


Sakit tekak yang takut (faringitis) ialah sejenis keradangan yang berlaku di tekak (rerongga yang terletak di belakang hidung dan tekak). Kebanyakan dari masalah ini disebabkan oleh kuman virus. Ia juga seringkali dikaitkan dengan:
Pendedahan kepada asap rokok dan pencemaran udara (emmm aku rasa berpunca dr asap rokok gak ni,sbb retu dok lepak seharian dgn pdot n geng,depa ni asek dok "charge" ja huhuhu)
Bernyawa melalui mulut semasa tidur kerana hidung tersumbat terutama di kalangan mereka yang sering mendapat alahan.
Penolakan naik asid perut ke tekak, lazimnya bagi mereka yang menghidapi masalah gastrousus.
Sakit tekak bakteria biasanya disebabkan oleh kuman bakteria yang dipanggil streptokokus. Ia diikuti oleh demam panas, sakit kepala, bengkak dan kelenjar di leher membesar. Walaupun begitu kadangkala seseorang doctor mendapati sukar untuk membuat diagnosis dengan betul semata-mata berasaskan gejala tersebut sahaja. Penyakit ini biasanya menyerang kanak-kanak yang berumur di antara 4 - 11 tahun dan kurang menjangkiti kanak kanak yang lebih tua dan orang dewasa.(alamak,aku dh 20 lebih ni pun kena je lagi huhuhu)
Jika penyakit ini tidak dirawat ia boleh membawa kepada komplikasi yang lebih serius seperti abses (bengkak bernanah), keradangan ginjal atau penyakit jantung reumatik. Oleh itu, doctor anda akan mengambil contoh kultur bakteria di tekak untuk mengesahkan kuman dan seterusnya memberi anda ubat antibioktik yang sesuai dan tepat jika ia betul-betul yakin bahawa keadaan ini disebabkan oleh kuman bakteria streptokokus.
TANDA-TANDA DAN GEJALA
Penyakit faringitis mempunyai gejala yang beraneka. Anda mungkin mengalami bebrapa gejala berikut:
Sakit tekak yang berbeza-beza dari ringan kepada sederhana dan rasa sakit ini menjalar ke hingga ke telinga.(a'a,aku rasa mcm ni)
Keparauan(emm takdak la pulak parau,tapi suara jadi lain la)
Tonsil atau anak tekak bengkak dan kelihatan merah(a'a memang bengkak pun huhuhu)
Gatal tekak(mcm nk masukkan tgn garu2 je tekak aku tuh huhuhu)
Demam(emmm dh tentu demam dh,ingtkan sbb kena hujan)
Terdapatnya selaput putih dan merah pada tonsil(huhuhu terbukti dh)
Kelenjar leher membesar(tak la pulak membesar,tapi rasa ja...)
Kahak yang pekat(ha ni lagi pelik...takde la plak kahak emmm)
Sakit-sakit badan(a'a)
Sakit perut, loya dan muntah(emmm tak la plak rasa mcm ni )
Hidung berair ( mungkin disebabkan oleh jangkitan virus)(ni pun tak gak)
PROSEDUR PENJAGAAN SENDIRI
Prosedur atau tatacara berikut boleh membantu mengurangkan ketidakselesaan anda akibat sakit tekak:
Minum cecair lebih banyak, termasuk air yang sejuk, ais krim untuk melegakan tekak.
Berkumur-kumur setiap jam menggunakan larutan dari satu sudu teh garam
Mengambil lebih banyak minuman panas seperti teh dan sup
Jangan merokok kerana amalan ini akan memburukkan lagi sakit tekak anda.
Ambil ubat logenzes atau kumur untuk melegakan keaadan tekak anda. Jika tekak anda kering atau gerit ambil gula-gula yang keras dan masam untuk membantu merangsangkan pengaliran air liur.
Jika usaha ini juga tidak berrjaya, gunakan logenzes atau semburan yang mengandungi bius (anastesia) setempat setiap 4 - 6 jam sekali untuk menenangkan keadaan buat sementara waktu. Ubat lozenges ini tidak disyorkan untuk kanak-kanak.
Jangan menghampiri mereka yang anda ketahui mengidap sakit tekak.
Ambil ubat parasetamol setiap 4 - 6 jam sekali pada dos yang disyorkan untuk meredakan demam dan kesakitan. Ataupun anda juga boleh mengambil ubat aspirin. Aspirin ini mengandungi ramuan-ramuan yang tidak boleh diberikan kepada mereka yang berumur 18 tahun ke bawah melainkan atas nasihat doktor. Ini disebabkan perkaitannya dengan sindrom Reye, yang boleh membawa maut.
Elak dari megambil makanan yang pedas, panas dan berminyak
Sesetengah ubat antihistamin boleh membuat anda rasa mengantuk. Oleh itu jika anda mengambil ubat ini, jangan memandu atau mengendalikan mesin. Ia akan membahayakan diri anda. Walau bagaimanapun, anda perlu berbincang dengan doktor anda untuk mendapatlkan ubat antihistamin yang tidak mendatangkan kesan mengantuk. Jika anda tidak memandu atau mengendali mesin anda perlukan ubat antihistamin kerana dengan membuat anda mengantuk ia membantu anda cepat sembuh.
BERJUMPA DOKTOR JIKA….
Sakit tekak anda dikuti dengan demam panas (suhu meningkat melebihi 38oC) atau demam yang tidak mahu berhenti walaupun anda telah mengambil ubat parasetamol.
Kelenjar di leher bengkak atau membesar.
Tonsil atau belakang tekak anda kelihatan merah terang dan terdapat kesan nanah padanya.
Sakit tekak anda tidak mahu reda selepas 4 hari
Sukar bernafas dan terasa sakit bila menelan
Gejala-gejalanya semakin teruk
Untuk sakit tekak yang disebabkan oleh kuman bakteria, doktor selalunya memberi ubat antibiotik. Pastikan anda menghabiskan ubat tersebut seperti yang dinasihatkan (untuk selama 7 - 10 hari). Jangan terlupa mengambilnya, jika lupa, cepat-cepat mengambilnya balik. Jika anda diberi ubat-ubat lain bertanyalah doktor anda mengenai ubat-ubat itu untuk mengelakkan pertindihan dos dengan ubat yang telah anda beli dari kedai (seperti parasetamol yang anda ambil untuk meredakan demam).
BAHAYANYA SAKIT TEKAK
Adalah sangat penting untuk merawat jangkitan yang ada hingga ia benar-benar sembuh untuk mengalakkan dari kesan yang merbahaya seperti demam reumatik, radang sendi (artritis) dan penyakit buah pinggang atau ginjal. Kadanglkala sakit tekak terjadi sebagai gejala dari masalah-masalah lain seperti alahan, influenza, bronkitis, campak atau measle. Dalam keadaan tertentu, sakit tekak merupakan satu petanda kepada penyakit lain yang lebih serius seperti kanser, leukemia, difteria dan abses yang terjadi jauh ke dalam leher.
1.Berapa pasang baju raya anda taun ni dan kaler apakah?
huish…aku rasa kan,tahun ni la paling banyak baju raya…eh tapi boleh di panggil baju raya ke?hikhikhik…ada la lam 10 pasang..aku dh tempah lama dah,tapi dpt siap dekat raya..ekceli baju tuh tuk aku pki mai opis…tapi siap masa raya,kira baju rya la ek…boleh x mcm tuh?hehehehe
2.Apakah makanan raya tradisional kegemaran anda?
putu beras dan ketupat dgn serunding daging mak ler….
3.Apakah biskut raya kegemaran anda?
emmm apa ek???mcm byk ja yg aku suka hehehe….tapi kali ni aku suka biskut yang akak aku beli,nama dia samperit dalam cup agagaga…sedap n lembut jer…..
4.Bape banyak duit raya anda dapat n spend untuk bagi kat bebudak?
Emmmm duit raya tak dpt dh since dh keja ni…so aku la yg kena spend…thn ni boleh tahan la,sbb keja pun dh confirm kan…lebih kurang rm2 rat gak la
5.Apakah aktiviti malam raya korang?
aktiviti mlm raya aku? Pas berbuka,kemas2 ruang tamu,pastu aku kuar dgn MFBI g cari barang2 tuk sok…kedai mana bukak dh raya sok…pastu bermain dgn anak2 sedara aku,sbb depa br smpi dr KL…persiapan mmg dh siap siang2 lagi la…so mlm relex jer la…..
JIKA sukar mengikuti pelbagai diet untuk menurunkan berat badan panduan berikut boleh diikuti untuk mereka yang mahukan bentuk badan ramping serta menikmati gaya hidup yang lebih menyihatkan.
1.Berjalan kaki, sekurang-kurangnya 15 minit setiap hari. Jika asyik naik lif untuk sampai ke rumah, cubalah naik dan turun rumah dengan tangga.(ni aku mmg hari2 berjalan kaki dr umah ke opis,balik jer tumpang kak seli hehehe,naik tangga??tingkat 5???penah gak la aku naik tangga,sbb ramai sgt org tgu kt lift tuh,elok smpi tingkat 3 dh semput tau hahaha...sampi tingkat 5 aku dh batuk2 dah penat seeey...)
2. Minum air kosong lapan gelas sehari. Ia membantu membuang toksin daripada badan. Segelas air kosong juga boleh diambil sebelum makan kerana ia memberikan rasa kenyang sekali gus menghindarkan diri daripada rasa lapar berlebihan.(emmm tips ni mmg aku wat hari2..sampaikan ada org jeles aku minum air byk hehehe)
3.Sarapan setiap pagi usah diabaikan. Mereka yang tidak bersarapan cepat lapar dan mendorong diri untuk makan lebih banyak pada waktu tengah hari.( emmm ni pun aku lulus,ye la,klu tak mkn pagi,mmg la rasa lapaq gila...pedih perut pastu )
4.Banyakkan pengambilan buah-buahan dan sayur-sayuran kerana ia baik untuk sistem pencernaan serta dapat menurunkan kadar kolesterol badan.(dulu aku ada mengamalkan mkn pisang..mkn piiiiisang jer,tapi nasik ada gak la mkn(kuantiti yg sikit je la),pastu tetiba kuku tangan aku mengalami sesuatu penyakit yang pelik,terus aku benti makan pisang huhuhu)
5.Usah makan hingga perut sudah kenyang. Jika sayang makanan berlebihan, ia boleh disimpan.(alamak,ni mmg failed,aku klu syg makanan tuh,mkn smpi habih huhuhu...ye la,dok bayagkan org yg tak dpt makanan mcm kita,sian kt depa,so aku sgt menghargai makanan hehehe)
6.Kawal diri supaya tidak makan makanan berlemak dan bergoreng secara berlebihan. Makanan dikukus atau direbus lebih elok untuk kesihatan.(alamak,yg ni pun aku tak leh nk kawal gak,rasa nk mkn,makan jer huhuhu)
7. Kajian Universiti Chicago mendapati tidur dapat mempercepatkan kadar metabolisme badan sebanyak 40 peratus. Oleh itu, pastikan anda mendapat tidur secukupnya setiap hari.
Berjaga hingga larut malam untuk menonton televisyen atau bercakap di telefon berjam-jam ada kalanya mengasyikkan tetapi apalah guna bangun dalam keadaan letih keesokan hari.(yang ni lagi la failed..ada ja benda aku nk wat tgh2 mlm, basuh baju la,kemas bilik la, tgk drama korea la,bergayut ka hehehe)
8.Senaman sesuai mengikut bahagian badan elok dilakukan setiap kali bangun di waktu pagi.(ala,bgn pun dh lewat...mmg tak sempat la nk bersenam...iyah,kena disiplinkan diri nih iyah iyah ruby booooleh!!!)
9. Apabila bangun pagi, rajinkan tangan membersihkan rumah. Mungkin ia tidak sehebat senaman di luar tetapi aktiviti berkenaan tetap membantu dari segi pembakaran kalori dalam badan.(emmm klu hujung minggu je la kan kemaskan rumah...tapi klu hujung minggu ada ke nk bgn awal ???hehehe...pas subuh sure tdo balik adeeeeh haaaiz,mcm na niey????tapi aku akan mengemas rumah pada waktu malam...kira ok la tuh ek heheheh)