Monday, March 7, 2011

Black Soap - Puteri Rembulan

Hi all..kali ni review barang kecantikan yang baru pulak la hehehe...berikutan daripada entry ni, tak bermaksud tia amelia tidak berkesan, cuma ada sebab lana tukaq ke sabun baru ni, iaitu Black Soap daripada Puteri Rembulan..

sebenarnya sabun tia amelia yang lana dok pakai dah abeh stok, so masa lana nk pi beli yang baru, ada la masuk satu kedai jamu ni...sales girl tu rekemenkan untuk pakai black soap ni, dia kata lebih berkesan...tapi agak mahal la berbanding dengan Tia Amelia ni...130gram RM45 boleh tahan selama 6 bulan, kata salesgirl tersebut ^^...

Black soap ni , bahannya terdiri daripada tebu dan madu, so memang tak berbahaya...

memang black kan ahaha...

kegunaan black soap ni adalah untuk menghilangkan jeragat dan bintik hitam daripada bekas jerawat..lana baru try dua hari...tak nampak apa2 perbezaan lagi..lana hanya gunakan sabun saja, tak berani nk guna yang lain huhuhu...

tunggu sebulan dari tarikh entry ni, lana akan update keberkesanan black soap ni yer kawan2 ^^

dan juga kepada anonymous, tak semua anonymous ni menjengkelkan, kadang2 mereka la yang memberi idea dan pandangan, apa salahnya kalau letak nama dan bagi email kan hehehe...

ni lana ada copy komen daripada anon, anon ni telah komen pada entry Selamat Tinggal Sabun Beras, sapa yang malas nk g baca kat entry tu, ni lana ada copy paste kt cni yer, rajin anon ni komen, dan boleh buat satu entry dah hehehe...

salam menyampuk.....

saya rasa sabun beras ni untuk putihkan kulit dan maintain kulit je.tapi kalau kulit tu ada jerawat tegar,carikla pencuci muka yang boleh bunuh jerawat ngan kuman2 tu sekali,carik produk yang ada tea tree,salycilic acid,neem,green tea,kulit kayu manis....

tiap2 masalah jerawat ni ada level2 nya.kalau jerawat tu kronik kenala pakai ingredients yang power sikit mcm salycilic acid,macam produk oxy dan krim nixoderm.

kalau jerawat tak tegar boleh carik yg ingredients mild sikit mcm tea tree,green tea,yang ni kesan pemulihan dia agak lambat sikit

saya tak pernah pakai produk buatan malaysia sebab saya rasa produk malaysia ni byk racun,pesen pun semua lebih kurang je,pencuci,toner,krim siang&mlm,ikut teori kan kebanyakan orang malaysia kulit berminyak,kenapa pengeluar keluarkan krim instead sepatutnya losyen muka(water based)

rekod membuktikan hampir semua kosmetik malaysia pernah ada rekod beracun,dari sendayu tinggi,natasya,de putih,syadira,n.visages,olyn,oh ye termasuk krim tia amelia

rujukan : http://www.facebook.com/notes/nur-beauty/47-produk-mengandungi-bahan-beracun-disenarai-hitam-by-jabatan-penerangan-malays/416738662595

kalau rajin boleh google: kosmetik beracun

pendapat saya,barangan jepun bagus dan sesuai untuk kulit org asia,kualiti terjaga,contoh produk biore,saya juga suka produk himalaya sebab rasa serasi 

terima kasih pada anon ^^...lana tahu anon membaca ni ^^...lain kali komen lagi tau, lana sukaaaa =)

4 orang yang tak busy ^^:

nedy said...

soup?? hihi ok2 try dh ok nt kc review...

Ogy said...

lana..nnti leh lah tempek gambar sebelum dan selepas...hehee

Annaz Mohd said...

produk Puteri Rembulan mmg terbaekkk...

Dulu masa mengandung muka penuh jerawat. Lepas bersalin tinggal byk parut jerawat..

Tp lepas guna Puteri Rembulan, hasilnya mmg memuaskan...

Anonymous said...

hai.. lepas baca entry berkaitan facial wash ni. nengok lana banyak guna produk2 kat kedai2 jamu. sama dengan saya. sekarang saya guna d'putih. tp rasa mcm nk tukar yg baru bcoz dh terlalu lama guna d'putih. kesan nya juga dh tak nampak. nk tanyer, yg mana bagus. tia amelia atau pun produk2 lain yg ada lg bagus. muka saya sekarang jerawat tak banyak besar2. yg banyak jerawat pasir.

nie email. adawiah_aduah@yahoo.com bcoz takut nanti lana reply kat blog, tp saya tak perasan pula.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...