Wednesday, August 9, 2017

Hantu laksa? Tapi tak reti buat laksa? Akulah tu hahaha ...Resepi laksa sedap


Haaaaa amacam?? terliuq dak? hahaha...ni adalah kali ketiga aku buat laksa sepanjang hidup ku 33 tahun hahaha....loser kan? nama hantu laksa, tapi tak pandai buat kekeke...so do i care? hantu laksa, nk makan pi la beli kan? hahahaha

tapi di sebabkan susahnya lah nak jumpa laksa yang di juai, rasanya sedap, so aku rasa sangat tak senang duduk, kita dah bayangkan kesedapan laksa tu macam mana, sekali beli makan tak sedap, adoi lah....

first time aku buat masa tahun lepas, masa mengandungkan fatima, siap terluka jari kena bawang...guna resepi sapa ntah dok forward2 dalam facebook tu...laksa tumis...tapi bagi aku tak sedap....

pastu try plak kali kedua, 2 bulan lepas, pun tak sedap jugak....masa raya haritu, cousin aku ada buat laksa...padahal fatima baru 8 bulan, ye la kononnya kena pantang laksa setahun kan...tak pa aku try la tgk, badan aku, nanti aku tau rasa sakit ka dak hahaha....tapi jamu kan ada...

ok, berkenaan laksa cousin aku, yang dia buat tu, pergh....dah lama xrasa laksa sedap macam tu...even laksa mak aku tak sesedap tu pun....so aku risik bisik resepinya, dan aku buat semalam follow sebijik2 resepi dia bagi, menjadi weh!! dan sedap hahaha....

yeaaay rasa mcm boleh pejam mata dah buat laksa pasni kekeke

ok meh aku share resepi ituuuh ya ^^

Resepi Laksa Utara yang sedap

Bahan2 (boleh 20 orang makan)

Ikan temenung 1kg
Ikan sardin 1 tin besaq
Cili kering
Belacan 2 ruas jari
Bawang besaq merah 3 bijik hat besaq2 
Asam keping
Gula
Garam
Daun kesum seikat
Bunga kantan 2 (aku tak bubuh bunga kantan, sebab angin kan) 

Ikan:
Rebus dgn asam keping
Asam keping banyak lagi sedap
Asing isi dgn tulang
Blend isi sampai hancuq (letak tepi)
Blend tulang2 sampai hancuq (tapis pakai penapis kain pastu ambik aiq dia letak tepi)
Aiq rebusan lebih tadi letak tepi
Ikan sardin buang sos basuh siap pastu blend hancuq

Blend:
Cili kering
Bawang 
Belacan

1. Masuk bahan2 hat blend tadi
2. Mendidih gulp3 sikit tuh masuk aiq rebusan ikan 
3. Masuk isi ikan hat blend lumat
4. Masuk aiq tulang2 hat tapis dgn penapis kain tu sekali dgn hat sardin tadi
5. Buh daun kesum
6. Buh bunga kantan
7. Buh asam keping lagi (hat rebuih dgn ikan tadi pun buh jugak)
8. Garam biaq lebih sbb satgi makan dgn laksa dia rasa tawaq
9. Masuk gula ikot sedap rasa untuk lawan rasa masam tu sikit

ni aku copy paste sebijik2 daripada cousin aku whatsapp hehehe...ok, dia menaip tau, buat copy paste dari mana2, aku yang copy paste apa yang dia tulis hehehe...

ok itu ja lah, sapa dah try, nanti jangan lupa komen na ^^

xoxo
Lanabusybee:P

Tuesday, August 8, 2017

My 2nd Princess

Hiiii....aku tak perkenalkan lagi anak no 2 aku ni...Nama di beri Fatima Raisha (gabungan pangkal huruf F dan R (firdaus + ruby ) hahahaha nak jugak :P

Fatima lahir pada 26 hb 10, secara pembedahan jugak lah hahaha...dah kalau high bp tu tak lari ke mana dah, memang kena masuk OT hahaha....

Alhamdulillah, dah 9 bulan dah fatima...fatima senang di jaga, dan sangat menyenangkan....sama ja macam kakak dia fatia, cuma fatia sekarang fasa tantrum yg sangat dasat, hahaha manja lebih2, sebab ada adik sama kot....nasiblah adik ni cool saja...

Alhamdulillah untuk kurniaan rezeki Allah bagi dua orang puteri ni...aku rasa cukup dua saja hahaha...sebab aku nk tumpukan depa dua...nanti boleh pi jalan-jalan malaysia kan kalau depa dah besaq hehehe (alasan sangat)

oklah, belanja 2 keping gambaq fatima ^^

psttt : nanti aku terima menantu lelaki je lah hahaha

Sunday, April 9, 2017

Cara Mendaftar dan Menggunakan Easy Parcel, Apa itu Easy Parcel (Tutorial) Updated 2020


Haiii...kak bee nak share bagai mana nak register dan menggunakan easy parcel.

Bagi yang berbisnes macam kakbee ni, ataupun hampa memang selalu nak kena pi pos barang, kak bee suggestkan hampa untuk guna Easy Parcel ni...Boleh click link ni 

Easy Parcel ni tak payah nk sign kontrak apa (tapi poslaju panggil ni penghantaran berkontrak lah)

Jika kawasan hampa kawasan bandar, memang poslaju akan mai pickup bila kita dah arrangekan schedule untuk pickup, ok satg kak bee cerita lebih lanjut.

ok, ada yang tanya mcmne nak tahu alamat rumah kita tu, guna pkhidmatan poslaju pickup barang atau tak?

Jawapannya : hampa kena masukkan poskod rumah hampa dan jugak poskod alamat yang hendak kita hantar, lepas tu dia akan keluar pilihan courier services, refer pada gambar di bawah, jadi hanya courier servis yang tersenarai sahaja yang akan pickup barang kat rumah kita...




Apa yang bestnya easy parcel ni?
Memudahkan kita untuk pos barang
1. setiap kali kita nk pos barang, kita hanya perlu click2, dan bayar, pastu nanti posmen mai pick up
2. senang bila customer yang repeat order, alamat dah ada siap dah. Jika kali pertama kita key in alamat customer, secara automatiknya, alamat tu akan di simpan...nanti nk guna alamat tu, hanya cari balik guna poskod sahaja
3. tak payah sibuk2 nk beratur nk beli sampul prabayar tu, pastu nnt nak kena tulis tangan pulak alamat tu.
4. Mudah kita topup credit untuk bayar postage kita. Hanya serendah RM20 saja dah boleh topup credit.

Kelemahan atau kekangan
1. ada sesetengah tempat tak ada perkhidmatan pickup poslaju.
2. kena ada printer untuk print slip alamat...kalau hampa tak dak printer macam mana nk guna easy parcel ni kan
3. kena ada penimbang untuk timbang barang kita yang nak di pos...
4. Kena beli pembalut sendiri dan mintak siap2 plastik poket untuk letak slip alamat tu..

Kini easy parcel dan sediakan untuk kita drop off kan parcel kita, dan kita boleh pilih pejabat pos mana yang kita nk drop...ini memudahkan bagi kita yang posmen tak pickup pada alamat kita.


Ok, jom kak bee bagitau cara-cara untuk guna easy parcel ni.

Mula2, kena la sign up dulu...sila klik link ni na



tekan button sign up tepi kanan sekali





so ini adalah dashboard dalam easy parcel

apa fungsi top up tu? untuk kita isi semula credit, so nanti bila nak bayar postage, kita hanya tolak dari credit kita ja la...tak pa, baca dulu, satg hampa akan faham

so kalau nak topup, hampa tekan button top up tu, pastu akan keluaq macam kat bawah ni....


dia ada option untuk hampa pilih yang mana...selalunya kak bee amek yang RM50 saja hahaha....kalau hampa top up rm500 dapat free flyers (sampul warna pink yang comel)

Minimum untuk topup credit adalah RM20....tapi, jika topup RM50, kita akan dapat  harga murah untuk bayar servis poslaju iaitu RM6.50 sahaja. Jika kita topup RM20, kita kena bayar RM8, satu perbezaan harga yang agak banyak bagi kak bee...so hampa top up lah RM50 naaaa



pastu boleh buat pembayaran melalui banking online ataupun credit card...terkini dah boleh guna boost, pas bayar, boleh shake2 dapat reward hehehe




ok, dah settel bab tu, hampa boleh edit alamat hampa, pi kt Account -> profile....pentingnya untuk setting profile, supaya nanti bila nk print slip, alamat kita yang kita nk guna tu dah ada siap2...nanti kita hanya key in alamat customer sajalah...yang penting, hampa kena guna alamat yang ada pos laju pickup, kalau poskod xdak poslaju pickup, hampa boleh guna option drop off nanti.


APA ITU AWB FORMAT??

Ok, yang ni adalah fuction untuk hampa pilih format macam mana congsigment tu di print.
Hampa pilih poslaju, pastu pilih format AWB, sama ada A4 paper ataupun sticker. (Refer gambar kt bawah). kalau hampa pilih sticker, pastikan hampa ada kertas sticker untuk di print. Mudah kan...



CARA BAGAIMANA UNTUK START POS BARANG
========================================
mula-mula PILIH SEND PARCEL --> SINGLE PARCEL




Lepas tu masukkan kos poskod kita, dan poskod ke alamat yang kita nak hantar.
Masukkan berta dan tekan button QUOTE &BOOK.



so detail akan keluaq macam ni...hampa boleh lah pilih servis currier mana yang hampa nak guna...dan tekan book 9hampa nampak dak, kalau hampa topup credit RM10000, so hampa akan dapat benefit bayar postage hanya RM5.90 saja hahaha...tapi kena topup banyak lah



bila hampa tekan book, maka akan keluaqlah seperti di bawah...so isilah details nya....
bila ada poslaju tak pickup, hampa boleh tick pada " I would like to drop off my parcel " so dia akan keluar option senarai pejabat pos/poslaju yang hampa boleh pilih untuk pi drop di sana...
cara ni memudahkan kita supaya tak tertunggu-tunggu bila posmen nak datang pickup kan....kadang dia mai awai, kadang dia mai lambat hahaha....

so bila kita drop off, masa kita fleksibel untuk pi drop bila2 masa saja, yang penting yang pi drop pada pukul 5.30 petang (kalau di poslaju besar lah), sebab time tu dah cut off time....cutt off time bermaksud parcel kita takkan keluar untuk di pos pada hari itu....dia akan berjalan esok pulak...faham dak? hehehe




Alamat kita akan terpapar siap-siap dah (sebab kita dah isi pada setting awai-awai tadi)

So tekan next untuk isi detail penerima.



Jika, penerima adalah orang yang sama (repeat customer) semua data yang awal sebelum ni, dah ada dalam address book. So hampa hanya tekan button address book tu..

Maka details penerima akan keluar berikutan pada poskod yang hampa dah masukkan. (refer gambar kat bawah)


----------------------------------------------------------------
kemudian tekan button next. dan isikan details barang yang hendak di pos tu beserta nilai barang tu, kemudian tekan next.


Haaa yang kat sini kita kena pilih tarikh untuk kita drop parcel tu.


so akan keluaqlah macam kat bawah ni...lepas dah confirm semua betoi, click lah button to pay untuk bayar...macam kak bee buat, kak bee akan buat banyak2 dulu (isi customer lain jugak) baru click bayar sekaligus.




bila dah bayar, so dia akan keluar macam ni...ok, hampa nampak dak icon printer warna pink tu? situ untuk hampa klik untuk print slip alamat...secara tak langsung, easy parcel dah generatekan no tracking. so hampa boleh la bagi no tracking kat customer hampa siap-siap.


macam nilah rupa slip alamat tu..



-------------------------------------------------------------------------


lepas dah print semua, kita akan dapat details seperti di atas. so kalau terlupa nk download slip alamat tu, boleh tekan butang printer kanan sekali untuk download...kalau nak tracking, klik saja kt tracking no tu...dia akan keluaq macam kt bawah ni...

senang kan???
 so faham kan? senang easy parcel ni.... sebab semua kt hujung jari, tak yah nk beratuq2 dah hehehe....

----------------------------------------------------------------------------------------------------

eh satu lagi kak bee lupa nak bgtau, kalau hampa nak pi letak sendiri parcel yang dah siap semua dengan slip, jangan lupa untuk isi borang merah ni...

ok, itu saja, moga bermanfaat ^^

Boleh follow kak bee di facebook ya search Ruby Harun dan follow ^^


Wednesday, January 11, 2017

Tak perlukan makeup remover lagi dah!!!

Hiii semuaaa....aku ni memang konflik identiti hahaha...sat aku bahasakan "aku" sat bahasakan "lana" wakaka....so aku rasa macam lebih selesa menggunakan aku...xpalah baru best kan...mcm diari hehehe..

So yeaaah ini  adalah entry pertama untuk Tahun baru 2017 ni, hahaha...last entry bulan 10, 23 haribulan, belum beranak pun lagi...banyaknya nk update, bukan apa senang nanti nk belek2 baca, mengimbau nostalgia wakakka...

Ok, berbalik pada entry sebelum ni, iaitu Entry Makeup Remover yang best tu , dan sekarang aku dah jumpa pencuci muka yang complete dengan Makeup Romover....

Apadia ooooooiiii????


Taraaaaaaa





Mula2nya aku tak percaya yang betoi ka Organic Facial Wash ni boleh berupaya untuk menanggalkan makeup di muka...dan yessss hampa kena tengok video ni hehehe

Sila clik link ni naaa

Hahaha... tu membuktikan aku try untuk menanggalkan eyeliner avon tu (memang susah gila weh nak buang eyeliner tu), dan terbukti Organic Facial Wash Geeboo mampu untuk menanggalkan makeup di muka....

So lepas ni, pi mana2 bawak Organic facial Wash ni saja lah, xyah risau nk tanggalkan makeup lagi kalau nk bersolat. Beatkan..

Harga? RM59 sahaja ^^





Sunday, October 23, 2016

Yeaaay!!! Makeup Remover yang best!!!

Alhamdulillah...akhirnya lana jumpa jugak makeup remover yang sesuai dan yang paling best murah hahaha....kemain lagi eh...bersyukur bagai hahaha....ha maunya tak, dengan skin muka yang mengada2 ni, lana hanya boleh pakai baby oil untuk menanggalkan makeup2 kt muka...sangat lah tak best, sebab baby oil kan berminyak....

Kenapa pentingnya kena pakai makeup remover ni??

1. bila kita makeup, selalunya foundation atau bedak memang ada mengandungi silicon. silicon tu sikit je la, dengan silicon tu la yang mencantikkan muka kita bila kita pakai foundation tu....bila nak solat, haruslah silicon di buang dari muka kita supaya wudhuk dapat memasuki liang2 roma di wajah kita, baru la sah wudhuk yaaa....

2, bila kita guna makeup remover, maka bahan2 kimia or habuk2 yang melekat pada kulit muka kita akan dapat di tanggalkan...kadang2 cleanser kita mungkin tak dapat menanggalkan sisa-sisa makeup kita tu...tu yang kadang2 muka kita naik jerawat lah, berminyak lah, sebab tak di cuci dengan elok....

Sooo dah banyak lana try and error makeup remover demi untuk muka yang sensitif sangat ni...

Awalnya lana pakai makeup remover dari shaklee ni...tapi mahailah RM75 kot kalau tak silap huhuhu...bau dia mcm tak best, ye la, produk semulajadi kan....tapi kesan dia sangatlah best...bila habis, kena la cari yang lebih murah sket, tapi sesuai dengan muka lana ni....

pastu lana try beli yang hydra clean ni pulak...sebab kalau kulit yang kering, yang ni sangatlah sesuai...tapi pada kulit lana, tak sesuai, bila pakai, masa tengah gosok nk tanggalkan makeup tu, lana akan rasa panas di muka huhuhu....kulit sensitif sangat....

gambar ni credit http://gratefulbeauty.blogspot.my/2016/04/skincare-review-silkygirl-pure-fresh.html 

pastu lana try lak beli pure fresh ni....ya Allah wanginyaaa...memang best bau dia....tapi....tapi....lepas pakai, muka lana jadi pedih dan kemerahan...petanda memang tak sesuai dengan kulit lana.....tapi lana tak giveup tau...lana terus mencari lagiii hahahaha

dan akhirnyaaaa tadaaaa....Micellar cleansing water....tergerak hati lana nk try, masa tu tengah promotion, rasanya promotion lagi ni RM9.90 saja....apa yang bestnya??? dia ibarat mcm air saja, tapi mampu menanggalkan makeup di muka....tak payah gosok weh, tuang kat cotton pad, pastu tekapkan pada tempat yang nk buang makeup tu...pastu hilang, walllaaaa.....

kt instruction dia cakap tak yah bilas, tapi lana bilas ja, pastu barulah cuci dengan cleanser kita....dan yang bestnya, muka lana jadi lembap, tak merah2 or pedih2, ibarat air yang ajaib, gituuuu hahahha....

Micellar ni ada dua jenis, satu utk kulit sensitif (yang lana tengah guna) satu lagi untuk kulit berjerawat dan berminyak....
(credit gambar Garnier Fanpage)


so korang boleh la try...memang sangat best....entry ni adalah entry tidak berbayar, sebab lana nk share benda yang bagus, setelah akhirnya mencari yang sesuai dengan muka lana hahahaha.....

Thanks sudi baca hingga habis ^^





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...