Sunday, March 31, 2013

Jika Tak Suka, Jangan Di Paksa

Sapa yang suka di paksa? kadang2 kita memang terpaksa...terpaksa menjaga hati orang...terpaksa mejaga percakapan, supaya natijahnya tidak memperburukkan orang lain....omooo...keluaq bahasa baku dah hahaha....

PAKSA!! yes aku memang tak suka di paksa...dari segi?? berkawan....bercinta....dan juga bekerja....
takkan nk paksa aku kawan dengan dia, dah kalau dia xmo kawan dengan aku kan?? takkan aku nk bercinta dengan dia kalau dia hanya anggap aku kawan dia saja kan....point paling penting TAKKAN NAK PAKSA AKU KERJA DENGAN BENDA YANG AKU TAK MINAT???

masa adik aku balik hari tu, ni dia la yang cerita semuanya pada aku....masa pi kenduri, ada la sepupu yang bgtau kt abah aku, bgtau kt Atun (which is aku la hahaha, nama family), ada temuduga terbuka, pejabat pendidikan daerah padang terap, N17...kontrak....abah balas balik " tak dak dia mau aih...dah kalau dia tak minat tu, habaq pi la, dia tak mau aih...tera dia keja la ni pun, bukan dia mintak pun, resume pun tak hantaq" ha tudia....thanks abah sebab memahami....

kadang2, ye la, terpikiaq juga nk kerja kerajaan, secure, gaji tinggi lah kalau duduk kt kedah ni, kalau keja swasta di kedah memang gaji faham2 ja la, bukan mcm kt KL yer kawan2 hehehe (sbb tu my sis lebih suka keja swasta di KL, boleh shopping dgn gaji yg dia dapat ^^)...boleh baca entry ni utk kedah vs KL hahaha

teringat juga dulu masa abah dok beletiaq xmo hantaq aku pi tution, kata abah " abah dulu nk mintak keja guna SPM abah, depa xmo amek abah keja, depa kata SPM abah ni boleh jadi pegawai, tapi abah kata klu keja dengan orang, sekarang ni abah xdak masa pun nk pi hantaq hang pi tution" ooooh terharu...betoi gak kan.....

aku bukan apa...tak suka dengan jawatan yang nak di mintak, jangan di paksa...contohnya N17, kerani, taip2 surat, bahagian pengurusan, key in data guna komputer....adoi la...nk key in nama register fb pun malas, ni plak data hahaha...abah mintak tolong taipkan minit mesyuarat dia pun aku suh adik aku yang taip hahaha...dah biasa dok pikiaq pasal design, idea suma, tiba2 kerja bahagian pengurusan...omai...sangatlah tak masuk jiwa dan tak minat....tapi menaip blogging suka plak heeehuuu :P

biarlah gaji sikit, janji pi keja, seronok buat keja, xdak stress, mcm2 karenah boleh jumpa, hujung bulan dapat gaji...gain knowledge, kumpul duit, buat bisnes sendiri kaaaaan ^^...itu matlamat aku sekarang ni...so jangan di paksa, tapi nak bagi cadangan, InsyaAllah aku terima cadangan itu sebaik mungkin....

pssst : Dalam Islam pun tiada paksaan ^^
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...