Wednesday, January 18, 2012

#4 Wordless Wednesday

Gambar kesinambungan daripada wordless wednesday minggu lepas..ni bulan 9, 2011 yer...muahaha dengan jayanya menternak lemak dan isi wakaka...ok tunggu lak bulan 9 , 2012 ek hahaha....

Selamat Tinggal Kuala Lumpur

Pada 23 haribulan 7 tahun 2007...bermulanya kehidupan aku di kuala lumpur...dengan kerja yang baru, kerja first yang aku dapat selepas graduate ^^..

Tahun demi tahun menjengah, penuh dengan cabaran dan dugaan...pahit manis masam masin semua ada la...suka duka, menangis semestinya, gelak tawa....semua kenangan bagi aku sepanjang bekerja di KL ni memang kenangan yang sukar di lupakan....

daripada umo 23 hingga 27 tahun, daripada anak dara, now dah berkahwin ^^...tapi aku tak menyesal pun hidup di negari orang, di mana aku boleh berdikari sendiri, kenal jalan2 di KL (tu pun bantuan gps lol ^^), kenal erti kesusahan nk survive di negeri orang, bayangkan first gaji RM1000 sahaja time tu, dan aku boleh survive ^^...

memang la, dah time tu tak pakai kereta lagi ^^...tahun 2008 menjengah, asek berjalan kaki ke opis, now perlukan perubahan, dah bekerja dekat setahun, takkan xnak keperluan sendiri..maka lahirlah baby blue pada november 2008 ^^, 9 tahun installment, company cover interest, besh kan?? itulah keistimewaan company yang aku bekerja, banyak dapat benefit, tapi kita perlu amanah dengan kerja yang dipertanggungjawabkan (eh terskema lak hahaha)

bila dah ada kereta, mula la aku mengumpul surat2 saman keta hahaha...sampai surat di kg, abah kata aku samseng, sebab asek dapat surat saman saja hahaha...padahal tu adalah saman parking je pun kot...memang parking susah gila kt area opis ni ha....

tahun 2009 aku di tukarkan department lain, dengan alasan kukuh untuk aku gain knowledge...ya, aku akui, memang duduk kt sales department, banyak melatihkan aku menjadi seorang yang managable untuk menyediakan dokumen...

masuk dept software, agak susah...tapi aku perlu cepat belajar...perlu cepat pick up, sebab ni cara bekerja, bukannya lagi untuk belajar (memang kita belajar sampai bila2, tapi ingat, belajar dalam kerja, perlu berdepan dengan customer, bukannya exam, so sangat lain situasi itu) aku di beri kepercayaan untuk handle projek yang kecik2...tapi sayangnya, itu projek kecik yang first n last aku handle, sebab aku ni sangat tidak tegas wakaka...project settle on time, tapi tu la, tak tegas wakaka...

tahun 2010 aku di tugaskan untuk menggantikan seseorang menjalankan tugas dalam membuat portal di sebuah agensi kerajaan..memang ada masanya nk berhenti keja dengan supervisor yang sangat cerewet, tapi aku sedar, bila sesorang cerewet dengan hasik kerja yang dia nak daripada kita, secara tak langsung kita akan menjadi cerewet dengan kerja kita sendiri dan menjadi lebih teliti dalam hasil kerja kita ^^..aku suka cara tu =) bulan 6 tahun 2010 juga aku mendirikan rumah tangga dengan lelaki yang aku sayang...yang aku cintai...4 tahun kami berkawan, dan tiba masanya untuk bersama2 mengharungi suka duka, tapi yang tak beshnya, aku berjauhan dengannya...hubby di kedah, aku di KL...

tahun 2011 memang tahun yang goyah...mcm2 yang aku terima huhuhu...tapi aku mengaku silap aku jugak...ntah la, kenapa la diri ni mcm ni huhuhu...kalau aku berdiam diri, tak tak menceritakan kepada orang lain, kan lebih selamat, dan mungkin aku takkan terlibat dalam hal itu huhuhu...sungguh aku kesal dengan sikap aku yang senang nk bercerita dan percayakan kepada orang yang akhirnya memakan diri aku sendiri...apa dia ruby oi??? biarlah aku sendiri yang tahu dan orang sekeliling yang pernah tahu mengetahuinya...takkan ku ungkit lagi cerita silam itu...

2011 juga aku bertekad untuk mengambil keputusan membuat pengorbanan yang besar dalam hidup aku...dengan gaji yang pada mulanya hanya rm1k sahaja, now kini sudah boleh bersenang lenang, membayarkan bil maintenance pada mak dan abah di kg, aku lepaskan kerjaya ku ini...

lagipun aku rasa mcm tahun 2011 ni, tahun rilek ja bagi aku hahaha...aku pun dah tak tau sebenarnya aku nk buat kerja apa ni selain mendesign? habis projek yang aku involve., aku involve projek marketing buku...tapi sangat la memenatkan...

dimana satu ketika, hubby sangat2 memerlukan aku, di mana dia sangat down bila ayah yang di sayangi kembali ke rahmatullah...sepatutnya aku sentiasa berada di sisi suami tercinta... (bergenang air mata aku tatkala ini (T_T).. aku rasa berdosanya Ya Allah, tidak berada di sisi suami di saat dia memerlukan aku...boleh di katakan setiap minggu aku balik kg...bayangkan perjalan 6 jam dari kl ke alor staq..seminggu sekali...tapi untuk suami tercinta..aku relakan...

bulan 7 2011, berlaku konflik dalaman diri aku, di mana hati meronta2 untuk sentiasa dekat dengan suami...aku membuat keputusan untuk berhenti kerja dengan notis 3 bulan...tapi tak sampai 2 hari hantar surat, aku tarik balik...ntah la...rasa mcm sayang dengan kerjaya yang ada...aku bertekad untuk berhenti tahun depan...

tapi di sebabkan kerja yang semakin taf, kekurangan staff, aku di berikan tugas macam2...mampukah aku? hari2 mengadu pada suami, rasa mcm tak boleh pikul tanggungjawab dan amanah yang di berikan...setelah berbicang elok2 dengan suami, sampai bila nk berjauhan macam ni kan...bulan 11, 2011, aku hantar surat resign...dan kali ni adalah keputusan nekad...manager plak release aku awal, kiranya bulan 1 dah tak yah keja di KL dah....hati suami gembiranya tak terkira lagi ^^

masa hari last nk balik kg (23 hb 12) , suamiku datang untuk teman balik sekali dengan baby blue...rasa sangat sedih...tapi ada sinar kegembiraan di muka suami ku ...aku rasa sangat lega dan tenang saat itu...masa otw nk masuk tol jalan duta :

suami : selamat tinggal kl...nanti kita beli map KL tampal kt rumah ek??
aku : =.=    nanti mak dgn abah nk mai bercuti kt kl 26 hb ni...b ikut boleh?
suami : b...tunggu la bangunan yang baru buat tu siap dulu...ni baru nk susun dua biji bata, dah nak mai KL dah...
aku : hahahaha =.=..(rasa sedih, tapi happy)

sekarang 18 hb 1, dah dekat sebulan aku duduk di rumah...tak keja..oh no!! tak kerja?? hahaha..oit2 jangan menggelabah...aku memang nk rest dan bulan 2 baru nk fokus cari kerja....sekarang aku menjadi surirumah yang menyediakan makan, minum, pakai suamiku...rasa sangat bahagia...aku ada masa untuknya....aku tebus balik masa yang aku tak luangkan dengannya dulu, kini bersama dengannya...

sedangkan nk tdoq pun, mesti nk kena tdoq bersama(bukan sebab ehem2 je ek wakakaka), padahal aku dah puas tdoq di siang hari hahaha....kini aku rasa bahagia...Ya Allah terima kasih di atas kebahagian ini...kalau aku tahu sebegini bahagianya, dari dulu lagi aku berhenti kerja ^^....

gambar perhiasan ^^ my bff yang menamatkan zaman bujangnya..nasib baik la aku sempat jumpa dengan depa dua ni...ntah bila lak la kan leh jumpa lagi huhuhu....congrats dear...dan pasti aku akan merindui farhah yang behave ^^
oklah, aku rasa sampai sini saja coretan selamat tinggal KL...uish panjang gak kan, sorry la na kalau bosan hehehe...tapi itulah apa yang aku rasa...

p/s : wooh tenangnya kt kampung, lagi2 sawah padi tengah menghijau ^^

Tuesday, January 17, 2012

Dividen ASB 2011 - Alhamdulillah ^^


Assalamualaikum ^^..
bukan nak show off ke apa, tapi ni la hasil simpanan daripada ASB loan saya ^^...

tapi sayang, di sebabkan saya tak bekerja, dan mungkin akan bekerja dengan gaji yang lebih rendah nanti, saya telah menutup akaun ASB loan ni, mana nk cekau duit bayar installment bulan2 kan...ada orang bagi pendapat pada saya, gunalah dividen yang sy dapat ni untuk bayar installment tu, tapi, dalam keadaan saya sekarang, saya tak boleh berbuat demikian...ada sebab saya tersendiri ^^...

InsyaAllah, kalau di murahkan rezeki lagi nanti, saya akan buat simpanan sendri tanpa perlu membanyar faedah daripada bank...(aik skema lak entry ni wakakaka)

Wednesday, January 11, 2012

#3 Wordless Wednesday

Bulan 9 tahun 2010 mcm ni...bulan 9 tahun 2011?? tunggu minggu depan ^^ 

Tuesday, January 3, 2012

Beg Sekolah yang membebankan???

Isu yang tak berkesudahan kaaan...teringat anak sedara saya, beg sekolah dia penuh dengan buku...ada juga saya bertanyakan pada dia, ni bawak buku ikut jadual tak? Dia kata ikut...bila tengok dalam beg, banyaknya buku...kalau matapelajaran bahasa melayu, dah ada dua buku teks, satu buku pemahaman, satu lagi buku latihan...hurmmm....


Saya bukan apa...kesian kot dekat budak2 yang pi sekolah bawak beg berat2..bila blik rumah dah petang (bagi yang sesi petang), pukul 8.30 malam dah tertdo letih...


Zaman saya dulu tahun 90an, bawak beg sekolah, rasanya xde la berat pun...salah satu faktornya kertas buku teks yang digunakan tu, dulu kertas buku teks yang kaler kuning tu, perasan tak? Yang bila kita nk tulis dengan pensil susah nak lekat ,aaan...ha kertas mcm tu,memang akan nampak buku teks tu tebal, tapi ringan sebenarnya...berbanding dgn kertas yang digunakan buku teks sekrg ni...


So untuk mengurangkan masalah yang akan mengakibatkan kesan jangka panjang pada budak2 nanti,


1. sekolah atau KPM wajib memberi almari ataupun rak di setiap kelas...Boleh la murid2 tgl buku untuk mata pelajaran esok, bagi tiada subjek esok, boleh la bawak balik kaaan...


2. Buku teks digital...klu guna buku teks digital, cthnya bawa tablet pad ke kan, waaah canggihnya...tak mustahil kan...tapi mungkin akan menelan belanja yang mahal...mana nak kena program buku teks dalam bntum digital lagi,dah sah2 kos semua tu kan...


Apa pulak cadangan korang???


Published with Blogger-droid v2.0.2
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...