Wednesday, March 7, 2012

Resipi Sardin Roll tidak berminyak

Ok resepi kembali lagi hihi...ni adalah resepi kedua aku tulis dalam blog selepas spagethi hahaha...teruk kan aku ni, nama ja pempuan, entry2 resipi ni kurang hahaha...

Ok2, berbalik kepada topik....resipi sardin roll ni memang tak berminyak? mcm mana tu? selalunya kalau kita goreng dah sah2 minyak akan meresap dalam roti kan?? nidia caranya ^^

Bahan-bahan yang diperlukan
1. roti sandwich (apa2 brand pun boleh)
2. sardin yang telah di masak, sesedap rasa, kalau sardin tak sedap, nnt inti tak sedap la muahehehe
 
 
3. breadcrumb (serbuk roti)
 
 
4. telur sebiji di pukul kacau sama rata ^^

Cara-caranya
1. tekapkan roti dengan sudu supaya mampat...bila kita tekan2 roti tu, dia xdak ruang udara untuk minyak serap masuk ^^


2. kemudian letakkan sardin sebagai intinya..hujung sket..lepas tu gulung...kalau nk bagi roti tu melekat, sapukan sedikit telur pada hujung roti yang kosong tu yer


3. pastu roll kan roti tadi dalam telur....bagi semua kena sama rata

4. last sekali, roll kan pada breadcrumb...breadcrumb ni berfungsi untuk menjadikan sardin roll ni rangup ^^ ..kemudian goreng...goreng jgn lama sangat, agak2 kuning keemasan, dah boleh angkat dah....

5. dan hasilnya...taraaaa!! hahaha ni la akibatnya lama sangat di goreng, dah hampir nk hangit dah hahaha...try la...tak berminyak i tell u ^^....

hubby bukan seorang yang suka nk makan benda berminyak ni...dia tolak mentah2 kalau offer bg sardin roll ni suruh dia makan....sekali aku paksa dia makan, akhirnya dia mengaku memang tak berminyak ^^...trylah ~~~

 

2 orang yang tak busy ^^:

Alida Ali said...

Akak kalau bt mcm ni guna sosej...kalau sardin selalu goreng dgn tepung je...

emma marini said...

nampak pun sedap, bread crumb tu boleh jugaganti dgn oat atau conflakes hancur....akak roll jer roti tu terus....jadi semua bahagia mmg penyek hu....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...