Thursday, February 13, 2020

Resepi Egg Muffin Keto version

Hiiii....since dah 2020 ni, so i bahasakan kak bee la na dalam blog i ni ok ^^

So kak bee nk mengelap habuk dan sawang-sawang blog kak bee ni dengan upload resepi Egg Muffin Keto Version hahaha..

Oh ya, kak bee dah mengamalkan diet IF+keto ni lebih kurang dalam dalam 4-5 bulan macam tu. nanti kak bee cerita lagi ya.

sekarang ni masa untuk resepi ^^

Bahan-bahan
-----------------------
- 4-6 biji telur (kalau satu lubang loyang tu, gunakan sebiji telur)
- mozarella cheese (ikut suka, dan kalau xdak pun tak pa) kalau untuk lulus keto, pilih yang kandungan karbonya rendah, boleh guna jenama anchor
- 3-4 sudu whipping cream (whipping cream di gunakan dalam diet keto adalah untuk menggantikan susu, sebab whipping cream ni adalah susu yang mengandungi lemak yang telah di buang karbonya) jika, tak mau guna whipping cream, boleh guna susu segar, atau full cream, supaya tak mau bagi rasa hanyir telur tu (tapi dia dah tak jadi menu keto la ya ^^)
- sedikit serbuk lada sulah
- sedikit black pepper (jika suka)
- setgh sudu kecil garam pink himalaya
- 100-200 gram isi ayam
- hirisan atau sagatan sayur-sayur, seperti gambar di bawah

 

Sagat sayur-sayur sepeti, brokoli, zuchini (good fat), carrot, dan sayur lain jika suka

Hiris daun sup (kalau tak ada pun tak pa, sebab daun sup tu dia mcm mengganggu rasa egg muffin tu hahaha), hiris bawang putih utk menumis, isi ayam dan tomato.



1. tumiskan bawang putih bersama sedikit minyak. dan masukkan isi ayam serta brokoli. kacau sehingga isi ayam masak. Ini bertujuan supaya isi ayam semua masak, takut nanti bila di bakar, isi ayam tak masak. masak sekejap sahaja.

2. Di mangkuk lain, pecahkan telur, masukkan lada sulah, garam, chili flakes (jika suka) black paper dan perasa lain jika suka.
3. masukkan 2-3 sudu besar whipping cream, atau ikutlah sukatan yang di sukai hahaha, supaya naik rasa lemaknya dan tak rasa hanyir telur tu.
4. kemudian pukul telur sampai rasa puas hati hahahaha
 


5. gaulkan semua bahan sayur-sayur yang telah di sagat dan masukkan ke dalam loyang muffin ni...

6. jangan lupa greese kan loyang tu dengan minyak dulu sebelum masukkan sayur, supaya muffin tak melekat.

7. atas sekali kak bee letakkan isi ayam




8. tuang bancuhan telur yang telah di pukul tadi. dan masukkan mozarella cheese di atas sekali, supaya effect tarik2 tu menarik hahaha.

tapi serius nak habaq hampa, lagi sedap letak mozarella cheese tu, kak bee buat tak letak mozarella cheese, rasa dia mcm alaaaa biashe2 jerrrr hahahaha...

9. kemudian bakar dalam oven, api atas bawah, 280-200* dalam 20-30 atau hingga masak.



Siap untuk di makan ^^
Bila egg muffin ni masih panas, sedap di makan sebab cheese masih panas, boleh tarik-tarik macam dalam iklan pizza hut hahaha

Kak bee suka egg muffin ni, sebab dia lengkap semuanya...masukkan ja semua sayuq yang hampa suka...semua ada dalam tu.

telur tu hampa adjust la ikut hampa..jangan letak penuh sangat, nanti bila di bakar, dia akan melimpah ruah hehehe...

ok, tu ja...simple tapi penuh khasiat!!

selamat mencuba ^^
Jangan lupa share ^^



============================================================

ADA YANG TENGAH MENCARI LABEL IRON ON? BOLEH TERUS PURCHASE DI SHOPEE KAK BEE YA, KLIK LINK NI YA ^^
JANGAN LUPA APPLY FREE SHIPPING VOUCHER YA (BELIAN RM19 KE ATAS, DAPAT FREE SHIPPING **)






Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...