Wednesday, January 18, 2012

Selamat Tinggal Kuala Lumpur

Pada 23 haribulan 7 tahun 2007...bermulanya kehidupan aku di kuala lumpur...dengan kerja yang baru, kerja first yang aku dapat selepas graduate ^^..

Tahun demi tahun menjengah, penuh dengan cabaran dan dugaan...pahit manis masam masin semua ada la...suka duka, menangis semestinya, gelak tawa....semua kenangan bagi aku sepanjang bekerja di KL ni memang kenangan yang sukar di lupakan....

daripada umo 23 hingga 27 tahun, daripada anak dara, now dah berkahwin ^^...tapi aku tak menyesal pun hidup di negari orang, di mana aku boleh berdikari sendiri, kenal jalan2 di KL (tu pun bantuan gps lol ^^), kenal erti kesusahan nk survive di negeri orang, bayangkan first gaji RM1000 sahaja time tu, dan aku boleh survive ^^...

memang la, dah time tu tak pakai kereta lagi ^^...tahun 2008 menjengah, asek berjalan kaki ke opis, now perlukan perubahan, dah bekerja dekat setahun, takkan xnak keperluan sendiri..maka lahirlah baby blue pada november 2008 ^^, 9 tahun installment, company cover interest, besh kan?? itulah keistimewaan company yang aku bekerja, banyak dapat benefit, tapi kita perlu amanah dengan kerja yang dipertanggungjawabkan (eh terskema lak hahaha)

bila dah ada kereta, mula la aku mengumpul surat2 saman keta hahaha...sampai surat di kg, abah kata aku samseng, sebab asek dapat surat saman saja hahaha...padahal tu adalah saman parking je pun kot...memang parking susah gila kt area opis ni ha....

tahun 2009 aku di tukarkan department lain, dengan alasan kukuh untuk aku gain knowledge...ya, aku akui, memang duduk kt sales department, banyak melatihkan aku menjadi seorang yang managable untuk menyediakan dokumen...

masuk dept software, agak susah...tapi aku perlu cepat belajar...perlu cepat pick up, sebab ni cara bekerja, bukannya lagi untuk belajar (memang kita belajar sampai bila2, tapi ingat, belajar dalam kerja, perlu berdepan dengan customer, bukannya exam, so sangat lain situasi itu) aku di beri kepercayaan untuk handle projek yang kecik2...tapi sayangnya, itu projek kecik yang first n last aku handle, sebab aku ni sangat tidak tegas wakaka...project settle on time, tapi tu la, tak tegas wakaka...

tahun 2010 aku di tugaskan untuk menggantikan seseorang menjalankan tugas dalam membuat portal di sebuah agensi kerajaan..memang ada masanya nk berhenti keja dengan supervisor yang sangat cerewet, tapi aku sedar, bila sesorang cerewet dengan hasik kerja yang dia nak daripada kita, secara tak langsung kita akan menjadi cerewet dengan kerja kita sendiri dan menjadi lebih teliti dalam hasil kerja kita ^^..aku suka cara tu =) bulan 6 tahun 2010 juga aku mendirikan rumah tangga dengan lelaki yang aku sayang...yang aku cintai...4 tahun kami berkawan, dan tiba masanya untuk bersama2 mengharungi suka duka, tapi yang tak beshnya, aku berjauhan dengannya...hubby di kedah, aku di KL...

tahun 2011 memang tahun yang goyah...mcm2 yang aku terima huhuhu...tapi aku mengaku silap aku jugak...ntah la, kenapa la diri ni mcm ni huhuhu...kalau aku berdiam diri, tak tak menceritakan kepada orang lain, kan lebih selamat, dan mungkin aku takkan terlibat dalam hal itu huhuhu...sungguh aku kesal dengan sikap aku yang senang nk bercerita dan percayakan kepada orang yang akhirnya memakan diri aku sendiri...apa dia ruby oi??? biarlah aku sendiri yang tahu dan orang sekeliling yang pernah tahu mengetahuinya...takkan ku ungkit lagi cerita silam itu...

2011 juga aku bertekad untuk mengambil keputusan membuat pengorbanan yang besar dalam hidup aku...dengan gaji yang pada mulanya hanya rm1k sahaja, now kini sudah boleh bersenang lenang, membayarkan bil maintenance pada mak dan abah di kg, aku lepaskan kerjaya ku ini...

lagipun aku rasa mcm tahun 2011 ni, tahun rilek ja bagi aku hahaha...aku pun dah tak tau sebenarnya aku nk buat kerja apa ni selain mendesign? habis projek yang aku involve., aku involve projek marketing buku...tapi sangat la memenatkan...

dimana satu ketika, hubby sangat2 memerlukan aku, di mana dia sangat down bila ayah yang di sayangi kembali ke rahmatullah...sepatutnya aku sentiasa berada di sisi suami tercinta... (bergenang air mata aku tatkala ini (T_T).. aku rasa berdosanya Ya Allah, tidak berada di sisi suami di saat dia memerlukan aku...boleh di katakan setiap minggu aku balik kg...bayangkan perjalan 6 jam dari kl ke alor staq..seminggu sekali...tapi untuk suami tercinta..aku relakan...

bulan 7 2011, berlaku konflik dalaman diri aku, di mana hati meronta2 untuk sentiasa dekat dengan suami...aku membuat keputusan untuk berhenti kerja dengan notis 3 bulan...tapi tak sampai 2 hari hantar surat, aku tarik balik...ntah la...rasa mcm sayang dengan kerjaya yang ada...aku bertekad untuk berhenti tahun depan...

tapi di sebabkan kerja yang semakin taf, kekurangan staff, aku di berikan tugas macam2...mampukah aku? hari2 mengadu pada suami, rasa mcm tak boleh pikul tanggungjawab dan amanah yang di berikan...setelah berbicang elok2 dengan suami, sampai bila nk berjauhan macam ni kan...bulan 11, 2011, aku hantar surat resign...dan kali ni adalah keputusan nekad...manager plak release aku awal, kiranya bulan 1 dah tak yah keja di KL dah....hati suami gembiranya tak terkira lagi ^^

masa hari last nk balik kg (23 hb 12) , suamiku datang untuk teman balik sekali dengan baby blue...rasa sangat sedih...tapi ada sinar kegembiraan di muka suami ku ...aku rasa sangat lega dan tenang saat itu...masa otw nk masuk tol jalan duta :

suami : selamat tinggal kl...nanti kita beli map KL tampal kt rumah ek??
aku : =.=    nanti mak dgn abah nk mai bercuti kt kl 26 hb ni...b ikut boleh?
suami : b...tunggu la bangunan yang baru buat tu siap dulu...ni baru nk susun dua biji bata, dah nak mai KL dah...
aku : hahahaha =.=..(rasa sedih, tapi happy)

sekarang 18 hb 1, dah dekat sebulan aku duduk di rumah...tak keja..oh no!! tak kerja?? hahaha..oit2 jangan menggelabah...aku memang nk rest dan bulan 2 baru nk fokus cari kerja....sekarang aku menjadi surirumah yang menyediakan makan, minum, pakai suamiku...rasa sangat bahagia...aku ada masa untuknya....aku tebus balik masa yang aku tak luangkan dengannya dulu, kini bersama dengannya...

sedangkan nk tdoq pun, mesti nk kena tdoq bersama(bukan sebab ehem2 je ek wakakaka), padahal aku dah puas tdoq di siang hari hahaha....kini aku rasa bahagia...Ya Allah terima kasih di atas kebahagian ini...kalau aku tahu sebegini bahagianya, dari dulu lagi aku berhenti kerja ^^....

gambar perhiasan ^^ my bff yang menamatkan zaman bujangnya..nasib baik la aku sempat jumpa dengan depa dua ni...ntah bila lak la kan leh jumpa lagi huhuhu....congrats dear...dan pasti aku akan merindui farhah yang behave ^^
oklah, aku rasa sampai sini saja coretan selamat tinggal KL...uish panjang gak kan, sorry la na kalau bosan hehehe...tapi itulah apa yang aku rasa...

p/s : wooh tenangnya kt kampung, lagi2 sawah padi tengah menghijau ^^

5 orang yang tak busy ^^:

emma marini said...

menitik ayaq mata baca entry ni..tah le kenapa..sungguh terharu di atas pengorbanan yang dilakukan demi orang tercheta..syabas! Ruby.

LanaBusyBee said...

tiap kali orang baca balik entry ni, sure menitik ayaq mata gak...ntah la, syg dgn kerjaya, syg suami gak...tapi kena pilih satu saja...dan semestinya suami tercinta ^^

mohdhazlan Dreadlock said...

tiada tempat yg kkl ..

AdH said...

Assalamualaikum Ruby,

Ada di kampunglah ya? Lama tak jumpa Ruby. Last time, nampak dari jauh...di LRT Tasik Selatan (tahun berapa ya?2007 atau 2008). Ironinya, kita seberang stesen je. Haha..

Sekarang dua2 dah kahwin :) Semoga menjadi isteri yang solehah. Banyak2 bersabar walaupun dah duduk sebumbung ni :)

Jumpa lagi!

Ummu Khaulah@ AdH (",)

LanaBusyBee said...

adh : wsalam aina ^^..tu la lamanya kita tak jumpa...aina sms no aina ek, ruby still pki no lama ja

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...