Terpanggil untuk aku tulis kt blog ni, sebab terkena dekat aku sendiri...hmm..... mengeluh....
Sebelum ni sepanjang aku kerja, aku pos barang2 bisnes kt pejabat pos langgar,sebab sehala ke tempat kerja aku... selama ni, ok lagi la, servis sangat ok dan aku berpuas hati....tapi sejak aku dah tak bekerja, aku terpaksa untuk pos barang di pjbt pos pokok sena....
Sistem yang diguna pakai ialah nombor, nk pos barang(kalau guna sampul prepaid tu) pun kena amek nombor k....kalau kt langgar, tak payah pun, tinggal ja di kaunter, sama jugak di pejabat pos besar alor setaq.....
Nak di jadikan cerita, nak kena kat aku sama kot, aku pi beli sampul pos, siap amek no semua la, tunggu turn....pastu no dah panggil, terus cakap nak beli sampul prepaid.....kerani kaunter tu (yg jaga khas bahagian poslaju, pembungkusan segala tu) cakap, kalau nak beli sampul ja tak payah amek no pun tak pa....aku pun, oooo ya ka, satg orang kata saya dok potong turn pulak, sambil sengih....
Pastu hari lain pulak aku nk pi beli sampul prabayar lagi, so aku tak amek la no pun kan....terus ke kaunter bila kosong, bgtau bla bla bla nk beli sampul prabayar sekian2.....tau dak apa kerani tu cakap? Oooo kalau macam tu tunggu kaunter sebelah kosong, nanti beli dekat dia....hmmmm....aku pun oklah sengih lagi......
Elok dah kosong kaunter lagi satu tu, aku pun menyelit bgtau nak beli sampul pos...pastu kerani tu kata, nak beli sampul pi kaunter sebelah ni (kaunter yang awai sekali aku pi tadi), terus rasa mcm darah naik ke muka....aku cakap terus "apa benda ni? Saya dh pi kaunter sebelah, dia kata suruh mai sini...apadia ni?" Haaaaa geram weh, nada marah la.....aku kalau marah aku mcm nak nangis sebab geram hahaha, pastu mula lah tak leh nak cakap weh....pastu kerani tu kata, jangan marah kak, sabaq2...aku sebenarnya aku xmarah dia, aku geram yg kat kerani yang kaunter awai tadi tu (he is a man)...sahih2 kt atas kepala dia tulis, utk poslaju, pembungkusan, urusan pemposan...yang hang nak pas2 kat orang lain pasaipa?
Pastu kerani yang entertain aku kata "kak kena amek no ni nak beli sampul pos" aaaaargh aku nk hangin jugak la kan...baru nk reda...aku cakap dia (kerani lelaki tu) yang habaq retu tak payah amek no kalau nak beli sampul...pasaipa nak kena amek pulak? Haaa hambek2... pastu kerani pempuan ni kata sabaq, jgn marah....geram weh, geram....
Aku niat dh beli sampul nak pos sekali, tapi dah jadi macam tu, lepas beli, aku blah, geram kot...malu pun ada gak, sebab ramai hahaha...tapi rasakan....boleh pulak buat macam tu....apa bendalah pengurusan tak sistematik ni? Cuba standardized kan semua, kan senang, benda mudah dok buat bagi payah....
Dan mulai haritu aku tak akan jejak dah kaki kt pjbt pos pokok sena, byk lagi pjbt pos lain....sekian.....
#luahanrakyatmarhain