Saturday, October 9, 2010

First Cheque from Nuffnang


Yeeay!!! Ni lah first time aku dapat cek dari nuffnang...aku bukan seorang blogger yang tegar, yang update blog sehari sampai 5 kali...aku update blog jika ada mood dan ada benda nk diceritakan...so memang susah la nk dapat income dari blog kan hehehe...
Lagipun iklan nuffnang yang ada kt dalam blog ni, hanyalah sambilan saja...bukan nk buat sumber pendapatan pun..at least ada la gak kan...tak dak la banyak sgt pun, tapi boleh la beli sesuatu dengan duit ni,Alhamdulillah...Apa yang aku beli?? tunggu next entry hehehe...

Dah lama aku letak iklan dari Nuffnang ni, tapi aku penah privatekan blog aku, sebab tu la dia xaktif...pastu dah public balik, so barulah masuk sikit2...ada laaa sikit...

p/s : thanks pada blogger dan silent blogger yang masuk dalam blog ni dengan klik iklan...for sure korang klik iklan tuh, sebab korang berminat dengan iklan tu kan? hehehe...

I-City

Lama sangat dah aku teringin nk pi kota cahaya lampu ni atau lebih dikenali sebagai Icity...

First masa aku pi Icity, masa tu free lagi..tutup pun awal, kul 11 malam dah tutup dah, so aku dengan tunang aku (iaitu hubby munchy la kan ^^)  beserta dengan Hoe dan Amer serta awek Amer, hanya terpaksa melihat pokok-pokok lampu dari luar saja...sat aku nk cari gambaq yang kami tangkap kt luaq icity tu...sat na...

ha ada gak, tapi sekeping saja ahaha...ni pun tunang aku la ni...nk tiru aksi moq hehehe...
disebabkan dah tutup xleh masuk, amek gambaq dari luaq pun jadilah kan heheheh...


 minggu yang lepas, adik beradik sebelah hubby datang KL sebab ada  kenduri kt kg melayu subang tu...so ramai la yang datang, meriahnya, besh ^^...

memang planning awal2 nk pi tengok icity tu...kononnya pukul 9.30 mlm dh ada kt icity, then kul 11 nk g tengok wayang la kan...hubby aku, mengidam nk tengok wayang 3d, so beli la tiket on9 cita resident evil version 3D punya...sekali, terlari planning daaa...ni gara2 ada makan2 kt rumah sepupu hubby..apa lagi, nk berkumpul suma bukan senang kan hehehe...

so, aku dengan hubby sepakat je la, burn saja tiket wayng tuh huhuhu...xpa la, family first right...bukan selalu leh dapat gather together pun kan...duit burn pun, xpa, boleh cari lagi duit tuh kan...

so kami bertolak dari kajang perdana pukul 10.30 malam...sampai di icity lebih kurang pukul 11.30 dah...ingatkan dah tutup, rupa2nya, depa bukak dari pukul 6 petang sampai 6 pagi, ha ok la kalau mcm tu kan...sian kt sepupu dan hubby aku yg datang dari aloq staq ni kan...

tapi kan, seingat aku, dulu member aku bgtau nk masuk free ja, la ni, dah kena bayaq RM10 tau untuk parking huhuhu...xpa la...bayaq je la

so apa lagi, jom la layan gambaq ni heheheh....

sapa yang ada camera yang mempunyai function sweap panorama, leh la capture mcm kt atas tu...cantik kan heehehehe...

my hubby munchy...(kalau aku snap pic ja, sure canrik, kalau dia yg amek, ermmmm, nmpk aku gemuk ja, u saja tau yang huhuhu)
 
cantikkan?? aku tunjuk gambaq2 ni kt anak2 sedara aku, suma pakat nk pi...depa kata"nk pi taman lampu" hehehe...so tunggu je la aku update pi icity dgn family aku lak hehehe
aaaaish, xmcm umoq 28 la hubby ni ermmm...

us...thinking our future
k, dah la tuh...so sapa teringin, pi la...sediakan camera yang berkualiti untuk menangkap gambaq yang cantik..
p/s : hubby mcm teringin DSLR lak, emmm xyah la kot kan....

Wednesday, October 6, 2010

Mandi sembuhkan penyakit

(gambar dari sumber google)

Aku sangat laaa malas nk mandi huhuhu..terus terang aku mengaku la kan...tapi memang teruk la kalau tak mandi, badan rasa tak selesa, penyakit pun senang dapat. so kali ni aku nak share apa yang aku baca daripada Majalah Harmoni, di tulis oleh Hamidah Zabidi.

Kajian oleh penyelidik Jepun mendapati , mandi bukan hanya baik untuk membersihkan tubuh daripada kekotoran dan menjauhkan stress. Mandi sebenarnya turut berperanan meningkatkan sistem kekebalan tubuh, membantu kulit terhindar daripada penyakit ekzema bahkan menyembuhkan masalah perubatan yang serius.


Anda cuma perlu berendam selama 10-20 minit dalam air suam. Kesannya, toksik dikeluarkan daripada tubuh, stress lenyap, masalah ekzema sembuh, sakit kepala dan flu hilang serta pengaliran darah menjadi lancar.

so pada korang yang xdak hot shower tuh, jerang je la air kan, pastu mandi, mesti segar punya la....aku nk amalkan la..sejak dua menjak ni, badan asek lemah saja...

Anda buat, anda dapat !! <-- tiru ustazah Siti Nor Bahiyah ^^ (pinjam yer Ustazah)

Tuesday, October 5, 2010

Makanan Awet Muda

Ok, kali ni aku nk tulis pasal tips kesihatan lak yer..artikel ni di cedok oleh majalah harmoni, oleh Zalifah Abdullah...so aku nk kongsi la yang baik untuk semua kan...

umuq aku lagi 4 tahun dah nk masuk alam 30an...tolak 7 bulan lagi 3 tahun la nk masuk 30an...so, untuk mengekalkan awet muda, pemakanan kita sangat la penting...

Minyak zaitun - Minyak zaitun mengandungi polyphenols, sejenis antioksidan yang berupaya untuk mencegah penyakit akibat penuaan. Lemak tidak tepu di dalamnya turun ampuh dalam menurunkan risiko penyakit jantung dan kanser.  


Ikan - ikan mengandungi lemak omega 3 yang ampuh dalam menurunkan kolestrol dan penyumbatan dalam pembuluh darah serta pencegah keabnormalan jantung.

Yogurt - yogurt memiliki bakteria baik yang pertahankan kesihatan perncernaa serta mengurangkan risiko penyakit usus berkaitan usia. ia juga kaya kalsium yang mencegah osteoporosis.


 Kekacang - vitamin, mineral, zat phytochemical dan antioksidan terkandung di dalam kekacang. malah kacang juga kaya lemak tidak tepu yang menawarkan manfaat serupa dengan minyak zaitun.


Blueberry - peneliti dari Jean Mayer Human Nutrition Research center mendapati bluberry berupaya mengurangkan peradangan atau inflamasi dan kerosakan oksidatif yang berkaitan dengan penurunan daya ingatan dan kemampuan motorik di usia tua.

Anggur - anggur merah mengandungi resveratrol yang melindungi diri daripada penyakit jantung dan diabetis


(sumber gambar semuanya dari google )

Coklat - kaya dengan flavanols, antioksidan yang dapat membantu melancarkan peredaran darah sekaligus mengurangkan risiko untuk menghidap penyakit diabetis, darah tinggi, demensia dan penyakit ginjal.
    So kita dah tau kan makanan apa yang boleh mengekalkan awet muda, so takat ni, aku nk makan banyak ikan hehehe...disamping ada omega 3, dia juga mengandungi protien yang membantu untuk menguruskan badan yeeehaaa ^^

    Anda buat, anda dapat!!

    Monday, October 4, 2010

    Kuah Spagetthi mushroom ala Pn Ruby

    Entry ni dibuat khas tuk Pn Wan Salmi.dan Pn Anita .(hampa try la no, mana tau laki hampa suka nanti hehehe) Aku suka makan spagetthi...tu sebab kalau ada pot luck ka, jamuan makan kecil-kecilan di rumah ka, aku suka wat spagetthi...sebab dia mudah dan sedap hehehe...

    mulanya, hubby munchy penah makan spagetthi yang kakak dia buat, dia kata xsedap pun makan spagetthi tuh...so aku nk buktikan yang spagetthi ni sedap sebenarnya, so aku buat untuk dia makan...memasak ni, kalau kena dengan cara dia, sedap saja hehehe....dan hubby munchy puas hati dengan spagetthi aku masak...tapi dia lebih prefer makan kuah dengan mee maggi tuh, dia xmo guna mee spagetthi tu, apa2 je la abg oi, janji makan bagi gemukss tau hehehe...

    ok2, meh aku ajaq cara buat kuah spagetthi ala Pn Ruby hehehe...

    Ni adalah bahan-bahannya...simple saja... ada 5 benda basic yang aku guna..
    1. sos cili dan tomato puri mushroom 2 tin (jenama apa pun xpa, janji halal tau, prego yang dalam tin ada logo halal, aku prefer yang tu, sebab kimball punya brand xdak with mushroom)
    2. daging cincang (800 gram, sebab nk buat potluck kan, so guna banyak)
    3. bawang besar 2 biji
    4. tomato kecil satu bekas
    5. sosej mushroom ayamas
    ok meh aku closeup sket bahan2 tadi..

    tomato kecil yang di potong dadu..kalau nk tomato yang besar pun boleh, tapi susah sikit nk potong dadu, potong je la macam mana pun kan...fungsi tomato ni untuk pekatkan kuah spagetthi ni...

    bawang besar- ni aku guna bawang besar merah...selalu orang guna bawang bombay yang warna putih tu, xpa boleh ja guna bawang ni pun.

    daging cincang...perlulah di basuh dulu yer kawan2, pastu sejat air dia...

    sosej mushroom ayamas yang telah di potong sebegini rupa...xmau guna sosej pun xpa, sebab dah ada daging, tapi besh lagi ada sosej sebab bila makan nanti macam ada banyak lauk dalam kuah spagethi tuh..boleh ja nak tambah fishball ka, apa2 je la...
    aku amek sosej mushroom sebab nk gantikan mushroom...guna sosej murah dan banyak ^^

    dan last sekali, kena la ada sos tomato puri mushroom..sos cili ni aku guna nk bagi pekatkan kuah dan tambah pedas sket...

    ok cara-caranya ialah

    1. tumiskan bawang besar dengan minyak...aku guna minyak sunflower, so no kolestrol la yer ^^...tumis sampai naik bau bawang tuh..

    2. kemudian masukkan daging...ibarat kita merebus daging la kan...masukkan sedikit air, jika nampak kekurangan air...rebus sampai daging bertukar kaler...kalau kita malas nk kacau, daging ni akan menjadi ketul2, lagi nampak menarik untuk di makan...pastikan rebus lama sket, supaya tidak berbau daging sangat nanti...

    satu lagi yer kawan-kawan, air rebusan daging ni, tak payah la di buang, masak jer terus, baru la sedap kan...

    3. bila daging dan masak secukupnya, masukkan sos tomato puri dan juga sos cili...

    4. masukkan juga tomato yang telah dicincang. kacau hingga sebati..

    5. masukkan sosej yang di cincang dan kacau...pada masa ni juga, masukkan gula dan garam secukup rasa..aku suka manis2, so aku tak masukkan garam langsung, sebab aku dah masukkan serbuk lada putih supaya bagi rasa masin2 dan rasa pedas2 sket..

    6. kacau sehingga sebati...kalau nampak macam kurang pekat tuh, boleh la tambah sos cili lagi ataupun sos tomato...masak sehingga bebtul2 masak...ada setengah prang buat spagethi, rasa sangat bau daging tu, yang tu boleh menyebabkan orang jadi muak nak makan...cepat jemu...so masak la lama-lama sket...

    Finally, dah pun siap di hidangkan..spagetthi tu, sure korang tau kan mcm na nk masak...sonang ja hehehe...boleh ja nk gunakan megi pun...hubby aku, peminat tegar mee maggi, pasni guna mee maggi je la kan hehehe....

    Ok selamat mencuba ya !!
    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...