Thursday, October 9, 2008

Petua Badan Ramping

artikel ni di sunting dr blog saudari anizyn..
So aku nak berkongsi la dgn suma org...marilah kita mengamalkannya..
majulah senaman untuk diri anda,kerana kesihatan itu hak milik setiap insan hehehe

JIKA sukar mengikuti pelbagai diet untuk menurunkan berat badan panduan berikut boleh diikuti untuk mereka yang mahukan bentuk badan ramping serta menikmati gaya hidup yang lebih menyihatkan.

1.Berjalan kaki, sekurang-kurangnya 15 minit setiap hari. Jika asyik naik lif untuk sampai ke rumah, cubalah naik dan turun rumah dengan tangga.(ni aku mmg hari2 berjalan kaki dr umah ke opis,balik jer tumpang kak seli hehehe,naik tangga??tingkat 5???penah gak la aku naik tangga,sbb ramai sgt org tgu kt lift tuh,elok smpi tingkat 3 dh semput tau hahaha...sampi tingkat 5 aku dh batuk2 dah penat seeey...)

2. Minum air kosong lapan gelas sehari. Ia membantu membuang toksin daripada badan. Segelas air kosong juga boleh diambil sebelum makan kerana ia memberikan rasa kenyang sekali gus menghindarkan diri daripada rasa lapar berlebihan.(emmm tips ni mmg aku wat hari2..sampaikan ada org jeles aku minum air byk hehehe)

3.Sarapan setiap pagi usah diabaikan. Mereka yang tidak bersarapan cepat lapar dan mendorong diri untuk makan lebih banyak pada waktu tengah hari.( emmm ni pun aku lulus,ye la,klu tak mkn pagi,mmg la rasa lapaq gila...pedih perut pastu )

4.Banyakkan pengambilan buah-buahan dan sayur-sayuran kerana ia baik untuk sistem pencernaan serta dapat menurunkan kadar kolesterol badan.(dulu aku ada mengamalkan mkn pisang..mkn piiiiisang jer,tapi nasik ada gak la mkn(kuantiti yg sikit je la),pastu tetiba kuku tangan aku mengalami sesuatu penyakit yang pelik,terus aku benti makan pisang huhuhu)

5.Usah makan hingga perut sudah kenyang. Jika sayang makanan berlebihan, ia boleh disimpan.(alamak,ni mmg failed,aku klu syg makanan tuh,mkn smpi habih huhuhu...ye la,dok bayagkan org yg tak dpt makanan mcm kita,sian kt depa,so aku sgt menghargai makanan hehehe)

6.Kawal diri supaya tidak makan makanan berlemak dan bergoreng secara berlebihan. Makanan dikukus atau direbus lebih elok untuk kesihatan.(alamak,yg ni pun aku tak leh nk kawal gak,rasa nk mkn,makan jer huhuhu)

7. Kajian Universiti Chicago mendapati tidur dapat mempercepatkan kadar metabolisme badan sebanyak 40 peratus. Oleh itu, pastikan anda mendapat tidur secukupnya setiap hari.

Berjaga hingga larut malam untuk menonton televisyen atau bercakap di telefon berjam-jam ada kalanya mengasyikkan tetapi apalah guna bangun dalam keadaan letih keesokan hari.(yang ni lagi la failed..ada ja benda aku nk wat tgh2 mlm, basuh baju la,kemas bilik la, tgk drama korea la,bergayut ka hehehe)

8.Senaman sesuai mengikut bahagian badan elok dilakukan setiap kali bangun di waktu pagi.(ala,bgn pun dh lewat...mmg tak sempat la nk bersenam...iyah,kena disiplinkan diri nih iyah iyah ruby booooleh!!!)

9. Apabila bangun pagi, rajinkan tangan membersihkan rumah. Mungkin ia tidak sehebat senaman di luar tetapi aktiviti berkenaan tetap membantu dari segi pembakaran kalori dalam badan.(emmm klu hujung minggu je la kan kemaskan rumah...tapi klu hujung minggu ada ke nk bgn awal ???hehehe...pas subuh sure tdo balik adeeeeh haaaiz,mcm na niey????tapi aku akan mengemas rumah pada waktu malam...kira ok la tuh ek heheheh)

emmm itu aku...mcm na dengan korang suma???selamat bersenam yer...tak kurus takpe,janji ramping...tapi klu tak ramping pun tak pa,janji badan kita sihat,keluar peluh selalu kan....hidup sehat,minda pun cergas,kerja pun rajin kan kan kan hehehehe

4 orang yang tak busy ^^:

Hana Adieanna said...

Yeah ruby boleh! Hehe

*alamak sini nak komen kena guna google. :(

-Ana Adie-

LanaBusyBee said...

yeah..tq 4 kata2 semangat itu ana hehehe..

ok ruby dh setting lain dh hehehe

fishballisme said...

Terima kaseh, ruby!

Ana link ruby yeh sebab ruby link ana. :)

LanaBusyBee said...

ok ^^...ruby link ana sbb nnt sng nk g bc blog ana hehehe

Post a Comment

Please give ur comment ^^

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...