Sunday, May 31, 2015

Kenapa orang tua2 melarang untuk ambil air tulang belakang?

Hi semua....baru boleh nak update pasal kes hari tu...ekoran daripada entry ni ...

Kebanyakkan orang tua2 mesti akan fobia dan tak benarkan kalau doktor nak amek air tulang belakang... sebenarnya sebab apa? Antaranya
  • takut nanti anak akan jadi lembap
  • anak akan jadi kurang upaya (cacat)
  • anak akan lumpuh
Mesti korang penah dengaq kan? so betoi ka andaian yang orang tua2 tu? aku bukan nk mempelekehkan orang2 tua, tanpa mereka siapalah kita...tapi sebenarnya tiada kaitan langsung bila amek air tulang belakang, maka anak kita akan effect seperti di atas....

Sebenarnya orang dulu-dulu bila anak kena sawan tarik, orang dulu2 akan siram anak sendiri sampai sedar....lepas tu dah ok, biar saja...nanti jadi balik, ulang lagi macam tu....sebenaqnya kita kena bawak anak kita pi hospital...mungkin dan ada jangkitan kuman pada otak anak tu? kita tak tahu kan?

contohnya bila anak tu jadi sawan tarik kerap, tapi kita biaq...sampai satu tahap dia sampai pengsan, dan doktor bgtau nak amek air tulang belakang, selepas amek air tulang belakang, anak tersebut lembap, cacat atau dan sebagainya, bukanlah di sebabkan kesan dari air tulang belakang tu...tapi di sebabkan kuman yang telah di jangkiti sampai ke otak dah mungkin sebelum pengambilan air tulang belakang lagi (betulkan aku kalau aku silap wahai para doktor, macam la ada doktor nak baca blog aku ni, hg ingat hg fatin liyana ka? hahaha)

pengambilan air tulang belakang hanyalah untuk menguji sama ada otak telah di jangkiti kuman atau tidak...itu saja...jika ada yang kata ada kaitan dengan anak xsempurna ekoran dari ini, sebenarnya tidak sama sekali...

 jadi pada ibu bapa yang akan menghadapi anak untuk di ambil air tulang belakang, benarkanlah para doktor untuk berbuat demikian, sebab dengan cara ni sahaja kita tahu sama ada, jangkitan kuman sudah smpi ke otak anak kita ke belum....jika ada jangkitan kuman, doktor boleh bertindak dengan cepat untuk membunuh kuman2 tersebut dgn antibiotik ( ini apa yang pakar kanak-kanak jelaskan pada aku sendiri) kita berdoa yang terbaik untuk anak kita...InsyaAllah, Allah ada...Allah Maha Berkuasa....Dialah penyembuh segala penyakit...siapalah kita untuk menghukum akibat dari musabab sesuatu tindakan...InsyaAllah....

Pandangan aku yang tak seberapa ni, moga menjadi panduan untuk semua...ikhlas dari ibu yang anaknya penah di ambil air tulang belakang :)


0 orang yang tak busy ^^:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...