Monday, February 21, 2011

First Dalam Komen,mcm budak2 lum baligh lagi lol

Sekarang ni pukul 4.30 pagi..lana tak leh nk tdoq..terbiasa la tu dihujung minggu tdoq lewat huhu

Penah korang ada baca blog2 yang femes??bukan tu yang jadi persoalan sekarang ni..yang annoying tu adalah apabila orang berebut-rebut nak komen,nak jadi orang first komen..alaaa bila entry blog di publish,ada blogger komen mcm ni (contoh yer) "me 1'st yeeey", tak pun, "first"..paaaadiaaaa..nk komen,komen je la..ok first2 apa?? bukan dapat hadiah pun kalau first kan..

Macm budak- budak ja..tak mecet sungguh..lana menyampah mcm tu..lantak la suka ati dia nk tulis kan,tapi xyah la mcm tu..lebih baik komen yang berfaedah..kalau xtau nk komen,tak yah komen lagi senang kan..

Klah..cukup la kemenyampahan lana rini..kang sok lana upload cth yang komen first first tu hehehe..
Published with Blogger-droid v1.6.7

Sunday, February 20, 2011

Mana nak cari pin ni ek? Tolong!!

Korang, mana lana leh cari pin mcm kt bawah ni ek? lana perlu sangat pin tu (pin sahaja, bukan bunganya) sapa yang ada info atau yang menjualnya, jangan segan silu emailkan pada lana ek firbee@gmail.com..tq all ^^


p/s : meh la jenguk contton flower clip kt blogshop lana ni ^^ hihi...

Thursday, February 17, 2011

Bohong suami untuk kebaikan dirinya...

Di suatu malam si suami tersedu-sedu atau dalam bahasa barat ialah Hiccups...

suami : hic..hic (bunyi sedu2 tu)

isteri : laaa, abag sedu ka?

suami : a'a kurang minum air kot..

isteri : owh...erm... abang ada amek duit b tak? b tengok tadi dalam purse tak cukup la duit b

suami : eh tak la...mana ada..kalau abang nk duit, abang mintak la, buat apa nk amek tak bgtau...(terus rasa tidak senang)

isteri : cakap la betoi2.. b dah kira tadi tak cukup...abang ja dengan b..abang yang amek kan? betoi dak?? (terus menuduh)


suami : ish xdak la...satg abang buat betoi2 amek duit b kooot...(mula nk marah dah, tapi masih cool kekeke)


isteri : betoi2 ni x amek duit b? serius?


suami : ha la, buat apa abang nk amek duit b...


isteri : aik mana sedu abang tadi? hilang dah? ahahaha


pastu baru la si suami sedar yang isterinya sedang menipunya untuk menghilangkan sedunya hehehe...so korang kena berlakon bebetul tau, masuk ni, dah 3 orang aku berlakon menipu, tuduh amek duit aku, bukannya tuduh bebetul, berlakon saja, untuk membantu hilangkan sedunya ^^ (muka kena serius untuk berlakon ni tau hehehe)


nak tau x apa punca sedu ni terjadi? aku pun baru tau ja ni, pas baca blog ni..credit to blog syazwansafwan
(kopi pes daripada blog syazwan safwan ni ^^) 

Perkara-Perkara yang boleh menyebabkan Sedu ialah :

Jika anda cuba ingat, anda mesti pernah membuat satu daripada tindakan-tindakan yang dinyatakan di bawah sebelum mendapat sedu.

1. Makan dengan amat cepat, <-- lana suka mkn dengan cepat,patut la rajin sedu ahaha
2. Makan sesuatu yang panas tetapi setelah itu meminum air sejuk,
3. Terisak-isak atau menangis - kerana makan makanan yang sangat pedas,
4. Makan makanan yang sangat panas,
5. Meminum alkohol atau soda berlebihan,
6. Batuk dengan teruk,
7. Ketawa dengan teruk.

Tu la perempuan, tau naik keta saja, bila masa bateri air kering pun tak tau, pooodah

Tajuk enty ni aku geram sangat...geram dengan diri sendiri ahaha (eh korang xkisah kan klu kadang2 lana cakap aku, kadang2 lana, kot2 tiba time2 gedik tu lana la jadinya ahaha)

maunya tak geram, bila keta dah tak leh start mula la rasa tak reti apa-apa...adoi aaaaai.....bateri keta dah kong, tu pun tak tau nk buat apa...dan yang paling bengong, aku xleh nak tau pun keta aku ni pakai bateri basah ke, bateri kering wakaka, hampeh je kan hang ni lana ahahaha

so tragedi ni terjadi masa hari Maulidur Rasul...nk pi makan KFC kt sri petaling..tapau saja.sambil pi cari glu gun yang rosak huhuhu..sekali dh beli kfc, start keta, xleh nk start..bukak radio pun xleh..bukak tingkap ok lagi..ermmmapa nk buat ni? makan kfc dulu la, lapaq ni ahaha...pastu baru la dok pikiaq, col hubby, col member2 suma..

dok gaduh gak la dengan hubby, dia tanya aku pakai bateri kering ke basah ahaha..aku ni pun satu, napa la xreti sangat...serius tak reti tau hukhuk sedih dengan diri sendiri..tak pa la, at least dh jadi macam ni, aku dah tambah satu ilmu kan hehe..

last2 aku call dila housemate aku tuk amek balik umah je..mau kalau nk tukar bateri baru, nk cekau mana duit tengah2 bulan ni, takat mkn kfc rm10 sekali boleh la (sbb hari2 aku pi ofis, aku bawak bekal masak, so memang xguna duit pun tuk makan)

masa dila smpai, aku ajak je dila g kedai tayar yang dekat dengan sri petaling tuh..ada la mamat mekanik ni datang tolong tengokkan..pastu dia masukkan air dalam bateri..memang kering kotang la beb, kena guna dua botol huhuhu (ha la,balik kedah dua kali kan minggu lepas bawak keta huhuhu) mekanik tu kata suh tunggu setengah jam bagi dia cas balik, baru la jalan..kena la Rm19, Rm4 tuk air bateri, RM15 tuk workmanship huhu...

sebenarnya nk balik je tinggalkan keta kt ctu, sok baru pikir macam na, sekali makenik kata, xrisau ke nanti rim tayar kena curi? aaa lagi la aku takut huhuhu...

dok la dalam keta dengan dila sambil makan kfc ahaha...tak smpai 15 minit, aku kata kt dila, dah boleh jalan dh ni...dia kata jangan matikan enjin keta ja huhuhu..silap aku di situ, senang sangat lupa huhuhu..

so kitaorang pun gerak la...sekali mati lagi kt tepi jalan, sempat gak la aku benti tepi jalan huhuhu...

pastu dila pun pi la panggil makenik tu balik...mekanik tu datang bawak bateri kering ahahaha...dia kata, cas dulu smpi setgh jam baru jalan, tu la aku ni degil, orang kedah kata ketegaq ahahaha..

pastu dia pun tukaq la bateri kering tuh..free saja..bateri kering yang second hand la yer..bukan yang baru hehe..pastu dia suh aku col dia kalau ada apa2 masalah...dia siap bgtau, sy ni bukan india, tapi sy ni bangladesh Islam, waaaa..mati2 aku ingt dia india, tapi slang cakap dia cina lak, ish2 satu malaysia sungguh la hehehe...

smapai la kt umah dengan selamatnya..Alhamdulillah...thanks dila tolong temankan akak ^^..dan thanks to kawan2 yang bagi cdangan...thanks gak my hubby yang bersusah payah cari duit, b terharu hukhukhuk...

ni rupa bateri kering
ni rupa bateri basah
(gambar kedit to google)

so sekarang aku dah leh bezakan bateri basah dan bateri kering...hujung bulan baru nk beli bateri yang baru..korang rasa, bateri kering ke bateri basah ek yang bagus? ada yang cakap kalau bateri kering boleh meletup, aish seriyau lak dengar huhuhu

Wednesday, February 16, 2011

Swype tu menatang apa?

zaman sekarang ni, macam2 teknologi canggih kan? lana kononnya tak mengikuti perkembangan sangat la, tapi bila dah terjebak dalam hal membeli telefon (kena la survey teknologi terkini kan), so lana terjumpa satu teknologi ni, iaitu Swype...

menatang apa tu swype?? swype adalah text input untuk skrin..so xdak lagi la typing ala2 fesyen dulu2 tu, sekarang, pakai swype saja...nak tau lebih lanjut, jom belek website ni..

  
teknologi swype ni hanya terdapat pada smartphone tertentu sahaja..so boleh dikatakan teknologi ni masih baru lagi la....see, samsung galaxy s idamanku ada guna swype laaaa....

(pic credit to http://swypeinc.com)

contoh kalau korang nk taip sms di hp kan, tak yah nk typing lagi, hanya swype saja, contoh nk tulis "marilah", korang hanya perlu touch (swype ni hanya terdapat pada smartphone touch screen je yer ^^) huruf m dan tanpa perlu mengangkat jari anda, sambung kepada huruf a, r, i, ,l, a dan h, pastu baru angkat jari anda...daripada ctu, teknologi ini akan detect perkataan yang korang touch tu..ibaratnya kalau korang angkt jari, dia macam space la..paham x? kalau tak faham, korang boleh tengok video pasal swype di http://swypeinc.com tu...ada saja...

besh kan teknologi zaman sekarang ni..tinggal kita nk guna dengan tak je kan ^^

p/s : dulu masa tahun 2007, masa aku baru kenal facebook, aku kata " menatang apa la facebook ni, xbesh pun...tak reti la nk guna facebook ni", and 2010 until now, facebook la segala2nya ahahaha tak sah kalau tak bukak fb sehari..kalau tak bukak dua hari pun dah rasa macam ketinggalan macam2 cerita huhuhu....smpai my hubby kata "kang senang kalau fb di tutup, xdak lagi rasa mcm satu kewajipan bukak pc ja nk kena bukak fb" ahahaha

Tuesday, February 15, 2011

Mudah.com.my yang mudah..lana suka !!!

 
Kali ni lana nak kongsikan pulak pasal website Mudah.my yang mudah ni ^^ (lana memang suka share benda yang berinfo ^^)..korang penah guna kemudahan Mudah.my ni? (pada sapa yang tak tau lagi, ni lana nk cita, sapa yang dh tau, pi baca entry lain di blog lana ni hehehe) dia lebih kurang macam ebay la, jual barang, beli barang....tapi mudah ni terdapat di malaysia, kiranya kalau kita duduk kt area Kuala Lumpur, nk beli barang dekat orang yang duduk di kuala lumpur, senang la kan ^^...

dan banyak kali lana berurusan dengan mudah ni..first time masa nk beli device usb modem, masa tu mahal lagi, mau dekat rm200 usb modem, tapi dengan mudah, lana cari barang yang hendak di cari, kawasan penjual yang senang kita nk jumpa, pastu beli dengan harga yang murah..
kadang-kadang barang dekat mudah ni ada saja penjual yang jual barang baru..dan semestinya yang lain second hand kan..

faham lagi x? tak faham lana citakan dengan lebih jelas. contoh di sini korang nk mencari barang second hand, iaitu laptop second hand, harga di sekitar RM1200 jenama toshiba, dan korang berada di area Kuala Lumpur..

So korang hanya perlu menaip toshiba, pilih kategori computer & accessories dan pilih kawasan KL, klik button search...pastu akan keluar la benda yang korang cari...senang saja kan?? kadang-kadang lana boleh mengadap website mudah.my ni seharian dok belek2 barang..dan mudah.my ni gak ada orang iklankan pekerjaan..dan lana penah try apply hehehe...

ada pelbagai jenis kategori. sila lihat gambar di bawah pada ruangan No 2...pada ruangan no 3 adalah pilihan negeri...no 1 adalah untuk keyword barang yang korang nk cari...
 
kali kedua lana guna mudah.com adalah untuk menjual laptop hubby yang baru di beli tak sampai seminggu..ni kes sebab xdak graphic card yang besh, so hubby nk jual..lana la tolong advertised kan notebook tu..tak sampai 3 hari, notebook tu telah di jual dengan harga yang berpatutan..kalau jual kat kedai, walaupun kita pakai baru seminggu, barang tu tetap menjadi second hand, so harga memang akan jatuh mendadak laaa...so di mudah.my ni adalah jalan penyelesaiannya...
Dan kali ketiga lana berurusan dengan mudah.my ni masa nk jual hp lana, samsung wave tuh..tak sampai 4 hari, lana dh jual hp lana tuh..mula-mula ada je orang offer nk beli hp wave tu dengan harga rm1k..tapi lana rasa mcm murahnya plak dia nk beli..lana dah rugi banyak la kan..sekali lana tanya kat kedai hp, depa nak amek hp lana ni rm600 saja huhu..apa lagi, terus lana contact dengan orang yang nk beli wave pada lana tu..jual terus tanpa banyak tanya dah hehehe...so untung di sini kan..dah la mudah.my ni free saja, xyah kena bayar apa2 kos perkhidmatan pun..bagusnya!!
 
so kalau korang nk mengiklankan barang second hand, senang saja, klik pada Insert ad, dan isikan form seperti di bawah..dan ianya tak payah register pun, besh kan?nanti korang akan dapat email confirmation daripada mudah.my. dalam masa 24 jam hari bekerja, iklan korang akan di publishkan...

bila barangan korang telah terjual, jangan lupa untuk mendelete iklan ini supaya tidak terus di tanya oleh orang ^^...
satu pesanan lana, jangan menipu...tak baik menipu dalam berniaga ni, tak kemana, memang kita untung kalau menipu, sekali tiba2 musibah lain yang datang menimpa memerlukan duit yang banyak daripada untung yang kita dapat, ke tak rugi namanya? so beringat-ingatlah kita...

satu lagi, jual beli melalui mudah.my ni, selalunya pembeli akan datang berjumpa penjual untuk melihat terlebih dahulu barangan yang hendak di belinya, so berhati2 jika berjumpa dengan stranger yer...ajaklah teman adik abang yer...jadi apa2 kang susah nanti...

klah...kesimpulannya lana memang suka mudah.my ni ^^

p/s : all pictures credit to mudah.my ^^

Monday, February 14, 2011

Dia syok tu dapat kawen dengan lelaki cantik ^^

Itulah ungkapan bapak mertuaku hehehe..."dia syok tu ha kawen dengan lelaki cantik..uish cantik laki dia" hehehe..lawak bila aku kenangkan balik pak mertua aku ni ^^..lawak mcm anak dia jugak hihihi...

sapa dia? sapa dia yang syok kawen tu? sapa lagi, Ayu Raudhah la...ensem kan laki dia tuh..pastu tergambar keceriaan dan kegembiraan di wajahnya..sapa x syok beb dapat  husband ensem hehehe...

pak mertua aku leh kata mcm tu masa tengok nona kot kalau x silap aku la...kan ceria ja muka ayu tuh hehehe..

apa2 pun semoga berbahagia yer Ayu Raudhah dan Adha ^^..besh dapat suami ensem, pandai2 la jaga hatinya yer ^^ lelaki ni suka di belai, hanya lelaki yang memahami ahahaha

(gambar credit to Beautifulnara)

Friday, February 11, 2011

Apa tu OS android? apa tu OS Bada?

Ecceh sejak dua menjak ni asek update pasal technology ja na...kita kena up2date tau kawan2, baru la tak ketinggalan, kalau tak , penat la engineer2 kita dok cipta mcm2 kan..teknologi ni besh sebab dia memudahkan kita...betoi dak?

So berikutan daripada entry ini dan ini, mai sini lana nk cerita sket bagi faham... 

Dalam entry yang lana link tu, ada ja kan perkataan android...sikit2 android...menatang apa android tuh? ok2, meh cni lana cita slow2 k...

kita semua guna komputer kan? ada yang guna laptop, dan ada yang guna cpu..xkisah la mana-mana pun, yang penting suma yang baca blog ni, dia ada komputer, sebab tu dia boleh baca blog , betoi dak? ahahaha...


ok kat dalam komputer kita ada OS...OS tu adalah operating system yang di install di dalam komputer kita..(eceh mcm lecturer it lak lana ni ahahaha) kan ada OS window 7 la, window vista, Ubuntu la, Macintosh (MAC) la, tapi yang kita familiar windows la kan....semua OS ada lesen yang ori kita kena bayar masa beli sesuatu komputer tu kan? kecuali linux memang open source la...so sama jugaklah dengan android ni...


Android ni lak adalah OS yang di install ke dalam hp, dan hp itu mesti lah hp smartphone...napa smartphone? sebab dia bukan sahaja boleh buat call, mms, sms sahaja, terima email , boleh check email, balas email, layari fb di hp, ada GPS, dan macam2 lagi...mcm lana gila dengan hp lana ni ^^ hehehe

Dan android ni juga OS yang free..kiranya banyak applikasi yang di buat dan free...cakap je nak apa, semua ada...ada jugak yang mencari keuntungan, dia buat aplikasi trial, bila besh kena beli...so di situ dah untung dah, besh kan kalau pandai programming ni, tapi lana x suka ahahaha...

OS Bada lak, OS yang baru lagi...xbanyak hp yang gunakan OS Bada ni..hanya samsung model wave sahaja yang berani tuk menggunakan OS Bada ni...dan aplikasinya sangat la terhad...even nk GPS pun susah, cuma ada Route 66 sahaja, tu pun x user friendly mcm garmin..tapi yang beshnya OS Bada ni, dia laju....


Macam nokia pulak kan, kebanyakkannya guna OS Symbian...korang perasan x? nokia mmg sgt fimiliar dgn symbian...symbian ni ok, cuma dia agak slow la huhuhu...

Macam iphone lak, dia ada OS dia tersendiri, iaitu IOS...agak mahal kalau nk beli applikasi daripada iphone, tapi sekarang kan dah canggih, jailbreakkan saja os itu, so boleh je dunload apa yang korang nak, betoi dak? ipod pun dah murah, kot2 nk buat main game kan ^^...

Lagi OS apa ek? ha OS Windows pun ada tau...yg tu lagi besh, sebab kalau kita install game, ada je crack, so xyah la nk main trial je kan hehehe

emmm klah, harap2 kawan2 lana suma paham la apa itu android..so pas ni, korang dah tau la apa itu android yer ^^ 


p/s : tegur lana ek kalau ada yang lana nterang ni silap hehehe....


p/s/s : korang perasan x, sekarang ni smarphone banyak nama jenama komputer, Garmin Asus la, Acer, Nexus la, HP la..kan kan kan...

Thursday, February 10, 2011

Awal Ashaari pun layan cikgu Syida tau hehehe^^

Korang kenal dengan Cikgu Shida? alaaa cikgu shida yang dok upload video miming dia kt youtube tu kan...xkan xkenal kot hehehe..kalau korang tak kenal lagi, pi google la sendiri cikgu shida tu, sure jumpa hehehe.

ramai yang tak suka cikgu shida berbuat  aksi2 miming mcm tu kt youtube..ada yang kata dia putus tunang la, putus cinta la..sebab tu dia jadi mcm tu...cikgu shida ni, cikgu english..tapi dia memang kretif la...ada yang memuji, xkurang hebat jugak yang kutuk...


Semalam la, terbaca twitter awal dengan scha...cer tengok kt bawah ni ^^
klik tuk tumbesaran yang sehat ^^

See see...awal ashaari pun dok layan tengok videoklip cikgu shida tau hehehe...korang ader? xder kan ahahaha

Angry Bird di Android ^^ dan juga di komputer anda ^^

Ya sekarang suma orang sudah deman main game angry bird hehehe...semua orang pun dah boleh main dah game ni...sebenarnya game angry bird ni ada pada iphone sahaja, tapi sejak kuarnya android, sesapa yang beli hp android pun dah boleh main dah..lagi banyak stage hehehe...

tiap kali lana balik umah kakak, anak2 sedara lana akan tunjuk depa main game ni..ish2, baru 5 tahun dah pandai main iphone tau...siap ajar lagi lana mcm na nk main game ni..seingat lana, kakak lana beli iphone masa tahun 2009, so memang dah lama la kan..cuma lana ja yang tak berpeluang nk main...

sampai la azril ada post pasal entry ni kat blog dia...bila try main memang addicted...so lana installkan game ni pada laptop adik lana(xyah install pun sebenarnya)...anak2 sedara suka lak main kt laptop, sebab puas sket, nampak burung2 tu besaq saja hehehe..lagipun version pc banyak stage, main la kan hehehe

Masa cuti balik kampung adik lana bertunang baru2 ni, lana install lak game ni pada laptop lana...apa lagi, hubby munchy sakan la main game ni...pastu bila xleh nk clear level, mula la tertekan ahahaha..tak logik la, x masuk akal la ahaha..orang main game untuk seronok, bukan tuk stress2 la yang oi ahahaha..

pastu masing-masing dok berebut nak main angry bird kat laptop lana ni...daripada si hubby munchy, ke nureen, hadif, abang ipar sampai la ke abah lana sendiri ahahaha...bunyi burung tu memang besh, sebab tu la boleh addicted kot hehehe...abah lana pun syok ja main...anak sedara lana yang baru umoq 2 tahun tu, Ishak hafiy pun dah pandai main kt iphone mama dia, memang gila la kan penangan angry bird ni hehehe...

ni lana baru update angry bird kt hp lana..ada stage baru ^^

yang ni lak seasons punya...

yang latest seasons valentine ni la, lana pun x berkesempatan nk main lagi...sibuk nk buat macam2 hehehe..

ni untuk seasons valentine

tengok, comel kan, ada love2 tu...mari bunuh oink oink ituuuuh!!! yeeeah

So pada yang  xdak hp android or iphone, or ipod or ipad, boleh main, jangan risau...jom pi curik dunload kt Blog Azril ^^  eh curik lak, dia kasi free la , pi amek saja hehehe...azril, leh dapatkan yang seasons tak, yang halloween tuh bunyi seram, puas sket main kt komputer hehehe (pas korang dunload, unzipkan file tuh, bukak folder file tuh, dan klik saja pada ikon angry bird, pastu terus main ^^..xyah install2 dah hehehe

p/s : amaran!! kalau korang main, boleh addicted, ssh nk benti, marah2, mula tekanan ahahaha

Wednesday, February 9, 2011

Garmin Asus Nuvifone A50 di hati ^^

Hi all...sorry sebab update lambat..thanks pada yang sudi dan xjemu-jemu singgah blog ni hehehe...lana sibuk sikit kebelakangan ni..macam-macam nak buat..almaklumlah cuti lama kan hehehe..blog sendiri pun x terupdate apatah lagi nk blogwalking kan, BE pun xdapat huhuhu...xpa2, nnt2 ada la tuh ^^..

So arini ni kita cita pasal tepon la yer...Masih ingat lagi entry ini?  Memperkenalkan telefon yang menggunakan OS android yang besh lagi murah daripada Samsung Wave yang guna bada, tadaaaa, Garmin Asus Nuvifone A50 ^^
Telefon ni lagi murah daripada Samsung Wave, tapi applikasi dia lagi besh daripada wave tuh..sudah semestinya lebih besar skrinnya daripada wave kan..so nak baca spesifikasi dia, sila lawat sini yer kawan2, jangan malu jangan segan ^^
 
Macam mana la lana boleh pi beli telefon jenama ni? dah la tak terkenal pun...ok2, kisahnya macam ni...kan lana dok tak puas ati dengan wave, harap cantik saja, tapi tak user friendly pun kan, so lana memang bertekad jual wave dan nk beli hp yang guna OS android ni..(nnt lana xplain pasal os ni lak yer ^^)...biar la lana rugi sekarang kan, ye la, kalau tak jual wave sekarang, kang jual lambat2, lagi lama lagi harga hp tu turun huhuhu...

lana dok survey2, memang berkenan nk amek HTC la...lantak la xdak 3g video call pun, paling murah HTC (ada lagi hp android yang murah, tgk kt blog jard ni, rasanya en naim kita ada pakai kan CSL SPice ni kan? review sket naim hehehe) yang besh HTC Wildfire la RM1100...

sekali lana dh pi kedai hp, dia rekemenkan hp Garmin Asus ni...bezanya cuma kena tambah lagi seratus sahaja...tengok2 balik, internal memory dia pun 4 gb tuh...dan yang paling menarik hati lana ialah GPS dia ialah Garmin..Dah nama pun Garmin Asus kan hehe...dan garmin asus ni jugak dikenali sebagai smartphone navigation..dalam masa sama dia leh jadi GPS devide hehehe...

tengok, sebab skrin dia besaq, so nmpk mcm GPS devide je kan?? lana suka garmin, sebab dia sangat la user friendly...nk guna dia tak payah bayar pun (lana rasa la sbb software garmin ni dah install siap2 dalam hp ni, nk uninstall mmg xleh la tau)

so sekarang ni, sapa-sapa yang ajak lana nk pi berjalan2, lana on saja hahaha...GA (garmin asus) dah ada, memang dia sangat berguna

oh ya satu lagi...disebabkan GA ni OS android, so boleh dunload mcm2 aplikasi yang kita suka..terus terang lana ni seorang yang suka explore dan suka menggunakan sepenuhnya kemudahan yang ada..no more tulis2 kt kertas, kan memo pad ada di telefon..

antara aplikasi yang lana install dan lana suka ^^
  1. foursquare (wohoo leh check in, selalu kawan2 lana yang dok pki BB (blackberry) suka sangat dok check in ^^)
  2. Blogger Droid (boleh update blog melalui hp tanpa perlu membuka browser di hp..nk buat sebagai draft pun boleh...cuma xleh nk upload gambaq je la huhuhu)
  3. woman log ( untuk tracker pasal2 hal perempuan ni la..bila period..bila time subur, semua tu penting bila dah kawen ni ^^<-- rasanya tak terlampau kot cita pasal ni, sebab ni pun untuk pengetahuan jugak kan)
  4. OI Shopping List (untuk tulis list2 shooping la, siap boleh tulis harga lagi, boleh buat bajet ^^)
  5. Discount Calculator (aplikasi mudah ni pun besh gak, mau kalau tengah ada sales yeeehaaa ^^)
  6. color note (ala dia mcm memo pad tu la, senang nk tulis apa2, untuk reminder, contohnya no akaun bank ke kan, alamat)
tu ja yang lana install...game lum senarai kan lagi ahaha...yang dah sedia ada semestinya apps where am i (boleh save location kita sekarang, senang nk gps nanti) ..tapi paling besh setakad ni main game angry bird la..apa ingat ada iphone je ke leh main angry bird? hehehe...mana2 telefon yang pakai os android boleh je main angry bird, siap ada season lagi (ni pun nanti lana cita satu entry ^^)

ha satu lagi...kalau dulu pakai wave memang x user friendly kalau nk acces fb atau twitter melalui hp kan? so kalau dah pakai android ni, besh je korang!! seriusly...android banyak tiru lebih kurang mcm iphone punya...siap ada iphone apps (untuk dunload apps yang sama mcm iphone di android) wohooo, mau nk beli iphone, kena spend smpi rm2600 sebijik, dengan hanya tak sampai rm1500 pun leh dapat aplikasi yang sama macam iphone hehehe..

opsss terlebih promote sudah ^^..oklah...overall, lana memang puas ati la dengan GA ni...harap dia dapat berbakti dengan baik pada lana...dan yang tak beshnya, sebab dia baru di pasarkan, casing dia lum ada jual lagi la huhu..terpaksa belikan baju sarung kaler pink kt dia hehehehe

p/s : lana akan stick pada satu2 benda saja, sbb lana seorang yang setia dan tak suka membazir, tapi terbazir gak sebab jual wave dan beli GA ni huhu, terpaksa, utnuk kepuasan yang lama, ok la kan, berbaloi x? heheh

Tuesday, February 8, 2011

Tak dapat Buffered Earning la bulan ni huhuhu (T_T)


setelah cuti seminggu, baru semalam tengok buffered earning kan, sedih la lana..huhuhu xdak pun..ni sebab seminggu lana tak update blog dan blogwalking ni...
ermm xpa la..nk buat mcm na, xdak rezeki kan huhuhu...lagipun lana memang pentingkan family dulu, mau kalau cuti tuh, mmg cuti sungguh la, fb pun tak bukak tau hehehe...

so kalau nuffnang bermurah hati nanti, ada la..jangan tekanan yer ^^...sabaq saja..kan sabaq separuh daripada iman...dok kt higway selama 13 jam boleh ja bersabaq kan lan kan hehehe

Kedah ke Kuala Lumpur selama 13 jam perjalanan?

huhu tu la hakikatnya...mana-mana tempat pun, kalau ada cuti perayaan mesti akan ada jem di highway..septtnya xdak la jem kan...sure dekat kuala lumpur (atau makcik-makcik belah utara panggil kolumpo), mesti tak jem kan huhu...

kronologi lana menempuhi jalan yang jem teruk..


11.30 pagi
Bertolak daripada tol Pendang...keta dah banyak...jalan di gurun masih terkawal..stil ada keta yang laju2 pastu bagi lampu di siang hari huhuhu..

1.00 ptg
singgah ni R&R juru sebab sakit perut...ya lana sakit perut dari semalam lagi..mayb sebab banyak makan daging masa kenduri hari sabtu tu kot huhuhu

2.30 ptg
tukar driver di hentian sebelah mana ntah, x ingt..lana mengantuk sangat, xleh nk teruskan perjalanan..nasib baik adik lana boleh bawak keta gak walaupun dia tak biasa jalan2 jauh ni..kena bagi biasa la dik no hehehe


4.45 ptg
dah smpai di ipoh...adeh la..mmg jem teruk sangat dh...keta bergerak perlahan ja...terus tekad tuk kuar ikur susur bidor, sebab mesti dekat tapah nnt orang ramai gila, and keta xleh nk jalan langsung huhuhu


guna alternatif jalan lama pun sma jugak, banyak keta ..singgah toilet tepi tol, sakit perut lagi adoi laaaa.....benti rehat di kampar..pas solat terus pi cari rostoren..kalau nk benti kat R&R ni sure susah punya la...Alhamdulillah kenyang gak perut...pastu lana lak yang bawak kereta meneruskan perjalanan...first time dengar radio perak.fm, untuk2 kome2 je yo ahahaha...


duit pulak kekeringan..lupa nk draw adeh la...nk bubuh minyak lagi..dah tinggal dua bar dah...so terjumpa atm kt pekan kampar, draw kt ctu, pastu pi bubuh minyak..alamak, minyak ron 95 dah abeh, tinggal 97 saja, kopak2, seliter rm2.50 tuuuuh adeh laaaaa..bubuh jugak la sebab terpaksa....


kat jalan lama, 1 kilometer = setengah jam..jem sebab banyak traffic light, dan banyak keta..so sama je la huhuhu...xtahan dengan keta yang banyak dan slow, lana naik highway lak melalui tol trolak...daripada situ dah nampak memang banyak kereta...tapi makin lama, makin laju...


dok dengar gak info daripada radio perak fm, depa kata kt tapah jem teruk.sebab ramai yang benti rehat dan isi minyak...depa dah bukak lane yang bertentangan, so jadi 3 lane...laju la gak kan bawak keta, kira 80km/sejam..kalau tak dok 20km/jam ja huhuhu...


kat behrang dah mulai smooth dah...memandangkan lana nk kena hantar sepupu ke lapangan terbang subang, so lana kena masuk highway guthrie..mulanya masuk susur keluar tu dah rasa seronok la, bebas dari jem, sekali hambek hang, jem gila, banyak keta tengah q nk bayar tol huhu ..sabaq ja la menunggu giliran...


pukul 12 malam otw untuk hantar adik lana pulak ke usj..nasib baik la ada hp garmin asus ni, dia memang sangat membantu ^^...kul 12.30 mlm smpi lana di umah kakak..tumpang tdoq sana...mau kalau lana yang balik umah lana, payah nk cari parking keta lak huhu, lagi tensen arghhhh.....


13 jam hanya di jalan raya?? ya itu lah hakikatnya huhuhu...


apa yang lana dapat simpulkan di sini melalui pemerhatian lana, banyak penyebab yang jem ni
  1. lane kecemasan digunakan oleh kereta2 yang tak bertanggungjawab..semua pakat nk laju saja...bila ada kereta yang berhenti di lane kecemasan, barulah kereta-kereta yang bergerak di lane kecemasan tadi sibuk menukar ke lorong biasa..dari situ dan menyebabkan kesesakkan di highway huhuhu
  2. berhenti di tepi jalan di sebelah R&R sesuka hati...maksudnya bukan parking di tempat parking la, tapi di tepi jalan..kan dah mengganggu kesesakkan jalan raya dh tuh huhuhu
  3. kalau kt jalan lama lak, banyak traffic light, sbb tu la jem gak huhu..pastu masing2 nk cari jalan alternatif huhu
  4. kemalangan..mesti ada ja kemalangan..langgar bontot kereta la yang banyakkan...pastu dah telah2 jadi sesak, sebab orang nk tengok apa yang jadi arghhhhh.....hati2 la di jalan raya...
  5. penumpang motosikal pun, hati2 la..jangan nk cilok sesuka hati, laju lak tuh, kang ada kereta yang tak berhemah menukar lorong tanpa bagi signal, dan time tu gak motosikal laju ja mencelah di antara kereta tu, kan dah menyebabkan kemalangan...kadang2 sian gak kat penunggang motosikal..sepatutnya lane kecemasan tu, penunggang motosikal boleh guna untuk laluan derang, tapi ada kereta lak...kesian...dah telah kalau derang jatuh mesti akan luka punya huhuhu
so apa pengajaran yang dapat di sini ialah rancang perjalanan anda huhu..ada member lana yang bertolak dari sunga petani pukul 9 pagi, jalan x jem pun...so pasni, lepas subuh kena tolak awal2 dah huhuhu...serikkk!!!

Saturday, February 5, 2011

Seronoknya tinggal Dimesia

Selamat tahun baru cina pada kawan2 yang berbangsa cina..

Apa yang beshnya? Ye la..duduk di Malaysia ni, perayaan kaum lain, kita pun boleh tumpang cuti sekali..nak -nak kebetulan dkt dgn hari wilayah, cuti sakan la Lana hehe..

Kali ni, xkira la cuti apa pun, Lana nk balik kg...xkira jadi mcm raya haji thn lepas huhu..kt KL ni, nama ja raya, tapi x macam raya pun...buah limau dpt mkn pun masa balik kg..byk gila abah Lana dpt, smpi 4 kotak..mau Klu kt KL, teringin nk mkn, Kena beli sendiri la huhu..company nk bg? X mengharap lgsg la...Apa la sangt buah limau je pun ahaha

Klah,cukup la kot membebel byk sgt ni..

Apa2 pun Selamat tahun baru cina!!!

P/s: nk pi mkn buah limau ni Hehe...
Published with Blogger-droid v1.6.6

Tuesday, February 1, 2011

selamat bercuti hari wilayah

Yehooo ^^..selamat bercuti pada pekerja dan kakitangan di seluruh Wilayah Kuala Lumpur, Persekutuan dan juga Putrajaya..

Korang cuti g mana? ^^ lana dah amek cuti terus smpi CNY nnt ^^..jgn jelez yer..keja lek lok yer ^^lana dah ada kt kg dah since sabtu retu lagi...(so mmg jarang terupdate la blog ni, xsempat nk buat entry autopublish pun)

Klah..apa2 pun lana ucapkan selamat bekerja seperti biasa bagi yang bekerja yer ^^...

Selamat Tinggal Samsung Wave huhuhu (T_T)

Hi all...sorry lama x update..lana cuti awal, so dah ada kt kg, ssh sket la nk update..xde la susah pun, tapi malaz saja hehehe...

ni terupdate pun sebab ari ni hubby g keja, so bosan xdak orang nk gaduh ahahaha


lana nk cita pasal the wave lana tuh..Baru pakai 2 minggu saja, terus lana rasa nk let go wave yang lana baru beli tuh...bukan tak besh..besh cuma ada sedikit kehampehan wave tuh..eh bukan sikit la, banyak kot huhu

 

Meh la lana buat perbezaan kebaikan dan keburukan wave ni
kebaikkan
  1. super amoled display..walaupun brightness dia low smpi 3, tapi still sedap mata memandang, serius tak tipu
  2. nk slide2 tgk menu, seperti anda pakai iphone..serius besh..xyah nk tekan kuat2 la
  3. bunyi dia pun besh..samsung kan
  4. ada second camera..so boleh buat 3g call..my hubby kata gambaq clear jugak la (sbb dia yg receive my 3g call ^^)
  5. prosessor dia 1 gb..laju seeeyh...xyah nk terhegeh2 tunggu la
keburukkan
  1. OS yang di pakai ialah Bada...serius tak besh, sbb bada ni kan baru lagi..so banyak apps yang xdak
  2. GPS pun Route 66, xbesh langsung aaaaaa...maklamat utama lana nk pakai smartphone ni supaya ada kemudahan seperti GPS..ha la, dok KL, ingt lana tau suma jalan ka? ahahaha..nk pki gps yg di sediakan software, kena la beli software tuh kira2 RM50 gak la huhuhu
  3. banyak game yg xbesh dan apps yang xbesh..ha la, sure la nk main game angry bird kan, pastu nk guna foursquare la ahahaha...
  4. x user friendly dalam apps social network..serius tak mesra alam, buat lana tertekan saja huhuhu
Pikiaq punya pikiaq, last-last memang lana letak ja la iklan nk jual samsung wave ni dalam mudah.com...3 hari ja letak, dah ada pembeli..kalau jual kt kedai, mmg xkan dpt harga yang aku nak la huhu...
 
tak menyesal ka? sbb banyak jugak la lana rugi huhuhu..lana pikiaq balik, daripada lana dok pakai wave ni dok sakit ati ja dengan apps yang xberapa nk ada ni, baik lana jual (sementara masih baru dan harga tak la turun sangat kalau jual ^^)..xdak la menyesal kan, bila jual wave pastu dapat yang better apps daripada wave...

cuma lana menyesal sebab masa awal2 dulu tak tetapkan betul2 pendirian nk smartphone yang ada android huhu...kan dah susah huhu

moral of the story : 1. kalau  suka pada sesuatu barang, survey habis-habisan(aku dah buat dah yang ni)
2. tetapkan pendirian, nk pakai os android, pakai saja jgn cari jalan alternatif  lain (aku tersilap langkah la yang ni huhu)
3. xyah nk puas kan hati orang lain, kalau diri sendiri yang tak puas ati..ye la orang kata hp ko tu xdak secondary camera la, lantak la kan, daripada ada secondary camera, tapi OS mcm hampeh, xguna gak kan...ibarat cantik di luar, di dalam buruk nk mampus ahahaha (gara2 nk puaskan hati orang huhu)

So memang bagi pengajaran sungguh la pada lana..xpa, lana dh bertukar pada hp yang lagi besh dan lagi murah daripada wave ni ^^..nnt lana story di lain entry yer ^^

p/s ; pada yang tak kisah sngt dengan apps yang tak besh di wave, nk guna tuk surfing internet atau untuk email saja, mmg wave ok la, sesuai, sbb menaip jadi laju..mau kalau pakai os bada 2.1 kot, boleh swype ja...pantas..nanti lana cita pasal swype key ni lak ek ^^

p/s/s : lana ni jenis beli barang mmg nk puas ati..senang nnt ^^..dan lana xsuka pakai sat2, lana akan pakai lama sampai la rosak..cuma pakai sat jika apps dia x besh saja ahahaha


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...