubby ni...uish mesti kena plan bebtul tuk masa depan hehehe...

p/s: beshnya la kalau xkeja tapi ada duit kan huhuhu

Tuesday, November 16, 2010

Al-Ma'tsurat Sughra - Zikir dan Do'a Rasulullah SAW pagi & petang

Salam all ^^...emmm..korang perasan x? sekarang ni mcm2 tragedi berlaku kan? banjir, gunung berapi, pembunuhan (buang bayi) dan macam2 lagi...agaknya bumi ni dah terlalu tua..dan sakit2....

kita sebagai khalifah di muka bumi ni, haruslah mempunyai kesedaran(xsedaq lagi xtau la nk kata apa huhu)...kadang2 takut juga aku dengan bencana alam ni..jadi marilah kita sama2 berzikir dan berdoa...(yang wajid didahulukan yer ^^) amalkan selalu....basahkan lidah kita dengan zikirullah....

zikir yang aku suka amalkan, al-ma'tsurat sugrha ni..boleh di baca pagi dan petang..baca kedua2 waktu lagu bagus...dulu masa kt matrikulasi arau, rajin la aku dok amalkan..sekarang dh keja ni, napa la malas sangat ek? padahal bukak facebook atau tulis blog, boleh jer jadi rajin, baca ma'tsurat ni xsampi pun setgh jam dah abeh dan, bukan amek masa yang lama sangat pun,tapi malas sgt.....kalau ber fb dan berblog ni, berejam2 pun sanggup..Astagfirullahalazim...ok2, marilah kita mengubah corak kehidupan kita....

senag ja nk dapatkan ma'tsurat ni, kt MPH banyak..baru2 ni aku beli yang saiz kecik, senang nk letak dalam purse, boleh baca bila ada masa senggang...


RM1 je u ^^...walaupun singgit, tapi pahalanya tidak ternilai, Wallahualam.....
anda buat, anda dapat!! ^^

Monday, November 15, 2010

Susu Soya Segera brand SUPER = BESH!!

Happy monday all ^^ jangan malas2 ek nk keja arini walaupun hari rabu kita raya haji yeeeay, cuti lagi...ada sesiapa yang buat korban x? lana (eceh nk bahasakan diri dengan nama je la, xmo guna pangganti nama ketiga hehehe, baru rasa sopan gitu hekhekhek ^^) xcukup bajet lak nk buat korban tahun ni, tahun depan Insyaallah..eh eh, cita pasal korban ka pasal susu soya? ke laut dah :P

selalu dengar kt radio, ala iklan yang fara fauzana selalu dok cakap tu, minumlah soy talk sehari 4 kali untuk kesihatan kita..tapi hari-hari nk beli soytalk sebanyak 4 botol x 30 hari, mati gak la ahaha...gaji 4 angka saja, gaji 5 angka baru boleh kot hihihi..

so inisiatif lain, lana beli la soya segera brand super ni...i tell u all, memang besh sangat-sangat..try la kalau x percaya..susu soya ni berbentuk serbuk yer kawan ^^...pakaging dia mcm kt bawah ni..jangan risau yer, soya ni halalan toyiban ^^...

yang beshnya, kalau kita beli satu paket (ada dlm 15 bungkus kalau xsilap lana) dapat sebotol shacker (seperti gambar di bawah)..sepeket harga dalam lebih kurang RM15, ke tak sampai, xpasti lak lana..nanti lana update lain la harga yang sebenarnya keyh...

the shacker ^^

siap ada mark kt shacker ni...so isi air sampai 200 ml saja, pastu masukkan serbuk soya, pastu shack shack shack ^^ minum....ermmmm sedap mcm soya dalam kotak i tell u :P

ada tiga cara untuk kita sediakan dari soya ni
  1. guna air panas - tuang air panas sampai 200ml ke dalam shacker, kemudian, masukkan serbuk soya, pastu kacau dan sedia di hidangkan ^^
  2. guna air sejuk - tambah kira-kira 150ml air sejuk, kacau dan tambah ais..
  3. buat milkshake - tuang susu tepung soya ke dalam botol berisi 200ml air, goncang dan sejukkan di dalam peti sejuk selama 15-20 minit
cara yang di beritahu ni, dia suruh masukkan serbuk dulu, pastu baru letak air kan...lana dah ikut cara tu, tapi nanti serbuk tu jadi berketul2, jadi xbesh...so apa kata ikut cara lana, masukkan air dulu (macam nk buat susu anak lak ahahaha) pastu baru masukkan serbuk soya, pastu goncang...i tell u, dia xberketul2 punya hehehe..try la...

ni lak ingredient yang ada pada serbuk tu...ada kalsium, so boleh menambahkan kalsium pada tulang2 kita (bagi sesiapa yang tak lalu nk minum susu la kan)...

p/s: so apa tunggu lagi, soya kan banyak khasiat, boleh cantikkan kulit,kuatkan tulang dan macam2 lagi..dapatkan di pasaraya yang berdekatan dengan anda ^^
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...