Masa tu, kau mahai bukan main lagi...Aku dengan bf aku (yang skrg dh hubby yer ^^) memang tergila-gila kt kau...bf aku masa tu memang beria sangat nak kan kau, tapi dia dah beli yang baru...dia tak mampu nk memiliki kau...so dia la suruh aku beli kau...dia memang macam tu =.=
Tapi sekarang kau dh tak di jual lagi...ada lagi model yang lebih besh dari kau...besa la, mengikut peredaran semasa kan....
Ok berbalik pada kisah kau...aku masa tu, baru ja keja 5 bulan...dan baru saja confirm...pekerja cemerlang, haruslah confirm awai (konon-konon ahahaha)...
Dan aku sangat terseksa sebab aku tidak mempunyai alat perhubungan yang bebetul memuaskan hati aku...so bulan 12 tahun tu, aku sambar la kau..walaupun aku tahu, aku akan di marahi jika memiliki kau, sebab aku dah ada samsung yang hanya boleh membuat call dan msj saja huhuhu...
Balik rumah, aku sembunyi2kan dikau...aku siap letak dalam plastik baju bf ku..hatiku memang meronta-ronta untuk membuka dikau...dan membelek2 dikau...stendet la kan kalau dapat hp baru..tapi niat aku terpaksa di matikan kerana bimbang mak abah aku tau...
dah pukul 12 malam, barulah aku membelek2 dikau bersama-sama adik ku di dalam kelambu wahahaha...memang main sorok2 la...
akhirnya di ketahui juga oleh mak abah aku setelah beberapa bulan yeeehaa ^^....
pernah juga sekali kau buat hal, lcd screen kau tak nak berfungsi...nasib baik kad hayat kau masih ada lagi...memang free of charge la...masa tu aku dah terasa kehilangan dikau selama 2 minggu..tapi akhirnya dikau berbakti padaku tanpa henti2..
berulang kali juga dikau terjatuh..maaf, aku tidak segaja...dan dikau sangat tahan...
lama kelamaan slot memory kau pulak yang buat hal...dan aku tak kisah jika tiada memory...aku boleh lagi pakai dikau...tak penting pun bagi aku..sebab aku sayangkan kau....
Julai 2010, aku agak, dikau sudah tidak dapat menampung lagi perkhidmatan dikau...kau buat hal...kau tak mau padam jika aku tersalah tulis sms..aku tekan kau kuat-kuat..tapi kau tak mau jugak...oh....kau jangan la membuat hal di waktu-waktu aku kekurangan kewangan ini...
kau tau, semua orang dengan blackberry mereka, dengan iphone mereka, dengan telefon touch screen mereka..harga mereka lebih kurang semasa aku membeli dikau 3 tahun lepas...sebab tu aku saaaaaayang kan kau....aku xdak pun nk tukar kau, pakai yang lebih canggih, sebab aku sayangkan kau...
Tapi, aku faham, agaknya sudah lama kau berbakti padaku....kau sudah tidak larat, dan mayb kau hendak berehat...ya ya aku pasrah jika dikau tidak mahu berbakti lagi padaku...tapi jangan la sekarang tau....
ni la dia nokia express 5610 aku...kesayangan ku...
Aku bertekad, selagi aku boleh gunakan dikau, even hanya boleh membuat call, aku akan terus gunakan dikau sehingga dikau menunjukkan screen hitam dan tak boleh on lagi....ooohhhh






