Artikel ni aku dapat dr blog saudari anizyn gakk...thanks ya
Kelebihan mengamalkan senaman bola dan cara-caranya
Membuang lemak paha.
Baring di atas bola, badan tegakkan ke hadapan lalu angkat satu kaki di atas bola - langkah ini untuk merenggangkan otot kaki.
Membuang lemak di perut
Tolak badan ke hadapan, angkat dada, luruskan kaki dan angkat tangan ke paras telinga
Menguatkan otot di kaki
Baring di lantai, letakkan bola di celah kaki dan angkat manakala tangan lurus di sisi
Tekan Tubi - baik untuk mengempiskan perut
Letakkan bola di atas lantai. Letakkan kaki di atas bola, letakkan tangan di kepala dan angkat kepala dan bahu ke paras dada - membakar lemak di bahagian bawah perut - cruches abdormal
Regangan - Otot belakang badan sesuai untuk mengatasi masalah sakit belakang
Masih dalam kedudukan sama, kaki luruskan dan letakkan di atas bola. Tangan letak di sisi dan angkat dada dan badan lurus
Regangan sisi
Menguatkan otot paha, kaki, pinggang dan sisi badan
Ulangi langkah sama tetapi kali ini angkat sebelah kaki dan bengkokkan. Tangan kanan angkat buat bentuk L manakala tangan kiri masih memegang bola
FAKTA: Bola senaman
Diperoleh dalam empat saiz utama: 85 sentimeter (sm), 95 sm, 105 sm dan 120 sm. Diameternya 35 hingga 85 sentimeter
Asalnya digunakan sebagai peralatan untuk terapi anggota bagi kanak-kanak yang menghadapi masalah lemah anggota
Dikenali sebagai Swiss ball sempena negara pengeluarannya atau bola keseimbangan, bola kecergasan, bola badan, bola pilates, bola sukan, bola kestabilan, bola terapi, bola yoga, birth ball, gym ball, physioball atau swedish ball
Diperbuat daripada PVC lembut dan elastik dengan diameter 35 hingga 85 sentimeter
Harga bola antara RM60 hingga RM150
0 orang yang tak busy ^^:
Post a Comment