Friday, February 5, 2010

ASB Loan

i all...lamanya tak update...bukan malas, tapi task baru membuatkan aku sentiasa sibuk huhuhu...terpaksa fokuskan kepada kerja, amanah dan ibadah tu kan ^^...

Dah lama aku nk buat entry ni, kiranya kali ni entry yang di tunggu2 oleh aku untuk mengupdate dan nak kongsi dengan semua member2 yang ingin menabung dalam jangka masa yang panjang dan pendek...Dua2 pun boleh ^^

ASB Loan...Penah dengar? ada yang penah dengar, mayb tak tau macam mana dia berfungsi....Cuba lihat penyata buku ASB aku ni....Sebelum ni, aku ada menyimpan RM500, tu pun duit dari subsidi kereta...kiranya aku menyimpan tuk pakai bila waktu terdesak gila sahaja...Tapi tengok la, setiap bulan pun aku kuarkan juga, sbb memang time tu ekonomi aku tak stabil sbb ada benda yang nk kena bayar urgent, cthnya, bayar hutang laptop(kt company) + servis keta +bayar bil astro di kg yang tertunggak (adeeh nyesal, xmo buat dah)..Gaji aku bukannya banyak pun...Last2, baki yang tinggal dalam ASB aku ni hanya RM57 sahaja...

Tahun lepas, awal bulan 8 2009, akhirnya aku termakan kata2 dan nasihat daripada akak aku supaya menyimpan menggunakan kaedah ASB Loan...Loan yang aku buat sudah semestinya Maybank la, sbb akak aku keja Maybank hehehe...Lagipun time tuh, rate faedah loan Maybank tengah rendah...

ok2, jom tengok dulu penyata ASB aku di bawah ni......

Penyata ni adalah muka surat selepas penyata di atas...dok tak dok pendapatan ASB aku jadi RM557..Mai mana? Sedangkan baki semasa sebelum ni hanyalah RM57 sahaja...

Ok2, xmo buat teka teki dah..Ni adalah hasil dividen dari loan yang aku buat tuh...Macam mana? Ok2 mai aku cita...

1. korang mesti kena ada buku ASB la tau hehe...Contoh, aku ambil situasi aku sekarang la ek...Aku pinjam dengan Maybank sebanyak RM30k.. RM30k tu akan dijadikan sijil pinjaman ASB aku(betulkan aku kalau aku salah), kiranya secara tidak langsung RM30 tu ada dalam akaun ASB aku..Tapi 30k tu tidak boleh di keluarkan sehingga tempoh matang...aku amek tempoh matang sebanyak 15 tahun..

2. Bulan2, aku kena bayar pinjaman 30 k ni sebanyak RM230 untuk tempoh 15 tahun.Ibarat macam aku menyimpan sebulan RM230 la....

3. Pada tahun 2009, Dividen ASB adalah: 7.30 sen / unit dan Bonus: 1.25 sen / unit..Aku start bayar loan ASB pada bulan 9, 10. dan 12..bulan 11 terskip sebab bayar roadtax kereta, dan telah di debit pada januari 2010 ^^...Dan hasil dividen yang aku dapat, korang boleh tengok sendiri dari penyata ASB aku tu..dia kira pro rate sebab, aku start bayar pada bulan 9...hanya tiga bulan byr loan tuh, aku dah boleh dapat RM500 lebih dividennya...

4. Jika aku bayar penuh, contohnya pada januari 2010 hingga disember 2010, maka dividen yang aku dapat jika Dividen dan bonus ASB adalah 8%, sebanyak RM2400...See!! kalau nak harapkan aku menyimpan sendiri, memang tak la....Dividen ni boleh di keluarkan...Yang tak boleh di keluarkan adalah loan yang aku buat tu...

5. Jika aku tak guna dividen yang ada dalam buku ASB, hujung tahun akan jadi lagi banyak duit dalam ASB tu..ni baru boleh di panggil duit beranak ahahaha....

6. Satu lagi nasihat aku, kalau buat loan ni, jangan ambil tempoh matang yang pendek, xde la rugi, tapi xde la untung sangat....

7. ada juga yang berkata, kena bayar interest jugak kan buat loan ni, baik menyimpan sendiri saja..a'a memang la...takkan la bank bodoh sangat xamek interest, depa pun nk gak untung kan...kalau meyimpan sendiri, ada ke boleh simpan dlm jangka 15 tahun dapat 30k? kalau korang boleh, aku ucapkan tahniah, tapi bagi aku yang suka berbelanja ni, aku tak boleh...so ini adalah salah satu cara untuk aku meyimpan....

8. ada juga yang kata, kalau simpan bulan RM230 (mcm aku bayar loan tu), setahun dah boleh ada dalam ASB RM2,760..
Mari aku buat kiraan kasar(xde la betul sgt and detail sgt)

Simpan sebulan = RM230
Setahun dapat simpan = RM2,760
Dividen jika 8% = RM220.80
15 tahun simpan = rm2,760x 15 = RM41,400
15 tahun dividen = RM220.80 x15 = RM3,312
Total 15 tahun, akan dapat RM44,712 ..tapi boleh kah korang menyimpan setipa bulan rm230? dan jgn kuarkan langsung..kalau korang boleh, tahniah aku ucapkan...bagi aku, aku xboleh ahahahaha.....

Ok, mai kira jika asb loan pulak ek - RM30k selama 15 tahun
Bayar loan sebulan(mcm menyimpan la) = RM230
Dividen jika 8% = 8%x RM30k = RM2400
15 tahun dividen = RM2400 x15 = RM36,000
Selepas 15 tahun(dah abeh byr loan, dapat la duit yang kita bayr bulan2 tu ) = RM30,000
Total 15 tahun, akan dapat = RM30k (yg kita simpan) + RM 36,000(dividen) = RM66,000

So korang boleh nilai sendiri kan mcm mana? Dividen tu aku kira kasar la...jika dividen tak guna, lagi banyak dari jumlah yang aku kira kt atas tu...(nnt aku buat entry kiraan yang detail)

Dan aku tekankan dekat cni, aku buat ASB loan ni, sebab aku jenis susah nk menyimpan...so dengan cara ni saja, aku dapat menyimpan, untung pun dapat kan...interest tu biasa la...mana2 bank pun nk interest, cuma kena pandai pilih rate yang rendah....

Oklah, itu saja yang aku nk kongsikan dengan korang suma....berbijak la berbelanja dan jangan lupa menabung ^^..dah masuk subuh ni^^..nnt sambung buat entry lain pulak ^^

20 orang yang tak busy ^^:

♥♥relyza♥♥ said...

hurmmm
nice entry. sy pun tgh berkira2 neh. either wat personal loan or ASB loan. nak wat personal sbb ada nak pakai cash sket & the balance simpan ASB. ihikssss tp takut gak, buat personal loan, duetnya abes tak smpn ASB. risky btol...

LanaBusyBee said...

relyza : saya bg pandagn sy la ek...apa kata awak buat personal loan sikit jer, alaa, nk kawen kan, sy paham, nk buat backup2 kan..pastu asb loan pun buat jugak...cthnya buat personal loan 5k je dh la byr 3 tahun dah, asb buat 10k tuk 15 tahun ke kan...bulan2 pun menyimpan gak...kalau buat personal loan 100%, takut simpan lam asb nnt, xjalan hehehe...

♥♥relyza♥♥ said...

hehehe
tgh memikir lagi ni. ouh..wat personal loan bkn sbb nak kawen ni. nak settle hutang lapuk. wahahahaha

Mohd Naim said...

kalau ada disiplin yg tinggi, simpan sendiri lagi baik dari amek ASB loan,
untuk tempoh yg sama, jumlah simpanan yg sama setiap bulan...di akhir nanti, jumlah yg akan dapat, simpan sendiri secara sedikit2 lebih baik...dan tiada risiko.. ambil ASB loan tetap ada risiko..

tapi kalau kurang disiplin kewangan ASB loan adalah cara yang lebih baik, forced saving...

Unknown said...

best tul entry ni. relyza; baik ikut cadangan cik ruby. saya aritu wat personal loan. kunun nak wat ASB. tapi last² ASB simpan ciput je. yang lain tu enjoy. hahaha. skarang dah menyesal. sebab tiap² bulan kena bayar loan yang tak mendatangkan untung. stupid me.

Alida Ali said...

bgs2 ruby...kta serupa...klu tak buat asb loan ada la gak simpan sikit2 tp lps tu kuar blk lbh dari yg simpan tu...

farah fazrin said...

weh cik ruby..aku berminat...tp aku xdak income lg... :( xpa2..aku akan bersabar smpai aku grad lg 3 bulan..tlg la doakan aku bg aku dpt memberanakkan duit mcm ang.. :D

LanaBusyBee said...

lyza : owh hutang lapuk..ala pinjam kt sedara mara ke, tunang ke ahaha...

naim : boleh en naim terangkan sedikit risikonya? saya buat asb loan sbb sy jenis yg ssh giler nk menyimpan...konon la nk simpan, kalau tak terpaksa, mmg xmenyimpannya...

zafir : tq zafir ^^..pasal duit simpan menyimpan ni besh je kan hehehe...interest ASB loan lebih rendah dari personal loan, tapi bg En zafir kakitangan awam ni, so xdak masalah dlm hal interest ni ^^

Pn Fazrin : ni la sbb utama aku buat entry ni, tuk menarik minat kengkawan tuk menyimpan ^^..sabaq wes, nnt dah keja buat la tau..aku nyesal xbuat awal2..dah byk komitmen, teruk gak la

Matjoe said...

simpan jangan tak simpan. bagus loan ASB, especially utk org yg susah nk disiplin simpan. duit kt tangan tu mmg senang nk terpakai.

tahniah kepada tuan tanah utk mula menabung n information shahing. actual calculation is more cos dia ada compounding interest.

apapun mesti kene start, tahu saj tak guna

LanaBusyBee said...

ruby dah start sbb tu berani kongsi ^^..nnt ruby akan kira tuk yang lebih details...termasuk interest brapa...

Bro Framestone said...

byk duit die ek...

simapn2 jgn xsimpan huhu

out of topic--> erm entah... ape makna namamu ek..dari dulu kenal sampai la nie nk tahu mknenye...sampai ade lagu tue

BroFramestone Blog

Hana said...

me simpan sendiri di asb,dalam tempoh 4thn,dah berjaya kumpul hampir rm15k,dan wit tu adalah untuk guna masa kawen.

sebenarnya,nak menyimpan ni kene tahu hala tuju pastu baru kita ada disiplin (tak keluarkan wit simpanan).kalau ada wit lebih,terus masuk abs,baki tu je pakai bulan-bulan. yela,dlu student,tak banyak tggjwb,leh la simpan wit ptptn tu sket.hehehe.
tp load ASB pun ok. :)

LanaBusyBee said...

hana : waaaa kagumnya dgn hana, masa belajar dulu dah pandai menabung hehehe..kitaorg ni, dpt n jer, mcm beli, isk isk napa la xdak kesedaran ni dulu huhuhu...

loan asb ni tuk yg susah disiplin mcm ruby ni hehehe...mmg kena amek, kalau x, xde maknanya nk menyimpan, dok ckp jer, ok bulan ni nk simpan 250, sekali guna gak huhuhu

Jard The Great said...

ehehe.. aku pon tgh pk2 nk amik gak

Mirzahana said...

erm.. rule pertama Bank Negara Malaysia sediakan untuk menabung adalah jangan menabung dengan cara berhutang. Kalau google kat internet tentang ASB loan, ada banyak forum yang dah terangkan kerugiaannya. Cuma orang melayu yang selalu tertipu. ASB ni kan hanya untuk melayu. Bank takkan buat business kalau mereka tak untung. pasal mereka tau ASB hanya untuk melayu, maka diorang tarik melayu yang memang jenis tak fikir panjang. Sedangkan kesudahannya, kalai kita simpan RM500 setiap bulan dengan disiplin, diakhirnya tempoh 30 tahun tu, duit kita simpan pakai duit sendiri lagi banyak berpuluh ribu dari duit loan asb. Cuba tanya orang bank, diorang ada buat ASB loan? kalau diorang sendiri tak buat, paham2 la kenapa kan? :) Jangan kabur dengan digit.

LanaBusyBee said...

jard : pk lek lok ek...

mirzahana...thanks sbb sudi singgah baca blog sy ni ^^...hurm, btl gak kata awk tu, tapi saya rasa, kalau ASB ni di buat tuk org bkn bumiputera, sure byk jer bangsa lain yg berebut nk buat ASB loan ni..dari kakak sy sendiri, customer dia sorg ni buat loan rm200 k, dia dpt dividen yg lumayan, dh abeh byr, dia buat lagi, dari ctu dia dh nmpk keuntungan kan..kalau kita menyimpan rm500, kalau je la ek, kalau gaji tu rm5k, blm tentu leh simpan rm500..tu suma atas disiplin masing2..besar periuk nasik, besar la keraknya kan ^^..besarnya gaji, besar gak kemahuannya kan^^..kenapa mesti nk amek cth simpan RM500 setiap bulan? kenapa x cth RM230 seperti ambil ASB loan? sbb RM500 nmpk digit yg besar, jgn kabur dgn digit jika tidak mampu ^^...dan jika terdesak, simpanan yg disiplin tuh MESTI akan dikuarkan jugak kan? dan ASB loan akan di beri dividen berdasarkan pinjaman yg kita buat, buat 30 k dapat rm2400 dividen, kalau menyimpan rm500 setahun baru dapat rm6000, dividen baru RM480..so tepuk dada tanya la selera ^^

GBuddy said...

Kalau cashflow mantap, ambillah asb loan max. I.e. rm200k. Pastu dividen jgn usik. Compound2, 4-5 thn akan dtg bakal senyum lebar awal january.

Itu best case la. Klu x larat, cek instalment berapa mampu bayar, amik termampu boleh. Rm30k mcm yg TT buat ni pn dh ok..

ASB bkn hanya utk melayu tapi utk bumiputera. Yes mmg bank untung, dan client pn untung juga. Non-bumi kalau boleh masuk ASB sure bersepah2 yg masuk, cth ASW/ASM non-bumi quota cepat je terisi.

Tapi kalau contoh ASB loan, hurm sukar nak buat perbandingan, sbb bank tak buat ASW loan. Kalau bank buat, baru boleh cek response non-bumi camner.

Jadi mungkin komen tuan mirza ada benarnya? Hurm...

Anonymous said...

salam...
sy ada pembetulan cket tentang pengiraan loan ASB tu....
sebenarnya dividen ASB dikira berdasarkan baki setahun...contohnya loan ASB RM 10000, jadi dividen 7% = RM 700, tetapi kalau kita simpan setiap bulan sebanyak RM 833, simpanan setiap bulan tu tak boleh didarab terus dgn dividen 7% tu...jadi kena dapatkan dividen sebulan dan didarab dgn jumlah simpanan setiap bulan..itulah jumlah yg dibayar dividen, iaitu atas baki terakhir setiap bulan

Massarah Julia said...

Selamat Petang, kalau nak buat pinjaman ASB untuk 20000, dan tempoh bayar balik 20 tahun, berapa i kena bayar tiap2 bulan.saje, malas nak pegi maybank tanya. kalau pegi just standby duit je.

DinOsauR said...

Hai.. Entry awak mengenai loan ASB sangat menarik.. Saya pinjam gambar buku bank awak, dan ianya ada tertulis nama blog awak.. Saya link kan blog awak sebagai maklumat tambahan mengenai ASB.. Jangan marah tau,saya gunaka gambar awak di post saya.. Sekadar berkongsi info sahaja..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...