Showing posts with label agama. Show all posts
Showing posts with label agama. Show all posts

Friday, December 3, 2010

Tengok isteri dapat pahala, tengok suami dapat pahala, marilah kita kawen ^^

Salam jumaat all ^^..

aku terdengar, xla kot, aku memang klik untuk mendengar ceramah daripada Ustaz Mohd Kazim Elias..sapa yang nk dengar, klik kt cni ek.sorry video tu daripada fb...

Daripada ceramah ni, Ustaz Mohd Kazim tekankan,yang seorang suami tu akan kaya kalau isterinya soleh..antara isteri yang soleh ialah :

1. apa yang suami suruh, isteri akan ikut..

2. Bila suami tengok isteri, suami suka...suami suka bukan sebab isteri bersolek, tapi isteri yang sentiasa memaniskan muka..contohnya, kalau hubby ajak balik umah dia, kita ok jer..

3. bercakap sentiasa yang benar

4. memelihara dirinya, memelihara harta benda bila suami tidak ada..

Satu lagi..penah x korang tengok suami/isteri (sama2 usha la kan) dengan penuh kasih sayang? maka Allah pandang suami isteri itu dengan padangan rahmat..

Pandang isteri dapat pahala
Contohnya, suami memadang isteri dengan penuh kasih sayang..jangan pula pandang isteri, pastu cakap "ayang ni gemuk la, try la bagi kurus, baru lagi sayang abang kat ayang" uish xboleh kata mcm tu...kang terasa si isteri tu nanti..tegur cara elok2..contonhya "ayang ni cantik manis la..abang sayang ayang...tapikan ayang, kalau ayang jadi gemuk sangat, nanti banyak penyakit, abang juga yang risau..ayang jaga makan sama, kalau ayang sakit nanti sapa nak jaga abang?" ha kan macam tu lagi elok kan....

pandang suami dapat pahala
sama juga dengan isteri..kalau memandang suami dengan penuh kasih sayang, maka dapat la pahala bagi suami isteri..jangan sesekali menyakiti hati suami..mengungkit benda yang tak disukai suami (owh aku selalu buat macam ni, ampunkan b abang huhuhu)...berdosa bila mengungkit benda yang tak disukai suami..kan lebih elok kalau kita cakap lembut2 dengan suami..suami pun bertambah sayang..pahala pun kita dapat...

kalau suami nak pegi keja...bagi isteri yang tidak bekerja, apa salahnya menghantar suami sampai hilang pandangan kita..mesti si suami rasa tak sabar nk balik keja jika layana si isteri sebegitu rupa..aku selalu take advantage ni, ye la, aku dan hubby kan duduk jauh, ari ahad aku cuti, dia keja(sebab dia keja kt kedah)..so sekali sekala aku balik kg, sempat jugaklah bye2 hubby masa dia nk g kerja....owh rasa mcm surirumah je hehehe...

tolong menolong di dalam rumah tangga..jangan dibiarkan isteri sahaja membuat kerja...jangan pula isteri mengarah, tapi mintalah pertolongan suami dengan penuh kasih sayang, nescaya suami rela hati membuatnya ^^....

so amacam..besh kan kawen? ^^ serius besh..so korang tak yah la tunggu lama2 dalam perhubungan tuh..tak payah nk kata nk tunggu stabil, even aku dok jauh2 dengan hubby ni, kitaorg bersepakat kawen lagi senang, kang jumpa leh rindu-rinduan, nk pegang pun dah halal..xdak sesiapa yang risau..sebab aku rasa lagi bahaya kalau tak kawen, pastu dok jauh, bila jumpa, owh takutnya benda yang tak diingini terjadi, Nauzubillah...

nak tunggu stabil? percaya la..bila dah kawen memang ada banyak dugaannya..tapi InsyaAllah ada rezeki daripada Allah nanti..kita mendirikan masjid, benda baik, jauh dari maksiat, banyak pahala yang kita dapat...mudah-mudahan..Wallahualam.....

Tuesday, November 16, 2010

Al-Ma'tsurat Sughra - Zikir dan Do'a Rasulullah SAW pagi & petang

Salam all ^^...emmm..korang perasan x? sekarang ni mcm2 tragedi berlaku kan? banjir, gunung berapi, pembunuhan (buang bayi) dan macam2 lagi...agaknya bumi ni dah terlalu tua..dan sakit2....

kita sebagai khalifah di muka bumi ni, haruslah mempunyai kesedaran(xsedaq lagi xtau la nk kata apa huhu)...kadang2 takut juga aku dengan bencana alam ni..jadi marilah kita sama2 berzikir dan berdoa...(yang wajid didahulukan yer ^^) amalkan selalu....basahkan lidah kita dengan zikirullah....

zikir yang aku suka amalkan, al-ma'tsurat sugrha ni..boleh di baca pagi dan petang..baca kedua2 waktu lagu bagus...dulu masa kt matrikulasi arau, rajin la aku dok amalkan..sekarang dh keja ni, napa la malas sangat ek? padahal bukak facebook atau tulis blog, boleh jer jadi rajin, baca ma'tsurat ni xsampi pun setgh jam dah abeh dan, bukan amek masa yang lama sangat pun,tapi malas sgt.....kalau ber fb dan berblog ni, berejam2 pun sanggup..Astagfirullahalazim...ok2, marilah kita mengubah corak kehidupan kita....

senag ja nk dapatkan ma'tsurat ni, kt MPH banyak..baru2 ni aku beli yang saiz kecik, senang nk letak dalam purse, boleh baca bila ada masa senggang...


RM1 je u ^^...walaupun singgit, tapi pahalanya tidak ternilai, Wallahualam.....
anda buat, anda dapat!! ^^
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...