Friday, December 31, 2010

Ishak comey dengan buku catnya ^^

Oh ni pun kisah yang lama juga...18 hb 12 retu pun kisah ahaha...ye la, kan aku dah cakap aku busy ahaha..boleh dikatakan setiap entry ada perkataan aku busy kan, sebab tu la nama blog ni lana busy bee hehehe...

Anak sedara aku baru ada 3 orang (orang utara panggil anak menakan)...nureen darjah 1 nk masuk darjah 2 dah, petah bercakap, xlarat nk jawab ahahaha...md hadif 4 nak masuk 5 tahun dah..dia dengan dunia dia sendiri, nakal aaaish...dan ishaq, baru masuk 2 tahun 22 dec retu ^^, suka kan kucing...anak aku? ssshhh...lambat lagi kot hehehe, doa2kan la yer ^^...

masa hari sabtu 18 hb tu, aku teman kakak aku bawak anak2 dia g berjalan2 ke midvalley...akak aku nk bawak depa g mph, saja, sian lak x bawak berjalan kan...seronok gak bila tengok budak2 suka buku ni..tambah2 ishaq, jumpa buku kucing ja, menjerit dia"caaaat, caaaaat" berulang-ulang kali, soooo cute hehehe...

bagus juga didik budak2 ni baca buku..tanam minat depa pada buku, nanti senang nk suh baca buku hehehe...yang si kakak plak, kalau besday ja, kali ni aku belikan dia buku je la..sebab dia pun dah boleh baca, pemikiran macam orang dewasa dah hehehe...

ok dah la beletiaq panjang, jom jamu mata tengok gambaq nak?? hehehe

ishaq, nureen dan hadif ^^

tengah tgk ketapi ni ngahngah ( ishaq pangil ngahngah ja kt aku ahaha, cute)

terjumpa kalendar cat...sampai xmo berganjak tempat lain dah ^^

sama naik abang dan adik, aaaish

abeh bersepah huhuhu

sampai muncung2 mulut ishaq dok tengok gambaq thomas and his friend ^^

p/s : angah doakan semoga kalian membesar menjadi anak yang soleh dan solehah serta cerdik ya ^^ amiiin.....

Thursday, December 30, 2010

How to subbing drama

Hi all...entry khas buat nama aku lynn.. berikutan daripada entry ini

thanks lynn mai singgah blog akak ni yang x glamer ni miahaha ^^

dan aku rasa ada ramai lagi member2 opis aku yang tak tahu mcm na nk sub drama, xkisah la drama korea ataupun drama jepun kan...so mai aku bagitau ^^...credit to kak seli yang selama ini memberi tunjuk ajar pada i ^^ kamsahamida unni ^^

1. Mula-mula pi pada site ni, haru2sub.
2. klik pada completed project ( untuk cari drama yang dah ada full episod la yer ^^) (click pada gambar untuk paparan yang lebih besaq yer kawan2 ^^)


3. pastu cari la drama yang korang nk subtitle tu kan.....

4. scroll sampai la jumpa mcm skrin kt bawah ni.....korang amek la sub episod berapa yang korang xdak kan...sebagai contoh aku amek episod satu ni..right klik dekat HAN tu...

5. pilih save link as (kalau pakai firefox la kan)

6. pop up window ni akan terpapar..save la nama apa2 pun, dan pastikan pada penghujung nama file tu, korang letak .srt

7. pastikan file notepad tu ada dengan video tu...contoh mcm gambar kt bawah ni....still subtitle tak kuar lagi...awat xkuaq lagi? sebab nama file notepad tu, tak sama dengan nama video tu....

8. untuk samakan nama video dan nama notepad tu, korang kena la renamekan nama file notepad tu..rightclik pada file video tu, pastu copy nama video tu.

9. pi dekat file note pad, renamekan nama notepad tadi dengan pastekan balik nama yang copy daripada video tadi..tapi jangan lupa ek, kt last tu, korang kena tambah .srt . sebab bila letak .srt ni, file tu dia akan jadi la file subtitle ....


ok paham x? senang kata, kita kena samakan nama file movie dengan file subtitle tu, tapi jangan lupa tambahkan .srt pada nama notepad tu ek...


Selamat mencuba ^^

p/s : telah di edit atas nasihat Unni Seli ^^

Gelang mas kahwin hilang wuwuwuw

Sedihnya laaaa...harga emas sekarang ni dah la mahal...adik aku baru g beli cincin tunang dia, harga emas 1 gram RM157 tau , omo omo sangat mahal, tingat kakak aku kata, dulu dia beli cincin tunang dia 1 gram baru rm120 lebih2 huhuhuhu....

Baru2 ni (xla baru kot, awal muharram retu), gelang emas aku (beli daripada duit mas kahwin) hilang!! huhuhu...

Kisahnya mcm ni, hari selasa tu aku tetiba ja jadi rajin (cuti, masa tu kt kg)..aku basuh baju, kemas bilik, sidai baju, buat hantaran tuk adik aku, pi pasar malam etc...

sampai la mak aku teguq, "hang memang tak pakai ka gelang kawen hang?", terus aku terkejut, aaaaaaaaaaaaaa gelang jatuh lagi....seriusly, kiranya ni kali ketiga jatuh, dan bukan jatuh depan mata aku aaaaaaaaaaaaaaaaa...tapi xrasa sedih pun..sebab aku rasa mcm boleh jumpa ja (boleh lak ek rasa macam tu huhuhu)

sebelum ni penah jatuh kt dalam bilik air, so aku sedaq dan nampak, g dah sambung balik ken rm20 huhuhu..pastu jatuh kat atas tilam, masa aku sakit perut, nampak jugak, g sambung kena rm15 lak huhuhu..teruk la kan macam tuh...

k sambung balik kisah yang hilang...mak aku pun call la kawan dia yang pandai menengok benda yang hilang ni...kawan dia kata, ada ja dalam rumah tu..semua orang pun sibuk la mencari kan..yang hubby aku lak, dia dok rasa jatuh masa kt pasar malam tu ja..aku lak tak yakin jatuh kt ctu, tapi x mustahil kan...

dah la malam tu gak aku nk balik KL, time sedaq tu dah kul 9.30 malam, bas aku kul 11.30mlm huhuhu..kalut la gak mencari kan...pastu hubby aku kata nk g cari kt pasar malam, sambil bawak toslet....

aku dengan adik aku dok mencari dalam bilik, adeh la, serabut kot, sebab aku xkemas baju lagi nak balik KL huhuhu....dalam 20 minit mcm tu, dengar bunyi motor hubby balik...(dia balik dari tapak pasar malam tu la)

seriusly aku xrasa sedih pun, sekali hubby dok tayang2 gelang tu kat aku aaaaaaaaa Alhamdulillah....jumpa gak,terjumpa kt atas rumput kt tempat hubby parking motor masa pi pasar malam dengan dia...pas pada tu, aku bertekad nk trade in gelang mas ni, tambah duit mas kawen yang ada baki lagi, buat yang tebal sket la, xmo la yang kosong tapi putus ja, sayang oooo huhuhu...dah la duit pemberian hubby, sangat berharga tuh huhuhu....

awak yang selalu merunsingkan saya huhuhu

Wednesday, December 29, 2010

Playful Kiss - Kdrama 1

siap berpart segala bagai ni ha, mesti ada benda yang nk update selalu la pasal Drama Playful Kiss ni hehehe...

Alamak, aku xberapa nk ingt la nama betul hero dalam playful kiss ni, yang pastinya aku ingt nama dia berlakon dalam cita Boy Over Flowers ja, Jihoo Sunbae ahaha..Jihoo pun Jihoo la kan hehehe...

(selingan, ni entry autoplublish tau hehehe) Pada masa ni (26 hb 12)aku dah tengok episod ke 6...masa episod yang ke 5, ada part besh, dan aku selalu memasukkan diri aku dalam watak yang di mainkan ahahaha...

betul, kalau apa2 cita pun kan, aku sure masukkan diri aku dalam watak tuh...contohnya Baek Seung Jo (Kim Hyun Joong) cubit pipi Oh Ha Ni (comel la nama oh ha ni ni^^), aku rasa mcm Seung Jo lak yang cubit pipi aku aaaaaaaaa...terus tiba2 teringat kt hubby ahahaha...(aip2 kata xmo tulis pasal benda yang privasi kan, opssss hehehe^^)

ok2, meh2 tgk pic yang aku snap ni...(p/s : kak seli, mcm na nk snap daripada movie player terus ek? nk play guna PowerDVD, video file ni lak x support tuk play kt power dvd, klu x, leh snap dah hehehe)

Seung Jo, geram sebab Oh Ha Ni g cucuk bontot dia ahahaha...comel kot =D...

see, comel kan...aaaaaaaaaaa (angau) ahahaha

klah, mau sambung tengok cita ni, kang dah masuk weekdays, dah malas nk tengok, busy weh, busy aaaaaaaaaaaa....

Tuesday, December 28, 2010

Thanks SOP review blog lana ^^


Alamak, sebenarnya dah lama kot SOP ni review blog lana ahaha..baru lana nk tulis pasal ni, besala kan, busy ngehngehngeh....

pada korang yang tak tau, SOP penah bukak untuk bagi review blog, satu hari satu blog review..tapi sekarang dh tutup la penyertaannya, SOP tengah sibuk mereview blog plak, n paling terbaru bakal review hp HTC Aria, omo omo, hp yang ada dalam list lana nk beli tuh hehehe...

ermm, antara yang bermain di fikiran sop dan mesti korang gak, napa nama blog ni lanabusybee? bukan sebab nama lana sendiri, ekceli nama lana tu nickname character ranonline lana, nama betul lain (klu nk tau, tgk header blog ni, tu la nama lana^^ , nnt lana dh nk tukar header ni sempena tahun baru ^^) tapi kalau nk tau asal usul nama lanabusybee tu, leh tgk kt entry ni, entry tahun 2008 u ollz, i pun dah lupa ahahaha...

antara komen sop plak , sop mencadangkan untuk meletakkan
  • Title swap - untuk memastikan hasil carian lebih baik
  • Relate post - untuk mempromosi entry-entry lain.
lana dah buat title swap, tapi relate post tu mcm na ek? banyak benda yang lana xletak, cthnya fb add badge, sorry, lana x accept kawan yg lana xkenal, sbb fb terlalu private bagi lana huhuhu...

ermmm tu je la kot..thanks sop sudi reviewkan blog lana, tapi komen mcm pendek, xpuas ati la ahahaha

Monday, December 27, 2010

Nafsu perempuan ^^

Nafsu perempuan ni ada 9 berbanding dengan lelaki yang ada satu...sebab tu perempuan ni
  • suka bershopping
  • suka bermakeup
  • suka makan
  • suka benda cantik
  • suka tengok tv
  • suka bercakap
  • suka nk memilki barang kemas
  • dan macam2 lagi la yang disukainya ^^
boleh x suka tu ditukarkan kepada obses? boleh la kot ahahaha...macam aku ni, obses dengan handbag dan juga kasut serta baju dan juga kosmetik, seeee, bukan sket, mcm2 obses ahaha..tapi kena la kawal nafsu kita kan...jangan diikutkan sangat, nanti merana diri kan...

banyak kesedaran aku dapat bila xdak duit ni...kita berjimat cermat, guna apa yang patut, beli apa yang perlu saja, sebab tu aku suka baca blog matjoe, banyak tips yang m,enarik ^^ (eh terpromote lak ^^)

disebabkan obses aku suka beli kasut (antaranya la kan) so aku mengambil prinsip ni, pakai sampai dah putus xleh nak pakai dah baru beli lain..beli mahal terus, pakai lama2..xyah la nk berfesyen sangat, aku bukannya model pun ahahaha...duit tu boleh beli benda lain lagi kan...

so daripada itu, aku beli kasut yang mahal terus, dan pakai untuk jangka masa yang panjang, sampai la putus baru beli yang lain...tapi ada la sliper khas tuk pi pasar ke, kedai dekat2 kan, xkan nk pakai kasut kot ahahaha....

disebabkan kasut yang tu la aku pakai pi keja, yang tu gak la aku g shopping, yang tu gak la pi kenduri dan yang tu je la yang comfort, so kasut alain delon (eh betul ke eja mcm ni) yang berbakti selama lebih kurang 6 bulan dan putus...boleh dikatakan kasut tu je la yang aku pakai sepanjang masa (kecuali pi kedai dekat2 ni la) dah putus..lama gak la kan , daripada aku anak dara, dah jadi mak dara dah hehehe...

dengan itu, aku pakai la kasut2 yang ada dalam almari kasut tuh(sememangnya aku xbyk kasut yang aku suka pakai huhuhu) ..sekali kasut yang lain pun buat hal gak..satu tapak terkuaq, satu lagi dah lekang..aish, time2 tak gaji ni la nk putus la, nk lekang la huhuhu...

jadi, bila orang gomen dah gaji beserta bonus, apa lagi kan ahahaha =D...aku di beri wang poket untuk membeli kasut yang dah putus itu, dan taraaaaaaaaaaaaaaaa.......


kasut nautifit, harga xturun2, dah 4 bulan gak aku dok aim kasut ni, smpai nautifit dah kuar design lain dah ahaha...harga x la mahal kan, apa la sangat RM56 untuk di pakai sampai 6 bulan kan hehehe..tapi aku stil berkenan yang ni, comfort, berjalan jauh pun ok ja kot..tapi agak tinggi, sbb dia mcm wedges ^^...ikutkan nafsu memang nak beli dah 4 bulan yang lepas, ikutkan akal, kasut yang tengah pakai (masa tu) masih elok lagi, so xyah la kan hehehe....

dan tetiba, rasa mcm eh vincci ada sales!! ahahaha..terbeli kasut kt bawah ni ahahaha

boleh la pakai dengan baju kurung g kenduri kekeke....so sangat puas hati lalalala...boleh tdoq dengan aman dah hehehe...tunggu hubby mai KL , nk tayang kt dia lalalala...

p/s: aku xsuka pakai high heel yang bertumit kecik tu, xleh nk support keberatan badan aku wakaka, so mmg wedges je idaman hati ku hehehe

My Girlfriend is a gumiho

muahaha, pas satu satu aku layan cita drama korea ni..sapa kata aku xlayan cita drama melayu, layan jugak okeyh, cita seribu kali cinta, cita chinta, nur kasih, layan ja semuanya hehehe...cuma aku xberapa suka nk tengok cita yang seram2, hantu2 tu je la, bukan takut, takut asek terbayang ja ahahaha...

ok2, ingt x retu aku dah abeh Drama Dream? pastu kononya aku nk tengok cita Sungkyunkwan Scandal (SKKS) la konon kan, sekali aku bg xternal hdd kt adik aku, aku pun tengok je la cita yang ada kt laptop ni hehehe...

dok tengok kat blog farah, dia tengah layan cita my girlfriend gumiho masa tu, ye la orang jadi surirumah, beshnya...30 nov abeh tgk cita dream, 13 disember abeh tgk cita my girlfriend gumiho...lama tuh, selalunya seminggu dah abeh tengok dah hehe...wes sibuk wes, makcik sibuk dengan keja la kan hehehe....

nak baca pasal drama ni , korang pi terjah blog ni. credit too waiem ^^...

aku nk cita kt cni, genre cita ni mcm hantu komidi la..dia serigala yang jadi manusia, kiranya hantu serigala la kot ahaha..gumiho tu maksudnya ada ekor sembilan...ke apa lagi maksud yang tepat ek? gu tu sembilan, mi ho xsure la, pakar bahasa korea, komen sket ahahaha...

kak seli, akak pun x tengok habis kan? aahaha ceewi2..

pic credit to google...ni adalah heroin dan heronya ^^cutetta

aku susah nk tengok cita korea ni gelak sorang2, tapi cita ni besh la, lawak...cita mcm na gumiho ni nak adaptasikan diri dia dengan kehidupan manusia...umo dia dh 500 tahun, pastu terpaksa panggil pakcik or makcik dan menggunakan bahasa yang sopan pada orang yang lebih tua, sedangkan dia lagi tua hehehe.....

so kalau korang tertiba jumpa dvd cita ni kt kedai ke kan, xtau nk pilih cita apa, aku rekemenkan cita..besh ^^...

kalau tengok drama korea, sure aku akan ada addict sumtin dalam drama korea, dalam drama ni aku addicted nk makan daging wohooo, besh tgk heroin tu asek nk mkn daging ja...dia nmpk iklan pasal daging pun, boleh acah2 nk mcm daging tu, mmg obses dgn daging la...aku lak, dok teringin daging masa raya korban retu, xdapat2 lagi ni, tunggu hubby datang KL nk pi makan beef stick kt ss murni la hakhakhak..^^(ok2 dah melalut hehehe)

kalau drama dream lak, aku addicted nk taebo (senam robik la lebih kurang) mcm son dam bi ahahaha...

kalau dalam cita coffee prince lak, aku addict nk makan mee sos kacang tuh, slurrp sedap2...aaaaaaaa...

see asek addict pasai makan saja ahaha..klah, melalut panjang lak...see ya next entry ^^

p/s : start hari selasa, 21 hb 12, aku curi2 di tgh kesibukan tgk cita Playful Kiss omo omo, cita tu, xleh nk benti tgk...ari ni, 25 hb 12, aku dh tgk secara curi2 dah 3 episod dh hehehehe....aja aja hwaiting!!!

Sunday, December 26, 2010

Ulang tahun pertunangan yang pertama ^^

25 hb 12 tahun 2009 aku selamat menjadi tunangan orang...semalam 25 hb 12 2010, genap setahun kami bertunang, tapi kami dah berkahwin pada 11 hb 6 2010, boleh kah semalam di anggap ulang tahun pertunangan kami? ahahaha...apa2 je la...

dan rasanya aku xpenah upload pic tunang aku pun kot, ada ke x ek? rasa mcm xdak ja pun...klah, meh la upload sket gambaq tunang, xpa dah nk upload skrg, sbb dah jadi wifey dah pun hehehe...

(sorry, gambar x berapa elok, photographer baru berjinak2 dalam dunia fotografinya,masih lagi ketaq2, dan xpa la, tunang je pun ^^)


my family ^^


xnyesal aku beli baju putih ni, pakai g kenduri ok je, xde la rasa malu sangat, xdak la glamer2 sangat, i bukannya artis pun ahahaha

kami 4 adik beradik ^^


p/s : majlis pertunangan lana simple sahaja..lana hanya menggunakan rm500 sahaja untuk semua(termasuk hantaran dan juga baju bertunang) makan2 mak abah yang sponsor ^^..buat apa lah nk membazir, sekarang ni trend bermini pelamin masa bertunang, dan sebagainya...semua memerlukan duit...abah lana dah pesan, xpayah nk ikut orang kalau kita tak mampu, x mendatangkan kudis pun kalau buat sederhana, dan xmendatangkan kudis pada orang pun kalau kita buat mewah2...

kalau orang nk bercakap pun ,lama2 derang akan penat dan berhenti gak bercakap kan ^^....

Saturday, December 25, 2010

Award blog cantik

Thanks eka bagi award pada ruby ni..wah, dalam dunia blog ni pun ada award tau ahaha...

cantik ke blog i ni? xdak la cantik pun, cuma aku suka yang kemas dan bersih, tu saja, sebab tu bila ada contest yang suh letak kt side bar ke gambar pasal contest tu, aku x join hehehe, sbb nnt nk buang balik, xke banyak keja tu..a'a lately mmg busy ni...lantak la nk kata sombong ke apa, aku busy wes, kalau aku ada masa lapang, boleh je la kan dok belek2 blog ni selalu hehehe...

mayb busy akan membuahkan hasil, kita tunggu saja k ^^....

pastu award ni ada soklan lak..seb bek senang, kalau x memang malas nk buat hehehe...

6 favorite artis/group/singer (ala awat 6 je, awat x 10? kekeke)
  1. DBSK, dah berpecah dah, so JYJ je la (tapi DBSK di hati huhuhu)
  2. Maher Zain ^^
  3. Justin Timberlake, i love u lah ^^
  4. Bruno Mars -her eyes her eyes lalala
  5. amer munawer -hiks ^^
  6. Lah Ahmad - suara power, sukaaaaa....
  7. avril lavigne - comel
  8. britney spear - fav all the time ^^
tengok, terlebih dah ahaha....

so , kena tag lagi blogger yang cantik di mata aku..erk, ada baaaanyak blog yang cantik, nanti la aku g blogwalking ek, skrg ni malaz ahahahaha

Friday, December 24, 2010

Contest Cipta Banner "Dunia iLa aLia"- hadiah xternal hdd tu beb

korang suka tengok movie or drama korea? kalau ya, sure korang memerlukan space yang banyak untuk menyimpan koleksi kegemaran korang kan....

so kat cni, ada berita gumbira!! yehaaa...ada member aku ni, sangat baik hati tengah mengadakan contest untuk membuat banner pada blognya....hadiahnya lumayan beb, external hdd 500gb tuh, sapa la nk bagi free kan...

selama aku dok berblogging ni kan, mana ada orang berani nk pertaruhkan hadiah yang lumayan ni wes, seriusly, dah la member aku ni a.k.a kak ila adalah blogger yang masih baru lagi...

so senang saja contestnya...syarat2nya aku copy balik ek....

Ciri2 banner yang perlu ada
  • kena la berkaitan dengan blog kak ila nie...
  • kena ada pic kak ila yg ada dalam pages 'tentang aku'
  • nak kan pic yg berlainan pun bole email je kat kak ila. nak possing yg macam na?? hehehehe
  • yang pasti warna nya kena ceria... simple...
  • hakim2 nye terdiri daripada ofis2 mate kak ila.. termasuk la lanabusybee (omo omo, so aku adalah hakimnya muahaha, aku nk join la sebenarnya ahaha)

so apa lagi tunggu, pi kaih join contest banner tuh..sapa yang kretif buat la yer...xsusah pun...tarikh tutupnya ialah pada 31 disember...xbanyak masa dah ni, cepat2....external hdd 500gb tu beb ahahaha....

GiveAway Domain by KhaiZarien.com

Giveaway domain lagi yeehaa...hujung2 tahun ni banyak betoi give away, so tunggu apa lagi, grab saja ^^..mcm bisnes gak la, hujung2 tahun byk dapat tender, byk dapat quotation, sbbnya peruntukan kerajaan yang di beri, mestilah digunakan sepenuhnya ^^..vendor2 gak yang untung, Alhamdulillah ^^..

k, cukup2 untuk info kerepek saja ahaha...giveaway ni datangnya dari saudari Khaizarien, ala, si dia kepada brofamesstone tuh ^^..sebab2 aku nk join ni pun, rasa mcm dalam lama berkecimpung dalam dunia blog ni, daripada blog yahoo 360(2006) (dah tutup dah, sayangnya huhuhu) sampai la ke dunia blog blogspot ni....so, inilah masanya nk pakai domain sendiri, tapi kalau dapat free lagi besh woooo ^^

so, marilah kita mulakan acara memenuhi syarat2 giveaway ni...senang je wes...rugi kalau x join, xdak la comlicated pun...keputusan di buat pun sangat adil....

here we go.....

1. Letakkan tajuk Entry seperti berikut –>> GiveAway Domain by KhaiZarien.com - settle

2. Letakkan banner di atas di entry anda & link kan semula ke entry ini. -settle

3. Letakkan gambar anda yang paling SOPAN di entry anda sendiri. –>> bertujuan supaya aku sendiri kenal siapa pembaca yang rajin menjenguk di sini. nati bile jumpe takde la alasan x cam la ape la kan…-- ha ni, akak letak gambaq ni ha, siap jegilkan mata(teknik amek gambaq xmo asek dapat mata pejam ja ahahaha)...cukup sopan x? hehehe



diingatkan jugak, giveaway ni, tutup pada 28.12.10 jam 11.59pm.. cepat2...tinggal x banyak hari dah ni ^^

kan2, senang ja kan...so sapa2 yang tak di tagkan tu, tapi nk buat, boleh jer beb, try, mana tau luck korang kan ^^...gudluck all ^^

Happy Birthday my soulmate ^^

Entry khas buat my soulmate a.k.a my hubby munchy a.k.a tokwan a.k.a pdot muahaha....(please rasa terharu keyh sebab tengah busy tahap sakit tulang belakang nk patah ni, b luangkan masa untuk entry ni tau ^^)
Harini 24 hb 12 genap dah umoq cik abang ni 18 tahun wakaka...lagi 2 tahun masuk geng2 umoq 30 an tau hehehe..

thanks sebab memilih b sebagai wife...menjadi suri dalam rumah..tapi suri dok jauh la plak kan ahaha...xdapat nk celebrate sesama, sebab sibuk dengan kursus yer, jgn melencong ke lain dah la kan...xpa la, b redha...kita dok jauh, jauh di mata, tapi dekat di hati ^^...

abg penah request jeans levis sebagai hadiah besday, pastu tetiba xmo lak, sebab xnak membazir,siankan b, tapi kalau b beli smatphone utk b mcm mana? hekhekhek...

penah dulu abg bgtau yang abg ni kakitangan awam sebagai pekebun saja...(sbb tu gaya gambar di atas x ubah mcm pekebun agagaga :D)..tapi xkisah la pekebun pun, kalau pekebun, ssh sket nk kawen byk2 ni, sbb xmampu ahahaha (jahat ooo, i xrela di madu tau hehehe)...

tapi b terima ja jika abg pekebun pun...cinta itu kan buta, sebab tu orang meraba-raba wakakaka...opsss terlebih sudah ^^...

so dikesempatan ini, saya selaku surirumah di hati Mohd FIrdaus, mendoakan semoga dipanjang umoq, di murahkan rezeki, dan rumah tangga kita di berkati Ilahi...amin..amin ya rabbal alamin ......

Monday, December 20, 2010

Ayam Seksi aaauw

Korang penah tengok ayam seksi? ala yang gitu2...muahaha..nak tengok? jom2, scroll kt bawah ek...


















scroll lagi laaaa....



























tada ahaha, ni la ayam seksi..aku panggil rangka ayam...kawan aku panggil ayam afrika (hana n nedy la tuh hihihi)...

nikmat ka makan rangka ayam ni? sapa yang suka makan ayam goreng bahagian kepak sure dia suka rangka ayam ni ha...syiok2 gitu hehehe...sapa yang suka makan isi ayam, xberapa suka la kot nk makan rangka ayam yang telah2 ada tulang dan isi sikit saja hehehe...

rangka ayam tuh aku beli kt pasar malam area umah aku ni, pasar malam desa tasik..seriusly, ni adalah rangka ayam yang terbest aku penah jumpa..sebabnya tepung dia tuh, berempah, sedap...pastu rangup je..makan panas2, terangkat beb ahahaha...

harga ok lagi la, aku suka beli paling mahal RM3.50 seekor, sebabnya dia ada isi sket dan besaq..kalau yang RM2 ada apa la sangat kan, biar mahal, asal puas hati hehehe...

aku balik kampung, cari rangka ayam mcm ni, ermm memang tak sama la...dok asek teringat ja rangka ayam kt KL ni muahaha, rupa2nya ada gak benda yang aku teringat kat KL kalau aku kat kg hehehe...terbaik woook ahahaha

Sunday, December 19, 2010

Entry tak privasi

disebabkan ada benda2 yang aku tulis kadang2 aku baca sendiri pun segan, apatah lagi kalau hubby munchy yang baca...so di atas menghormati hubby, aku delete post yang dia xsuka....

xpa, la page rank tu, jatuh ke apa ka..aku bukan nk glamer pun dalam blog ni...biasa2 saja....memang aku suka berblog tuk kongsi bersama2 mereka di luar...ada setengah blogger pakai tulis je entry, semata2 nk naikkan traffic...ye la, sapa xmo naikkan traffic kan...tapi kalau dh permintaan orang, even kalau korang xsuka pun, aku leh je delete, kena bg alasan la, kalau berkenaan dengan korang, aku delete, kalau saja nak dengki, pi main jauh2 la hahaha...

even dalam fb pun, status aku xdaknya nk romantik2 dgn hubby...nak mampus...dia kata, xpayah la nk tunjuk2 pada orang...dalam blog ni pun..kadang2 aku pun berasa mcm annoying jugak baca blog bercayang2 kan..apatah lagi korang kalau ada baca blog aku yang ada cayang2 ni...(eh ada ka?) berebut laptop dengan hubby korang rasa mcm annoying x? sorry kalau rasa annoying ahahaha...

sebelum kawen, xdak pun sgt nk cita pasal chenta hati aku, ye la, dia bukan seorang yang suka diceritakan...so, rasanya xdak la aku nk cerita hal privasi di dalam blog, mahupun di status fb....tu la, orang perempuan ni, ramai ahli neraka di sebabkan mulutnya...Astagfirullah halazim...insaf2...

so sorry pada korang yang ada terbaca kisah privasi aku dan korang rasa annoying yer...xmo dah mcm tu lagi..back to normal lanabusybee ahahaha....

p/s : kalau korang nk tulis kt blog korang pasal berkasih sayang dgn hubby korang, tulis je la, xpe, aku g baca je, xde nk kutuk2 la..berdosa...hak korang la nk tulis kan...cuma aku xmo dah, nk ikut prinsip hubby...tu saja..

Pakai perfume apa harini??

Hi all...macam mana ari ahad korang ni, besh x? hari ahad aku suam2 kuku la, sebab kena siapkan kerja + cover tengok cita korea sampai abeh + nk update blog (entry autopublish) huhuhu...

ermmm..aku dah lama cari perfume ni...perfume ni beria2 ja tayang kat tv...semngat aku cari kt tesco..abeh stok

pi lagi cari kat giant plak, xdak gak...

bulan depannya cari lagi kat tesco, abeh jugak...dok nampak iklan dia saja...sampai la housemate aku bgtau dah ada jual kt tesco taman midah tuh(dah lama la xpi tesco tuh ehehe)..

perfume apa yang jual kt tesco ni? silky girl ka? dak aih...bukan dia...perfume ni, wangi habis..cadar, selimut, semua2 la wangi..satu rumah pun boleh wangi aih...

apadianyaa???? ha la, ha la, ni dia...pelembut kain downy, passion..fuuuh, memang sangat wangi..seriusly wa cakap lu hehehe....

Aku ni kan sebenaqnya agak mudah terpengaruh dengan iklan la (ok2 mengaku siap2 hehehe)..sebab tu dok teringin sangat nk pakai pelembut kain downy ni...

opismate aku ada pakai ni..aku pun tanya la dia, wanginya, pakai perfume apa arini? (memang saja tiru iklan tu pun), tapi aku tau housemate aku tuh memang kaki perfume, beli perfume yang mahal2 jer hehehe...dia jawab la burberry...owh ok2...pastu dia terdiam sat, dia jawab " eh tak la, burrbery sembur sikit je, baju ni kot, pakai downy yang passion tuh" see.....mak ai wanginya...

semakin membuak2 la aku nk pi cari downy ni...tapi asek abeh stok ja..sampai la awal bulan lepas, aku pi cari2 kat tesco taman midah..ada! yeeeay, berlambak ja ada hehehe...walaupun stok downy aku yang sebelum ni ada lagi(yang antibac punya) tapi aku beli gak yang passion ni, ceeewi orang kedah kata ahahaha....

so kalau korang yang jenis pentingkan baju korang supaya wangi ja, aku sarankan korang guna downy passion ni ^^..wangi beb..

p/s : entry ini tidak di taja oleh downy pun yerk ahahaha :P

Kena Delete Entry

Sebagai mana boss tak suka dengan hasil kerja pekerjanya, terpaksala pekerjanya buat kerja itu semula, atau di perbaiki..

sebagai mana customer tak puas hati dengan servis yang di dapatinya, terpaksa la customer services mengambil aduan dan memperbaikinya...

sebagai mana programmer tidak menuruti flow daripada sistem analisisnya, terpaksa la programmer itu mengubah codingnya...

sebagaimana graphic designer tidak mengikuti kehendak clientnya, terpaksa la dia menukarkan lagi designnya...

begitu jugalah aku, jika si suami xmahu entry yang dia rasakan tidak sesuai di kongsi di dalam blog ini, dengan rela la aku menuruti nya mendelete entry tersebut...

si suami dah di ibaratkan sebagai boss bagi diriku, sebagai sistem analisis bagi diriku, sebagai customer bagi diriku, sebagai client bagi diriku (eh bukan ka sama client dgn customer tuh? ahahaha)

so korang jangan heran ek kalau ada entry yang tetiba xdak muahaha...

aku xmo jadi isteri yang durhaka muahehehe

p/s : xsemua orang kita mampu puas kan hatinya, tapi jaga lah hatinya sebaik mungkin ^^

Wednesday, December 15, 2010

Tak sabaq nk tunggu pengumuman Dividen ASB 2010

sorry lama x update, xsempt pun nk buat auto publish entry...xsehat, selsema, hidung berdarah n demam huhuhuhu..

so entry cepat hari ni pasal dividen ASB...hai laaa....bila depa nk umumkan ni? xsabaq nk tempek kt blog dividen loan asb yang aku buat tuh...(over la tuh, thn depan baru leh check yer)..pastu aku dok asek belek blog ni ja, nak tengok kot2 la matjoe ada update pasal dividen ASB 2010 ni kan...

tahun ni masyuk la gak (harap2 mcm tu la, Alhamdulillah)..nk fokus kepada asalan ke, nk full fill my dream?

fokus asalan wang dividen --> bayar ptptn sebanyak dapat dividen(kalau dividen rm2k, 2k la aku bayaq)

fokus full fill my dream --> iphone 4 muahaha...semua kt opis pakat pakai blackberry owh jelezz, aku ja xmo pakai..aku ja pakai hp cabuk (penah kena ayaq hujan) yang memori kad dia hilang ni huhuhu....

eh ada satu lagi la fokus, fokus tutup kad kredit --> penting gak tuh...klu xdak kad kredit, bulan2 aku xyah nk bayaq dah..selama dok ada pun xpakai, asek dok bayaq ja..selama dok ada pun, xpakai kad kredit, boleh ja hidup, xmati pun muahahaha...

klah, nanti kena bincang dengan hubby la, mana plan terbaik...korang rasa mcm na? huhuhu any advice ??^^


Monday, December 13, 2010

Tutorial Pakai Shawl edisi Lanabusybee ^^

Sekarang ni memang trend pakai shawl kan...aku pun ada try pakai shawl gak..start try pakai masa tahun 2009...taaaaapi bf aku(masa tu la now dah jadi hubby^^) dia xsuka aku pakai shawl huhuhu...dia kata, kalau pakai shawl nmpk kepala tu seketul sekali kepala, macam buah tembikai, apakah?? lagipun dia kata muka aku ni xsesuai wuwuwuw(T_T)

penah aku tanya hubby aku, kalau orang yang kurus, muka dia bujur cantik je, bukan tembam mcm aku, dia suka x tengok pakai shawl atau syiria?? dia kata, still xsuka..xcantik pun dia kata..melekap kt dahi..ok2, dah la, kecantikkan tu subjektif kan...dia xsuka sudah huhuhu....

masa dia masih bf aku, apa aku heran kan...pakai je muahaha..tapi bila aku dah jadi wifey dia, kena la ikut cakap dia o_O huhuhu...klu ingkar berdosa...

penah sekali tu aku uploadkan gambar profile kt fb dengan pakai shawl seperti pic di bawah ni, pastu tetiba ja aku login fb, gambar profile aku jadi lain erkkk.....rupa2nya hubby aku yang tukaq huhu..xpa la, aku akur huhu
pic yang penah jadi profile di fb ermmmm

shawl ni aku dah bg adik aku dah huhuhu, kena mintak balik ni miahaha

ni lak gambar raya tahun 2009...

ni lak gambar baru amek tadi yer muahaha...muka masa anak dara dengan mak dara dah lain yer, ketembaman terserlah kuikui ^^

oleh itu, saya lanabusybee ingin membuat tutorial pakai shawl tapi xnmpk mcm kepala tembikai lagi ahahaha^^

bahan-bahan yang diperlukan ialah:
1. sehelai shawl
2. inner awning
3. 3 biji brooch (nk guna pin pun boleh)

cara-caranya....(sorry gambar quality low, guna webcam diwaktu malam hehehe)
1. pakai inner yang ada awning...harganya hanya RM10 sahaja...kain jenis lycra..beli kt Jalan Tar, sapa nk kirim email je kt aku ek..aku malas nk buat bisnes, tolong beli ok jer ^^....


2. bahagikan pendek dan panjang...amek yang pendek dan pinkan ke tepi...

2. yang pendek tadi pin kt atas kepala..pasepa tak pin saja di dagu mcm pakai tudung biasa tuh? aku xsuka, nanti kedudukan shawl di kepala asek lari2 saja huhuhu

3. bila di pinkan, mcm ni la jadinya (ada setengah orang pinkan di atas kepala supaya jadi mcm ala2 tudung Dato' ct pakai, tapi aku xsuka mcm tu, serabut huhuhu)

4. kemaskan tudung yang pendek di bahagian dada.

5. dan pinkan di bahu...supaya shawl ni statik je duduk kt ctu hehehe

6. amek bahagian yang panjang tadi, lilitkan ke atas kepala kemas2...

7. bawa sampai ke hujung sebelah kanan...

8. pastu nk selit kt pipi pun boleh..

9.nk pin pun boleh...pin la bagi nampak kemas dan tidak terlucut..untuk lebih kemas, korang pinkan pada bahagian tengah kepala dengan pin, so shawl xkan lari2 lagi...
10 so dah siap!! ^^ senang je kan..dan tak nampak la mcm buah tembikai lagi muhahaha...

agak pendek jugak la kan..kalau nk labuh kena beli shawl yang jenis pashimina tuh..ha yang tuh labuh, leh jadi minah arab hehehe....Selamat mencuba ^^
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...