Saturday, April 18, 2020

Movie Happy Old Year

Semalam masa tengah lipat baju, nak cari satu movie yang santai2 tengok tak yah nak pikiaq...ternampak la cita thailand " Happy Old Year" ni...


Tergerak nak tgk, sbb hero sunny handsome ni la hahaha


Cita ni mengisahkan yang Jenny ni baru balik dr study, pastu buat bisnes dan setup rumah dia jadi ofc..so dia mmg suka la konsep minimalist tu..memang cantik la rumah dan ofc dia, lapang ja tgk, luas ja selepas dia deko.


Selepas deko, wartaman mai interview dia pasai konsep rumah dan pejabat yg minimalist tu untuk di masukkan dalam ruangan majalah, depa tanya, macam mana nk buang barang-barang? Tak sayang ka? Pastu depa mintak petua dia.


Maka bermulalah sesi throwback dan sesi dia bagi petua2 macam mana dia buang barang-barang kat rumah dia...


Perlukan pengorbanan untuk dia buang barang-barang yang penuh sentimental value. Mana barang yang mak dia sayang lagi.


Nuuu bayangkan barang zaman tok nadok nuuuuu...sayang nak buang, sbb ada kenangan, tapi kita tak guna pun kan? Kak bee pun terpikiaq ni...dok ada kat rumah tak pakai pun, nk buang sayang, haaaaaih...


Ada satu part, dia buang barang kawan dia bagi, cd...kawan dia nmpk...kawan dia tanya "sure ka hg nak buang?" Dia jawab " la ni, oghang tak pakai dah cd, ada spotify, icloud segala" (tiba dia ckp loghat kedah 🤣), pastu kawan dia sentap la kan..


Kawan dia kata, dia pentingkan diri..ha dah satu masalah pulak, dia nk pulangkan balik pemberian kawan2 dia, termasuk bekas exbf dia bagi. Bermula lah adegan melodrama hahaha


Jalan cerita agak slow, tapi ada jugak part lawak2 sket..tp serius hampa pun akan rasa, "eh aku pun sama la mcm ni 🙄"


santai2 ja sambil lipat kain dan cuci mata tgk hero 🤣

Oklah sekian #kakbeereviewmovie hahaha..tetiba ada hashtag pulak kheeen🙄
#happyoldyear

Monday, April 6, 2020

6 Hari PKP Fasa kedua

Harini sudah 6 hari berlalu PKP (Perintah Pergerakan Kawalan) Fasa 2 kat malaysia ni.

Sebenaqnya Kak Bee tak sangka pada tahun 2020 kita akan mengalami wabak pandemik yang dasyat ni.
Apakah kesan kepada kita?

Ekonomi, pekerjaan, persekolahan, semua terpaksa di tangguh.
Semua kena #dudukdirumah #stayathome

Sebabnya corona virus 19 ni merebak dengan cepat dengan hanya melalui sentuhan melaui mata, mulut ataupun hidung.

PKP Fasa pertama sudah berlalu.
Macam-macam saranan dan pelbagai usaha daripada pihak kerajaan.
Kak Bee berharap sangat covid19 ni berlalu lah dengan cepat..
Dan Kak Bee rasa macam kita dah tak boleh beraya ;(

Tak palah tak boleh beraya pun, janji cepat-cepatlah virus ni hilang.
Kita hapuskan rantaian virus ni.
Kak Bee nak kehidupan yang macam sebelum ni.

Tapi hikmah di sebalik kejadian ni, semua keluarga bersama.
Yang sibuk sentiasa ada masa dengan anak.
Yang tak pandai masak, dah belajaq pelbagai resepi daripada facebook hehehe.

Nasib baiklah anak-anak kak Bee tak meragam ajak keluar ke apa.
Sebab sebelum ni, kereta kak bee aircond rosak, so depa memang rasa panas kalau naik kereta hahaha.
Tak sempat nak pi baiki, tiba-tiba PKP pulak.Jadinya anak-anak pun dah faham, tak boleh keluar..


Tapi kak bee buat bisnes kak bee (printing label baju dan tudung) macma biasa..Cuma pergerakkan agak terbatas. Poslaju pun kena pos sebelum pukul 3 petang. J&T sampai 4,30 ptg

Semua beroperasi sampai pukul 8 malam sahaja.
Pukul 8 malam dah sunyi sepi kat luar..Semua orang duduk di rumah.


Kerajaan juga bagi pakej ransangan ekonomi pada rakyat. Terima kasih PM!!
Bolehlah berbelanja, cuma susah sikit lah nak keluaq, hanya seorang saja ketua keluarga untuk keluaq beli barang.

Kak bee apa lagi, online shopping lah hahaha...


Kak bee rasa, nanti kak bee akan update resepi yang best2 lagi hehehe..

oklah, catatan di blog ini sebagai kenangan, boleh di baca balik 10 tahun akan datang, tu pun jika umur panjang hehehe...


Oklah, nanti jumpa lagi naa ^^




Sunday, March 22, 2020

Resepi Laksa Kuah Lemak mudah dan sedap di kala keboringan ketika covid19 menyerang seluruh negara

Ha tudiaaa panjang tanjuk blog kali hahaha...

Harini kak bee nak share resepi Laksa Kuah Lemak.
Ada kawan kak bee tanya, rasa macam mana?
Rasa dia macam laksa siam, cuma laksa siam kena ada daun limau purut, serai, halia dan lengkuas.

tapi resepi kak bee ni laksa kuah lemak penyegan, sebab dia ringkas, tapi sedap hahaha

ok, jomlah kita tgk resepi

Resepi laksa lemak
=================
Blend bawang besaq 1-2 biji
ikut suka nak buh belacan ka dak (kalau nk letak belacan, masuk sekali ketika blend bawang tu)
2 sudu besaq serbuk kari masukkan air agak-agak menjadi pes (ikut apa kari yang ada, kari ikan boleh, kari ayam daging boleh)
santan dalam 2 cawan kalau ikan dlm 400-500 gram

1. Masukkan minyak agak-agak untuk menumis bawang yang di blend tadi.
2. tumis bawang smpi kuning2, kemudian masukkan serbuk kari
3. Tumis sampai  pecah minyak
4. bila pecah minyak, kak bee masukkan air asam jawa sebab asam keping tak dak hahaha
5.Tumis lagi sampai pecah minyak. (tujuan tumis banyak kali, supaya rempah kari tu masak, so itu  rahsia sedapnya laksa atau gulai, atau apa saja yang berasaskan kari)
6. buh ayaq ikan, isi ikan, biaq mendidih (yang ni mesti hampa tau kot, kena rebus ikan dulu, pastu perisi isi ikan, asing daru tulang, kemudia blend tulang2 tu, tapis amek air dia)
7. pastu buh santan...kacau2 biaq smpi mendidih, buh la garam ikut hampa suka, serbuk perasa  ka ikutlah.
8. siap!! simple dan sedap

sayur-sayur boleh guna timun ka, salad ka, tauge ka, kacang panjang ka semua boleh hehehe...macam kak bee, ada timun ja, so guna timun je la hehehe...

ooo yaaa, ikan ni kak bee beli 2 kilo RM10,...biasalah dok kedah, ikan fresh, santan pun kak bee guna santan fresh, rasa manis santan tu, sedapnyaaaaaa

oklah, kak bee lanja gambaq
selamat mencuba ^^


Thursday, February 13, 2020

Resepi Egg Muffin Keto version

Hiiii....since dah 2020 ni, so i bahasakan kak bee la na dalam blog i ni ok ^^

So kak bee nk mengelap habuk dan sawang-sawang blog kak bee ni dengan upload resepi Egg Muffin Keto Version hahaha..

Oh ya, kak bee dah mengamalkan diet IF+keto ni lebih kurang dalam dalam 4-5 bulan macam tu. nanti kak bee cerita lagi ya.

sekarang ni masa untuk resepi ^^

Bahan-bahan
-----------------------
- 4-6 biji telur (kalau satu lubang loyang tu, gunakan sebiji telur)
- mozarella cheese (ikut suka, dan kalau xdak pun tak pa) kalau untuk lulus keto, pilih yang kandungan karbonya rendah, boleh guna jenama anchor
- 3-4 sudu whipping cream (whipping cream di gunakan dalam diet keto adalah untuk menggantikan susu, sebab whipping cream ni adalah susu yang mengandungi lemak yang telah di buang karbonya) jika, tak mau guna whipping cream, boleh guna susu segar, atau full cream, supaya tak mau bagi rasa hanyir telur tu (tapi dia dah tak jadi menu keto la ya ^^)
- sedikit serbuk lada sulah
- sedikit black pepper (jika suka)
- setgh sudu kecil garam pink himalaya
- 100-200 gram isi ayam
- hirisan atau sagatan sayur-sayur, seperti gambar di bawah

 

Sagat sayur-sayur sepeti, brokoli, zuchini (good fat), carrot, dan sayur lain jika suka

Hiris daun sup (kalau tak ada pun tak pa, sebab daun sup tu dia mcm mengganggu rasa egg muffin tu hahaha), hiris bawang putih utk menumis, isi ayam dan tomato.



1. tumiskan bawang putih bersama sedikit minyak. dan masukkan isi ayam serta brokoli. kacau sehingga isi ayam masak. Ini bertujuan supaya isi ayam semua masak, takut nanti bila di bakar, isi ayam tak masak. masak sekejap sahaja.

2. Di mangkuk lain, pecahkan telur, masukkan lada sulah, garam, chili flakes (jika suka) black paper dan perasa lain jika suka.
3. masukkan 2-3 sudu besar whipping cream, atau ikutlah sukatan yang di sukai hahaha, supaya naik rasa lemaknya dan tak rasa hanyir telur tu.
4. kemudian pukul telur sampai rasa puas hati hahahaha
 


5. gaulkan semua bahan sayur-sayur yang telah di sagat dan masukkan ke dalam loyang muffin ni...

6. jangan lupa greese kan loyang tu dengan minyak dulu sebelum masukkan sayur, supaya muffin tak melekat.

7. atas sekali kak bee letakkan isi ayam




8. tuang bancuhan telur yang telah di pukul tadi. dan masukkan mozarella cheese di atas sekali, supaya effect tarik2 tu menarik hahaha.

tapi serius nak habaq hampa, lagi sedap letak mozarella cheese tu, kak bee buat tak letak mozarella cheese, rasa dia mcm alaaaa biashe2 jerrrr hahahaha...

9. kemudian bakar dalam oven, api atas bawah, 280-200* dalam 20-30 atau hingga masak.



Siap untuk di makan ^^
Bila egg muffin ni masih panas, sedap di makan sebab cheese masih panas, boleh tarik-tarik macam dalam iklan pizza hut hahaha

Kak bee suka egg muffin ni, sebab dia lengkap semuanya...masukkan ja semua sayuq yang hampa suka...semua ada dalam tu.

telur tu hampa adjust la ikut hampa..jangan letak penuh sangat, nanti bila di bakar, dia akan melimpah ruah hehehe...

ok, tu ja...simple tapi penuh khasiat!!

selamat mencuba ^^
Jangan lupa share ^^



============================================================

ADA YANG TENGAH MENCARI LABEL IRON ON? BOLEH TERUS PURCHASE DI SHOPEE KAK BEE YA, KLIK LINK NI YA ^^
JANGAN LUPA APPLY FREE SHIPPING VOUCHER YA (BELIAN RM19 KE ATAS, DAPAT FREE SHIPPING **)






Sunday, January 6, 2019

Selamat Tahun Baru 2019

Yeaaaah masih tak terlambat lagi kot aku nak ucapkan selamat tahun baru buat semua pembaca blog aku.... tapi ada ka? Hahahaha.

Tahun 2018 dah meninggalkan kita 5 hari yang lalu....dan aku tengok balik, ada 3 post ja blog aku pada tahun 2018? Hahaha losernyaaaa.

Soooo tahun ni, aku nak aktifkan balik blog aku, maksudnya aku akan share macam2 yang bermanfaat dan jugak sebagai kenangan hehehe.

Ish macam kuno ja, orang lain pakat update guna facebook, guna ig, lagi2 buat vlog guna youtube...yeaaa i know, tapi aku lagi suka cara yang konservatif ni hahaha.

Sebab aku kadang malas nak menonton, baik membaca...mayb aku lebih suka membaca kot kan.

Lagi-lagi kalau orang dok google, tup tup benda yang di cari ada di blog aku, haaa kan best tu, dapat berjaya membantu orang bagi info yang berguna (bukan membawang naaaa hahahaha)

Oklah...tu sajalah pembuka bicara utk tahun 2019 ni....aku doakan sapa-sapa yang baca ni, di murahkan rezekinya dari segala sudut....doakan aku jugak rezeki melimpah ruah dan sentiasa sehat....rasa nak bagi giveaway ja kikiki...

Ok, jumpa lagi next entry.

Xoxo.
Lanabusybee

Thursday, April 5, 2018

Penangan Sales Victoria Secret RM29

Teringat kejadian Ahad lepas, di mana sales kt victoria secret menjadi viral, dan orang beratuq nak beli body mist dan lotion dengan hanya RM29 satu (harga asal RM79) punyalah ramai...

Sebenarnya aku tau awal lagi yang secret victoria ada sale, sebab aku ternampak post kt page Aman Central pada pukul 9.30 malam hari jumaat.. sale tu start hari sabtu...

so aku dah kumpul order siap2 dengan kawan2 aku, so pepagi sabtu aku nekad nk pi awai la, dlm kul 10 pagi mcm tu....

Hari sabtunya, ikutkan aku sorang ja yang nak keluaq, memandangkan rumah aku dekat ja dgn Aman Central, lebih kurang dlm 15 minit saja, tetiba fatia dok buat muka sedih pulak nak ikut hahaha...laki aku terus rasa kesian, pastu semua pakat bersiap nak join sekali...jadi sampailah di Aman Central pukul 11 pagi...

sampai ja kt butk VS tu, orang ramai, tapi tak yah beratur2 pun...so aku mencari perfume yang sedap untuk di bau hahaha...seriusly tenang ja keadaan masa tu...tapi still ramai orang la, tapi boleh ja dok sembur2 bau tester lagi....

so aku snap pic beli 3 botol body mist dan aku post kt fb hahaha...saja perangat org kedah kata hahahaha

takyah beli 3 pun untuk dpat harga RM29 tu, beli satu pun tetap harga yang sma...
so lepas dah beli belah, aku jalan2, pastu ternampk Bath and body works pun ada sale, utk body lotion dan body cream harga dari RM73 dapat RM26 shaja, dan pack yang besar...so memandangkan jari aku kering, so aku mintak dia suggestkan bau yang sweet dan boleh moistkan jari jemari aku


sale girl tu suggest sweet pea, yaaaa bau dia sedapnyaaaa....so tanpa berfikir panjang aku pun beli, padahal aku tak pernah pun guna brand ni hahahha...
dan dia ada jugak body mist, wangiii....nantilah kalau ada sales baru beli kan....

pas dah beli belah, so aku pi kt anak2 aku main, thanks huzby tolong jagakan anak2 bila aku shopping, me time dalam 30 minit pun xpa dah hahaha....

pastu ada kawan aku whatsapp mintak kirim belikan VS...so sebelum balik, aku turun beli lagi dua botol....best seller, sale girl tu kata bau temptation dengan romantic,so aku beli dua tu utk kawan aku....aku dah beli sebelum tu pure seduction rush, temptation dan aku punya temptation water bloom, waaangi weh hahahaha




Pukul 1 tgh hari, kami pun balik lah rumah....petang tu rasanya semua pakat memviral kan sales VS tu....ramai orang dah tau, so malam tu makin ramai orang

esoknya Ahad, aku pi aman central sekali lagi (aku berdua saja dengan fatima) dengan niat nak tolong abelikan utk adik aku, sekaliiiiiii , tengoklah gambar kt bawah ni hahahaha




punya ramai orang beratur, tu pukul 11 pagi tu....11 pagi hari sabtu semalam tak mcm ni pun hahaha...sale girl tu kata, depa beratuq dari pukul 8 pagi lagi, ish2 gigihnya, hampa lepas subuh teruih mai kot na hahahaha...

so niat aku nk tolong belikan terbatal, tak sanggup weh...

pastu malam tu video viral pasal tolak2 rempuh kt butk VS di KK huhuhu...dasyat...ya lah, bayangkan jimat RM50 kot kan, sapa xmau hehehe

dan yaaah harini VS buat sales lagi, all lip color RM29 saja...tapi kakak aku kata lipcolor dia tak best....kita tgk mcm mana hahaha



ni saja koleksi body mist aku...yang paling kanan tu yang beli masa sale rm29, yang Aqua Kiss tu sales tahun lepas RM39 yang limited edition punya....

so apa wangian fav hampa? ^^


Friday, October 27, 2017

My fav lipmatte ever



Hahahaha mesti ramai yang dah tengok posting ni tapi tak dak bebelan dari aku pun kan? sebenaqnya aku upload dari blogger for android (dari telefon) pastu kononnya nak bukak laptop baru nak bebel2, pastu lupa hahhaha

so la ni aku dan free sket, aku nk bercerita pasai lipmate ni


Aku mula berjinak2 dengan lipmatte ni start dari dok ushar kt Yuna punya ig, dia adalah pengguna NYX, nampak dia up pasai SLMC yang NYX punya...lama dah rasanya tahun 2013 mcm tu...start dari tu aku suka pakai lipmatte, tp yang SLMC NYX ja la

harga SLMC NYX masa tu dalam RM26 sebatang...aku beli online ja...la ni, bopa ringgit eh? RM35 ka? hahaha tak tau sebab aku dah stop beli NYX

Lepas tu kakak aku pulak start menjual lipmatte, so bella dengan ridzskin...antara so bella dan ridzskin, truely speaking, aku suka dengan ridzskin punya tekstur dia, smooth soft saja....color fav aku entertainer, fusiler dgn commerce....seronok kakak jd agen lipmatte, boleh try suma kaler hahaha....

tapi pada hujung tahun 2017, so bella keluarkan lipmatte batch 4 dia tu, yang ada warna teh tarik, so cheesy, earth bown dgn sweet pink tu, sumpah aku suka gila...terus jadi so bella no 1 dari ridzskin, sebab dia saaaangat pigment...bau dia mcm honey dew macam nak makan ja rasa hahaha, dan dia xkeringkan bibir pun, harga pun ok RM39 sahaja


ni aku pki so bella sweet pink, sweet ja kan? so klu bibir hampa yg gelap tu, mmg dia boleh cover, dan lipmatte ni ada madu, so dia akan merawat jugak bibir hampa tu...sbb tu dia xkeringkan bibir....serius weh best!!!

satu lagi lipmatte dari korea, cathydoll nude me liquid lipmatte...mmg sgt pigmnt dan jugak waterproof...tapi yg xberapa best, dia keringkan bibir kita...tp aku dah selamat let go murah2 dh kt org hahaha....byk sgt satg x terpakai, pastu xpired hahaha...

ok..tu jalah aku nk share...ada byk lg lipmatte yg best2 tp aku malaih nk beli, sbb nk pki pi mana kan? hahaha....antara lipmate yg aku nk try ialah ANNAS, MADAME BY IZARA TU, LIPSTIK SHADE DOUGH YG HANIS ZALIKHA TU...ada lg x suggestion lipmatte apa yg best???

boleh drop komen naaa....tq ^^^





Thursday, August 10, 2017

Gambar Raya Aidilfitri 2017


Ceh, syawal dah berlalu pergi baru nak bubuh gambaq raya hahaha, apa la hang ni :P ntahnya dah berapa hari lagi nak raya haji pulak kan...

Oklah, aku nk cerita sikit lah Raya 2017 kali ni...semuanya prepare last minit weh...tak tau pasai pa...dengan kewangan tungging langgang hahaha...

mayb sebab kami baru pindah rumah, so memang guna duit banyak lah...pastu duduk plak sekitar aloq staq, tesco dekat, aman central dekat, giant dekat hahaha...motifnya? faham-faham ja la hahaha

ok nak citalah pasai baju raya kami anak beranak...kononnya tahun ni trend kebaya/kebarunglah, aku nk ikut trend la kan...baju aku, aku beli kt Annajah Shop, murah ja RM85 ja sepasang (tak termasuk postage) ada yang lain juai smpi RM109 ( tak termasuk postage) baju aku dapat seminggu sebelum raya, siap kena alter, sebab besaq, hahaha, aku rasa mcm aku gemok sangat pi amek XL kekeke....

pastu baju fathia fatima aku beli dekat web http://momshousebabyshop.com/ kiranya ni kali kedua aku beli lah, tahun lepas aku beli untuk fathia, tahun ni repeat beli lagi, sebab kain kapas serap peluh...taaaaaapiiii sangat menghampakan huhuhuhu...ukuran baju tak di beri dengan betoi...aku beli baju fathia saiz L, bahu saiz 11 inci, sedangkan bahu fathia 9 inci ja, aku pikiaq tak palah, nanti boleh pakai lama beli besaq sket, sekali sampai, elok2 jaa....hmmmm....tapi labuh tu tak kisah la, sebab dia cepat tinggi....baju fathia oklah...puas hati...

mai kat baju fatima, masa tu fatima 8 bulan, aku amek lah saiz xs...dia kata xs utk 5-9 kg, (6-8 bulan) fatima berat baru 6 kg...sekali smpai, weeeeh ni baju anak patung ka ni? baby yang baru lahir pun tak muat kepala nak masuk leher baju tu.....weeeh apa ni? nak hangin pun tak guna, sebab dah last minit beli, pada muka hahaha...aku snap gambaq, dan inbox pada fb momshousebaby tu, di balasnya, inshaAllah tahun depan akan buat zip pada depan baju...hmmmmm......last aku bagi kt mak aku, mintak tolong dia alter, mak aku tetas bahagian depan tu, letak butang katup...dan baju tu kecik dengan fatima, hampa tengok tu, nampak perut dia kan? hahahaha...dah la mahai weh RM79 huhuhuhu...demi nak sedondon kan...kalau upah pun berbaloi la boleh pakai, ni pakai sekali ja huhuhu...serik dah, tahun depan tempah awal la jawabnya huhuhu.....

ok bab baju laki aku plak...hat ni lagi sadis...malam raya baru nak cari...dia sibuk nak kurta, kurta, kurta hahahaha....masalahnya kurta yang ada, yang dia minat tak dak kaler sedondon iaitu dark purple, hadoi penin....pukul 1 pagi malam raya dok kt tesco mergong lagi, dia cari baju...tak jumpa, pastu pi bazar kt stadium plak...sampai pukul 3 pagi kot...sekali warna lari 1 tona lebih cerah hahaha, dan bukan dark purple, dan bukan kurta tetapi baju raihan (butang sampai bawah) hhahaha, aku hanya mampu hahahaha ja la...

sebabnya dia eksen, dia kata baju dia tak pa...cari lambat2 tak pa, aku ingat dia tak mo raya dah hahaha...

dah di pagi raya, fathia demam huwaaaaa....ikutkan di awal pagi memang nak balik rumah mertua, tapi memandangkan fathia mmg tak larat, tgk mata dia kuyu saja....jadi, lepas makan ubat, kami tunggu dia kebah...dalam pukul 12 macam tu dah ceria, Alhamdulillah...tapi memang spare ja la ubat demam tu dalam bag....

dan fathia berlarutan demam sampai raya ke 4, on dan off...masalahnya dia aktif...aku pikiaq yang baik2 jalah, mungkin antibodi dia tengah nak di bina, sebab tu dia demam....

ok, itu sajalah cerita baju raya dan raya 2017 yang tak best...tapi best dengan kehadiran fatima, sebab fathia ada kawan yeaaaay ^^

xoxo
Lanabusybee

Wednesday, August 9, 2017

Hantu laksa? Tapi tak reti buat laksa? Akulah tu hahaha ...Resepi laksa sedap


Haaaaa amacam?? terliuq dak? hahaha...ni adalah kali ketiga aku buat laksa sepanjang hidup ku 33 tahun hahaha....loser kan? nama hantu laksa, tapi tak pandai buat kekeke...so do i care? hantu laksa, nk makan pi la beli kan? hahahaha

tapi di sebabkan susahnya lah nak jumpa laksa yang di juai, rasanya sedap, so aku rasa sangat tak senang duduk, kita dah bayangkan kesedapan laksa tu macam mana, sekali beli makan tak sedap, adoi lah....

first time aku buat masa tahun lepas, masa mengandungkan fatima, siap terluka jari kena bawang...guna resepi sapa ntah dok forward2 dalam facebook tu...laksa tumis...tapi bagi aku tak sedap....

pastu try plak kali kedua, 2 bulan lepas, pun tak sedap jugak....masa raya haritu, cousin aku ada buat laksa...padahal fatima baru 8 bulan, ye la kononnya kena pantang laksa setahun kan...tak pa aku try la tgk, badan aku, nanti aku tau rasa sakit ka dak hahaha....tapi jamu kan ada...

ok, berkenaan laksa cousin aku, yang dia buat tu, pergh....dah lama xrasa laksa sedap macam tu...even laksa mak aku tak sesedap tu pun....so aku risik bisik resepinya, dan aku buat semalam follow sebijik2 resepi dia bagi, menjadi weh!! dan sedap hahaha....

yeaaay rasa mcm boleh pejam mata dah buat laksa pasni kekeke

ok meh aku share resepi ituuuh ya ^^

Resepi Laksa Utara yang sedap

Bahan2 (boleh 20 orang makan)

Ikan temenung 1kg
Ikan sardin 1 tin besaq
Cili kering
Belacan 2 ruas jari
Bawang besaq merah 3 bijik hat besaq2 
Asam keping
Gula
Garam
Daun kesum seikat
Bunga kantan 2 (aku tak bubuh bunga kantan, sebab angin kan) 

Ikan:
Rebus dgn asam keping
Asam keping banyak lagi sedap
Asing isi dgn tulang
Blend isi sampai hancuq (letak tepi)
Blend tulang2 sampai hancuq (tapis pakai penapis kain pastu ambik aiq dia letak tepi)
Aiq rebusan lebih tadi letak tepi
Ikan sardin buang sos basuh siap pastu blend hancuq

Blend:
Cili kering
Bawang 
Belacan

1. Masuk bahan2 hat blend tadi
2. Mendidih gulp3 sikit tuh masuk aiq rebusan ikan 
3. Masuk isi ikan hat blend lumat
4. Masuk aiq tulang2 hat tapis dgn penapis kain tu sekali dgn hat sardin tadi
5. Buh daun kesum
6. Buh bunga kantan
7. Buh asam keping lagi (hat rebuih dgn ikan tadi pun buh jugak)
8. Garam biaq lebih sbb satgi makan dgn laksa dia rasa tawaq
9. Masuk gula ikot sedap rasa untuk lawan rasa masam tu sikit

ni aku copy paste sebijik2 daripada cousin aku whatsapp hehehe...ok, dia menaip tau, buat copy paste dari mana2, aku yang copy paste apa yang dia tulis hehehe...

ok itu ja lah, sapa dah try, nanti jangan lupa komen na ^^

xoxo
Lanabusybee:P

Tuesday, August 8, 2017

My 2nd Princess

Hiiii....aku tak perkenalkan lagi anak no 2 aku ni...Nama di beri Fatima Raisha (gabungan pangkal huruf F dan R (firdaus + ruby ) hahahaha nak jugak :P

Fatima lahir pada 26 hb 10, secara pembedahan jugak lah hahaha...dah kalau high bp tu tak lari ke mana dah, memang kena masuk OT hahaha....

Alhamdulillah, dah 9 bulan dah fatima...fatima senang di jaga, dan sangat menyenangkan....sama ja macam kakak dia fatia, cuma fatia sekarang fasa tantrum yg sangat dasat, hahaha manja lebih2, sebab ada adik sama kot....nasiblah adik ni cool saja...

Alhamdulillah untuk kurniaan rezeki Allah bagi dua orang puteri ni...aku rasa cukup dua saja hahaha...sebab aku nk tumpukan depa dua...nanti boleh pi jalan-jalan malaysia kan kalau depa dah besaq hehehe (alasan sangat)

oklah, belanja 2 keping gambaq fatima ^^

psttt : nanti aku terima menantu lelaki je lah hahaha

Sunday, April 9, 2017

Cara Mendaftar dan Menggunakan Easy Parcel, Apa itu Easy Parcel (Tutorial) Updated 2020


Haiii...kak bee nak share bagai mana nak register dan menggunakan easy parcel.

Bagi yang berbisnes macam kakbee ni, ataupun hampa memang selalu nak kena pi pos barang, kak bee suggestkan hampa untuk guna Easy Parcel ni...Boleh click link ni 

Easy Parcel ni tak payah nk sign kontrak apa (tapi poslaju panggil ni penghantaran berkontrak lah)

Jika kawasan hampa kawasan bandar, memang poslaju akan mai pickup bila kita dah arrangekan schedule untuk pickup, ok satg kak bee cerita lebih lanjut.

ok, ada yang tanya mcmne nak tahu alamat rumah kita tu, guna pkhidmatan poslaju pickup barang atau tak?

Jawapannya : hampa kena masukkan poskod rumah hampa dan jugak poskod alamat yang hendak kita hantar, lepas tu dia akan keluar pilihan courier services, refer pada gambar di bawah, jadi hanya courier servis yang tersenarai sahaja yang akan pickup barang kat rumah kita...




Apa yang bestnya easy parcel ni?
Memudahkan kita untuk pos barang
1. setiap kali kita nk pos barang, kita hanya perlu click2, dan bayar, pastu nanti posmen mai pick up
2. senang bila customer yang repeat order, alamat dah ada siap dah. Jika kali pertama kita key in alamat customer, secara automatiknya, alamat tu akan di simpan...nanti nk guna alamat tu, hanya cari balik guna poskod sahaja
3. tak payah sibuk2 nk beratur nk beli sampul prabayar tu, pastu nnt nak kena tulis tangan pulak alamat tu.
4. Mudah kita topup credit untuk bayar postage kita. Hanya serendah RM20 saja dah boleh topup credit.

Kelemahan atau kekangan
1. ada sesetengah tempat tak ada perkhidmatan pickup poslaju.
2. kena ada printer untuk print slip alamat...kalau hampa tak dak printer macam mana nk guna easy parcel ni kan
3. kena ada penimbang untuk timbang barang kita yang nak di pos...
4. Kena beli pembalut sendiri dan mintak siap2 plastik poket untuk letak slip alamat tu..

Kini easy parcel dan sediakan untuk kita drop off kan parcel kita, dan kita boleh pilih pejabat pos mana yang kita nk drop...ini memudahkan bagi kita yang posmen tak pickup pada alamat kita.


Ok, jom kak bee bagitau cara-cara untuk guna easy parcel ni.

Mula2, kena la sign up dulu...sila klik link ni na



tekan button sign up tepi kanan sekali





so ini adalah dashboard dalam easy parcel

apa fungsi top up tu? untuk kita isi semula credit, so nanti bila nak bayar postage, kita hanya tolak dari credit kita ja la...tak pa, baca dulu, satg hampa akan faham

so kalau nak topup, hampa tekan button top up tu, pastu akan keluaq macam kat bawah ni....


dia ada option untuk hampa pilih yang mana...selalunya kak bee amek yang RM50 saja hahaha....kalau hampa top up rm500 dapat free flyers (sampul warna pink yang comel)

Minimum untuk topup credit adalah RM20....tapi, jika topup RM50, kita akan dapat  harga murah untuk bayar servis poslaju iaitu RM6.50 sahaja. Jika kita topup RM20, kita kena bayar RM8, satu perbezaan harga yang agak banyak bagi kak bee...so hampa top up lah RM50 naaaa



pastu boleh buat pembayaran melalui banking online ataupun credit card...terkini dah boleh guna boost, pas bayar, boleh shake2 dapat reward hehehe




ok, dah settel bab tu, hampa boleh edit alamat hampa, pi kt Account -> profile....pentingnya untuk setting profile, supaya nanti bila nk print slip, alamat kita yang kita nk guna tu dah ada siap2...nanti kita hanya key in alamat customer sajalah...yang penting, hampa kena guna alamat yang ada pos laju pickup, kalau poskod xdak poslaju pickup, hampa boleh guna option drop off nanti.


APA ITU AWB FORMAT??

Ok, yang ni adalah fuction untuk hampa pilih format macam mana congsigment tu di print.
Hampa pilih poslaju, pastu pilih format AWB, sama ada A4 paper ataupun sticker. (Refer gambar kt bawah). kalau hampa pilih sticker, pastikan hampa ada kertas sticker untuk di print. Mudah kan...



CARA BAGAIMANA UNTUK START POS BARANG
========================================
mula-mula PILIH SEND PARCEL --> SINGLE PARCEL




Lepas tu masukkan kos poskod kita, dan poskod ke alamat yang kita nak hantar.
Masukkan berta dan tekan button QUOTE &BOOK.



so detail akan keluaq macam ni...hampa boleh lah pilih servis currier mana yang hampa nak guna...dan tekan book 9hampa nampak dak, kalau hampa topup credit RM10000, so hampa akan dapat benefit bayar postage hanya RM5.90 saja hahaha...tapi kena topup banyak lah



bila hampa tekan book, maka akan keluaqlah seperti di bawah...so isilah details nya....
bila ada poslaju tak pickup, hampa boleh tick pada " I would like to drop off my parcel " so dia akan keluar option senarai pejabat pos/poslaju yang hampa boleh pilih untuk pi drop di sana...
cara ni memudahkan kita supaya tak tertunggu-tunggu bila posmen nak datang pickup kan....kadang dia mai awai, kadang dia mai lambat hahaha....

so bila kita drop off, masa kita fleksibel untuk pi drop bila2 masa saja, yang penting yang pi drop pada pukul 5.30 petang (kalau di poslaju besar lah), sebab time tu dah cut off time....cutt off time bermaksud parcel kita takkan keluar untuk di pos pada hari itu....dia akan berjalan esok pulak...faham dak? hehehe




Alamat kita akan terpapar siap-siap dah (sebab kita dah isi pada setting awai-awai tadi)

So tekan next untuk isi detail penerima.



Jika, penerima adalah orang yang sama (repeat customer) semua data yang awal sebelum ni, dah ada dalam address book. So hampa hanya tekan button address book tu..

Maka details penerima akan keluar berikutan pada poskod yang hampa dah masukkan. (refer gambar kat bawah)


----------------------------------------------------------------
kemudian tekan button next. dan isikan details barang yang hendak di pos tu beserta nilai barang tu, kemudian tekan next.


Haaa yang kat sini kita kena pilih tarikh untuk kita drop parcel tu.


so akan keluaqlah macam kat bawah ni...lepas dah confirm semua betoi, click lah button to pay untuk bayar...macam kak bee buat, kak bee akan buat banyak2 dulu (isi customer lain jugak) baru click bayar sekaligus.




bila dah bayar, so dia akan keluar macam ni...ok, hampa nampak dak icon printer warna pink tu? situ untuk hampa klik untuk print slip alamat...secara tak langsung, easy parcel dah generatekan no tracking. so hampa boleh la bagi no tracking kat customer hampa siap-siap.


macam nilah rupa slip alamat tu..



-------------------------------------------------------------------------


lepas dah print semua, kita akan dapat details seperti di atas. so kalau terlupa nk download slip alamat tu, boleh tekan butang printer kanan sekali untuk download...kalau nak tracking, klik saja kt tracking no tu...dia akan keluaq macam kt bawah ni...

senang kan???
 so faham kan? senang easy parcel ni.... sebab semua kt hujung jari, tak yah nk beratuq2 dah hehehe....

----------------------------------------------------------------------------------------------------

eh satu lagi kak bee lupa nak bgtau, kalau hampa nak pi letak sendiri parcel yang dah siap semua dengan slip, jangan lupa untuk isi borang merah ni...

ok, itu saja, moga bermanfaat ^^

Boleh follow kak bee di facebook ya search Ruby Harun dan follow ^^


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...