Tuesday, October 26, 2010

Ketahui Perkara yang Isteri Tidak Suka

Bosan dah menulis pasal aku saja kan..ok jom rilekskan minda, baca benda2 yang berfaedah dan boleh sama-sama kita memunasabahkan diri masing-masing kan...

Bagi suami di luar sana tu, ni ha ada tip sket tentang apa yang tidak disukai oleh isteri dari Ustazah Dato' Siti Nor Bahiyah Mahamood.. Aku copy paste balik tips ni dari Majalah Harmoni. Credit to Majalah Harmoni ^^...

1. Isteri tidak suka suaminya bertindak kasar, sama ada melalui perbuatan atau percakapan kerana wanita adalah manusia yang sensitif dan lemah lembut sifatnya. Oleh itu, suami perlu melayaninya dengan lemah lembut, penuh kasih sayang dan berhati-hati supaya tidak melukai perasaanya - a'a betul tu, aku cukup xsuka kalau hubby aku bawak keta, lepas tu dia maki hamun sebab jalan bodoh la, trafic light x betul la...xsuka tau, wlupun bukan dia kata kt aku pun hehehehe...

2. isteri tidak suka suaminya tidak menghargai usaha yang dilakukan oleh isteri, seperti isteri berhias memakai baju baru sedangkan suaminya tidak memberi apa-apa ucapan atau kata-kata yang menunjukkan suami menghargai apa yang dilakukan oleh isteri - emmm memang pun, aku akan rasa down bila niat aku nk diet atau nk g jogging kuruskan badan, hubby aku cuma gelakkan aku..at least bagi la sokongan moral la kan..last2 x buat pun..hargai la, aku buat tu tuk dia gak huahuahua.....

3. Isteri tidak suka suaminya menyebutkan kelemahanya sekalipun dengan niat bergurau, terutama di depan orang lain - emm setakat ni, xde lagi la kan...mayb hubby aku ni jenis yg xsuka nk critakan keburukkan sesiapa....

4.isteri tidak suka suaminya memandang wanita lain di depan isteri walaupun secara tidak sengaja. ini akan melukakan hati dan perasaannya serta menimbulkan rasa cemburu dalam diri isteri.

5. isteri tidak suka apabila suaminya membicarakan atau menyebut poligami walaupun secara bergurau - aku ok ja, sebab aku tau dia sygkan aku..tapi jangan nk mengada2 buat naaaaa...
isteri tidak suka jika suaminya memuji kecantikkan, layanan ataupun pilihan wanita lain - eee please la, kalau suka nk puji org lain, pi la kawen dengan dia, huh, emo!

6.isteri tidak menyukai suaminya kedekut dan bakhil kerana rumah adalah segala-galanya bagi isteri. Oleh itu sebagai suami pastikan keperluan isteri dan anak-anak disediakan secukupnya mengikut kemampuannya.- dah la bakhil, pastu ada hati nk poligami, boleh blah la lelaki mcm ni huhuhuhuhu....

7.isteri tidak menyukai suami yang tidak memberi perhatian yang istimewa kepadanya ketika ia sedang sedih ataupun sedang sakit - ada ka patut buat dek ja bila isteri sakit, kalau dia sakit, isteri buat dek balik, apa dia rasa???

8.isteri tidak suka suami yang tidak mempercayainya dana bersangka buruk ataupun menuduh yang bukan-bukan. Perbuatan ini akan memberi kesan yang berpanjangan serta menyakitkan hati isteri.

9. isteri tidak suka sekiranya suami meningglkannya keseorangan di rumah dalam tempoh yang lama. terutama ketika pasangan belum dikurniakan cahaya mata - emmm yang ni terjadi pada aku, tapi xdak la pula aku xsuka pada hubby ku, nk buat macam mana, masing-masing mencari rezeki. bila berjauhan, dan berjumpa dua minggu sekali, dapat layanan macam pengantin baru ja, tu yang besh hehehehe....

10. isteri tidak senang dengan perangai suami yang tidak mengucapkan selamat tinggal dan bersalaman setiap kali meninggalkan rumah - salam la...kan salam tu boleh menggugurkan dosa-dosa kecil antara suami dan isteri.

11. isteri tidak menyukai suami yang selalu bertengkar dan bergaduh dana mengancamnya dengan penceraian.- tak dak sapa yang suka kan....

12. isteri tidak menyukai apabila suaminya tidak mengingati tarikh-tarikh yang penting seperti tarikh perkahwinan, tarikh ulang tahun kelahiran dan lain-lain lagi - dah test kt hubby, nasib baik lulus hehehehe..

13. isteri tidak menyukai apabila suaminya apabila berjauhan tidak menelefon atau SMS kepadanya. - yang ni selalu sangat aku alami huhuhuhu...so memang isteri xsuka, walaupun dok jauh, rasa macam terabai saja huhuhuhu....

oklah, ni saja yang boleh dikongsikan..."Anda buat, anda dapat"

Monday, October 25, 2010

Makeup part 1

Hi gurl!! ^^ ermmm cik ika kita ni, nk belajar makeup..ada dia tinggalkan komen masa aku beli makeup elianto tuh...adeeh la, akak ni bukannya pandai makeup pun dik ahahaha, akak pun belajar dari you tube jer dik...tapi demi ika, akak nk gak la kongsikan dengan ika heheehe..

hubby aku penah kata kt aku " emmm b ni, bila buang makeup baru la nmpk bekas2 jerawat tu, kalau x nmpk licin ja muka" ha kan kan u all...see, makeup boleh menutup kesan2 jerawat dan menambahkan seri wajah kita hehehe...

muka aku yang tak bermakeup langsung, akan nmpk parut3 jerawat yang tak mau hilang...bila dh hilang tumbuh pulak jerawat baru adeeeh laaa....comot je kan huhuhu


so lepas makeup jadi mcm ni la, berseri2 ahahaha...aci x pakai pic pengantin? aci je la kan hehehe...see mak andam makeupkan aku smpi nmpk pipi kurus, padahal ahahaha...yer2 aku tau, memang sangat tidak adil menguploadkan gambar yang bukan makeup sendiri...nanti ya, aku upload, kita bersambung ke part2 lak ahahaha....

Friday, October 22, 2010

Perlu ke tak ek?

Perlu ke tak aku tukaq design blog ni? rasa mcm cemuih la plak..emmmmm korang rasa? tapi sayang kombinasi kaler ni, aku suka...kekalkan kaler, cuma tukar design je la kan...emmmmm...apa kata korang??

Wednesday, October 20, 2010

Masalah Perempuan

Masalah perempuan ni, ada mcm2 masalah...Salah satunya ada aku tulis di blog ni...aku dah dapat jalan penyelesaian dah hehehe...dan sekarang, aku nk jual plak pada kawan2 aku yang mengalami masalah yang sama...

so, apa tunggu lagi wahai kawan2 perempuanku...jangan biarkan diri anda diselubungi masalah itu hehehehe..

Silalah ke blog shop saya ini hihihihi

Tuesday, October 19, 2010

Yeah ...Ticket Last Minute to Showcase Maher Zain

Maher Zain...dia popular sejak mai malaysia ni...padahal dia dh berkecimpung (ceewah ayat) tahun 2009 lagi kot...dah lama dah...
Aku pun leh kenal dia dari fb la...pastu hubby munchy la dok bgtau, yang paksu dia asek dok pasang cd Maher Zain ja masa balik kg retu..dia pun minat...

Pastu baru2 ni, Maher Zain datang malaysia..so ada la showcase dia...ada gak sesi bertemu dengan peminat...tapi aku xambik port sgt la...suka dengar lagu ja...dan aku tau yang company aku ada beli tiket tuk bagi pada customer...so, xpa la...xkisah dan xmengharap pun...sekali....ada tiket lebih, ada customer yang tak leh nk pi showcase Maher Zain tuh...dan aku dapat offer tiket tu pun dah pukul 6 ptg, Alhamdulillah, wlupun dpt lmbt, tapi ok la tuh kan..tiket lunyai pun leh gak masuk hehehe...time tu aku otw balik ke rumah...pecut xyah kira dah ahahaha, seb bek xdak apa2 yang berlaku huhuhu...

tanya hubby munchy, mintak izin dia..wlupun dok jauh, kena la mintak izin kan huhuhu...dia mcm jelez, dia tanya aku, kalau dia tak bagi aku pi macam mana? aku xpi la...cakap laki kena ikut wooo....tapi dia acah ja hehehe.....xpa la dear, tahun depan kalau ada konsert, b xharap tiket free, nanti b beli dua tiket, kita pi tengok sesama naaaaa hehehe..

so malas nk cakap banyak, jom layan cerita bergambar hehehe...

showcase start pukul 8 malam...pukul 7.03 minit dh masuk waktu maghrib, jgn ingt kitaorg dtg showcase ni xsolat lak tau, siap ada surau semua, kan negara Islam, kemudahan surau sangat senang...beratur bergambar..time ni dah pukul 7.30 mlm....

 ni adalah pandangan dari tempat aku duduk..tepi..tapi nampak gak la kan..what do you ecpext from RM70? ok la tu mcm ni kan, nk dok bebetul depan bayar la RM200 kan hehehe...Sekali aku duduk sebelah Dila, housemate aku la ahahaha...dia bgtau dia terjumpa dengan Fazura..so aim aku, nanti dh abeh showcase nk bergambar dengan fazura...sekali dia balik awal la huhhuhu.....

 Host showcase malam tu ialah Wardina dan juga Fitrie..
 .
Pembukaan showcase by Inteam...besh gak lagu2 dia...memberi semangat...

 pastu diikuti pulak oleh Aisyah...lemak merdunya suara Aisyah ni, maintain jer suara dia...sayu dengaq wuwuwuwu

 dan kemunculan yang dinanti-nantikan, Maher Zain ^^....dia senyum sangat sweet...bagus la dia ni...berdakwah di dalam lagu...dan dia sangat la sporting ^^

 Kecik je Maher aku nampak dari atas hehehe..nasib baik ada skrin, leh gak nmpk muka dia hehehe...

dan sesi bergambar dengan artis malaysia lak hehehe..
comelnya wardina, mcm anak patung dah ehehe...

nk bergambar dengan Maher Zain, dia dah awal-awal lagi dah balik, so bergambar dengan poster dia je la hehehe....
tiket and the badge..badge tu beli tshirt kt bawah ni dapat free..
korang nk beli tshirt ni? senang ja, xyah nk pi showcase pun, siap boleh beli on9 lagi heheh...ni beli kat Brotherood Art ..membeli sambil menderma...Company aku penah deal buat tshirt dengan Brotherhood Art ni, memang besh kain dia...so xnyesal kalau beli dari ctu...tapi aku bgtau siap2, baju yg design seperti di atas, hanya ada free size je tau...

the badge...xdaknya dpt merchandise, suma kena beli la huhuhuhu....

Besh sangat dapat pi Showcase ni...Insyaallah kalau Maher Zain mai lagi, aku akan pi lagi...beli tiket awai2...Tenang bila dengar lagu2 dia...Now, ipod aku ada lagu Maher Zain saja hehehe...Iphone? Iphone aku ada kt kedai lagi ngahahaha....

p/s : selalu dok nampak mcm Justin Timberlake version berisi ja Maher Zain ni...Ish tak baik la ruby ni huhuhuhu....

Monday, October 18, 2010

Fazura yang Friendly xoxoxox

Aaaaa sukanya...korang suka tak kalau artis yang korang minat, respon kt korang?  Aku rasa sangat dihargai hehehe...

Kejadian ni telah berlaku pada hari sabtu yang baru lepas ni...masa ni tengah ada cerita cerekarama lakonan shiela rusly dan norkhiriah - Berdosakah aku...

sambil tengok tv, biasa la kan, of coz la layan fb gak, sekali tengok pelakon pujaan aku tulis status tengah tgk cerekarama..so saja2 la aku pi komen kt wall dia..ha la, cerekarama tu ckp loghat utara, tapi mcm xberapa nk jadi, tapi ok je la kan...

ok2, malas nk cita panjang2, korang tengok sendiri la komen dari aku tu hehehe....

Cuma sangat terkilan xsempat jumpa Fazura masa showcase maher zain tuh...xpa, nnt kalau ada event avon ke, sure aku akan pi hehehe...

Kalau korang suka fazura gak, like je kt fan page dia..dia ada masa, dia jawab je...kalau nk kutuk, sorry ek, pi main kt tempat lain okeyh!! heeeeeeeee.....

Friday, October 15, 2010

KPLI Ambilan 2011

Kepada kawan-kawan di sana yang hendak mencuba menjadi seorang pendidik macam aku ni, no pin KPLI sudah boleh di beli...

Sila la kawan-kawan mengisi borang pada laman sesawang ni yer http://kpli.moe.gov.my/application_jan2011/..

penat gak aku mencari link ni, akhirnya terjumpa jugak...Gud luck yer ^^ 

Cara Bayar Saman Dengan Mudahnya

Marilah membayar saman wahai kawan2 supaya kereta anda tidak di blacklist ketika hendak membuat pembaharuan roadtax ahahaha...mcm kempen dalam iklan lak kan...


sekarang ni dah ada cara mudah bagi yang sibuk bekerja, payah nk pi bayar saman kt balai polis..dengan hanya klik pada myeg, di situ korang boleh membuat penyemakan saman korang...


berikut adalah antaramuka website myeg tu

senang ja nk guna website ni...user friendly...
menurut kakak aku yang keja merenew insuran keta, dia la yang bgtau, mana2 badan yang mempunyai link dengan myeg (seperti logo di atas) haruslah kita membayar saman. contohnya PDRM...kt situ kita boleh semak saman  kita kena berapa...saman JPJ pun boleh kita semak gak...kalau dbkl, aku check dia xsediakan sistem untuk check saman, so, xyah la bayar saman dbkl, sebab dia xkan blacklist nama kita pun...

masalah sekarang ialah saman PDRM ni ha...setakat ni, saman terkumpul oleh aku adalah 19 saman huhuhu...18 saman adalah SAMAN PARKING SAHAJA!!

aku tau, semua saman parking tu aku dapat daripada tempat parking free yang terhad di area opis aku(maksudnya aku parking double la tu, xmasuk dalam kotak)..Harap maklum ye kengkawan...kalau korang nk datang area Bandar Tasik Selatan ni, sila masuk ke dalam parking berbayar yer, pastu kalau double parking, sila la letak Name Card korang, supaya orang yang korang block keta dia, boleh call korang supaya alihkan kreta,tapi risiko kena saman adalah tinggi huhuhu...nk dapat parking cantik dalam kotak dan free?? kena datang awal la..kul 8 pagi pun belum tentu ada parking dalam kotak tau..dah full.ikut nasib je laaa

sebab tu la, aku tulis dalam status fb aku semalam "mendapat parking yang cantik di area opis dan area umah adalah satu nikmat.Alhamdulillah" ahahaha...serius beb, memang lega sangat...

bayangkan setiap kali aku balik kampung, abah aku akan bising dapat surat saman ja...huhuhu

memandangkan bulan depan aku akan merenew insuran dan roadtax, aku tak mau la blacklist kan...tapi dah sah2 blacklist, kena bayar la dulu saman kan...memang bulan ni, aku ikat perbelanjaan aku...so bayar dulu sikit, dapat gaji bulan depan bayar pulak...

kalau dah 19 saman, dah dekat RM700..

 
satu lagi ye kengkawan, bila kita guna perkhidmatan bayar saman kt myeg ni, satu saman, akan di charge RM2 untuk proses pembayaran..ye la, dia pun amek untung gak kan...kalau xmo rugi rm2, pi bayar kt balai polis sana keyh...aku malas, biar je la kan...bayar je online ni ha, senang...
dan apabila saman telah di bayar (aku bayar sikit saja, bulan depan kaw-kaw la bayar huhuhu) korang akan dapat mesej seperti di atas...so saman aku dah berkurang dh ni, tinggal 13 saman je la hakhakhak...bulan depan makan megi je la huhuhu....

p/s : selamat membayar saman yer kawan2 ^^

Thursday, October 14, 2010

Sticker Wall Bilik Pengantin

Emmm...aku tengok dalam Keywords kt Nuffnang tu, rupa2nya ramai yang nk cari pasal Ice Room Bandar Baru bangi yer, tangga ke dua jatuh kepada carian bilik pengantin....so kt cni aku nk buat review la sket pasal bilik pengantin dan sticker wall aku retu...

Idea nk tampal-tampal sticker ni mencurah masa aku pi Jalan Tar...time plak mak aku tanya, nk letak langsir macam mana kt dinding tu? sebab aku beli langsir untuk dipasang di kepala katil ja...so idea nk tampal sticker pun timbul...

sekarang kan macam trend tampal2 wall sticker ni...pandai tampal cantik je jadinya kan hehehe...

aku beli sticker tu bukan la yang ori pun dari korea tuh, beli yang RM10 dapat 4 keping hehehe...

berlaku tragedi menampal sticker...korang boleh baca di sini hehehe..

dan di bawah adalah hasilnya....


pandangan tepi..abaikan muka pengantin yang asek membetulkan tudungnya saja ahahaha

pandangan hadapan di kepala katil..kt kepala katil tu xde la cantik pun..idea sepupu aku yang keja kt butik pengantin, dia kata, kalau ada barang, boleh je buat sendiri...jadi la kan, buat sendiri je...lagipun pas abeh kenduri still benda ni ada lagi dalam bilik aku hehehe...
dan ini adalah closeup dengan sticker wall.. ramai yang kata aku lukis...wakaka, xdak maknanya nk melukis segala bagai...tampal jer hehehe...

p/s : to bride 2 be, selamat mendekorasi bilik anda ^^

Wednesday, October 13, 2010

Isteri Pakai Skirt??


gambar credit to google

Aku nak tanya la kan pada korang suami-suami, orang lelaki ni...korang suka ke kalau awek korang pakai seksi? suka ke isteri korang berambut merah di tayang pada umum? emmmm?? aku penah tanyakan pada my hubby...


aku : boleh x kalau b pakai jubah n tudung labuh??
hubby : pakai la...
aku : boleh tak kalau b pakai skirt? buat rambut rebonding x pakai tudung?
hubby : tak payah nk mengada-ngada naaa...dosa b abang yang tanggung tau...dosa abang, abang gak yang tanggung...abang pening kalau bini abang seksi...haaaiz....
aku : ok2...


see...kita sebagai isteri kena ikut cakap suami selagi apa yang di suruh suami tidak bertelagah dengan hukum Allah..aku bukanlah pandai nk bercakap bab-bab agama ni, tapi ni juga sebagai peringatan untuk aku gak...


kadang2 bila aku tertinggi suara, rasa berdosanya pada suami...B mintak ampun ya...(i know u read this ^^)...

so kalau suami yang tak tegur isteri dia pakai seksi (bagi yang beragama Islam) dia la sendiri yang akan tanggung..bayangkan isteri dia seksi, orang lain tengok...kalau perempuan tengok, dah sah2 ada yang mengutuk jer...kalau lelaki tengok, mungkin boleh menimbulkan perasaan yang luarbiasa emmm.....


so fikir-fikirkan lah...





Tuesday, October 12, 2010

Duit dari Nuffnang

Yeeehaaa...sambung entry yang semalam ek....Hasil daripada titik peluh kawan-kawan yang klik pada iklan nuffnang aku, dan juga titik peluh aku menulis entry di blog supaya iklan terpapar, aku rewardkan diri aku dengan benda di bawah ni...ahahahaha...set barangan kosmetik dari elianto...ala murah je pun, tapi ok la kan...aku guna kesemua duit dari nuffnang tu, dan dapat benda seperti di bawah ni...(biasa la perempuan)


nanti kalau dapat lagi cek, aku rasa macam nak buat contest je la ermmmm.....

motif aku beli barang2 ni, at least nampak gak aku guna ke mana kan hehehe.....nk beli guna duit sendiri?? tunggu gaji la, tu pun belum tentu nak beli hehehe

p/s : hubby, lupa la nk bgtau u, i beli brg2 ni, boleh kan? hihihi u xbagi, i dah beli pun ^^

Saturday, October 9, 2010

First Cheque from Nuffnang


Yeeay!!! Ni lah first time aku dapat cek dari nuffnang...aku bukan seorang blogger yang tegar, yang update blog sehari sampai 5 kali...aku update blog jika ada mood dan ada benda nk diceritakan...so memang susah la nk dapat income dari blog kan hehehe...
Lagipun iklan nuffnang yang ada kt dalam blog ni, hanyalah sambilan saja...bukan nk buat sumber pendapatan pun..at least ada la gak kan...tak dak la banyak sgt pun, tapi boleh la beli sesuatu dengan duit ni,Alhamdulillah...Apa yang aku beli?? tunggu next entry hehehe...

Dah lama aku letak iklan dari Nuffnang ni, tapi aku penah privatekan blog aku, sebab tu la dia xaktif...pastu dah public balik, so barulah masuk sikit2...ada laaa sikit...

p/s : thanks pada blogger dan silent blogger yang masuk dalam blog ni dengan klik iklan...for sure korang klik iklan tuh, sebab korang berminat dengan iklan tu kan? hehehe...

I-City

Lama sangat dah aku teringin nk pi kota cahaya lampu ni atau lebih dikenali sebagai Icity...

First masa aku pi Icity, masa tu free lagi..tutup pun awal, kul 11 malam dah tutup dah, so aku dengan tunang aku (iaitu hubby munchy la kan ^^)  beserta dengan Hoe dan Amer serta awek Amer, hanya terpaksa melihat pokok-pokok lampu dari luar saja...sat aku nk cari gambaq yang kami tangkap kt luaq icity tu...sat na...

ha ada gak, tapi sekeping saja ahaha...ni pun tunang aku la ni...nk tiru aksi moq hehehe...
disebabkan dah tutup xleh masuk, amek gambaq dari luaq pun jadilah kan heheheh...


 minggu yang lepas, adik beradik sebelah hubby datang KL sebab ada  kenduri kt kg melayu subang tu...so ramai la yang datang, meriahnya, besh ^^...

memang planning awal2 nk pi tengok icity tu...kononnya pukul 9.30 mlm dh ada kt icity, then kul 11 nk g tengok wayang la kan...hubby aku, mengidam nk tengok wayang 3d, so beli la tiket on9 cita resident evil version 3D punya...sekali, terlari planning daaa...ni gara2 ada makan2 kt rumah sepupu hubby..apa lagi, nk berkumpul suma bukan senang kan hehehe...

so, aku dengan hubby sepakat je la, burn saja tiket wayng tuh huhuhu...xpa la, family first right...bukan selalu leh dapat gather together pun kan...duit burn pun, xpa, boleh cari lagi duit tuh kan...

so kami bertolak dari kajang perdana pukul 10.30 malam...sampai di icity lebih kurang pukul 11.30 dah...ingatkan dah tutup, rupa2nya, depa bukak dari pukul 6 petang sampai 6 pagi, ha ok la kalau mcm tu kan...sian kt sepupu dan hubby aku yg datang dari aloq staq ni kan...

tapi kan, seingat aku, dulu member aku bgtau nk masuk free ja, la ni, dah kena bayaq RM10 tau untuk parking huhuhu...xpa la...bayaq je la

so apa lagi, jom la layan gambaq ni heheheh....

sapa yang ada camera yang mempunyai function sweap panorama, leh la capture mcm kt atas tu...cantik kan heehehehe...

my hubby munchy...(kalau aku snap pic ja, sure canrik, kalau dia yg amek, ermmmm, nmpk aku gemuk ja, u saja tau yang huhuhu)
 
cantikkan?? aku tunjuk gambaq2 ni kt anak2 sedara aku, suma pakat nk pi...depa kata"nk pi taman lampu" hehehe...so tunggu je la aku update pi icity dgn family aku lak hehehe
aaaaish, xmcm umoq 28 la hubby ni ermmm...

us...thinking our future
k, dah la tuh...so sapa teringin, pi la...sediakan camera yang berkualiti untuk menangkap gambaq yang cantik..
p/s : hubby mcm teringin DSLR lak, emmm xyah la kot kan....

Wednesday, October 6, 2010

Mandi sembuhkan penyakit

(gambar dari sumber google)

Aku sangat laaa malas nk mandi huhuhu..terus terang aku mengaku la kan...tapi memang teruk la kalau tak mandi, badan rasa tak selesa, penyakit pun senang dapat. so kali ni aku nak share apa yang aku baca daripada Majalah Harmoni, di tulis oleh Hamidah Zabidi.

Kajian oleh penyelidik Jepun mendapati , mandi bukan hanya baik untuk membersihkan tubuh daripada kekotoran dan menjauhkan stress. Mandi sebenarnya turut berperanan meningkatkan sistem kekebalan tubuh, membantu kulit terhindar daripada penyakit ekzema bahkan menyembuhkan masalah perubatan yang serius.


Anda cuma perlu berendam selama 10-20 minit dalam air suam. Kesannya, toksik dikeluarkan daripada tubuh, stress lenyap, masalah ekzema sembuh, sakit kepala dan flu hilang serta pengaliran darah menjadi lancar.

so pada korang yang xdak hot shower tuh, jerang je la air kan, pastu mandi, mesti segar punya la....aku nk amalkan la..sejak dua menjak ni, badan asek lemah saja...

Anda buat, anda dapat !! <-- tiru ustazah Siti Nor Bahiyah ^^ (pinjam yer Ustazah)

Tuesday, October 5, 2010

Makanan Awet Muda

Ok, kali ni aku nk tulis pasal tips kesihatan lak yer..artikel ni di cedok oleh majalah harmoni, oleh Zalifah Abdullah...so aku nk kongsi la yang baik untuk semua kan...

umuq aku lagi 4 tahun dah nk masuk alam 30an...tolak 7 bulan lagi 3 tahun la nk masuk 30an...so, untuk mengekalkan awet muda, pemakanan kita sangat la penting...

Minyak zaitun - Minyak zaitun mengandungi polyphenols, sejenis antioksidan yang berupaya untuk mencegah penyakit akibat penuaan. Lemak tidak tepu di dalamnya turun ampuh dalam menurunkan risiko penyakit jantung dan kanser.  


Ikan - ikan mengandungi lemak omega 3 yang ampuh dalam menurunkan kolestrol dan penyumbatan dalam pembuluh darah serta pencegah keabnormalan jantung.

Yogurt - yogurt memiliki bakteria baik yang pertahankan kesihatan perncernaa serta mengurangkan risiko penyakit usus berkaitan usia. ia juga kaya kalsium yang mencegah osteoporosis.


 Kekacang - vitamin, mineral, zat phytochemical dan antioksidan terkandung di dalam kekacang. malah kacang juga kaya lemak tidak tepu yang menawarkan manfaat serupa dengan minyak zaitun.


Blueberry - peneliti dari Jean Mayer Human Nutrition Research center mendapati bluberry berupaya mengurangkan peradangan atau inflamasi dan kerosakan oksidatif yang berkaitan dengan penurunan daya ingatan dan kemampuan motorik di usia tua.

Anggur - anggur merah mengandungi resveratrol yang melindungi diri daripada penyakit jantung dan diabetis


(sumber gambar semuanya dari google )

Coklat - kaya dengan flavanols, antioksidan yang dapat membantu melancarkan peredaran darah sekaligus mengurangkan risiko untuk menghidap penyakit diabetis, darah tinggi, demensia dan penyakit ginjal.
    So kita dah tau kan makanan apa yang boleh mengekalkan awet muda, so takat ni, aku nk makan banyak ikan hehehe...disamping ada omega 3, dia juga mengandungi protien yang membantu untuk menguruskan badan yeeehaaa ^^

    Anda buat, anda dapat!!

    Monday, October 4, 2010

    Kuah Spagetthi mushroom ala Pn Ruby

    Entry ni dibuat khas tuk Pn Wan Salmi.dan Pn Anita .(hampa try la no, mana tau laki hampa suka nanti hehehe) Aku suka makan spagetthi...tu sebab kalau ada pot luck ka, jamuan makan kecil-kecilan di rumah ka, aku suka wat spagetthi...sebab dia mudah dan sedap hehehe...

    mulanya, hubby munchy penah makan spagetthi yang kakak dia buat, dia kata xsedap pun makan spagetthi tuh...so aku nk buktikan yang spagetthi ni sedap sebenarnya, so aku buat untuk dia makan...memasak ni, kalau kena dengan cara dia, sedap saja hehehe....dan hubby munchy puas hati dengan spagetthi aku masak...tapi dia lebih prefer makan kuah dengan mee maggi tuh, dia xmo guna mee spagetthi tu, apa2 je la abg oi, janji makan bagi gemukss tau hehehe...

    ok2, meh aku ajaq cara buat kuah spagetthi ala Pn Ruby hehehe...

    Ni adalah bahan-bahannya...simple saja... ada 5 benda basic yang aku guna..
    1. sos cili dan tomato puri mushroom 2 tin (jenama apa pun xpa, janji halal tau, prego yang dalam tin ada logo halal, aku prefer yang tu, sebab kimball punya brand xdak with mushroom)
    2. daging cincang (800 gram, sebab nk buat potluck kan, so guna banyak)
    3. bawang besar 2 biji
    4. tomato kecil satu bekas
    5. sosej mushroom ayamas
    ok meh aku closeup sket bahan2 tadi..

    tomato kecil yang di potong dadu..kalau nk tomato yang besar pun boleh, tapi susah sikit nk potong dadu, potong je la macam mana pun kan...fungsi tomato ni untuk pekatkan kuah spagetthi ni...

    bawang besar- ni aku guna bawang besar merah...selalu orang guna bawang bombay yang warna putih tu, xpa boleh ja guna bawang ni pun.

    daging cincang...perlulah di basuh dulu yer kawan2, pastu sejat air dia...

    sosej mushroom ayamas yang telah di potong sebegini rupa...xmau guna sosej pun xpa, sebab dah ada daging, tapi besh lagi ada sosej sebab bila makan nanti macam ada banyak lauk dalam kuah spagethi tuh..boleh ja nak tambah fishball ka, apa2 je la...
    aku amek sosej mushroom sebab nk gantikan mushroom...guna sosej murah dan banyak ^^

    dan last sekali, kena la ada sos tomato puri mushroom..sos cili ni aku guna nk bagi pekatkan kuah dan tambah pedas sket...

    ok cara-caranya ialah

    1. tumiskan bawang besar dengan minyak...aku guna minyak sunflower, so no kolestrol la yer ^^...tumis sampai naik bau bawang tuh..

    2. kemudian masukkan daging...ibarat kita merebus daging la kan...masukkan sedikit air, jika nampak kekurangan air...rebus sampai daging bertukar kaler...kalau kita malas nk kacau, daging ni akan menjadi ketul2, lagi nampak menarik untuk di makan...pastikan rebus lama sket, supaya tidak berbau daging sangat nanti...

    satu lagi yer kawan-kawan, air rebusan daging ni, tak payah la di buang, masak jer terus, baru la sedap kan...

    3. bila daging dan masak secukupnya, masukkan sos tomato puri dan juga sos cili...

    4. masukkan juga tomato yang telah dicincang. kacau hingga sebati..

    5. masukkan sosej yang di cincang dan kacau...pada masa ni juga, masukkan gula dan garam secukup rasa..aku suka manis2, so aku tak masukkan garam langsung, sebab aku dah masukkan serbuk lada putih supaya bagi rasa masin2 dan rasa pedas2 sket..

    6. kacau sehingga sebati...kalau nampak macam kurang pekat tuh, boleh la tambah sos cili lagi ataupun sos tomato...masak sehingga bebtul2 masak...ada setengah prang buat spagethi, rasa sangat bau daging tu, yang tu boleh menyebabkan orang jadi muak nak makan...cepat jemu...so masak la lama-lama sket...

    Finally, dah pun siap di hidangkan..spagetthi tu, sure korang tau kan mcm na nk masak...sonang ja hehehe...boleh ja nk gunakan megi pun...hubby aku, peminat tegar mee maggi, pasni guna mee maggi je la kan hehehe....

    Ok selamat mencuba ya !!
    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...