Tuesday, February 23, 2010

Tak Sedar

Pejam celik pejam celik dah nk masuk bulan 3 dah...aaaish, banyak betul benda yang nk kena di pikirkan...asek busy sangat smpi rasa masa berlalu dengan pantas..baru ja rasa balik kg cuti tahun baru cina, Jumaat ni cuti lak maulidur Rasul..ermmmm pantas ja kan dong ^^

Sebenarnya entry ni nk buat pendek saja, lepas gian ahahaha..dah ada banyak idea tuk aku buat entry blog ni, tapi xberkesempatan, mesti rangka bebtul supaya berinformative ceeeewah..sejak2 kena analis portal ni, asek nk ayat skema ja hehehe..

Klah, aku nk sambung keja..kang mlm KALAU rajin aku update ^^...ku bilang KALAU ^^





Wednesday, February 10, 2010

Sibuk

Hujung minggu ni cuti sakan sampai la hari Selasa sbb CNY....Pastu ada juga kawan2 aku yang akan menempuhi Hari-hari bahagia derang pada hujung minggu ni...ramai jugak la...apa2 pun aku ucapkan Selamat Pengantin Baru ya....semoga berbahagia....aku rasa mcm xleh ja nk pi kenduri korang huhuhuhu

Ramai jugak yang akan berkahwin pada bulan 3 nanti memandangkan cuti sekolah kan...sama la bulan 6 ni gak...rata2, aku tengok blogger yang bakal mnjadi pengantin dah mula membuat persiapan, antaranya Cik  Relyza yang sama dengan tarikh Hari Bahagia aku dan juga Cik Farah yang juga sama tarikh..Xpa la, nk buat macam mana kan, dah time tu ja cuti sekolah pun...nk buat bulan 3, xsempat kot huhuhu...

Tengok dari blog Cik Relyza, dia dah siap beli barang dah sikit...ermm...cik farah lak dah sibuk mendesign kad, dah beli barang hantaran...aku?? aku sibuk dok tukaq layout blog ni dengan kaler faberet aku pink and blue ahahaha....ntah apa2 ja kan...


Tapi bukan bermakna aku tak buat apa2, sesibuk2 or sebusybee pun(sebab tu la nama blog ni lanabusybee^^) aku kena gak pikiaq pasal ni...


Hujung minggu ja, ada ja plan aku smpi migrain la sakit kepala huhu....penyakit migrain ni plak, tetiba ja menyerang aku, seblm ni xpenah kena pun..xpa la, banyak sanagt kot dok pikiaq...


Jom tengok apa aku tengok and survey minggu lepas

Gubahan hantaran..dok mencari gak idea2 nk buat gubahan mcm mana kan..tapi selagi tak beli barang hantaran, memang xdak idea la nk buat...buat mcm gambar kt atas pun ok gak, guna polistrin ja kan, jimat2...


 

Cantikkan gubahan bunga yang dia buat..aku berkenan sgt...simple dan nice ^^


Yang ni plak contoh aku amek dari SSF...credit tu SSF...Dan aku telah ikut cara gubahan ni masa Hari Ikatan Bermula pada 25 hb 12 thn lepas..Tak la tiru sebijik2, tapi lebih kurang la..aku suka mcm ni sbb kombinasi kaler biru pink tuh, aaauw ^^ ha meh la tgk yg hantaran aku tuh, aku punya idea, akak aku yang gubah hehehe


Xde la sama pun kan...ada teddy bear tu ja ^^


Dan gubahan ni yang paling aku suka...cantiknya kan^^...pink and blue..sweet sangat kan....Credit to kedai bunga Oasis kot nama dia, ntah xingat....

 Dan ribbon ni la aku dok pulun buat sampi tak tdoq...dok belek2 dia...untuk apa ribbon ni? ahahaha so aku konon buat ala2 teaser la dulu ek...nnt aku update hehehe....
Klah...busy nak mampus ni, mau tdoq dulu...banyak keja yang nk kena buat ni...buat di opis saja la, di umah tuk mencari idea dan bajet2 yang perlu hehehe...

Friday, February 5, 2010

ASB Loan

i all...lamanya tak update...bukan malas, tapi task baru membuatkan aku sentiasa sibuk huhuhu...terpaksa fokuskan kepada kerja, amanah dan ibadah tu kan ^^...

Dah lama aku nk buat entry ni, kiranya kali ni entry yang di tunggu2 oleh aku untuk mengupdate dan nak kongsi dengan semua member2 yang ingin menabung dalam jangka masa yang panjang dan pendek...Dua2 pun boleh ^^

ASB Loan...Penah dengar? ada yang penah dengar, mayb tak tau macam mana dia berfungsi....Cuba lihat penyata buku ASB aku ni....Sebelum ni, aku ada menyimpan RM500, tu pun duit dari subsidi kereta...kiranya aku menyimpan tuk pakai bila waktu terdesak gila sahaja...Tapi tengok la, setiap bulan pun aku kuarkan juga, sbb memang time tu ekonomi aku tak stabil sbb ada benda yang nk kena bayar urgent, cthnya, bayar hutang laptop(kt company) + servis keta +bayar bil astro di kg yang tertunggak (adeeh nyesal, xmo buat dah)..Gaji aku bukannya banyak pun...Last2, baki yang tinggal dalam ASB aku ni hanya RM57 sahaja...

Tahun lepas, awal bulan 8 2009, akhirnya aku termakan kata2 dan nasihat daripada akak aku supaya menyimpan menggunakan kaedah ASB Loan...Loan yang aku buat sudah semestinya Maybank la, sbb akak aku keja Maybank hehehe...Lagipun time tuh, rate faedah loan Maybank tengah rendah...

ok2, jom tengok dulu penyata ASB aku di bawah ni......

Penyata ni adalah muka surat selepas penyata di atas...dok tak dok pendapatan ASB aku jadi RM557..Mai mana? Sedangkan baki semasa sebelum ni hanyalah RM57 sahaja...

Ok2, xmo buat teka teki dah..Ni adalah hasil dividen dari loan yang aku buat tuh...Macam mana? Ok2 mai aku cita...

1. korang mesti kena ada buku ASB la tau hehe...Contoh, aku ambil situasi aku sekarang la ek...Aku pinjam dengan Maybank sebanyak RM30k.. RM30k tu akan dijadikan sijil pinjaman ASB aku(betulkan aku kalau aku salah), kiranya secara tidak langsung RM30 tu ada dalam akaun ASB aku..Tapi 30k tu tidak boleh di keluarkan sehingga tempoh matang...aku amek tempoh matang sebanyak 15 tahun..

2. Bulan2, aku kena bayar pinjaman 30 k ni sebanyak RM230 untuk tempoh 15 tahun.Ibarat macam aku menyimpan sebulan RM230 la....

3. Pada tahun 2009, Dividen ASB adalah: 7.30 sen / unit dan Bonus: 1.25 sen / unit..Aku start bayar loan ASB pada bulan 9, 10. dan 12..bulan 11 terskip sebab bayar roadtax kereta, dan telah di debit pada januari 2010 ^^...Dan hasil dividen yang aku dapat, korang boleh tengok sendiri dari penyata ASB aku tu..dia kira pro rate sebab, aku start bayar pada bulan 9...hanya tiga bulan byr loan tuh, aku dah boleh dapat RM500 lebih dividennya...

4. Jika aku bayar penuh, contohnya pada januari 2010 hingga disember 2010, maka dividen yang aku dapat jika Dividen dan bonus ASB adalah 8%, sebanyak RM2400...See!! kalau nak harapkan aku menyimpan sendiri, memang tak la....Dividen ni boleh di keluarkan...Yang tak boleh di keluarkan adalah loan yang aku buat tu...

5. Jika aku tak guna dividen yang ada dalam buku ASB, hujung tahun akan jadi lagi banyak duit dalam ASB tu..ni baru boleh di panggil duit beranak ahahaha....

6. Satu lagi nasihat aku, kalau buat loan ni, jangan ambil tempoh matang yang pendek, xde la rugi, tapi xde la untung sangat....

7. ada juga yang berkata, kena bayar interest jugak kan buat loan ni, baik menyimpan sendiri saja..a'a memang la...takkan la bank bodoh sangat xamek interest, depa pun nk gak untung kan...kalau meyimpan sendiri, ada ke boleh simpan dlm jangka 15 tahun dapat 30k? kalau korang boleh, aku ucapkan tahniah, tapi bagi aku yang suka berbelanja ni, aku tak boleh...so ini adalah salah satu cara untuk aku meyimpan....

8. ada juga yang kata, kalau simpan bulan RM230 (mcm aku bayar loan tu), setahun dah boleh ada dalam ASB RM2,760..
Mari aku buat kiraan kasar(xde la betul sgt and detail sgt)

Simpan sebulan = RM230
Setahun dapat simpan = RM2,760
Dividen jika 8% = RM220.80
15 tahun simpan = rm2,760x 15 = RM41,400
15 tahun dividen = RM220.80 x15 = RM3,312
Total 15 tahun, akan dapat RM44,712 ..tapi boleh kah korang menyimpan setipa bulan rm230? dan jgn kuarkan langsung..kalau korang boleh, tahniah aku ucapkan...bagi aku, aku xboleh ahahahaha.....

Ok, mai kira jika asb loan pulak ek - RM30k selama 15 tahun
Bayar loan sebulan(mcm menyimpan la) = RM230
Dividen jika 8% = 8%x RM30k = RM2400
15 tahun dividen = RM2400 x15 = RM36,000
Selepas 15 tahun(dah abeh byr loan, dapat la duit yang kita bayr bulan2 tu ) = RM30,000
Total 15 tahun, akan dapat = RM30k (yg kita simpan) + RM 36,000(dividen) = RM66,000

So korang boleh nilai sendiri kan mcm mana? Dividen tu aku kira kasar la...jika dividen tak guna, lagi banyak dari jumlah yang aku kira kt atas tu...(nnt aku buat entry kiraan yang detail)

Dan aku tekankan dekat cni, aku buat ASB loan ni, sebab aku jenis susah nk menyimpan...so dengan cara ni saja, aku dapat menyimpan, untung pun dapat kan...interest tu biasa la...mana2 bank pun nk interest, cuma kena pandai pilih rate yang rendah....

Oklah, itu saja yang aku nk kongsikan dengan korang suma....berbijak la berbelanja dan jangan lupa menabung ^^..dah masuk subuh ni^^..nnt sambung buat entry lain pulak ^^
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...