Saturday, April 18, 2020

Movie Happy Old Year

Semalam masa tengah lipat baju, nak cari satu movie yang santai2 tengok tak yah nak pikiaq...ternampak la cita thailand " Happy Old Year" ni...


Tergerak nak tgk, sbb hero sunny handsome ni la hahaha


Cita ni mengisahkan yang Jenny ni baru balik dr study, pastu buat bisnes dan setup rumah dia jadi ofc..so dia mmg suka la konsep minimalist tu..memang cantik la rumah dan ofc dia, lapang ja tgk, luas ja selepas dia deko.


Selepas deko, wartaman mai interview dia pasai konsep rumah dan pejabat yg minimalist tu untuk di masukkan dalam ruangan majalah, depa tanya, macam mana nk buang barang-barang? Tak sayang ka? Pastu depa mintak petua dia.


Maka bermulalah sesi throwback dan sesi dia bagi petua2 macam mana dia buang barang-barang kat rumah dia...


Perlukan pengorbanan untuk dia buang barang-barang yang penuh sentimental value. Mana barang yang mak dia sayang lagi.


Nuuu bayangkan barang zaman tok nadok nuuuuu...sayang nak buang, sbb ada kenangan, tapi kita tak guna pun kan? Kak bee pun terpikiaq ni...dok ada kat rumah tak pakai pun, nk buang sayang, haaaaaih...


Ada satu part, dia buang barang kawan dia bagi, cd...kawan dia nmpk...kawan dia tanya "sure ka hg nak buang?" Dia jawab " la ni, oghang tak pakai dah cd, ada spotify, icloud segala" (tiba dia ckp loghat kedah 🤣), pastu kawan dia sentap la kan..


Kawan dia kata, dia pentingkan diri..ha dah satu masalah pulak, dia nk pulangkan balik pemberian kawan2 dia, termasuk bekas exbf dia bagi. Bermula lah adegan melodrama hahaha


Jalan cerita agak slow, tapi ada jugak part lawak2 sket..tp serius hampa pun akan rasa, "eh aku pun sama la mcm ni 🙄"


santai2 ja sambil lipat kain dan cuci mata tgk hero 🤣

Oklah sekian #kakbeereviewmovie hahaha..tetiba ada hashtag pulak kheeen🙄
#happyoldyear

Monday, April 6, 2020

6 Hari PKP Fasa kedua

Harini sudah 6 hari berlalu PKP (Perintah Pergerakan Kawalan) Fasa 2 kat malaysia ni.

Sebenaqnya Kak Bee tak sangka pada tahun 2020 kita akan mengalami wabak pandemik yang dasyat ni.
Apakah kesan kepada kita?

Ekonomi, pekerjaan, persekolahan, semua terpaksa di tangguh.
Semua kena #dudukdirumah #stayathome

Sebabnya corona virus 19 ni merebak dengan cepat dengan hanya melalui sentuhan melaui mata, mulut ataupun hidung.

PKP Fasa pertama sudah berlalu.
Macam-macam saranan dan pelbagai usaha daripada pihak kerajaan.
Kak Bee berharap sangat covid19 ni berlalu lah dengan cepat..
Dan Kak Bee rasa macam kita dah tak boleh beraya ;(

Tak palah tak boleh beraya pun, janji cepat-cepatlah virus ni hilang.
Kita hapuskan rantaian virus ni.
Kak Bee nak kehidupan yang macam sebelum ni.

Tapi hikmah di sebalik kejadian ni, semua keluarga bersama.
Yang sibuk sentiasa ada masa dengan anak.
Yang tak pandai masak, dah belajaq pelbagai resepi daripada facebook hehehe.

Nasib baiklah anak-anak kak Bee tak meragam ajak keluar ke apa.
Sebab sebelum ni, kereta kak bee aircond rosak, so depa memang rasa panas kalau naik kereta hahaha.
Tak sempat nak pi baiki, tiba-tiba PKP pulak.Jadinya anak-anak pun dah faham, tak boleh keluar..


Tapi kak bee buat bisnes kak bee (printing label baju dan tudung) macma biasa..Cuma pergerakkan agak terbatas. Poslaju pun kena pos sebelum pukul 3 petang. J&T sampai 4,30 ptg

Semua beroperasi sampai pukul 8 malam sahaja.
Pukul 8 malam dah sunyi sepi kat luar..Semua orang duduk di rumah.


Kerajaan juga bagi pakej ransangan ekonomi pada rakyat. Terima kasih PM!!
Bolehlah berbelanja, cuma susah sikit lah nak keluaq, hanya seorang saja ketua keluarga untuk keluaq beli barang.

Kak bee apa lagi, online shopping lah hahaha...


Kak bee rasa, nanti kak bee akan update resepi yang best2 lagi hehehe..

oklah, catatan di blog ini sebagai kenangan, boleh di baca balik 10 tahun akan datang, tu pun jika umur panjang hehehe...


Oklah, nanti jumpa lagi naa ^^




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...