Hari jumaat tu, aku perlu menghadiri event yang di buat khas untuk signing mou ceremony...kiranya aku ni orang belakang tabir gak la..busy kot, memang xdan nk update blog sungguh la...banyak benda nak fikir dan banyak bend ayang terjadi huhuhu...nanti la aku cerita satu persatu, kongsi yang baik2 ja hehehe...
event tu habis dalam pukul 5 ptg...smpi rumah pun dah 6.30 dh huhu...sian hubby dok sorang kat rumah...dia dah boring tahap gaban dah...dah la laptop pun aku kena bawak..so untuk menghilangkan rasa boring hubby, aku ajak hubby g makan...eh sebenarnya hubby yang ajak aku kuaq makan hahaha
seronok tak terkira bak kanak2 ribena boleh kuar pi makan hahaha..korang bayangkan la hubby terkurung dalam rumah seharian, huhu sian...sorry sayang....
kitaorang pi makan lamb chop kat shop n steak kt steak house kt serdang tu ha...boleh tahan la sedapnya, tapi sedap lagi lamb chop kt semua house tu, serius...
pastu dah alang2 nk berjalan kan, aku ajak hubby g bazar larut malam kt serdang tu (bertentangan dengan komuter serdang) tapi, MasyaAllah punya la ramai orang, nk parking pun susah, dua kali gak la kami round2 cari parking, last2 aku giveup huhu...hubby ok ja, sebab dia dh kenyang, so dia pikir nk tdo ja hahaha
tapi hubby kata, jom la pi tengok wayang nak? so aku pun bawak la pi mines, dah alang-alang dekat ctu kan...cerita yang kami tengok, semestinya fevret production hubby la, dari Marvel Studio, iaitu Captain America...
masa tengah tunggu nk masuk wayang, aku sembang2 dengan hubby...
me : abang, ok x kalau b panggil abang hubmun, singkatan daripada hubby munchy?
hubby : baik panggil leman ja, xyah susah2 sangat XD
hahaha, bengong la laki aku ni hahaha...oklah abg leman ^^...
ok jom review cerita ni...mengisahkan seorang pemuda yang teringin sangat nak jadi askar..tapi disebabkan tubuh badan/fizikal dia yang tak memenuhi syarat, dah banyak kali dia di tolak....tapi akhirnya dia di beri peluang untuk menyertai latihan askar...
rupa2nya, dia dijadikan bahan uji kaji...yang beshnya, abah ironman, shark (eh ye ke nama dia shark?) tu ada masa tu hehehe,kiranya cerita ni wujud sebelum ironman lagi la hehehe...apa yang terjadi pada Steave Roger (captain america) yang dulunya bertubuh kecil, tapi sekarang dah gagah perkasa? dia hanya dijadikan sebagai maskot askar2, tapi dia memiliki kuasa yang luar biasa....apakah yang di lakukan oleh steave untuk menyelamatkan kawannya?
kalau nk tau, korang kena tgk la kt panggung berdekatan atau pun beli dvd cetak rompak hahahaha...seyes besh (pada yang suka movie super hero mcm ni la kan, kalau yang suka jenis mat2 rempit, keta2, mayb tak suka la kot cerita mcm ni hahahaha)
oklah, sekian movie review tak professional daripada aku hehehe....
0 orang yang tak busy ^^:
Post a Comment