Monday, April 6, 2020
6 Hari PKP Fasa kedua
Sebenaqnya Kak Bee tak sangka pada tahun 2020 kita akan mengalami wabak pandemik yang dasyat ni.
Apakah kesan kepada kita?
Ekonomi, pekerjaan, persekolahan, semua terpaksa di tangguh.
Semua kena #dudukdirumah #stayathome
Sebabnya corona virus 19 ni merebak dengan cepat dengan hanya melalui sentuhan melaui mata, mulut ataupun hidung.
PKP Fasa pertama sudah berlalu.
Macam-macam saranan dan pelbagai usaha daripada pihak kerajaan.
Kak Bee berharap sangat covid19 ni berlalu lah dengan cepat..
Dan Kak Bee rasa macam kita dah tak boleh beraya ;(
Tak palah tak boleh beraya pun, janji cepat-cepatlah virus ni hilang.
Kita hapuskan rantaian virus ni.
Kak Bee nak kehidupan yang macam sebelum ni.
Tapi hikmah di sebalik kejadian ni, semua keluarga bersama.
Yang sibuk sentiasa ada masa dengan anak.
Yang tak pandai masak, dah belajaq pelbagai resepi daripada facebook hehehe.
Nasib baiklah anak-anak kak Bee tak meragam ajak keluar ke apa.
Sebab sebelum ni, kereta kak bee aircond rosak, so depa memang rasa panas kalau naik kereta hahaha.
Tak sempat nak pi baiki, tiba-tiba PKP pulak.Jadinya anak-anak pun dah faham, tak boleh keluar..
Tapi kak bee buat bisnes kak bee (printing label baju dan tudung) macma biasa..Cuma pergerakkan agak terbatas. Poslaju pun kena pos sebelum pukul 3 petang. J&T sampai 4,30 ptg
Semua beroperasi sampai pukul 8 malam sahaja.
Pukul 8 malam dah sunyi sepi kat luar..Semua orang duduk di rumah.
Kerajaan juga bagi pakej ransangan ekonomi pada rakyat. Terima kasih PM!!
Bolehlah berbelanja, cuma susah sikit lah nak keluaq, hanya seorang saja ketua keluarga untuk keluaq beli barang.
Kak bee apa lagi, online shopping lah hahaha...
Kak bee rasa, nanti kak bee akan update resepi yang best2 lagi hehehe..
oklah, catatan di blog ini sebagai kenangan, boleh di baca balik 10 tahun akan datang, tu pun jika umur panjang hehehe...
Oklah, nanti jumpa lagi naa ^^
Sunday, March 22, 2020
Resepi Laksa Kuah Lemak mudah dan sedap di kala keboringan ketika covid19 menyerang seluruh negara
Harini kak bee nak share resepi Laksa Kuah Lemak.
Ada kawan kak bee tanya, rasa macam mana?
Rasa dia macam laksa siam, cuma laksa siam kena ada daun limau purut, serai, halia dan lengkuas.
tapi resepi kak bee ni laksa kuah lemak penyegan, sebab dia ringkas, tapi sedap hahaha
ok, jomlah kita tgk resepi
Resepi laksa lemak
=================
Blend bawang besaq 1-2 biji
ikut suka nak buh belacan ka dak (kalau nk letak belacan, masuk sekali ketika blend bawang tu)
2 sudu besaq serbuk kari masukkan air agak-agak menjadi pes (ikut apa kari yang ada, kari ikan boleh, kari ayam daging boleh)
santan dalam 2 cawan kalau ikan dlm 400-500 gram
1. Masukkan minyak agak-agak untuk menumis bawang yang di blend tadi.
2. tumis bawang smpi kuning2, kemudian masukkan serbuk kari
3. Tumis sampai pecah minyak
4. bila pecah minyak, kak bee masukkan air asam jawa sebab asam keping tak dak hahaha
5.Tumis lagi sampai pecah minyak. (tujuan tumis banyak kali, supaya rempah kari tu masak, so itu rahsia sedapnya laksa atau gulai, atau apa saja yang berasaskan kari)
6. buh ayaq ikan, isi ikan, biaq mendidih (yang ni mesti hampa tau kot, kena rebus ikan dulu, pastu perisi isi ikan, asing daru tulang, kemudia blend tulang2 tu, tapis amek air dia)
7. pastu buh santan...kacau2 biaq smpi mendidih, buh la garam ikut hampa suka, serbuk perasa ka ikutlah.
8. siap!! simple dan sedap
sayur-sayur boleh guna timun ka, salad ka, tauge ka, kacang panjang ka semua boleh hehehe...macam kak bee, ada timun ja, so guna timun je la hehehe...
ooo yaaa, ikan ni kak bee beli 2 kilo RM10,...biasalah dok kedah, ikan fresh, santan pun kak bee guna santan fresh, rasa manis santan tu, sedapnyaaaaaa
oklah, kak bee lanja gambaq
selamat mencuba ^^
Thursday, February 13, 2020
Resepi Egg Muffin Keto version
So kak bee nk mengelap habuk dan sawang-sawang blog kak bee ni dengan upload resepi Egg Muffin Keto Version hahaha..
Oh ya, kak bee dah mengamalkan diet IF+keto ni lebih kurang dalam dalam 4-5 bulan macam tu. nanti kak bee cerita lagi ya.
sekarang ni masa untuk resepi ^^
-----------------------
- 4-6 biji telur (kalau satu lubang loyang tu, gunakan sebiji telur)
- mozarella cheese (ikut suka, dan kalau xdak pun tak pa) kalau untuk lulus keto, pilih yang kandungan karbonya rendah, boleh guna jenama anchor
- 3-4 sudu whipping cream (whipping cream di gunakan dalam diet keto adalah untuk menggantikan susu, sebab whipping cream ni adalah susu yang mengandungi lemak yang telah di buang karbonya) jika, tak mau guna whipping cream, boleh guna susu segar, atau full cream, supaya tak mau bagi rasa hanyir telur tu (tapi dia dah tak jadi menu keto la ya ^^)
- sedikit serbuk lada sulah
- sedikit black pepper (jika suka)
- setgh sudu kecil garam pink himalaya
- 100-200 gram isi ayam
- hirisan atau sagatan sayur-sayur, seperti gambar di bawah
Hiris daun sup (kalau tak ada pun tak pa, sebab daun sup tu dia mcm mengganggu rasa egg muffin tu hahaha), hiris bawang putih utk menumis, isi ayam dan tomato.
3. masukkan 2-3 sudu besar whipping cream, atau ikutlah sukatan yang di sukai hahaha, supaya naik rasa lemaknya dan tak rasa hanyir telur tu.
4. kemudian pukul telur sampai rasa puas hati hahahaha
5. gaulkan semua bahan sayur-sayur yang telah di sagat dan masukkan ke dalam loyang muffin ni...
6. jangan lupa greese kan loyang tu dengan minyak dulu sebelum masukkan sayur, supaya muffin tak melekat.
7. atas sekali kak bee letakkan isi ayam
tapi serius nak habaq hampa, lagi sedap letak mozarella cheese tu, kak bee buat tak letak mozarella cheese, rasa dia mcm alaaaa biashe2 jerrrr hahahaha...
9. kemudian bakar dalam oven, api atas bawah, 280-200* dalam 20-30 atau hingga masak.
Bila egg muffin ni masih panas, sedap di makan sebab cheese masih panas, boleh tarik-tarik macam dalam iklan pizza hut hahaha
Kak bee suka egg muffin ni, sebab dia lengkap semuanya...masukkan ja semua sayuq yang hampa suka...semua ada dalam tu.
telur tu hampa adjust la ikut hampa..jangan letak penuh sangat, nanti bila di bakar, dia akan melimpah ruah hehehe...
ok, tu ja...simple tapi penuh khasiat!!
selamat mencuba ^^
Jangan lupa share ^^
Sunday, January 6, 2019
Selamat Tahun Baru 2019
Yeaaaah masih tak terlambat lagi kot aku nak ucapkan selamat tahun baru buat semua pembaca blog aku.... tapi ada ka? Hahahaha.
Tahun 2018 dah meninggalkan kita 5 hari yang lalu....dan aku tengok balik, ada 3 post ja blog aku pada tahun 2018? Hahaha losernyaaaa.
Soooo tahun ni, aku nak aktifkan balik blog aku, maksudnya aku akan share macam2 yang bermanfaat dan jugak sebagai kenangan hehehe.
Ish macam kuno ja, orang lain pakat update guna facebook, guna ig, lagi2 buat vlog guna youtube...yeaaa i know, tapi aku lagi suka cara yang konservatif ni hahaha.
Sebab aku kadang malas nak menonton, baik membaca...mayb aku lebih suka membaca kot kan.
Lagi-lagi kalau orang dok google, tup tup benda yang di cari ada di blog aku, haaa kan best tu, dapat berjaya membantu orang bagi info yang berguna (bukan membawang naaaa hahahaha)
Oklah...tu sajalah pembuka bicara utk tahun 2019 ni....aku doakan sapa-sapa yang baca ni, di murahkan rezekinya dari segala sudut....doakan aku jugak rezeki melimpah ruah dan sentiasa sehat....rasa nak bagi giveaway ja kikiki...
Ok, jumpa lagi next entry.
Xoxo.
Lanabusybee
Thursday, April 5, 2018
Penangan Sales Victoria Secret RM29
Sebenarnya aku tau awal lagi yang secret victoria ada sale, sebab aku ternampak post kt page Aman Central pada pukul 9.30 malam hari jumaat.. sale tu start hari sabtu...













