Wednesday, March 31, 2010

Orang yang diet berfikiran sempit!!

Lama kan aku xupdate blog...mau tak nya 3 minggu berturut asek balik kampung saja...kiranya weekend aku terisi je la ceeewah ^^..minggu ni pun agak sibuk juga...

Hari-hari pun sibuk dengan usaha untuk menguruskan diri sendiri huhuhu...ada aku baca dari facebook seseorang," makan itu adalah nikmat, jadi org yang diet adalah orang yang berpikiran sempit"

HELLO!! diet tu tak semestinya kurus okeyh! Diet tu pemakanan yang seimbang, kalau asek makan saja, boleh dapat penyakit tau! tapi pemakanan yang seimbang juga boleh membantu menurunkan berat badan kepada yang ideal + bersenam...dapat berat yang ideal nampak cantik kan? suami/bf pun suka/sayang kan...

Dan aku tingat lagi kata-kata seorang classmate aku, dia seorang lelaki berkata " Lelaki rimas dengan perempuan yang gemuk" dan aku tanya tokwan, dia kata, ye la, kalau dh gemuk sangat rimas la ahahaha...tapi benda tu sumanya subjektif kan, ada yang suka, ada yang tak suka, so terpulang la kan, janji badan masing2 sehat iyaaaah..(tapi jangan sesekali nk kata orang berpikiran sempit, pikir dulu sebelum berkata okeyh!!)

Ok tatapan tuk hilangkan rasa emo di blog ni ^^
me & tokwan (dan dia sememangnya tokwan lagi dari sejak aku kenal dia ^^, apakah yang menyebabkan dia patut di panggil tokwan? itu rahsia aku dan dia ^^)

Monday, March 22, 2010

Semakan Panggilan MTeST Ke-2 Kursus Perguruan Lepas Ijazah (KPLI-SR) Ambilan Jun 2010

(update pantas)

kawan-kawan, sapa yang xdapat exam Mtest retu, leh check balik kt link bawah ni...

http://apps.emoe.gov.my/kpli/mtest2/index.cfm

Gud luck all for exam this weekend..hurm busy la aku start malam ni study..harap-harap kali ni berjaya la aku sampai ke peringkat temuduga kan, amiiin....

P/S : tahniah gak to abg ipaq aku, akhirnya berjaya jadi seorang penjawat perkhidmatan awam..kejayaan ni adalah hikmah di sebalik semua yang berlaku..percayalah


No Sweat

Bila cita pasal no sweat ni , tingat lak kt BFF aku masa kt utem dulu...kehidupan kami di utem a.k.a KUTKM memang la sangat mencabar...mana dengan kemudahan penginapan yang serba kekurangan huhu...

Sem 1 dan 2, kami tinggal di blok yang berlainan, tapi jadi rapat sebab satu kelas..Pi kelas kena naik bas, berebut-rebit nk naik dulu huhu..masa pepagi ok la berhimpit2 dalam bas, semua pun wangi ja...mau kalau dah petang naik bas nak balik hostel, bau badan masing2 Ya Rabbi, xtau nk cakap la..bkn nk kata lelaki ja, perempuan pun badan berbau huhuhu...

Sem 2-3 kami tinggal hostel di rumah kedai..sini agak besh la, dekat dengan kedai makan dan gak tempat riadah..memang petang2 berjogging ja keja kami..besh2...tapi kan, kekadang, time kuliah pun , badan boleh berbau, sbb jalan jauh nk masuk kelas...dan la meredah padang serta panahan matahari yang panas, memang badan jadi berbau...tambah2 lak kalau berpeluh kt ketiak ja huhuhu...

Penah masuk kelas, hana mesti akan tanya " ko ada bau busuk x kt aku?" aku kata, xde pun, terus terang ja kalau busuk, tapi kalau dah tak busuk , xkan nk kata busuk kan? hehehe...dia kata, selalu kalau nk period (datang bulan) badan @ ketiak akan berbau...a'a betul gak, kadang2 aku pun perasan gak mcm tu..tapi orang lain tak berbau xpa la kan...senang-senang, cuba ja produk kt bawah ni, gerenti xyah risau badan berbau lagi kan....wangi seyh, xcaya try la...
Sem 5 kami prektikel, sem 6 kami dok satu rumah sewa...lagi la sangat mencabar nk jalan kaki pi kelas kt cubic tu (sapa yang penah belajar di utem tau la keadaan mcm na huhu)..awat x tunggu bas? kalau tunggu bas lagi sakit hati tau, mau dah berpeluh ketiak (adik aku kata, ketiak menangis ahahahaha) bas xsampai2 lagi..jalan kaki jala..dah smpi kelas mula la nk pi cari kipas kasi sejuk badan dan hilangkan bau...kalau bawak deodorant adidas 3 action tu, leh gak pi toilet, sembur, pastu rasa fresh ja ceeewah ^^

Klah, sambung buat keja balik hihihi

Project Alpha Season 2
is presented by
Adidas Action 3
and supported by
P1 and MAS.
Auditions are now open! Check it out at www.projectalpha.com.my/auditions

Friday, March 19, 2010

V3 Samseng Jalanan

Sabtu yang lepas 13 hb 3, walaupun aku agak keciwa sebab xdapat menduduki ujian MTest kpli, tapi aku tetap gak balik kg..balik kg tuk interview yeeeha ^^..tapi kisah tu, nnt la aku cita ek hehehe...la ni nk cita pasai filem V3 samseng jalanan..

Cadangnya nk tengok cita Alice in the wonderland, tapi full seat, terpaksa la tgk V3 nih, aku dah janji dgn tokwan, minggu depan jela (iaitu minggu ni ^^) tengok alice in the wonderland...

tokwan ada cita kt aku V3 ni cita buat kt aloq staq..owh2 leh la tengok...hurmmm, jalan cita dia memang mengammbarkan realiti yang bebtul berlaku di masyarakat kita skrg ni...memang berani la farid kamil buat filem mcm ni...ada xcident yang perut terburai tu, aaaaaaaaa aku tutup mata xsanggup tengok, mcm real gak beb....huh sadis...

kalau nk baca jalan cita filem ni, korang klik kt cni. sampaikan terpaksa reshooting balik filem ni, sebab tak diluluskan oleh finas, so korang tengok la, xrugi pun...ada gak unsur2 lawak dlm cita tu..lakonan radhi oag yang saaangat sempoi, pandai dia berlakon hehehe....

ending cita ni agak tidak besh la...tokwan sok merungut2 kata xbesh la, awai2 dah besh, sekali ending hampa, lek la sayang, emo lebih lak dia, dia nk bagi keinsafan tu kt mat2 rempit hehehehe...tu aku kata, kalau kt india ni, dah kena bakaq pawagam dah, sbb ending mcm tu hehehe...

My Favourite Surfing Spot

Pembuka bicara :

Kak N : eh, macam mana leh kuar jadi macam ni? (sambil membelek2 resume aku)
Aku : print la kak...guna komputer, pastu print guna printer kaler..komputer boleh buat suma2 ni..
Kak N : ya ka? ish akak ni xtau la, pas SPM ja terus keja, xreti la komputer2 ni
Aku : hehehe, xpa kak, janji kita keja kan ^^

Tengok, ada lagi segelintir masyarakat yang masih lagi buta it..eh bukan buta it, tapi xtau langsung mcm na nk menggunakan komputer..kadang2 aku rasa kesian, ya la, zaman teknologi canggih mcm ni kan, ada gak masyarakat yang tak tau menggunakan komputer langsung...

Aku rasa sangat bersyukur bila aku belajar dalam bidang it ni, kalau kakak or adik aku ada masalah pasal komputer depa, leh gak aku godek2 kan...at least reti la sket2 yang basic tu, mcm nk format pc ka, remove virus ka, restore system balik ka kan...

Dan sekarang ni, dah macam hobi aku dah, eh bukan macam la, tapi memang hobi aku surfing internet...setiap pagi (seblm start buat keja) dan setiap malam mesti aku akan surfing internet, abeh kurang aku bukak internet pun nk tgk facebook and blog aku...kadang2 blog xupdate pun, saja nk baca orang lain punya entry...leh kongsi2 info dan tambah info yang cetek ni huhuhu...

Selalunya spot surfing internet yang paling aku suka ialah kt dalam bilik aku la hehehhe..(gambar seperti di bawah- ni dalam bilik umah sewa lama)

see, berselerak kan,meja aku hanyalah daripada kotak kertas A4 je masa tu, skrg dah ada meja sendiri dah, meja ABC yang budak2 tuh ahaha...tapi aku selesa jer, janji ada makanan kt tepi tu, nmpk x kerepek, megi, air coke ahahaha...kang aku lenguh2 duduk kt ctu, tilam kt sebelah jer, leh terus baring kalau ngantuk hehehe....

Tu jika malam hari surfing spot aku kt dlm bilik, kalau siang hari lak? ni dia, kat opis la mana lagi..tambah2 lak ada pc yang customer sediakan, lagi laju internet depa hehehhe...pc tuk buat2 keja, laptop T-Line tuk buat benda2 lagha (tidak berfaedah ^^)...

Dan kadang2 aku akan tersenyum mcm ni ^^ ahahaha, tengah baca blog yang lawak la tu hehehe...
Ha satu lagi. P1 wimax..Penah dengaq x broadband ni? tipu la kalau tak penah dengar :P...aku xleh nk pakai lagi broadband ni lg, sbb coverage lum smpi kt area aku lagi huhuhuhu:(...dok dengar je la member aku dok cita dunload apa2 movie or lagu guna P1 wimax ni, lajuu jer...ar jelezzzzzz......pat la pasang network kt area aku ni, nk pakai P1 wimax gak aaaaaaaaaaaaaaa.....

Project Alpha Season 2
is presented by
Adidas Action 3
and supported by
P1 and MAS

Wednesday, March 17, 2010

Berita sedey lagi..Al-Fatihah

Ketika aku tengah leka mendesign kad utk hari2 bahagia (aip wat keja personal di waktu keja huhuhu) sekitar pukul 4.41 ptg, tetiba ada bunyi sms masuk..terpapar kt scren hp cabuk ku itu nama "Hana Celcom"...ermmm..hana nk tanya aku kt mana la tu, detik hatiku..sebab dia ada plan nk dtg KL 16 hb, dan semlm 16 hb 3..

tapi bila bukak sms yang di hantar, luluh jantung aku bila baca msj dia yang berbunyi mcm ni

"Ruby, hafiq da arwah. Doakan dan sedekahkan fatihah&yasin utk arwah.Ada slh silp maafkan dia, jgn cl ak lg ye, bsr nya dugaan utk ak.Tuhan sh yg th"

air mata aku mengalir laju saja..Innalillah...aku tak tau apa punca hafiq dah arwah..Ya Allah, besarnya dugaanMu pada sahabat ku Hana.. tinggal lagi 2 bulan hana dan hafiq akan menuju hari2 bahagia..kenduri yang di rancang awal seminggu dari tarikh kenduri aku.Tak sangka sangat...Ya Allah, Kau kuatkan lah semangat dan hati Hana...aku yang mendgr berita ni, xleh berhenti menangis..Hana adalah member satu utem dengan aku, satu kelas dgn aku, roommate aku, dan dia juga antara best fren aku huhuhu..dan hafiq juga satu utem, dan aku kenal arwah..dia banyak tolong hana dan aku masa prektikel di shah alam dulu...arwah juga pelengkap keceriaan dan pembawa senyuman utk hana...

Aku call nedy untuk tanyakan pasal ni, mana tau dia tau ke..rupa2nya hana xsms dia pun, dan dia tak tau apa2 pun..terkejut juga nedy bila dgr aku nangis2 ckp dgn dia huhuhu..last2 aku bukak fb hana, kt ctu abg ipar hana la yang update pasal kejadian yang terjadi pada hafiq..hafiq kemalangan(terbabas) ketika otw balik ke kg utk bercuti..ye la, kan skrg cuti sekolah, dan arwah hafiq adalah seorg pendidik, dan aku yakin pendidik yang sangat berdedikasi..Allah lebih sayangkan hafiq..dan Allah sayangkan hana juga dengan memberi dugaan yang sangat besar..Ya Allah, sesungguhnya Engkau lebih Maha Mengetahui...

Dan semalam, aku sangat emosi..emosi bila terkenangkan hana :( ..aku memang xleh tahan sebak, nangis laju ja..dah bengkak mata aku...memang org kata, masa bertunang ni banyak sgt dugaan, dan itu adalah dugaan hana yang sangat besar...aku sangat terasa, ibarat cubit pipi kiri, pipi kanan yang rasa sakit..ye la, kitaorg selalu ber ym, borak2 pasal persiapan tuk hari bahagia, berkongsi cerita, dan dia selalu nasihatkan aku bila aku ada masalah, dia kan kata " sabar la b, dugaan Allah tu,mungkin ada hikmah di sebalik semua tu"..aku tumpang gembira bila dgr mcm2 persiapan dah di buat..bila aku tengok balik apa yang aku ym dengan hana, mengalir laju air mata aku..Ya Allah, mcm mana la agaknya hana skrg ni? tgk pada update dari fb dia, abg ipar dia bgtau, dia xlalu makan, lemah longlai saja..xmau bercakap dengan sapa2, asek termenung saja..(aaaaaaaa mengalir lagi air mata aku (T_T)..)..

Marilah kita sama2 menghadiahkan arwah hafiq al-fatihah...Semoga arwah tergolong dalam orang2 yang beriman..dan semoga Allah tabahkan hati dan semangat hana menempuhi dugaanNya ini...amin.......

Tuesday, March 16, 2010

Adeeeh, blog lu*ah

Aku dok tengok2 keyword dari nuffnang aku tu, sekali terkejut gak..wesss, ingt blog lucah ke ahahaha...sila tengok gambaq kt bawah ni

(Klik untuk kelihatan lebih besaq)

untuk keyword isteri seksi, kuaq pasal entri ni ...Tuk keyword "suka simpan g-string" sapa la yang gigih sangat ni cari adeeeeeh, kuar entri yang sama gak kt atas tuh...Tajuk entri kali ni pun saja aku jadikan *, kang tak pepasal taip perkataan lu*ah, kuar blog aku, pastu sure orang tu hampa ahahahaha



Friday, March 12, 2010

Lanabusybee & Tokwan VS BroFramestone & Khaizarien

Hi all ^_^...jom join contest Bro Framestone ni..Saja suka2...


Syarat-syaratnya tengok kt blog bro framestone tu (yg lebih jelas)..
Berikut adalah step by step contest ni ha...

1. Buh gambar anda dengan pasangan anda- Ok done



2. Jadi follower di blog bro & Link kan blog bro dalam blog anda
- dah lama dah jadi follower, link blog pun dah ada, sbb tu leh tau contest ni ^^

3. Nama pasangan : Lanabusybee & Tokwan

4. Detik mula berkenalan : melalui yahoo chat. Time tu masa belajar lagi, sekitar akhir tahun 2006. Kami berkenalan melalui Yahoo Chat, Channel Kedah, Room 3 hehehe...Masa tu hanyalah berkawan saja...Panggilan aku pada pasangan aku ini adalah tokwan, dan dia memanggil aku cucu, di sebabkan dia menipu umornya iaitu 85 tahun ahahaha...setiap hari kami berchatting..tapi xdak pula niat nk tukar no, sebab masing2 dah ada buah hati masing2...dan aku selalu mengutuk tokwan xensem, sbb dia selalu xnak kasi aku tengok gambar dia, tapi dia nk tengok gambar aku..Dan dia selalu mengutuk aku gemuk ahahaha, ampeh punya tokwan ^^...kami xdak pun nk bertukar no telefon, sehingga la satu hari, tokwan ingin menghantar mms kt aku, tapi dia tak reti nk buat mms setting, aku la yang tukang ajar dia, dan dari situ la aku dapat no telefon tokwan ^^..Berikut adalah first gambar yang send kat aku
Macam gemuk je kan tokwan ni?? padahal tak pun ahahaha... Setelah dua bulan kami berkawan sebagai tokwan dan cucu, kami pun berjumpa di terminal shahab perdana, memang tak rancang langsung, tu pun sbb aku dah nk balik ke negeri aku menimba ilmu.. First time jumpa tokwan, face to face, memang aku yang seorang ceria dan periang ni, terus menjadi pemalu dan pendiam ahahahaha.....sebab nya, dlm hati aku, " inilah lelaki idamanku" hihihihi..malu malu :*)

5. Detik dilamar [jadi kekasih or jadi pasangan hidup]
Alamak, tak ingat la..sebab dok kawan2, pastu sampai la ke tahap yang serius..(mcm na dgn kekasih aku dan dia seblm ni? biarlah menjadi rahsia ^^) Tapi detik di lamar menjadi kekasih adalah waktu pagi ketika tgh berchatting (dah berkenalan pun melalui medium tu kan hehehe)..Detik di lamar menjadi pasangan hidup, spontan jer dengan ayat mcm ni ha " nnt b simpan duit sama tau, support abg gak" tu la bunyi2 ayat dia melamar aku hehehe...memang saspen ^^ Dan Insyaallah bulan 6 ni, kami akan di satukan ^^

6. 5 perkara yang pasangan anda ada dan orang lain tiada [pastikan pekara itu yang menyebabkan anda terima si dia]
  1. gaya machonya ^^ rambut dia tu ha, suka sangat style rambut dia ^^
  2. memiliki ciri2 lelaki metroseksual, iaitu penampilan yang bersih..walaupun dia merokok, tapi giginya bersih dan x busuk ^^
  3. suka bermain game macam aku gak..sbb tu leh get along together, ada ja benda pasal game yang kami nk sembangkan :D
  4. mengambil hati dengan buat lawak ahahaha..ada2 ja tau dia nk buat lawak..memang tak pandai pujuk, tapi pandai buat lawak yang membuatkan hati aku terpujuk sendiri ^^
  5. Mempunyai hidung kembang (00) ahaahaha...aku rasa sebab hidung dia kembang la, aku jadi sayang kt dia hehehehe....
7. Lengkapkan slogan berikut . BroFramestone & Khaizarien merupakan pasangan dah lama ber"kawan" dan derang ni berkawan konon2nya mcm dah kawin la tuh, ye la ye la, over tau, (opss jgn terover pk yang bukan2 keyh, maksud disini, Khaizarien selalu masakkan tuk Bro Frames,tu yang Bro leh gemuk ahahahaha) sampai ada orang tertipu dah kawen ahahaha.. Dan Mereka tidak boleh mengalahkan pasangan Lanabusybee & Tokwan ^^


Dengan ini Kami ingin mengistiharkan perang ke atas pasangan BroFramestone & Khaizarien. Undilah kami pada 24-26 March 2010!! yeeeah..




Thursday, March 11, 2010

I Just Love Good Smelling People

Antara lelaki dan perempuan, mana yang lebih bau wangi? ermm...kebanyakkannya lelaki la, tapi tak semua..ada gak perempuan yang berbau badan dia..sekali lalu jer, tahan napas beb, bau hapak...eeee sesak napas aku tau...kalau perempuan yang badan berbau, memang memalukan beb..

kita orang pempuan, kena la wangi2 kan, baru la ada orang ngorat ^_^, baru la bf, suami nak dekat ja dgn kita..tapi kalau itu dah di namakan cinta, bau busuk pun jadi wangi agagagaga, tapi aku xleh okeyh....xleh yang berbau busuk, xlalu nk makan pun eeeeee...

Penah aku masuk satu lift kt site customer, bau hapak je lam lift tu..bau badan yang tak mandi eee...padahal aku sorang je dlm lift tuh..akukah yang berbau hapak tu? hidu2 baju aku, tudung suma, ok ja..xdak la bau hapak pun...kuar jer dari lift,ada la sorangpekerja "asing" tengah kutip sampah..dok tunggu lift nk kutip sampah ke tingkat seterusnya...aku lalu tepi dia (nk g toilet masa tu), laaaaaaaaaa rupa2nya bau badan dikau ke? ces2...sungguh hapak baunya...pas dah kuar dari toilet, aku nk pi naik tempat aku bekerja, terpaksa menaiki lift yang sama, memang dlm lift tu, aku tahan nafas ja, nyawa ikut mulut keyh, bkn ikut hidung, kang mati lak aku...pastu sampai kt tempat aku tanya member aku " ada bau "bangla" tak kat saya ni?" ahahaha, smpi dah dok terbau jer bau hapak tuh eeeeee...xsuka laaa....I just love good smelling people..

Kalau aku jumpa lagi pekerja tuh aku nk bagi dia ni, Adidas action 3. Kalau aku baik hati la hekhekhek..


 
Heran gak aku, napa la orang2 kerja mcm tu xnak menjaga kebersihan diri, at least mandi ka, pakai baju yang di basuh, xpun beli jer deodorant Adidas Action 3 ni, bkn mahal pun, wangi pun wangi kan...aaaish...Kat watson, guardion, farmasi, supermarket berlambak ja jual..
Memang besh seyh bau2 dari produk adidas ni..Retu aku beli perfume yang Adidas ni kat bf aku (masa tu lum tunang lg hehehe) Bau wangi jer bf aku, rasa mcm nak hug hug ^^ hehehe (akak aku kata, bau perfume adidas yang seperti gambar di bawah ni , mcm bau Gergio Armani, aku tak tau lak sama ke x, xrajin sangat beli perfume mahal ni hohoho)

Dan juga perfume ini untuk aku....
Semuanya gara2 nak dapatkan pouch dari adidas tu la...yang kaler grey tuh, aku punya, aku kasi kt bf aku kaler hitam (dia panggil beg makeup hehe).. Beli set lelaki dan pempuan ni masa promotion kat midvalley dengan kak seli..(pssst, akak ingt lagi x? hehehe)

Ha satu lagi sebelum aku terlupa, da korang pernah terbaca satu artikel yang bagitau bau ketiak suami/lelaki boleh hilangkan tekanan dan tension??.Aiiiyark..xtau la betoi ka dak, tapi aku lum penah try lagi la hakhakhak :D..Cuba korang belek2 artikel yang di post kat forum ni ..Korang try dulu tau, kang berkesan bgtau aku ahahaha...

Project Alpha Season 2 is presented by Adidas Action 3 and supported by P1 and MAS

    Perang???

    Adakah anda semua sudah bersedia untuk menerima segala serangan yang datang ke atas negara kita? Negara kita aman, tapi apa jua keadaan juga boleh berlaku kan kan kan ..

    Minggu lepas, selepas aku join besday party anak Badin, aku saja g melepak kt umah akak aku...sampai kt umah dia, aku tdoq ahahaha.." Laaaa, angah datang umah kita nk tdoq ja ka?" kata akak aku...
    Petang dalam pukul 5.30 ptg, depa semua keluaq pi berjalan2..biasanya kakak aku bawak anak2 dia pi main kat taman permainan la...

    Aku yang dah tdoq punya la lama, pun rasa sangat dahaga..lantas peti ais di buka...dan....

    Ahahahahaha.....Ini yang aku nampak dalam peti ais...ahahahahaahahaha



    Adeh, ni sure keja Mohammad Hadif la ni (anak sedara aku yg no 2).. Dia apa2 pun benda pun suka nk simpan dalam peti ais..tapi senapang mainan ni, aku tak tau lak apa motif dia letak lam peti ais ni ahahahaha...hadif hadif ^^


    Friday, March 5, 2010

    Al-Fatihah...Meninggal kena tikam (T_T)

    Al fatihah dan salam takziah buat family Suhana Sharif...Dia adalah member aku masa sekolah sultanah bahiyah form 1-3 (form 4-5 aku teknik balik pulau)...xsangka nya....dah la lama xjumpa, tetiba ja dpt berita mcm ni huhuhu sedih sangat...


    korang leh baca berita pasal kes dia kat cni dan cni..
    aku xleh nk menulis banyak2, idea pun xdak bila sedih ni huhuhu
    ni gambaq yang aku dpt dari facebook dia...



    .

    ni la gambar dia dgn "kawan baik" dia huhhuhu..

    Apa-apa pun, semoga dikau tenang di sana..Al-Fatihah..........

    Thursday, March 4, 2010

    Jalan-jalan Ikea

    Ok2, bagitau siap2, ni cita lama baru nk update kekeke...26 hb 2 retu kan cuti maulidur rasul..Jatuh lak pada hari jumaat, memang heaven gila la cuti ari jumaat kan, rasa mcm dok kt kedah lak cuti ari jumaat weee~~~~...kedah lak cuti ari Ahad sbb hari jumaat memang depa cuti, so sama dgn KL weee~~..tapi apa yang wee nya? aku dok KL, tokwan dok loq staq la aaaaaaaaaaa...

    Ok, balik kepada cerita asal hehe..aku sebenarnya dah lama tak pi ikea, pi pun sebab akak aku ja yang dok ajak...ikut ja la..kali ni nk pi sendiri, misi mencari cermin, sbb aku berkenan sangat satu cermin ni, nk letak kt dalam bilik pengantin nnt cecececey ^^^....

    aku g amek adik aku kt umah akak..bawak dia jadi peneman, lagipun malam tu dia dah nk balik kg, dapat keja kt kulim, wuwuwuw, aku yang beria nk keja kt sana, dia lak yang dapat, rezeki dia, xpa la...sekali anak buah aku nurin k ikut gak..so bawak je la..sekali adik dia yang lelaki pun nk ikut gak, sebab nk pi mcD, aaaish...tapi besh gak bawak budak2 ni, leh jadi peneman hehehe...

    kul 1 ptg baru kuaq umah, sbb makan nasik dulu hehe..ermmm disebabkan aku dah lama tak pi ikea(seblm ni pi pun mengikut org ja), so aku tersalah jalan ahahaha..benda normal kalau dok kt KL ni (ayat sedap kan ati @@) last2 jumpa gak one utama...last2 baru sedaq, apakejadahnya kt One Utama? mana ada ikea la adeeeeh...silap2...tu la, dulu dok tdoq ja dlm keta, la ni rasakan ahahaha..Ikea kat The Curve la, xjauh ladari ctu..akhirnya berjaya smpi ke Ikea dengan berpandukan signboard hehehe(pasni kena beli GPS la huhuhu)

    Sian gak kt bebudak tu, letih mengikut aku..Kekononnya sampai kt Ikea nk makan meatball la dulu kan, sekali orang Ya Rabbi, punya la ramai..last2 aku bgtau angkatan tentera aku makan kt MCD je la senang...anak sedara aku pun tak banyak karenah, si kakak dapat pensel ikea dengan kertas tu, dok lam troli main tulis2...yang adik lak ntah dok main apa ntah hehehe...lega aku, kalau tak, tak larat nak kepong...

    Misi tercapai juga mencari cermin yang aku nak...
     
    RM86..ok la kan
    (abaikan keadaan bilik aku yang"kemas" itu hakhakhak)

    pastu beli cermin kecik dua keping nk letak kt sebelah dia
     

    Tapi, benda pertama yang masuk dalam troli adalah benda ini!!!
     
    tepawe ni, besh sangat RM15 ja...tingat kak EA bgtau retu, dia beli kt Ikea, tepawe ni la rupanya...
     
    tengok2, banyak kan..tu yang aku suka..sapa2 nk g ikea nnt, aku nk kirim beli lagi tepawe ni, nk bg kt mak aku, sure dia suka punya..tak pun buat bisnes jual kt kg pun laku gak ni ahahahaha

    Pas dah abeh membeli barang dalam Ikea tu, kami pun kononnya nk cepat balik la..ha la, dah kul 6 petang dok melilau2 kt ctu huhuhu..sekali Ausino buat sales lak...towel dengan cadar..memang benda yang memang aku cari pun...Cadar tu lak, aku ni jenis gila beli cadar, nnt kalau kenduri kawen aku korang bagi cadar, mesti aku suka gila ^^...tau sebab apa aku beli cadar Ausino ni? sebab....
     
    cuteeee gila kan? dia boleh guna depan belakang, depan warna kuning, belakang warna putih, aaaa sukanya!!! kadang2 aku rasa mcm rugi lak beli yang single, tapi pikiaq2 balik, nnt kan ada anak, leh pakai tuk anak aku (ceeeewah baik punya angan2 ahahahaha)

    (update atas permintaan ell ^^)
    towel aussino - pink kaler ^^...tebal dan panjang, besh je kalau nk berkemban kan hakhakhak..RM28 sahaja tau ^^

    Masa balik tu hujan...tidoq abeh anak sedara aku..keletihan, sian depa..singgah beli MCD kat equine park gak ahahaha..pi mai pi mai tang tu gak hehehehe...

    Beshnya berjalan2 sambil shopping, disamping dapat mengurangkan kalori dalam badan ni, dapat juga dia mengurangkan duit dalam purse =.= huhuhuhu

    Wednesday, March 3, 2010

    Jalan-jalan Nilai 3

    Pada 21 hb 2, iaitu pada hari Ahad, ya ya aku tau, ni tarikh dah lepas agagaga, baru nk update :P...xpa la, xkira nk cita gak xkiiiiraaaa...ahahaha

    seawal pukul 8.45 pagi dah kuaq dari umah akak aku di lestari perdana, puncak jalil tu ja ha....Yang ikut serta jalan-jalan ke Nilai ini ialah adik aku, Shyda serta kakak Tokwan (iaitu sister in law to be ^^), Kak Kin.. Kononya bgtau kt Kak Kin nk pi amek dia kt bandar permai tu kul 9 pagi, last-last kul 9.30 gak sampai..ya la, aku isi minyak baby blue dulu...pastu aku buang isi perut lak agagaga, besa la pepagi (errr patut ka diceritakan kt cni? xpa la, nk bgtau lmbt ahahahaha)


    Ikut highway lekas kot...uish lekaih ja sampai tau hehehe...dalam kul 10 pagi kami dah sampai di Nilai 1..Misi ke Nilai ialah untuk mencari tirai atau dalam bahasa bukunya langsir hehehe...dan misi ini gak membawa Kak Kin pergi berjalan-jalan ke Nilai, sebab dia xpenah sampai lagi...


    Kakak aku dah bgtau awal-awal, kalau nk cari tirai, pi Nilai 1..sampai ja kt Nilai 1, kedai pun banyak xbukak lagi..eh kami ni terlalu awai ka sampai?? Mula-mula cari atm dulu, besa la, nk shopping kan hehehe...last2 cari ATM sampi ke Nilai 3 wakakaka...jauh gak eh Nilai 1 dgn Nilai 3..seb bek bukan jalan kaki agagaga...dulu aku penah sampai dengan akak aku, tapi dah xingt mcm mana, besa la, datang dengan orang, bukan nk amek port sangat pasai jalan ni hehehe


    Nak cari mesin ATM punya la payah, last2 jumpa gak kt 7e..Pastu terus g bershopping...boleh dikatakan setiap kedai kami masuk hehe..besa la, mula2 tenaga banyak lagi kan..tengok karpet, wahah, gila la, cantik2, harga pun cantik gak la huhuhu...


    Survey punya survey, dapat la satu tirai tuk bilik pengantin..eheh kaler pink hehehe...tapi semeter amatla mahal hukhuk..xpa la, amek 4 meter saja...pastu jalan2 lagi, tirai tuk satu isi rumah nk kena cari lak ni...Mak dah sms aku suh beli 20 meter kain tirai huhuhu...besaq tak besaq umah aku, nnt hampa kena la mai umah aku no makan nasik minyak hehehe...


     
    la ni, fesyen tirai buat sekerat jarang..cantik kan...
      
    aku berkenan sangat dengan yang ni, tapi semeter ja dah RM8.50..kalau 20 meter?? aaaaaaaaaa lari bajet, so aku xbeli huhuhuhu
      
    yang ni lagi la, semeter ja berpuluh ringgit kot kalau tak silap aku huhuhu
      
    ni pun suuwet ja kan...
      
     aku suka sangat yang macam ni..tapi xmampu la, amek gambaq ja la yang mampu ahahaha...

    Last-last dapat la gak semeter RM4.50..ok la..kaler dia mcm nak purple, tapi mcm nk ungu, tapi ntah la..kaler gelap, xpa la, sbb umah tu luas sangat kan...hurm, nnt pepandai la mak aku jahit mcm na kan hehehe....pastu tu aku rasa mcm tak cantik lak berbanding dengan tirai2 yang kat atas ni, tapi bila pikiaq balik, berbaloi la kan dengan harga rm4.50 pun semeter, jimat ruby, jimat, misi nk jimat kan huhuhuhu (ayat sedapkan ati)

    Dah abeh beli tirai, pi beli bunga lak tuk letak kat door gift..Last sekali singgah beli karpet..sebenarnya xdak dalam plan pun nk beli karpet ni, tapi bila aku pikiaq balik, xkan xmo letak karpet lam bilik pengantin kan, so aku amek la satu yang bulu2 tu, bukan karpet dari Belgium tuh, mau kalau dari Belgium RM350 sekakang kera ja besaq dia huhuhu..kena kawen dengan bangla jual karpet tu dulu la baru leh pakai karpet yang mahai agagaga...

    Pi mai pi mai, dah kul 4 petang...pastu kami pun balik umah kak Kin, nk pi amek belacan nk bawak pi umah kak EA lak, (kakak kepada kak kin dan merangkap bakal kakak ipaq aku gak la ahahaha)...umah kak EA nun jauh sana kt selayang nun huhuhu...xpa2, sampai2 ja leh makan nasik, memang abeh la diet aku hari tuh ahahaha....penat gak la berjalan...xtau la berapa kalori yang masuk, berapa yang keluaq, macam sama ja hehehe...

    Monday, March 1, 2010

    Abang Kassim pooon pooon ^^


    Sapa yang dok tengok raja lawak sure tau kan sapa dia abg kassim tuh....pooon poooon hakhakhak..

    Aku xdak la follow sangat tiap2 minggu raja lawak tu, tapi bila dah last, tinggal yang besh2 ja baru aku layan...la ni baru rasa nk tergelak...hakhakhak....

    tadi raja lawak tuk separuh akhir.Mamu terkeluar...depa besh gak, tapi ada gak lawak yang xrasa nk gelak pun huhuhu....So final yang masuk raja lawak ialah 

    Alex, 

    Idlan 

    dan 

    Kecik...
    (gambaq kredit to pak google)


    Apa kelebihan Idlan @ Abg Kassim  ni? sebenarnya, dia xdak la reti nk buat lawak sgt, tapi bila dia sebut poooon pooon tu pun rasa nk tergelak dah...tadi tengok aksi spontan dia dengan barang yang dia dapat iaitu kayu golf ahahaha...dalam dok xdak idea, dia leh gak buat lawak lagi hehehe...aku gelak xleh nk benti gak la ahahaha...nk tau besh ke tak, korang kena la tengok sendiri, dia aksi spontan ja dia terer, kalau bab yang kena bercakap, dia xberapa banyak sangat idea...tu yang aku geram tuh hehehehe.....ni fb Idlan, fan yang buatkan, jom jadi fan dia ^^


    Raja lawak kali ni pun besh sbb juri2 dia gak...juri yang sempoi...klah, meggi saya sudah kembaaaaaang ^^...hakhakhak

    Percy Jackson and the lighthing thief

     
     eh eh.tgk movie ni dah lama kot, baru nk update ahahaha...
    Aku tgk cita ni 12 hb 2 retu, masa tokwan turun cni..so layan tgk movie ni dgn kawan2 sepermainan game sekali..tapi sekrg kawan sepermainan fb laks hehehe...

    ha, cita ni di arahkan oleh pengarah yang mengarah filem Harry Potter (ek korang paham x? buat2 paham je la no hehehe...)

    Dah kalau pengarah dari filem Harry Potter, dia punya magic tu mesti ada, aku sukaaaa...aku suka magic yang besh2 tuh, cthnya bila tgk map, leh nampak benda bergerak2 kat map tuh...

    Filem ni agak keterlalulan la...dia cita pasai tuhan..ada tuhan di laut, tuhan angin la, mcm2 lagi la..pastu siap ada neraka lagi...aaaish untuk tontonan hiburan dah la no, xyah nk percaya yang bukan2 tau hehehehe...

    Cita ni mengisahkan tentang seorang remaja yang bernama Percy Jackson...Abah dia ni mempunyai kuasa (kuat dgn air), kawen dengan mak dia yang hanya orang kebiasaan saja...Percy ni pun dia tak tau yang sebenarnya dia mempunyai kuasa...sampai la satu hari ni, kilat telah di curi...jadi Percy la yang di tuduh mencuri kilat (lightning) ni..tapi sebenarnya bukan dia pun...

    Macam na percy leh tau dia ada kuasa? Sapa yang sebenaqnya curi kilat tu? ahahah korang kena la tengok movie ni sendiri...bagi aku, filem ni memang besh, sbb aku suka jenis filem2 mcm ni hehehe...sampaikan aku lak yang mimpi dapat kuasa api ahahaha..pastu syaitan tu nk lawan aku xleh, dia kalah...last2 dia nk pi menuntut ilmu lagi...so aku takut syaitan ni kacau lagi kalau dia dah ada ilmu baru, so aku pun pi la semayang xmo bg syaitan kacau..pastu terjaga dari mimpi aahahhaa..ntah apa2 ja kan sampai terbawak2 dalam mimpi hehehehe
    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...