Showing posts with label drama korea. Show all posts
Showing posts with label drama korea. Show all posts

Monday, October 3, 2011

Lie To Me - Kdrama

Lana kembali lagi!!! dengan review drama korea "Lie to me" ^^ lana rasa kan nk buat satu segmen khas review drama korea ni ha..sebab cita yang xbesh pun lana layan jugak, dah nama hobi kan hahaha....
Drama ni di bintangi oleh heroinnya Yoon Eun Hye.. dia pernah berlakon dalam drama Coffe Prince (drama ni pun lana xabeh tgk lagi huhuhu), Goong, (yang dh abeh, besh!!), Take care of young lady (pun besh), personal taste dengan lee minho (yang ni lana x tgk lagi) dan banyak lagi la dia berlakon...

Heronya plak, Kang Ji Hwan. tak berapa besh sangat hero yang ni..tapi layankan aja, memang watak dia sesuai ja dalam cerita ni......

ok, cerita ni mengisahkan Gong Ah Jung (Eun Hye) seorang kakitangan awam di jabatan pelancongan di korea la kan, xkan malaysia lak hahaha....dia ni umo dalam 30 (kalau tak silap lana la dlm cita ni), tapi belum berkahwin lagi...so bila dia terjumpa dengan roomate dia (di mana roomate dia ni bercinta dengan senior yang dah lama dia minat, sian kan ah jung) dia pun tipu kata dia dh berkahwin...cuma dia xbgtau dgn sapa dia berkahwin...

nak di jadikan cerita, mcm mana ntah (ha ni korang kena tgk sebab lana dah lupa hahaha) dia boleh ter bagitau yang dia kahwin dengan hotel manager (Ji Hwan). so kisah dia semakin complicated bila dia terjumpa dengan bekas tunang hotel manager tu dan juga adik hotel manager tu...

apa yang buat lana tertarik nak tengok cita ni, nk tau kesudahan mcm mana dia dok tipu kawan baik dia..serius kawan baik dia tu annoying gila, geram ja tengok...kawan baik dia tu dulu dah la couple dengan senior yang dia dh lama aim, pastu dok jeles lak dengan Ah jung, sampai jatuh sakit jeleskan Ah Jung huhuhu...hish geram2...

Ah Jung n Ki Joon ^^

Romantic ooowh ^^

so kesudahannya korang kena la tengok sendiri hehehe...memang lana recomended korang tengok cita ni...memang besh ^^...
 
p/s : sekarang lana tengah layan cerita marry me mary....heroin comel, tapi xbesh sgt, nasib baik hero ensem n jambu hahaha...nanti lana review cita tu ek bila dah abeh tengok ^^...



all picture credit to http://www.koreandrama.org

Monday, August 8, 2011

Secret Garden - Kdrama

Salam isnin semua ^^...monday blues kaaa? hehehe...sebenarnya aku dah abeh tgk cita ni 3 minggu lepas...dengan alasan yang sama, biasa la busy kekeke ^^..

Drama korea ni agak boring pada mulanya, tapi besh bila dah sampai part yang lelaki tukar jadi perempuan, perempuan tukar jadi lelaki hahaha...lawak la kan, sebab soul lelaki masuk dalam badan perempuan, so dia boleh lihat apa yang ada pada fizikal perempuan ^^...



ok back to track hehehe ...drama ni mengisahkan Kim Joo Won lakonan Hyun Bin (sumpah kalau orang tanya aku nanti sapa hyun bin ni? sure aku tak ingat pun dia berlakon drama mana haha, sebab aku memang susah sket nak ingat nama orang korea, nama org jepun dan nama orang cina ni hehehe) yang seorang sombong dan seorang ceo di salah shopping kompleks....Gil Ra Im (Ha Ji Won) pulak adalah salah sorang pelakon stuntwoman, seorang yang miskin, humble.. 

Joo Won dan Ra Im terjumpa apabila Joo Won menyalahkan Ra Im mengenai Park Chae Rin...dan bermula la episod gaduh2 dan sebagainya...Joo Won ni tertarik pada Ra Im..sampai ke mana Ra Im pi buat shooting, mesti Joo Won akan ikut...sampai la di suatu tempat yang di namakan Secret Garden, depa dua ni dapat kononnya arak buatan daripada seorang orang tua...bila depa minum arak tu, soul depa akan swapping, Ra Im dalam badan Joo Won, Joo Won dalam badan Ra Im...tapi depa ni akan kembali seperti biasa balik bila hujan turun...

macam2 kisah yang berlaku diantara depa dua ni... dan yang paling tak sangka, rupa2nya Joo Won boleh terpikat denga Ra Im ada sebabnya (last episod baru tau huhuhu)....cita ni happy ending walaupun sakit hati huhuhuhu...mcm2 kot berlaku, ye la korang bayangkan drama ni ada 20 episod...lenguh eden melangut tengok, berbulan2 baru habih hahaha....kang tak tengok, tak tau lak kisahnya kan hehehe...nak buat macam mana, dah hobi kaaan ^^...
amaran, cita ni memang banyak scene kissing hahaha ^^
suggestion aku, tengok la...sebab dia macam kisah kehidupan family, kasih sayang anak dan bapa, cintan cintun tak sangat la...scene yang unik yang part body depa swapping tu la hehehe..ok, sekian saya melaporkan  ^^


Tuesday, November 30, 2010

Dream - Kdrama


Fuuuh...akhirnya habis gak aku tengok drama korea Dream ni...Drama ni dah lama ditayangkan di korea, tahun 2009 lagi, tapi aku ja baru tengok hehehe...

Sebab apa aku rasa nak tengok drama ni? sebab ada pelakon heroin tu, nama dia Son Dam Bi...Son Dam Bi ni sebenarnya penyanyi dan aku suka dia, mega mijoosooo hehehe...jom tengok klip lagu mijosoo Son Dam Bi ni ^^ (iklan sat )

Amacam? Son Dam Bi ni macam tinggi, kaki dia cantik ^^...tengok dia ja aku rasa membuak2 nak kurus ahahaha..

ok berbalik kepada cerita asal...hero dalam crita ni lak ialah Kim Beom...alaaa yang berlakon gak dalam cita Boys Over Flawors tu (tgk pic kt bawah ni, Kim Beom adalah yang paling kanan sekali ^^) second hero adalah Joo Jin Mo...Aku xsure dia pernah berlakon dalam cita pa, sebab aku ni jenis susah nk cam hehehe....

kalau nk tengok pelakon yang lain, klik link ni, credit to Hancinema ^^...

Son Dam Bi , Jo Jin Mo dan Kim Beom ^^
Uish banyak sungguh melalut..ok2, meh aku cita kat korang drama ni pasal apa...Dia mengisahkan Lee Jang Seok (Kim Beom) yang mempunyai impian untuk mencari ibunya..dia tinggal dengan bapak dia, bapak dia banyak mengajar dia cara2 untuk mencuri, akhirnya Jang Seok di tangkap...tapi dia kuar dari penjara, dia nk jadi baik...sebenarnya dia xjahat pun...
Son Dam Bi , Jo Jin Mo dan Kim Beom ^^

Nam Je Il (Joo Jin Mo) ni plak seorang agen sukan di korea..so kiranya dia la yang menguruskan atlet2 di korea ni...dalam pertengahan cerita, Nam Je Il di pecat sebab dia dituduh memberikan dadah pada atlets, padahal dia di arah oleh bos dia...eee bila teringat bos dia, aku benci gila..memang watak jahat bos dia ni menjadi la...

so krisis bermula apabila Nam Je Il nk bangun semula menjadi agen sukan sendiri...kiranya dia la bos...dia start jumpa dengan Jang Seok di satu club malam di mana Jang Seok telah menumbuk fighter yang dia nk upah...Tumbukan Jang Seok memang padu, sekali tumbuk ja orang boleh jatuh...so daripada situ dan penuh dengan konflik, Nam Je Il berusaha untuk bangun semula...

Macam mana Nam Je Il boleh jumpa dengan Park So-yeon (Son Dam Bi)? depa terjumpa masa So Yeon menjadi leader tuk Taebo..tapi masa tu dok gaduh2..ye la, kononnya tak hormat Nam Je Il la...alamak, mcm na ek aku nk cerita, payah la, sebab banyak gila peristiwa yang berlaku hehehe...

So diringkaskan, Jang Seok menjadi seorang fighter..bakatnya di gilap oleh Nam Je Il dengan bantuan ahli keluarga So Yeon...tapi untuk menjadi fighter yang professional, Jang seok perlu memasuki pertandingan untuk mendapatkan lesen untuk fighter ni...so daripada cni la bekas bos Nam Je Il dan Nam Je Il menjadi persaingan yang hebat...

Memang boleh sakit jantung aku tengok cita ni...penuh dengan aksi dan debaran ahahaha...Bak kata kak Sally, xsampai hati kan nk tengok orang ensem kena pukul hehehe...

Cita ni besh...Aku bagi 4 bintang...so kalau korang boring2, boleh la tengok cita ni ^^...Dapatkan Jang Seok memjumpai ibu kandungnya? tercapaikan impian Nam Je Il untuk melawan exbossnya? Jang Seok menaruh hati pada So Yeon, tapi apakah So Yeon sebegitu? kalau nk tau, korang kena la tengok sendiri drama korea 20 episod ni...cita ni xdak aku nk nangis2 beria sangat (ada gak la bergenang air mata aku saja hehehe), so ok la kalau nk tengok ^^..korang akan jadi tak sabaq nk tau kesudahan ceritanya...

Korang boleh tengok secara streaming kt cni . Credit to my Soju ^^..ok happy watching ek ^^

p/s : sekarang ni aku tengah layan Drama Korea - Sungkyunkwan Scandal..korang boleh tengok online kt cni..Yang ni crita terbaru..belum tayangkan lagi di 8tv...Sebab aku nk tengok cita ni, pelakon ialah Yoo Chan, penyanyi bekas Kumpulan DBSK yang sekarang merupakan penyanyi kumpulan JYJ ^^...jom2 tengok, nanti leh kita sama2 bercerita pasal drama ni hehehe
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...