aku g la klinik,sbb rasa mcm sakit kepala n letih n lenguh sesangat huhuhu...malam tuh stayback kt opis,siapkan keja2,sok nk submit tender....ish,telinga ni pun dh tak berapa nk dgr dh...tapi aku tak batuk...
hari selasa tuh,aku balik umah rest...penat seyhhh....malam tuh aku bgn tgk tekak aku,kt tonsil tuh dh putih2 dh,mcm ulser...ulser ke???aaaa takut2
hari rabu aku g keja mcm besa....tapi kan,makin byk jer ulser kt tekak aku aaa...sakit gak la,nk telan makanan pun susah...ptg tuh,leher sebelah kanan aku tak leh nk toleh ke kanan huhuhu...aku dh rasa mcm robot lak huhuhu....
aku makan ubat,pastu tdo jer.....
hari Khamis aku mc,sbb tekak sebelah kiri jadi plak....adeeeehh haaaizzzz....rasa mcm bengkak jer leher aku nih...tdo jer seharian aku kt umah.....
hari jumaat aku g keja mcm biasa,tapi kedua2 belah telinga aku tak berapa dengar sangat...mcm berdengung gitu,ibarat dok kt atas gunung lak huhuhu...telan air liur pun tak jadi apa2 huhuhu....
la ni,kedua2 belah tekak aku ada ulser...ulser ke ek??ye la kot putih2 mcm tuh.....aku tak rasa sakit sgt dh,tapi nk telan tuh perit gak la....emmmmm,makan pun kena pantang ja...dugaan dari Allah ni...sabaq je la ruby.....
Sakit tekak yang takut (faringitis) ialah sejenis keradangan yang berlaku di tekak (rerongga yang terletak di belakang hidung dan tekak). Kebanyakan dari masalah ini disebabkan oleh kuman virus. Ia juga seringkali dikaitkan dengan:
-
Pendedahan kepada asap rokok dan pencemaran udara (emmm aku rasa berpunca dr asap rokok gak ni,sbb retu dok lepak seharian dgn pdot n geng,depa ni asek dok "charge" ja huhuhu)
-
Bernyawa melalui mulut semasa tidur kerana hidung tersumbat terutama di kalangan mereka yang sering mendapat alahan.
-
Penolakan naik asid perut ke tekak, lazimnya bagi mereka yang menghidapi masalah gastrousus.
Sakit tekak bakteria biasanya disebabkan oleh kuman bakteria yang dipanggil streptokokus. Ia diikuti oleh demam panas, sakit kepala, bengkak dan kelenjar di leher membesar. Walaupun begitu kadangkala seseorang doctor mendapati sukar untuk membuat diagnosis dengan betul semata-mata berasaskan gejala tersebut sahaja. Penyakit ini biasanya menyerang kanak-kanak yang berumur di antara 4 - 11 tahun dan kurang menjangkiti kanak kanak yang lebih tua dan orang dewasa.(alamak,aku dh 20 lebih ni pun kena je lagi huhuhu)
Jika penyakit ini tidak dirawat ia boleh membawa kepada komplikasi yang lebih serius seperti abses (bengkak bernanah), keradangan ginjal atau penyakit jantung reumatik. Oleh itu, doctor anda akan mengambil contoh kultur bakteria di tekak untuk mengesahkan kuman dan seterusnya memberi anda ubat antibioktik yang sesuai dan tepat jika ia betul-betul yakin bahawa keadaan ini disebabkan oleh kuman bakteria streptokokus.
TANDA-TANDA DAN GEJALA
Penyakit faringitis mempunyai gejala yang beraneka. Anda mungkin mengalami bebrapa gejala berikut:
-
Sakit tekak yang berbeza-beza dari ringan kepada sederhana dan rasa sakit ini menjalar ke hingga ke telinga.(a'a,aku rasa mcm ni)
-
Keparauan(emm takdak la pulak parau,tapi suara jadi lain la)
-
Tonsil atau anak tekak bengkak dan kelihatan merah(a'a memang bengkak pun huhuhu)
-
Gatal tekak(mcm nk masukkan tgn garu2 je tekak aku tuh huhuhu)
-
Demam(emmm dh tentu demam dh,ingtkan sbb kena hujan)
-
Terdapatnya selaput putih dan merah pada tonsil(huhuhu terbukti dh)
-
Kelenjar leher membesar(tak la pulak membesar,tapi rasa ja...)
-
Kahak yang pekat(ha ni lagi pelik...takde la plak kahak emmm)
-
Sakit-sakit badan(a'a)
-
Sakit perut, loya dan muntah(emmm tak la plak rasa mcm ni )
-
Hidung berair ( mungkin disebabkan oleh jangkitan virus)(ni pun tak gak)
PROSEDUR PENJAGAAN SENDIRI
Prosedur atau tatacara berikut boleh membantu mengurangkan ketidakselesaan anda akibat sakit tekak:
-
Minum cecair lebih banyak, termasuk air yang sejuk, ais krim untuk melegakan tekak.
-
Berkumur-kumur setiap jam menggunakan larutan dari satu sudu teh garam
-
Mengambil lebih banyak minuman panas seperti teh dan sup
-
Jangan merokok kerana amalan ini akan memburukkan lagi sakit tekak anda.
-
Ambil ubat logenzes atau kumur untuk melegakan keaadan tekak anda. Jika tekak anda kering atau gerit ambil gula-gula yang keras dan masam untuk membantu merangsangkan pengaliran air liur.
-
Jika usaha ini juga tidak berrjaya, gunakan logenzes atau semburan yang mengandungi bius (anastesia) setempat setiap 4 - 6 jam sekali untuk menenangkan keadaan buat sementara waktu. Ubat lozenges ini tidak disyorkan untuk kanak-kanak.
-
Jangan menghampiri mereka yang anda ketahui mengidap sakit tekak.
-
Ambil ubat parasetamol setiap 4 - 6 jam sekali pada dos yang disyorkan untuk meredakan demam dan kesakitan. Ataupun anda juga boleh mengambil ubat aspirin. Aspirin ini mengandungi ramuan-ramuan yang tidak boleh diberikan kepada mereka yang berumur 18 tahun ke bawah melainkan atas nasihat doktor. Ini disebabkan perkaitannya dengan sindrom Reye, yang boleh membawa maut.
-
Elak dari megambil makanan yang pedas, panas dan berminyak
Sesetengah ubat antihistamin boleh membuat anda rasa mengantuk. Oleh itu jika anda mengambil ubat ini, jangan memandu atau mengendalikan mesin. Ia akan membahayakan diri anda. Walau bagaimanapun, anda perlu berbincang dengan doktor anda untuk mendapatlkan ubat antihistamin yang tidak mendatangkan kesan mengantuk. Jika anda tidak memandu atau mengendali mesin anda perlukan ubat antihistamin kerana dengan membuat anda mengantuk ia membantu anda cepat sembuh.
BERJUMPA DOKTOR JIKA….
-
Sakit tekak anda dikuti dengan demam panas (suhu meningkat melebihi 38oC) atau demam yang tidak mahu berhenti walaupun anda telah mengambil ubat parasetamol.
-
Kelenjar di leher bengkak atau membesar.
-
Tonsil atau belakang tekak anda kelihatan merah terang dan terdapat kesan nanah padanya.
-
Sakit tekak anda tidak mahu reda selepas 4 hari
-
Sukar bernafas dan terasa sakit bila menelan
-
Gejala-gejalanya semakin teruk
Untuk sakit tekak yang disebabkan oleh kuman bakteria, doktor selalunya memberi ubat antibiotik. Pastikan anda menghabiskan ubat tersebut seperti yang dinasihatkan (untuk selama 7 - 10 hari). Jangan terlupa mengambilnya, jika lupa, cepat-cepat mengambilnya balik. Jika anda diberi ubat-ubat lain bertanyalah doktor anda mengenai ubat-ubat itu untuk mengelakkan pertindihan dos dengan ubat yang telah anda beli dari kedai (seperti parasetamol yang anda ambil untuk meredakan demam).
BAHAYANYA SAKIT TEKAK
Adalah sangat penting untuk merawat jangkitan yang ada hingga ia benar-benar sembuh untuk mengalakkan dari kesan yang merbahaya seperti demam reumatik, radang sendi (artritis) dan penyakit buah pinggang atau ginjal. Kadanglkala sakit tekak terjadi sebagai gejala dari masalah-masalah lain seperti alahan, influenza, bronkitis, campak atau measle. Dalam keadaan tertentu, sakit tekak merupakan satu petanda kepada penyakit lain yang lebih serius seperti kanser, leukemia, difteria dan abses yang terjadi jauh ke dalam leher.
11 orang yang tak busy ^^:
Ruby dah jumpe dokter lom? Ngerinya tengok gambar itu!
pas jumpa dokter la dia jadi mcm tuh...tapi skrg alhamdulillah,dh leh mkn KFC dah hehehehe,5 hari gak la terseksa...
siannye.
dont worry. saya memahami keadaan cik :)
i pun kena last month ke last 2 month. tak igt. mmg azab tuhan je yg tahu. ops, termasuk yg pernah mengalami je yg tahu.
saket nye!!!! wlpn jauh dr mati, tp tetap rasa nikmat seperti ditarik balik! hu!
pape pun, i have cure it. so do you. sampai leh mkn kfc,okey la tue ;-)
info yang bagus.. sebab isteri pun tengah kena ni.. serupa cam kat gambo tu.. tak leh nak makan sbb nak telan tak leh.. kesian gak..
kalau dia jadi mcm kt gambr tu kan,lagi 2 atau 3 hari, Insyaallah, dia nk baik dah la tuh...tapi ruby ms kena jadi mcm tuh,baru sedar nk kumur guna air garam...2 hari pastu alhamdulillah,dh baik...
sy skrg sedang mengalaminyer..sgt sakit...sebijik macam dalam gambar tu..demam pun dh kebah..
salam semua..saje google pasal sakit tekak nie..cz sye sdg mengalaminyer skrg nie..sakit yg amat perit belah kiri..lagi2 bila telan makanan or pape je dlm mulut nie..mule2 terase sakit tekak mcm biasa..yer lar,ingat punca makan durian..n now,seminggu dah..sakit lain mcm..terase belah kiri je..adakah penyakit yg sye alami nie sama dgn penyakit FRINGITIS?..
Saya sedang alami...pedih ya amat
Saya ase sakit tongsil cmni gak..doktor bg ubat gak..tapi nk bg kecutkn tongsil tu mcm mne..kne mkn aiskrim vanila yer..tlg la sy bg cadangan ape2..perit kak sye ase..coz sy kje opis..call customer ase perit nk ckp ngn custmer..plzz help sy..perlu ke sy mkn aiskrim tuk kecutkn tongsil yg bengkak..
Saya tengah mengalaminyaskerang .. Sakit sangat2 . Umur saya 16 tahun . Tapi saya rasa setiap kali macam nak nangis je puas2 . sebab tak dapat tahan sakit . Macam menelan kaca .. :'(
Sama laa .. Esok nk pi check kt klinik .. Telan air liur cam telan durian sebijik oo .. Tp xda pulak warna kuning kat tekak
Post a Comment