Showing posts with label kpli. Show all posts
Showing posts with label kpli. Show all posts

Friday, November 12, 2010

Panduan MTest

Kepada kawan-kawan yang bakal menduduki exam MTeST hujung minggu ni Good Luck yeah ^^...doakan aku pun dapat kpli kali ni...banyak kali dah apply, xdak bakat ke apa aku pun xtau la huhuhu...

so persediaan nk menghadapi MTeST ni aku pi beli buku latihan ni ha...beli kt MPH, nk beli online pun boleh, tapi kita bukan dok oversea pun, beli ja kt MPH yang berdekatan, lagi cepat dapat dan leh start study ^^(study la sgt huhuhu)
Tak mahal pun...Harga seperti di bawah...
Menurut kawan aku yang telah berkhidmat sebagai cikgu melalui kpli ni, dia kata, apa yang penting semasa menjawab mstest ni ialah, mesti jawab dengan jujur pada soalan INSAK, iaitu soalan tentang sahsiah keguruan..dia ada 135 soalan kena jawab dalam masa 30 minit sahaja, satu soalan anggaran kena jawab ialah 13.3 saat sahajaso memang tak payah la nk pikiaq, tanda saja yang bersesuaian dengan kita..
satu lagi member aku bgtau, kalau kita lulus paper yang lain, tapi gagal dalam menjawab paper INSAK ni, maka gagal la kita...tapi kalau kita gagal dalam paper lain (Math, BI, BM, Verbal) tapi lulus dalam paper INSAK ni, maka kita akan di panggil untuk ditemuduga...see, betapa berkuasanya jika menjawab INSAK dengan sesungguhnya ^^

So gud luck all..wish me full of luck too ^^

p'/s : nedy, ko terbahagi kepada 3, so pilih pi yang mana? adik aku terpaksa tolak spa punya, sbb dia kata confirm2 xdpt muahaha...gudluck ek nedy ^^

Monday, November 8, 2010

MTest KPLI 2010

Kawan2 yang apply kpli tu, dah boleh check nama untuk penempatan MTest pada sabtu ni 13 hb 11 klik pada link ni yer kawan2. Aku dapat tempat exam kt sek men kepala batas...dalam dilema ni nk balik ka dak...sebab hari ni (isnin) aku baru ja sampai dari kg..kang weekend ni nk balik lagi...pastu rabu minggu depan raya haji pulak...ermmmm mcm na ni??

mana tau nasib aku boleh berubah jika aku berusaha tuk amek exam ni? huhuhu semuanya menggunaka duit (tiket, balik kg)..

Apa-apa pun, gud luck ek pada sesiapa yang amek mtest sabtu ni

Friday, October 15, 2010

KPLI Ambilan 2011

Kepada kawan-kawan di sana yang hendak mencuba menjadi seorang pendidik macam aku ni, no pin KPLI sudah boleh di beli...

Sila la kawan-kawan mengisi borang pada laman sesawang ni yer http://kpli.moe.gov.my/application_jan2011/..

penat gak aku mencari link ni, akhirnya terjumpa jugak...Gud luck yer ^^ 

Monday, March 22, 2010

Semakan Panggilan MTeST Ke-2 Kursus Perguruan Lepas Ijazah (KPLI-SR) Ambilan Jun 2010

(update pantas)

kawan-kawan, sapa yang xdapat exam Mtest retu, leh check balik kt link bawah ni...

http://apps.emoe.gov.my/kpli/mtest2/index.cfm

Gud luck all for exam this weekend..hurm busy la aku start malam ni study..harap-harap kali ni berjaya la aku sampai ke peringkat temuduga kan, amiiin....

P/S : tahniah gak to abg ipaq aku, akhirnya berjaya jadi seorang penjawat perkhidmatan awam..kejayaan ni adalah hikmah di sebalik semua yang berlaku..percayalah


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...